CHAPTER 2

Let The Past Become The Past

"Mino..." Jihyo pelik dengan kelakuan adiknya itu.

"Yew kak." Mino menjawab sambil makan.

"Nak ke mana jap lagi? Laju je makan." kata Jihyo.

"Mino nak keluar kejap lagi." Mino semakin laju menghabiskan makanannya.

"Ke mana? Lumba?!" Jihyo meninggikan suaranya.

Mino tersentak. Dia tidak berkata apa-apa.

"Mino, dah berapa kali akak cakap, jangan berlumba. Kamu ni degil la! Kamu tak serik ke duduk dalam penjara huh?!! Kamu ingat akak ni berduit nak ikat jamin kamu?! Akak kerja siang malam nak tanggung kamu tapi...kamu buat akak camni..tolonglaa..akak dah letih dengan semua ni..Mino...kalau kamu bu-"

'PPAAAP!!!'

Mino menghentak chopsticks ke meja. Jihyo terkejut.

"Kak! Jangan nak ungkit apa yang akak buat. Mino tak suruh pun akak tanggung Mino. Berlumba tu buat Mino happy..Bebas dari stress! Mino berlumba bukan saja2 , tapi kerja..dapat duit! Lumayan lagi. Kalau nak harapkan akak yg kerja sbg kerani jew sampai bila pun kita takkan kaya! Mino dah penat hidup miskin macam ni!!! Penat!!!" Mino menghentam meja dengan buku limanya lalu beredar dari situ. Kata2 Mino itu benar2 mengguris hati Jihyo.

"Appa..Omma..teruk sangat ke Jihyo ni? Layakkah Jihyo menjadi kakak Mino? Tsk..Tsk.." air mata Jihyo menitis. Semakin lama semakin laju.

......

Di Fan Street...

Ramai anak-anak muda berkumpul di situ untuk menyaksikan aksi perlumbaan motor yang bakal berlangsung sebentar lagi. Anak remaja zaman sekarang memang tersangat mosen, mudah dipengaruhi dengan gejala2 yang tidak baik. Mereka tidak sedar yang sikap mereka itu benar2 melukakan perasaan keluarga mereka dan juga masyarakat sekeliling.

 

"Heyy!!" Mino melaga bahu dengan rakan2nya.

"Camne? Dah ready??" tanya BamBam kepada Mino.

"Tengok oranglaa! Aku dari dulu dah ready..benda senang kot lagi2 dengan mat jambu lembik camtu. Petik jari jew..hahaha!" Mino menyombong.

"Siapa lembik?!" suatu suara datang dari arah belakang Mino.

Mino berpaling ke belakang. "Sehun...dah sampai pun." Mino mendekati Sehun. "Kau betul nak lawan aku ni?"

"Jangan ingat kau tu pelumba pro kau boleh kalahkan semua orang..Heyy! Sedar diri tu sikit, kau takkan selamanya menang, kerana ada lagi yang lebih hebat daripada kau. cehh!" Sehun menyeringgih. Matanya tajam memerhati mata Mino.

"Wah..wah! Dah berani nak berlagak ekk.. aku xkan pernah kalah. Dahlaa weyy! aku dah malas nk ckp..apa habuan dia?" Mino bertanya dengan muka yg tidak berpuas hati.

"Motor aku akan jadi milik kau dan duit jangan risau, dah tentu adaa..." Sehun berkata.

"Okay! Let's start!!" Mino senyum. Senyum berlagak.

........

"Abang...adik dah kemas bahagian atas. Ada apa2 kerja lagi tak?" si gadis comel berkulit putih mulus bertanya kepada abangnya.

"Ermm..bahagian bawah ni pun dah siap dikemas. So, abang rasa semua dah siap. Adik rehatlaa dulu." kata abangnya. 

"Okayy abang!" Youngji berlari menuruni anak tangga menuju ke arah abangnya yang berada di bawah.

"Nanti abang suruh diorang masukkan semua perabot ke dalam rumah ni. Sementara diorang buat kerja tu,kita kena bermalam kat hotel laa kk?" Dongwook menyerahkan sebotol air mineral kepada adiknya.

"Oraitt abang!" Youngji senyum lalu memeluk abangnya. Youngji memang seorang yang manja dengan abangnya. Walaupun mereka hanya adik beradik tiri tetapi hubungan diorang seperti adik beradik kandung.

"Hehe..comey adik abang ni. Dah jom pergi, Dah lewat malam ni." Dongwook mengusap rambut adiknya.

..............

"Jihyo!" Joongki datang ke rumah Jihyo. Berkali-kali dia memanggil nama Jihyo tetapi tiada sahutan.

'PRANKK!'

Tiba2 Joongki terdengar bunyi seperti kaca pecah. "Jihyo!!" Joongki berlari ke arah bilik Jihyo kerana bunyi itu datang dari sana.

Joongki menolak pintu bilik Jihyo dan matanya terbeliak melihat Jihyo terlantar di atas lantai dengan tangannya berlumuran dengan darah.

"Jihyo!!" Joongki mendapatkan Jihyo. Dia mendukung Jihyo dan membaringkannya di atas katil. "Jihyo...kenapa dengan kau ni?"

"Aku pening tadi..mata aku jadi..ehmm..gelap ..aku x sengaja pecahkan gelas tu...auuu.."Jihyo memegang kepalanya yang masih pening tu.

"Hmm..takpew. Kau tunggu jap, aku nak ambil kotak first aid." Joongki mengambil kotak first aid untuk mengubati luka di tangan Jihyo.

Setelah siap merawat Jihyo, dia menyuruh Jihyo makan ubat dan tidur. 

Joongki memerhati Jihyo tidur. "Kesian aku tengok kau. Ada adik pun tak guna. Mino..Mino..kenapa la kau buat kakak kau macam ni.." Joongki menggelengkan kepalanya memikirkan sikap Mino.

Joongki menyelimutkan Jihyo dan berlalu ke arah sofa di ruang tamu. Dia ingin menjaga Jihyo kerana dia takut sesuatu berlaku kepada Jihyo.

Sewaktu dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa, dia terdengar bunyi deruman enjin motor di hadapan rumah. Joongki melirik ke arah jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Bunyi enjin itu adalah kepunyaan motor Mino. Mino melangkah masuk ke dalam rumah.

"Mino! Masa ni baru nak balik?!" kata Joongki.

Mino menatap Joongki dengan penuh perasaan ammarah.

"Ni lagi sorang..kalau tak ganggu hidup aku sehari boleh tak? Suka hati aku laa nak balik pukul berapa!' Mino menengking Joongki kembali.

"Hey! Kau tau tak apa yang jadi kat kakak kau hah?! Dia sakit! Kau ni merayap je tau. Kalau aku tak tergerak hati nak ke sini, aku tak tau apa yang akan jadi dekat kakak kau tu." kata Joongki.

"Alaa kakak tu, manja je lebih. Kenapa tak mati je terus! Menyusahkan aku jee..." Mino menjawab dengan kurang ajarnya.

"Mino!!" Joongki terkejut dengan kata2 Mino.

Mino tak berkata apa2. Dia terus berlalu ke biliknya.

.....tbc.....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 6: Takpe author-nim...study elok elok ya...fighting!!
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 5: Takpe...sya fhm..
JIHyo! Ade org ikut awak!! Hati-hati..
Mino ni bajet la plak ngan Youngji..sale yg pkul dia sebenarnya? Keep updating...fighting!
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 4: Sape yg pukul Mino tu? Sape perempuan tu? Saspen btul..Daebak ah cerita ni..update klau ade mase
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 3: Sweet nye JiHyo and JinHyuk!!:3kacau daun btol la Mino ni...
Sapa yg minta tolong? Sehun ke?
Ppali update!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: Jahat nye Mino dlm cite ni....kesian ji hyo
Update soon author-nim! Hwaiting
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 1: Jjang..Ji Hyo pkai baju ape² pon, dia nmpk cntik...
Btw, Mino tu nk lumba haram ke?kahkah