B1 #04

d-A-N-B-O! Archive
Please log in to read the full chapter
 

Devils' Play

Angst, Romcom ::: kwonShinHye ::: Tajuk Devils' Play ialah tajuk yang menarik. Angsty romance? Count me in! Pembubuhan tanda baca apostrophe ( ' ) selepas huruf 's' (Devil s') bermaksud 'devil' lebih daripada satu. Terdapat dua cara pembubuhan apostrophe yang umum—sebelum atau selepas huruf 's'. Melalui pemahaman I, wujud lebih daripada satu 'devil'di dalam cerita ini, macam tu ke? Apa-apapun, ia tidak memberi kesan besar terhadap tajuk sedia ada malah setakat ini, tajuk masih bersesuaian dengan konteks cerita. Description Personally, I rasa perkataan 'bukan' kedengaran janggal apabila dibubuh. Selain itu, you cenderung letak tanda baca noktah pada tempat yang seharusnya diletak koma. *seperti yang dinyatakan, I takkan komen memanjang tentang tatabahasa, tanda baca etc. hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran bukan? namun di sebalik cabaran itu pasti ada kelebihan bukan? Ada ketikanya, you tak letak tanda baca pada tempat yang sepatutnya. Tanda baca memainkan peranan yang penting untuk menstabilkan sesuatu struktur ayat. Tambahan pula, ada kesalahan ejaan yang tidak dinafikan dapat dielakkan dengan proof reading... Plot Apabila membaca sesuatu cerita, tanpa kita sendiri sedar, minda ini telah meletakkan suatu kepercayaan agar cerita tersebut berupaya menghasilkan kepuasan, sesuatu yang baru, dan tentu sekali paling baik ialah lain daripada yang lain. Kadang-kala, kita tak kisah sangat kalau permulaan cerita cliches; terdapat banyak faktor lain yang membuatkan kita mahu memberikan peluang untuk meneruskan pembacaan, contoh, watak yang menarik, penulis yang memiliki gaya penulisan yang selesa buat kita, dan yang paling kritikal, logik dan dapat diterima akal. Bermadah madu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan sekiranya jalan cerita sememangnya cliches. Meskipun baru berada pada tahap permulaan penceritaan, I berpendapat isu terbesar masih ialah logik. Contoh: 1) Puan Kim mengambil Mirae sebagai anak angkat semata-mata untuk membalas dendam? Justeru, kenapa dia tak ambil Choa sekali? 2) Puan Kim mengajak anak lelakin
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet