Calitan merah si Hacker

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Kulit kacang penuh satu plastik, tergantung di tepi kerusi. Di tepi komputer, beberapa botol dan tin air kosong memenuhi ruang meja. Lampu yang separuh kelam mematikan mood lelaki itu. Berulang kali lelaki itu menguap sambil memerhatikan rakaman cctv di depan komputer.

‘Tzzzzt’

Getaran telefon bimbit yang disimpan dalam poket jaket mengejutkan lelaki itu yang mengantuk. Baekhyun menolak kerusi tempat duduknya menggunakan kaki ke arah pintu di mana jaketnya tersangkut pada tombol pintu. Lelaki itu malas bangkit bangun.

Baekhyun mencapai telefon pintar itu dan membaca mesej yang diterima. Lantas lelaki itu tersenyum dan mengigit bibir. Satu mesej yang diterima baca ternyata mencuit hatinya.

“Baekhyun” lelaki yang berada di belakang pintu itu terkejut apabila pintu dibuka secara mengejut. Spontannya kerusi lelaki itu tertolak ke belakang.

“Aishh” Baekhyun mahu mencarut marah, namun niatnya itu laju dimatikan.

“Apa kau buat? Aku suruh kau perhatikan rakaman cctv kan?” Heechul bertanya, aneh melihat keadaan Baekhyun atas kerusi di belakang pintu.

“Tiada apa-apa tuan” laju Baekhyun bangkit berdiri. Telefonnya disimpan ke dalam poket seluar. “Saya dah perhatikan rakaman cctv pejabat kita dari dua minggu lepas sehingga ke petang surat itu berada di meja tuan. Tapi saya tak jumpa sesiapa orang luar yang mendekati meja tuan” lapor Baekhyun segera sambil Heechul mengerak mendekati komputer dalam bilik kawalan itu.

“Tuan?” Baekhyun perhatikan Heechul diam tidak membalas atas laporannya tadi. “Saya perlu teruskan? Saya rasa surat tu main-main sahaja. Hari ni dah hari rabu tuan”

Heechul memberi isyarat tangan supaya Baekhyun menarik kerusi di belakang pintu tadi untuknya. Baekhyun hanya menuruti. Heechul mengambil tempat duduk, menyelesakan diri di depan komputer. “Ulang semula laporan kau” arah Heechul, langsung tidak memandang Baekhyun.

Baekhyun menyumpah geram dalam hati. Namun tidak berani mengingkar arahan ketua kumpulan itu.

“Saya perhatikan rakaman cctv pejabat ni dalam tarikh dua minggu sebelum tuan jumpa surat ugutan tu atas meja tuan dan saya dapati tiada orang yang datang dekat meja tuan dalam tempoh tersebut”

Heechul menghela nafas berat sambil memusingkan badan mengadap Baekhyun yang berdiri di sebelahnya.

“Kau bodoh ke? Siapa suruh kau hanya perhatikan orang luar sahaja? Aku suruh perhatikan semua orang. Bahkan kalau ada cicak datang dekat meja aku dalam tempoh tu pon kau kena perhatikan”

 Baekhyun terdiam. Sentap dengan teguran Heechul. “Tapi tuan, selain orang luar, yang mendekati meja tuan adalah pegawai kita” Baekhyun cuba pertahankan diri. Tangannya disilang hormat di belakang.

“Jadi?”

“Jadi? Maksud saya pegawai polis dalam jabatan kita, termasuk saya sendiri”

“Jadi kau ke yang letak surat ugutan tu?” Heechul memandang Baekhyun dengan pandangan sinis.

Baekhyun menggeleng laju. “Bukan saya. Apa yang saya nak cakapkan ialah orang lain yang mendekati meja tuan ialah pegawai polis. Pegawai polis.”

“Jadi?” Heechul mengulang soalan yang sama.

“Jadinya, takkan pegawai polis yang sama jabatan dengan kita yang letak surat tu atas meja tuan?” Baekhyun menahan sakit hatinya bersoal jawab dengan ketuanya itu.

“Kenapa?”

Baekhyun mengeluh kecil sebelum Heechul bangkit bangun dan menjentik kepalanya.

“Aku tanya kau kenapa?”

Baekhyun menggosok-gosok dahinya sambil menjawab,“ Sebab polis adalah polis. Takkan polis nak hantar surat ugutan pula?”

“Kenapa tidak? Semua polis baik ke?”

Baekhyun diam seketika, tidak berani mengangkat muka. “Ya. Kalau mereka rasa diri tak layak jadi seorang polis, mereka takkan jadi polis. Bagi saya semua polis adalah baik”

“Naifnya kau ni.” komen Heechul, mendekati Baekhyun secara rapat, berbisik pada telinga anakbuahnya itu. “Kalau semua polis baik, takkan wujud satu pun jenayah dalam dunia ni. Nak tahu siapa yang paling banyak melakukan jenayah? Jawapannya anggota polis. Siapa pula paling jahat dalam polis-polis yang jahat ni? Jawapannya ketua polis paling atas. Kalau kau ingat semua polis ni baik, aku boleh terima surat letak jawatan kau bila-bila masa sahaja. Kau boleh jadi seorang polis yang baik, tapi jangan ingat semua orang macam kau. Dalam pejabat kita ni, jangan percayakan sesiapa.”

Baekhyun terdiam. Tidak mampu membalas. Kaku berdiri. Anak mata hitamnya tepu.

“Sekarang, perhati betul-betul pegawai polis mana yang letak surat tu atas meja aku. Sekarang dah hari rabu. Kau nak jadi seorang pegawai polis yang baik kan? Jadi pergi cepat halang apa sahaja jenayah yang mungkin berlaku hari ini. Itu tugas polis yang sebenar” sempat Heechul menepuk lembut bahu anak muda itu yang masih tergamam.

Baekhyun masih kaku berdiri, tidak berganjak walaupun setelah Heechul beredar. Pandangannya mati, seolah jasad yang tidak mempunyai jiwa.

“Aku ialah pegawai polis yang baik” bisik Baekhyun pada dirinya, cuba mengembalikan semangat yang sudah terbang dalam kata-kata Heechul tadi. Polis muda itu bergerak semula ke tempatnya, fokus memerhatikan rakaman cctv.

                                                            …

Telefon bimbit yang diletakkan di tepi kaunter itu kerap kali dipandang namun masih tiada balasan diterima. Hanya paparan skrin kosong. Taeyeon mencebik.

“Dia ni ada tengok mesej aku ke tidak?” muncung gadis itu menjuihkan bibir sambil menongkat dagu di kaunter, sementara menunggu pelanggannya datang. Kedai runcit itu agak lengang pada waktu pagi Rabu.

                                                            …

Seperti kebiasaan, Seohyun, pegawai perpustakaan Sekolah Menengah Tinggi Kyunggi akan memulakan tugasnya seawal jam 6 pagi. Sebaik tiba di tempat kerjanya, kelibat seseorang kelihatan membuat kerja di depan komputer riba dalam keadaan gelap. Cahaya skirn komputer memantul pada wajah orang itu. Seohyun mencapai tekan suis lampu.

“Jin?” Seohyun cam lelaki itu, Jin, salah seorang pelajar yang selalu berada di perpustakaan.

“Jin, apa kamu buat sini pagi-pagi ni? Kamu tak balik sejak semalam?” Seohyun bergerak mendekati pelajar lelaki itu. Dia agak terkejut melihat Jin yang tidak bergerak, namun mendengar kuat bunyi jari-jarinya menekan papan kekunci komputer riba.

“Cik Seohyun tolong jangan ganggu saya. Saya ada kerja penting” balas Jin, tidak memandang pegawai perpustakaan itu. Jarinya tidak berhenti menekan papan kekunci. Langsung langkah Seohyun pula terhenti.

“Ahh, baiklah. Saya akan buat kerja saya macam biasa. Yah, jangan belajar terlampau sangat. Rehatkan otak tu.” Riak muka Seohyun risau. Sempat dia menggeleng beberapa kali, berasa tidak setuju dengan tindakan lelaki itu yang terlalu obsess study. Sangkanya.

“Ya ya. Saya tahu” ujar Jin lagi. Sesekali dia mengeriutkan dahi. Dia bertambah geram apabila setiap kali dia mencuba memecah masuk dalam data komputer seseorang, tindakannya tidak berjaya. Dari malam tadi dia mencuba mendapatkan maklumat penting, namun sampai ke pagi, Jin masih tidak berjaya. Sistem demi sistem telah diceroboh dari pelbagai sudut namun satu dinding keselamatan perisian melindungi maklumat yang Jin kehendaki.

“Di mana kau sorokkan fail penting kau? Di mana?” Jin bermonolog dalam marah. Dahinya berkerut marah sambil jarinya berjuang menaip kod-kod yang mampu memecahkan sistem keselamatan yang ingin diceroboh.

                                                                        …

Taehyung mengerling ke arah tempat duduk di belakang Joy yang masih kosong. Meja itu kelihatan sunyi tanpa tuannya.

“Mana dia?” Taehyung menyoal Joy. Gadis itu hanya menjungkit bahu sambil mengeluarkan buku teks dari dalam beg. Sempat juga dia mengerling meja kosong di belakangnya ketika dia berpaling mencari buku dalam beg.

Taehyung kembali menumpukan perhatian kepada kelas. Cikgu Gu, guru subjek geografi memulakan dengan melukis sebuah peta pada papan hitam. Pelajar senyap menanti lukisan itu siap.

Pintu belakang dikuak dengan perlahan, dibuka sedikit cukup untuk ruangnya masuk. Sungjae tunduk, merangkak masuk dengan senyap. Apabila yakin sudah masuk sepenuhnya, Sungjae merangkak laju di kawasan belakang, melindungi dirinya dengan kerusi meja pelajar daripada diketahui oleh Cikgu Gu di depan. Setiba di tempatnya sendiri, Sungjae perlahan-lahan menarik kerusi itu sebelum duduk dengan laju. Taehyung dan Jimin yang perasan akan kelakuan Sungjae itu tersengih. Lucu melihat telatah rakan mereka.

“Save~” kedua-dua Taehyung dan Jimin membuat gaya seolah-olah Sungjae berjaya berlari ‘homerun’ di padang kriket. Lalu mereka ketawa kecil.

“Lambat. Kau pergi mana?” tegur Joy, membisik sambil menoleh belakang, memandang Sungjae.

Sungjae membetulkan tali lehernya sebelum mengerling buku teks Jimin di sebelahnya. Lalu dia mengeluarkan buku teks yang sama dari dalam beg.

“Kenapa? Risaukan saya?” Sungjae membalas sambil meletakkan buku teks di atas mejanya. Joy memincingk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD