Halaman Baru

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

365 hari kemudian…

Langkah kaki Seulgi agak berat melangkah pijak setiap anak tangga. Yuju menolaknya keras dari belakang. Seulgi memegang renyuk kain seragamnya kuat.

“Kenapa aku pula yang kena buat?” soal gadis itu mengerling rakan sekelasnya.

“Sebab kau seorang saja yang berani” jawab Yuju yakin, memberikan pandangan tegas. “Fighting!” tambahnya sambil mengangkat lepas tumbukan di udara. Seraya itu Yuju berlari menuruni tangga, meninggalkan Seulgi sendirian untuk berjalan ke atas bahagian bumbung Sekolah Menengah Tinggi Pohang.

Pintu pagar besi yang sudah berkarat ditolak buka. Seulgi lalu menapak keluar.

“Emm emmm” Seulgi teragak-agak untuk bersuara.

Seulgi berjalan menghampiri seorang pelajar lelaki yang terbaring di atas dua buah meja belajar yang dirapatkan. Seulgi meletakkan tangannya di belakang badan, dan berjalan perlahan.

Angin menderu sepoi-sepoi tengahari itu, melenakan pelajar lelaki tersebut dalam angan yang tidak boleh dicapai. Anak rambut Seulgi yang menutup separuh dahinya terbang lembut diitiup angin.

“Park Jimin shi” Seulgi memanggil namun lelaki yang masih terbaring dengan sebuah buku teks menutup wajahnya itu tidak memberi sebarang balasan. Beg galas miliknya dijadikan alas kepala.

Perlahan-lahan Seulgi menghulurkan tangan, menyentuh tarik buku teks ekonomi yang menutup wajah pelajar itu.

“Yah, kau ada dengar berita yang pelajar sekolah zombie dari Seoul berpindah masuk sekolah kita?”

“Yah, pelajar zombie tu”

“Pelajar zombie menakutkan”

“Aku rasa setiap malam dia akan makan darah”

“Kau ada nampak dia cakap dengan sesiapa? Aku rasa dia memang sengaja tak cari kawan sebab takut akan makan kawan dia”

 “Pelajar zombie tu merokok kat atas bumbung”

“Cikgu tak tahu ke yang pelajar zombie tu selalu ponteng kelas?”

Perasaan takutnya memakan diri. Gadis itu teringat gossip liar mengenai pelajar lelaki yang baru pindah masuk ke sekolahnya itu. Seulgi lalu melepaskan satu keluhan sebelum berpaling putus asa. Secara tiba-tiba sesuatu memegang lengannya, menahan.

“Arghh!” spontan Seulgi menjerit. Buku teks yang dipegang tadi terlepas dari tangan.

“Kenapa pegang buku aku?” soal Jimin, sekadar mengangkat lehernya tinggi.

Seulgi lalu tunduk mengutip buku yang terjatuh itu lalu diserahkan kepada Jimin. Menyedarinya jaraknya yang dekat dengan pelajar itu, Seulgi mengundur dua langkah menjauhi. Jimin mencapai buku tersebut lalu bangkit duduk. Dia tersenyum sinis.

“Kenapa mengundur? Takut?” soalnya, sambil menyimpan semula bukunya ke dalam beg.

Seulgi menggeleng, tidak berani mengangkat muka. “Mana.. ada.. takut” ketar suaranya.

“Kenapa tidur sini? Ponteng kelas kan? Aku akan tulis nama kau dalam buku disiplin?!” ugut Seulgi secara tiba-tiba, memberanikan diri, menjeling Jimin.

Jimin lalu ketawa kecil. “Kau pegawas ke?” soalnya sebelum perasan akan tag khas yang dipakai sarung pada lengan baju gadis itu. “Ahhh~ ketua pegawas”

“Park Jimin kan nama kau? Aku dah dapat banyak aduan dari pelajar lain. Kau.. kau.. hisap rokok dalam tandas, selalu ponteng kelas, kadang-kadang kau naik atas sini dan hisap rokok kan? Sekarang pun sepatutnya kau berada dalam kelas matematik, tapi kau ponteng kan?” sengaja Seulgi meninggikan suara.

