CHAPTER 3

Let The Past Become The Past

Pagi itu, Mino tidak banyak bercakap. Dia hanya memakan sarapannya tanpa bersuara. Sesekali dia melirik matanya ke arah tangan Jihyo yang berbalut. Jihyo turut mendiamkan diri. Dia masih terluka akibat dari kata-kata Mino yang menusuk hatinya. 

 

Mino telah selesai bersarapan, dia berdiri dan menggalas beg ke bahu. Sebelum dia melangkah pergi dia tiba-tiba bersuara. "Kak, tak payah kerja hari ni. Duduk je kat rumah. Rehat...Mino pergi dulu." Mino terus berlalu keluar dari rumah dan berangkat ke sekolah.

 

Jihyo tersenyum kecil. Ternyata, senakal-nakal Mino tu masih ada kebaikan yang terselit di hatinya. Walau apa pun, Mino tetap adiknya dan mereka ada pertalian darah dan takkan selamanya bergaduh bak kata pepatah air dicincang takkan putus.

......

 

Mino menunggang motor baru ke sekolah. Motor yang dia dapat daripada Sehun kerana dia menang perlumbaan semalam. 

"Woooo~"

Rakan-rakan Mino bersorak melihat Mino dengan motor barunya. 

 

Mino menongkat motornya dan tanpa membuka helmet yang menutup wajahnya, dia terus bersapa dengan kawan-kawannya.

 

"Hai you..." tetiba ada sesosok tubuh kecil molek memeluk Mino. Mino terkejut begitu juga dengan rakan-rakannya.

"You...bila nak keluar date dengan I huh? I rindu kat you tau tak..hmm"

Mata gadis itu melirik ke arah kawan-kawan Mino.

"You..sejak bila you kawan dengan diorang ni. Mat-mat motor jalanan! Ada hati nak rapat dengan orang kaya dan terkenal macam ni.." gadis itu masih tidak melepaskan pelukannya terhadap Mino.

 

Dengan kasarnya Mino menolak minah tu membuatkan dia terkejut.

"You..!"

 

Mino membuka helmetnya. Dia merenung tajam ke arah gadis itu. "Hey! Hara! Kau ingat kau tu bagus sangat sampai nak hina-hina orang!!"

 

Terbeliak biji mata Hara melihat Mino "Mi-Mino...?"

 

"Mentang-mentang diri tu kaya, suka hati kau je nak tindas orang miskin macam kami ni." Mino betul-betul panas. Dia pantang mendengar orang menghina dia dan orang-orang yang ada kaitan dengannya.

 

"Kenapa kau pakai motor Sehun?" Hara bertanya.

 

"Hey!!" Mino tidak menjawab soalan Hara sebaliknya dia mencengkam pipi Hara.

 

"Sakitlaa!" Hara menjerit.

 

"Dasar pompuan pisau cukur! Kau ingat kau tu cantik sangat?!! Weyy..sedar diri tu sikit. Sehun pun dah naik muak tengok muka kau. Tergedik-gedik. Kesian aku tengok Sehun tu..terpaksa melayan orang yang gila macam kau! Orang kalau dah tak suka tu tak sukalaa! Kau terhegeh je lebih dengan Sehun sementara dia tak pun. Dia tak suka kau laa! Nampak sangat maruah diri tu murah.." Mino menolak pipi Hara.

 

Mata Hara berair..

 

"Jangan nak tunjuk muka sedihlaa..menyampah aku. Guys! Jom!" Mino berlalu pergi meninggalkan Hara.

 

"Tak guna punya mat rempit..tunggu kau!" Hara benar-benar sakit hati. 

.....

 

Hari tu Jihyo tidak berkerja. Dia tak mungkin dapat melaksanakan kerja dengan keadaan tangannya seperti itu. Walaupun tak pergi kerja, Jihyo masih tetap melakukan kerja dirumah. Dia memang tak boleh duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya.

 

Jihyo mengemas rumahnya. Sedang asyik mengemas rumah dia tidak sedar yang dia telah masuk ke loteng bumbung rumah.

"Huhh..fuuu~ letih..ehh..nikan..." Jihyo melihat disekelilingnya. Dia tersenyum. "Dah berhabuk tempat ni.."

 

Jihyo kembali melakukan kerjanya dengan membersihkan kawasan loteng itu. Semasa sedang menyapu habuk di atas sebuah almari kecil, Jihyo secara tak sengaja menjatuhkan sebuah album lama.

 

"Ehh.." Jihyo mengambil album itu lalu dibeleknya. Dia tersenyum lebar. Itu merupakan album yang tersimpan gambar-gambar lamanya serta keluarga. "Comel Mino masa kecil.." Jihyo ketawa kecil.

 

Jihyo belek lagi dan terjumpa gambar ibu dan ayahnya. Hatinya mula sebak "Omma..appa...Jihyo rindu dengan omma dan appa. Rindu nak peluk omma. Rindu nak bergurau dengan appa...Rindu masa-masa manis bersama." Jihyo mula menitiskan air mata.

 

Tetiba sekeping gambar terjatuh ke lantai. Jihyo mengelap air matanya dan mengambil gambar itu. Ditatapnya gambar itu.."Ini..." Jihyo betul-betul terkejut.

"Kenapa aku masih simpan gambar ni..?"

 

"Jihyo!"

 

Jihyo tersentak saat mendengar suatu suara memanggilnya. Dia cepat-cepat menyimpan album tu dan pergi mendapatkan orang itu.

 

"Awak ada di rumah ke? Jihyo!"

 

"Ya, saya..." Jihyo menjawab. "Jinhyuk..

 

"Ehmm...maaf masuk rumah awak macam tu je." Jinhyuk meminta maaf atas sikapnya yang tidak sopan itu.

 

"Takpe. Duduklaa.." Jihyo mempelawa Jinhyuk duduk.

 

Jinhyuk menerima pelawaan Jihyo.

 

"Kenapa datang sini?" Jihyo menyoal Jinhyuk.

 

"Err..saya..saya risau dengan awak je. Yelaa..awak tak datang kerja pastu tak bagitau pula sebab dia.So, saya datanglaa ke rumah awak untuk mengetahui keadaan sebenar awak." Jinhyuk menjelaskan sebab dia datang ke situ.

 

"Ohh...saya tak sihat. Ni haa.." Jihyo menunjuk tangannya yang berbalut.

 

Jinhyuk terkejut. "Kenapa ni? Awak ok?" Jinhyuk mengubah kedudukannya dari hadapan Jihyo ke sebelah Jihyo. Jinhyuk memegang tangan Jihyo.

 

"Ehh...saya okaylaa. Sikit je ni.." Jihyo berasa panas dimukanya sewaktu Jinhyuk menyentuh tangannya. Hatinya tak tentu arah. 

 

Tanpa sengaja, mata diorang bertembung. Dioarang kekal dalam posisi itu sehingga tanpa disedari wajah Jinhyuk semakin dekat dengan Jihyo. Jinhyuk merenung mata Jihyo. Sesekali dia memandang ke arah bibir Jihyo. Wajah diorang semakin lama semakin dekat. Bibir hampir bersentuh.

 

"Ehemmm!"

 

Jihyo dan Jinhyuk kembali ke realiti. Muka diorang merah padam. Mereka melihat ke arah pintu rumah, terlihat satu tubuh tegap sedang berdiri memerhatikan diorang. Muka bengis itu...siapa lagi? Mestilaa Mino! :3

 

"Kalau nak berdrama pun jangan kat sini..hishhh.." Mino terus masuk ke biliknya.

 

Jihyo berasa malu dengan perangai Mino "M-maaf. Dia memang macam tu."

 

"It's okay. Ermm..takpelaa..err..sa-s-sayaa pergi dulu." kata Jinhyuk yang masih malu dengan kejadian tadi.

 

Jihyo hanya mengangguk.

 

"Jaga diri. Esok tak payah datang kerja lagi. Tunggu sampai tangan tu pulih." kata Jinhyuk.

 

"Ermm..ba-baikk.." Jihyo hanya menundukkan wajahnya.

......

Mino sedang berehat di dalam biliknya. 

 

Sedang dia berehat, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia menekan butang hijau. "Hello.."

 

"Mino! huhh huhh...Tolong aku...!"

 

....tbc....

 

siapa yang minta tolong tu? :0  tunggu part seterusnya xD

comment yeww ;)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 6: Takpe author-nim...study elok elok ya...fighting!!
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 5: Takpe...sya fhm..
JIHyo! Ade org ikut awak!! Hati-hati..
Mino ni bajet la plak ngan Youngji..sale yg pkul dia sebenarnya? Keep updating...fighting!
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 4: Sape yg pukul Mino tu? Sape perempuan tu? Saspen btul..Daebak ah cerita ni..update klau ade mase
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 3: Sweet nye JiHyo and JinHyuk!!:3kacau daun btol la Mino ni...
Sapa yg minta tolong? Sehun ke?
Ppali update!!
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: Jahat nye Mino dlm cite ni....kesian ji hyo
Update soon author-nim! Hwaiting
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 1: Jjang..Ji Hyo pkai baju ape² pon, dia nmpk cntik...
Btw, Mino tu nk lumba haram ke?kahkah