Happy birthday Na Eun !

♥ My Destiny In The Future ♥
Please Subscribe to read the full chapter
Sem seterusnya telah bermula setelah pelajar diberi cuti seminggu. Ujian akan diambil oleh beberapa pelajar mengikut kuliah masing-masing. Di kantin... "Jimin ah!" kejut J-Hope dari belakang setelah dia sampai ke kantin. "Ah Hyung...! Terkejut aku woi, tak payah la sergah orang sampai macam tu. Nasib aku takde sakit jantung, kalau tak naya je nanti." jawab Jimin yang agak marah dengan kelakuan J-Hope itu. "HAHAHAHA sumpah kelakar muka kau terkejut 😂 takdelah, siapa suruh duk mengelamun jauh sangat kan dah kena, " J-Hope gelak terbahak-bahak melihat reaksi Jimin itu.  "Isshh tak kelakar lah" Jimin mencebik agak merajuk. "Alaaa yelah, hyung gurau je tak sangka pulak kau ambik hati, sorry2.." J-Hope masih tergelak sedikit tetapi sudah kurang seperti tadi dan cuba memujuk Jimin. "Boleh tapi dengan satu syarat, hyung kena belanja Jimin makan kali ni dekat Secret Recipe, boleh ke?" tanya Jimin. "Lah, no hal lah, malam ni on ?" sambung J-Hope lagi. "Okay cantik!" jawab Jimin dengan penuh riang. Di Pejabat Syarikat Fashion Kim... "Encik Kim, nampaknya saham syarikat kita agak menurun setelah kita keluarkan produk baru kerana kita terlambat sehari sahaja dan sekarang syarikat Huang telah mendahului dari kita." kata salah seorang kaki tangan pekerja syarikat Fashion Kim melaporkan tentang penurunan saham syarikat mereka. "Okay takpe, terima kasih untuk laporan itu, awak boleh sambung kerja awak. Esok, saya ingin semua berkumpul hadir ke mesyuarat untuk penukaran tugasan dan bahagian pengurusan masing-masing, " kata Kim Soo Hyun yang agak tenang kerana dia sudah menjangkakan hal ini akan berlaku. Dia sudah penat menasihati pakciknya agar tidak membuat keputusan melulu bagi pihak yang menguruskan bahagian pengurusan keuntungan. Mereka tetap berkeras menjalankan projek itu dan menyebabkan saham mereka sudah turun sedikit.  Setelah Soo Hyun habis kerja, dia pergi ke pantai untuk menenangkan fikirannya. Dia mengeluh tentang apa yang berlaku hari ini di syarikat. "Mianhei appa, saya baru sahaja buat saham syarikat kita turun sedangkan itu tanggungjawab saya dalam menjaga kestabilan keuntungan syarikat seperti yang saya sudah janjikan. Haihhh..." Dari jauh, Min A ternampak seseorang yang seperti dikenali. 'Eh itu kan Soo Hyun..' Min A ingin menghampirinya lalu terdengar keluhan Soo Hyun dan terus berkata... "Aniyaa, its okay to be fail sometimes, dengan itu kita takkan mudah mengalah dan teruskan berusaha dalam menaikkan prestasi kita supaya lebih memberansangkan." "Ohhh, Min A shii? Bila awak sampai? Tiba-tiba je muncul kat sini, hmm tapi saya sudah janji nak jaga syarikat tu untuk ayah saya dan jangan hampakan dia. " Soo Hyun berkata dengan nada yang agak sedih. "Hehehe baru je sampai tadi, saja nak ambik angin, kebetulan saya nampak awak & baru je nak tegur awak tapi saya terdengar apa yang awak cakap tu, takpe Soo Hyun ah, kita mesti akan ada masa kita naik dan turun, tak semudah itu kita nak berjaya, asalkan kita tak mudah putus asa okay. " jawab Min A. "Ohh I see, hmm terima kasih Min A untuk nasihat tu, alright saya akan cuba untuk terus berusaha lagi, terima kasih jugak sbb awak baru je buat saya rasa tersenyum & lupakan sikit pasal masalah syarikat hehehe" "Bukan apa pon, saya pernah rasa apa yang awak rasa masa di Australia dulu, kena maki hamun sampai saya menangis demi kejayaan & tengoklah hasilnya, saya sangat berpuas hati. ^ω^ oh yaa, sebelum saya lupa, birthday Na Eun minggu depan kan, awak takde apa-apa ke nak buat untuk dia?" "Oh My God, saya betul-betul terlupa hari jadi dia minggu depan, nasib awak ingatkan saya, ha apa kata kita .........." Begitulah pertemuan Soo Hyun dan Min A yang tidak dijangka di pantai pada malam itu, Soo Hyun menghantar Min A ke rumah dan Min A tersenyum sebelum tidur memikirkan apa yang berlaku antara dia dengan kawan baiknya itu. Dia juga tidak sabar untuk menyambut hari jadi Na Eun minggu depan. Min A memberitahu J-Hope, Jimin dan rakan-rakannya tentang kejutan yang akan dibuat pada hari jadi Na Eun nanti. J-Hope antara yang paling kecoh dalam membuat persiapan kejutan hari jadi Na Eun. "Nasiblah esok hari jadi Na Eun, kalau tak lama dah aku rasa nak sepak si J-Hope hyung, kang muka lebam apa pulak aku nak jawab dengan Na Eun kalau dia tanya nanti." keluh Jimin geram dengan perangai J-Hope yang tidak habis-habis membebel. "Sabarlah Jimin hyung, faham-faham jelah kenapa dia jadi macam tu, kita layankan jela, dah jom sambung tiup belon ni, " pujuk Jungkook sambil menghulurkan belon kepada Jimin. "Huh, yelah!" Jimin mendengus lalu merampas belon dari tangan Jungkook yang menghulurkan belon itu. Pada hari jadi Na Eun... "J-Hope ah!" tegur Na Eun dari jauh sambil melambaikan tangan kepada J-Hope dan berlari ke arahnya. "Oh Na Eun, kenapa?" jawa
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AtyfaArmyForever
Please subscribe me ^_^

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Thumbs up!!!!
baekki_kook #2
Chapter 3: chapter 3:Apa niat dia?!!update soon as fast as you can TT^TT
fanantic #3
Chapter 2: best citer nie^^ thanks cause beri link kat wall post kita^^ klau x, mesti x kan tau pasal citer nie^^ Daebak^^
k-hope
#4
Chapter 2: Wahh!!best....memang padan dengan bomi...suka hati nenek miyang dia ounya atok nak kenakan org...last2 dia sendiri yg kena...XD
baekki_kook #5
Chapter 1: chapter 2:PALLI PALLI!!TENGAH TUNGGU CHAPTER SETERUSNYA NI!!BEST SESANGAT LA!!hope cepat wat chapter 3 ^^
Joshy-muahh
#6
Chapter 1: Wah daetothebakk bomi jdi wtk jahat?? Woii baru tu~ na eun dengan jhope sweetlakk haha. Upsate lagi author!! Excited tunggu chap bru. // sepak punggung jimin// //tolak v jatuh gaung // // gelak mcm org gila//
k-hope
#7
Wahhh!!Menarik citer ni...pasal my bias pulak tu...apapun,Update soon....hwaiting!!!