“Kau ada bukti? Mana kau tahu sekarang aku tengah ponteng kelas. Lagipon sekarang masa rehat” balas Jimin selamba, sengaja menumpukan perhatian pada pelajar perempuan itu.

Krrrrrrrrriiiiiiiinnngggg

Seulgi mendongak pandang sekeliling lalu mengerling jam di tangan kirinya.

“Oh! Betul-betul dah masuk waktu rehat”

Seulgi tertunduk malu. Masa seolah sengaja mentertawakan dirinya. “Baru sahaja masuk waktu. Tapi kau dah tidur lama kan? Tu ponteng juga” Seulgi cuba mempertahankan dirinya.

“Lagi satu, mari sini beg kau, aku nak periksa kalau ada kotak rokok dalamnya. Keluarkan segala barang dalam poket seluar dan baju kau, aku nak periksa barang kau” tambah Seulgi, memberanikan diri, menggunakan jawatannya yang tinggi untuk mengeluarkan arahan.

“Kang Seul Gi” Jimin membaca tag nama pelajar perempuan itu.

“Ya itu nama aku. Sekarang buat apa yang aku suruh cepat. Aku ketua pegawas sekolah ni, jadi kau kena ikut arahan aku, kalau tidak aku akan laporkan kepada guru disiplin” nada Seulgi sedikit menyombong.

Seulgi menhulurkan tangannya ke depan.

“Apa dia?” Jimin berpura-pura tidak tahu, memandang naif huluran tangan pelajar perempuan itu.

“Beg kau” Seulgi menegaskan suaranya, tapi masih tidak berani mendekati lelaki itu.

“Kalau kau nak, kau kena datang sini” Jimin mencapai tarik tangan Seulgi.

“Ahhh” Seulgi menjerit kecil, hampir terpeluk pelajar lelaki itu.

“Kenapa? Kau takut ke?” nada Jimin perlahan.

“Aku? Takut? Ini Kang Seulgi” Seulgi membalas pandangan lelaki itu, sedikitpun tidak menganjakkan badannya. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak pernah berada serapat itu dengan mana-mana lelaki. Seketika Seulgi marahkan dirinya kerana acah-acah berani.

“Kau buat aku teringatkan seseorang yang aku kenali” ujar Jimin. Riak wajah dan gaya gadis di hadapannya itu mengingatkannya pada rakan sekelasnya, Joy.

“Teringatkan seseorang? Ingat aku ni apa?” Seulgi menarik tangan Jimin, cuba melepaskan genggaman lelaki itu.

Jimin memeluk kuat, tidak melepaskannya tangannya pada pinggang gadis itu. Seketika Seulgi meronta kecil.

“Lepaskan aku” tutur Seulgi, memberi jelingan tajam.

Jimin tersenyum sinis. “Bersyarat”

“Apa kau nak? Nak aku lepaskan kau kali ni? Jangan harap. Aku akan laporkan kepada guru disiplin” Seulgi mengancam.

“Ahhh~ aku dah faham kenapa Sungjae sukakan perempuan macam Joy. Ini perasannya”

“Gila. Gatal” ujar Seulgi, aneh melihat Jimin bercakap sendirian, menyebut nama yang tidak dikenali. “Lepaskan aku!”

“Syaratnya senang. Jadi kawan aku”

“Eh?” Seulgi agak terkejut dengan tawaran lelaki itu. Sangkanya Jimin akan meminta yang bukan-bukan. Sangkaannya meleset. “Kawan kau?”

Jimin mengangguk lalu melepaskan tangan Seulgi. Gadis itu mengundur beberapa langkah, namun masih memandang Jimin kehairanan.

“Kenapa?” soalnya.

“Pelajar lain semua takutkan aku. Mereka ingat aku ni zombie. Mereka ingat aku bawa virus zombie tu” jawab Jimin jujur. Sesuatu lembut dalam nadanya bercakap.

Seulgi terdiam. Apa yang lelaki itu katakan memang benar. Pelajar sekolah tersebut takut akan Jimin yang baru pindah dari Seoul dan datang dari sekolah yang heboh dengan ancaman virus zombie tahun lepas.

“Hmmm?” Jimin menunggu balasan gadis di hadapannya itu.

“Kalau kau berkawan dengan aku, yang lain mungkin akan mula berkawan dengan aku juga. Aku cuma tak nak mereka takutkan aku. Aku pun sama macam mereka. Aku tak nak tamatkan tahun akhir aku di sekolah dengan sesuatu yang teruk, disisih semua orang. Aku normal. Aku tak pernah kena virus tu pun. Lagipun semua yang kena virus tu dah sembuh pun. Mereka dah diberi anti-virus” jelas Jimin seraya tertunduk memandang lantai. Peristiwa setahun lepas berpusing imbas dalam kotak ingatannya, mengenai serangan zombie, segala luka dan darah, pertarungan juga pengkhianatan.

Seulgi mengambil masa yang agak lama untuk memberi jawapan. Dia kekal kaku di tempatnya, berfikir.

“Hmmm?” Jimin mendongakkan wajahnya semula, memandang gadis itu.

“Kau pun takutkan aku?”

Jimin melepaskan satu keluhan lalu melompat turun dari meja tempat duduknya tadi. “Kau pun sama macam yang lain” nadanya merajuk, berbaur kecewa.

“Tunggu dulu” lengan Jimin dipegang tahan sedang lelaki itu sedang berjalan mahu beredar. “Aku boleh jadi kawan kau.”

Jimin berpaling, menoleh pandang Seulgi yang tersenyum.

Sekuntum bunga ros putih diletakkan atas papan tanda yang ditegakkan dalam kawasan dewan. Baekhyun memejam mata, dan hatinya mengirimkan kata-kata doa kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam peristiwa malang tersebut setahun lepas. Park Chanyeol di sebelahnya turut berbuat perkara yang sama. Masing-masing diam.

Selang beberapa saat, mereka berdua mengundurkan langkah, bergerak keluar daripada kawasan dewan Sekolah Menengah Tinggi Kyeonggi itu, memberi ruang kepada orang lain untuk menzahirkan doa simpati mereka pula.

“Detektif Byun, detektif Park” seseorang memanggil nama mereka berdua. Spontan kedua-dua pegawai polis itu menoleh pandang seorang lelaki yang berjalan menghampiri mereka.

“Cikgu Lee”

Donghae tersenyum, lega apabila detektif itu masih ingat padanya.

“Dah lama tak nampak kamu berdua” tegur Lee Donghae, seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Cikgu Lee di Seoul, kami berdua bekerja di Busan. Memang susah nak jumpa” balas Chanyeol, seraya berjabat tangan dengan cikgu itu. “Tapi, Cikgu dah tak boleh panggil dia ni detektif lagi, dia dah diturunkan pangkat” tambah Chanyeol dalam nada mengusik sambil menepuk bahu Baekhyun di sebelahnya.

“Oh, saya ada dengar mengenai perkara tu. Sayang sekali, mereka patut bagi awak ganjaran sebab awak berdua yang jumpa dan selamatkan saya masa saya pengsan di tepi tangga dulu” ujar Donghae teringat setahun lepas, ketika serangan zombie yang berlaku, di mana dalam ingatannya, dia diselamatkan oleh dua orang detektif itu.

Baekhyun tersenyum kekok. “Apa boleh buat. Tak semua perkara baik dibalas baik. Nasib saya malang sikit”

“Dia lepaskan tembakan sebarangan, merbahayakan orang awam, benarkan orang awam guna pistol dia, tak hormat pegawai senior dan guna alat komunikasi ketua unit. Memang padan dengan denda dia, diturunkan jawatan jadi polis peronda di salah satu kawasan kampung di Busan” jelas Chanyeol, sengaja mengusik rakannya itu.

“Yah, kau ni kan” Baekhyun menjeling tajam pegawai tersebut sebelum berpaling semula mengadap Lee Donghae.“Oh ye cikgu, saya ingat nak masuk ke dalam kawasan blok sekolah sekejap. Saya nak jumpa seseorang”

“Seseorang? Siapa?” soal Chanyeol, memandang Baekhyun dengan penuh tanda tanya. Dia tidak tahu pula Baekhyun ingin berjumpa dengan orang lain, selain datang menziarahi memberi peringatan hormat.

                                                  

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD