B1 #03

d-A-N-B-O! Archive
Please log in to read the full chapter
 

A Queenka married to A Nerd Guy

Angst, Romcom ::: kwonShinHye ::: Tajuk [6/10] 'Queenka' merujuk kepada watak Hyegyo manakala 'Nerd' tidak lain tidak bukan ialah Baekhyun. Tajuk yang begitu straight-to-the-point malahan mempamerkan dua istilah yang bersifat antonim, iaitu Queenka dan Nerd. Pertama sekali, tajuk ini berpotensi untuk dilepas pandang kerana bilangan suku kata yang banyak dan dua, pilihan tajuk tidak dinafikan biasa-biasa saja, tiada keistimewaan. Namun, melalui sudut positif, pembaca akan menyukainya kerana kebanyakan pembaca AFF-malay berada di alam persekolahan, oleh itu, tajuk seperti ini akan menarik minat segelintir besar golongan tersebut. Walaubagaimanapun, saya agak suka dengan konsep kontra, bermaksud, gandingan watak yang bertentangan alur, iaitu Queenka dan Nerd. Description [2/5] Description ialah gandingan ayat/perkataan-perkataan yang 'dijangka' akan menarik perhatian sesiapa saja yang membacanya. Dipendekkan cerita, ia merupakan aspek yang begitu kritikal bahkan antara faktor/aspek yang dititikberatkan dari awal mula penceritaan. Tidak keterlaluan sekiranya saya kata, description ialah penentu samada seseorang itu akan meneruskan pembacaan ataupun sebaliknya. Dari situ, slot ini sebenarnya merupakan satu cabaran besar buat penulis-penulis, tidak kiralah malay mahupun antarabangsa. Versi you walaupun kena dengan plot tapi agak wordy, juga kedengaran seperti perenggan di dalam bab cerita. Ia tidak 'standout', lebih kepada excerpt sahaja, which we don't want. Lagi satu, ada baiknya kalau you terangkan sedikit sebanyak maksud 'Queenka'. Pembaca yang mengikuti perkembangan sosial Korea akan tahu tetapi mungkin tidak semuanya, contoh saya. That was a new word, created by netizen. Gambar, atau 'esei' tentang watak bukanlah suatu kemestian dan untuk sesetengah pembaca, it's like a spoiler kind of thing; ada yang suka tetapi juga sebaliknya. Semolek moleknya, cuba perincikan and kukuhkan watak menerusi penulisan. Saya suka layout dan layout yang you guna sangat menyenangkan. Good job! Plot [25/40] Not-so-queenka-heroine-in-dilemma meets not-so-nerd-but-clueless-hero, and the outcome are always...they're getting married! + Seorang ibu/mama mertua yang supportive, dan ibu kandung yang problematic, tidak ketinggalan juga watak antagonist, Myungsoo dan kawan baik (penyokong) Baekhyun. Siapa tidak suka Baekhyun nowadays? The most-used cover character—epitome of cute, good looking. Baekhyun dah jadi ikon dekat AFF ni. Bila sebut je nama dia, seolah-olah satu tubuh badan manusia terbit di dalam minda, termasuklah traits, personality, semuanya dah tersedia! Rumusnya, mengikuti adegan2 di dalam karya ini melimpahkan pelbagai pengaruh daripada babak babak drama Korea. It's so cliche to the point that I'm speechless. Originality is absolute zero, I must say. 1) Tidak cukup perincian berkenaan latar belakang setiap babak. Kesinambungan ada tetapi tidak memadai. Contoh, perhubungan 'renggang' di antara Hyegyo dan ibu bapanya. Apa sebenarnya yang berlaku? Iya, memang kita dapat gambaran kehidupan umum elites yang mana kedua ibu bapa sering menghampakan anak ekoran daripada kesibukkan kerja etc.Tetapi, sebagai pembaca, kita mahu lebih. Walaupun clice, kita masih mahukan penjelasan. Cuba tambah sedikit babak pada masa lalu, gambaran tentang bagaimana Hyegyo disisihkan kedua orang-tuanya. 2) Logik—you buat perkataan ini terbit di dalam minda saya countlessly. Babak kemalangan terlalu dipercepatkan sehingga saya lost track tentang apa yang berlaku. Personaliti Hyegyo berubah di dalam sekelip mata, tiba-tiba dia berubah menjadi anak mithali. Ada lagi, iaitu semua tentang Baekhyun. (isu ini akan diterangkan lebih lanjut di bawah) Plot is literally EVERY-THING. Plot yang mudah dijangka a.k.a cliche, dan arah tuju plot yang bersifat mendatar, mudah dijangka – sebaris ayat ini saja memadai untuk mewakili plot cerita you. Solusi untuk semua ini ialah perangkaan plot. Kalau bukan di kertas, di dalam minda. Walaupun ia kedengaran leceh, skema, tapi percayalah, asas ialah segala-galanya. Lama-kelamaan, ia akan menjadi senang. Selain itu, pacing cerita ini juga tidak seimbang. Sekarang ini, babak ke babak seperti tidak ketentuan.
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet