Peluru Terakhir

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

 

Air mata Taehyung mengalir laju membasahi wajahnya sendiri. Dalam keadaan gelap dan  kelam di depan pintu atas tangga itu, Taehyung membiarkan dirinya menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa. Esakannya bergema dalam ruang tertutup itu.

 “Tzzzt. Macam mana keadaan di sana? Tzzzt”

Suara Baekhyun mengejutkan Taehyung seraya membuatkan sedu lelaki itu terhenti. Walkie talkie yang dipegang lalu dirapatkan pada mulut.

“Kawan aku. Apa patut aku buat?”  

Air mata Taehyung tidak berhenti mengalir. Wajahnya dibasahi air mata, peluh dan darah. Dalam kepanasan itu, Taehyung berasa bimbang dan takut. Dia tidak pernah membayangkan dirinya akan berada dalam situasi tersebut. Pada masa yang sama, Taehyung seperti sukar untuk mempercayai segala yang berlaku pada hari ni.

Luka pada badannya ketika berlari menyelamatkan diri, terjatuh dari rak dalam perpustakaan tadi masih berdarah. Namun sesuatu yang menyesakan dadanya, rasa sakit hatinya melebihi sakit pada badan sendiri. Satu perasaan hampa, kecewa dan bengang menghimpitnya apabila dapat tahu mengenai J, iaitu kawan baiknya sendiri, Sungjae.

Seketika suara Baekhyun tenggelam dan tidak dapat didengari. Taehyung bertambah risau. Buat masa ini, hanya Baekhyun yang dapat dihubungi.

 “Detektif Byun. Kau dengar tak? Apa patut aku buat!”

Taehyung meninggikan suara, dan acap kali mengangkat alat komunikasi tersebut dekat pada telinga, bimbang sekiranya suara Baekhyun tidak dapat didengari atau talian komunikasi yang rosak.

 “Tzzzt. Taehyung, kau ada pistol kan? Tzzzt”.

Taehyung lalu mencapai keluarkan pistol yang berada dalam poketnya. Senjata itu ditenung lama.

“Apa kau nak aku buat dengan pistol ni?” balas Taehyung, bimbang. Nalurinya mula berbisik kata-kata yang tidak menyedapkan. Sesuatu buruk akan berlaku.

 “Tzzzt. Taehyung, aku nak kau tembak J. Tzzzt”

Pada saat itu, Taehyung rasa seperti jantungnya berhenti berdegup. Walkie talkie yang dipegang hampir terjatuh lepas. Tangannya terasa lemah longlai.

“Tembak?” Taehyung menyeka air matanya.

“Tembak? Kau nak aku tembak J?” Taehyung mengulang soalannya yang hanya berbalik kepada dirinya sendiri. Kemudian Taehyung tersenyum dan ketawa kecil.

“Bangang! Kau nak aku tembak kawan aku sendiri?!” jerit Taehyung sambil menendang kakinya pada pemegang tangga. Walkie talkie yang berada dalam tangannya tidak memberi sebarang balas.

“Yah! Detektif Byun! Woi! Jawab!” Taehyung naik berang, menggenggam kuat alat komunikasi tersebut.

“Waaaa, pandai kau beri arahan. Kau nak aku tembak kawan aku sendiri. Kau suruh budak sekolah menengah yang tak pernah pegang pistol ni supaya tembak kawan baiknya” nada Taehyung berbau perli. Taehyung meletus ketawa sebelum bangkit bangun.

“Detektif Byun!” panggilan Taehyung tidak berjawab. Nafas Taehyung berhembus laju.

“Baik. Aku akan buat apa kau suruh” tekad Taehyung lalu meletakkan alat komunikasi itu di atas lantai. Pistol yang dipegang pada tangan kiri, digenggam kuat menggunakan kedua-dua belah tangan.

Taehyung mencapai pegang daun pintu dan menolak buka pintu tersebut. Angin kuat menderu masuk. Langkah Taehyung tidak stabil namun anak muda itu menggagahkan diri.

“Yah Yook Sungjae” Taehyung menjerit panggil. Matanya memincing pandang ke hadapan di mana Joy masih dalam tahanan Sungjae, berdiri di bawah sebuah helikopter dengan tali yang berjurai gantung.

“Taehyung!” Jimin terperanjat melihat rakannya itu, berdiri tegak dengan senjata yang dipegang.

Baju kemeja sekolah yang dipakai berkibar-kibar ditiup angin kuat. Biasan cahaya matahari senja menyilaukan mata. Taehyung menghentikan langkahnya. Berdiri depan Sungjae dan Joy dalam 15 langkah. Pandangannya tepat ke arah dua orang kawannya itu.

“Taehyung, apa kau nak buat?”

Sempat Taehyung mengerling lihat Jimin yang berdiri di tepi, tidak berkasut dan ketakutan sepertinya. Melihat Eunhyuk yang terbaring berdekatan Jimin, Taehyung dapat mengagak apa yang dikatakan oleh Donghae adalah benar. Eunhyuk dan J adalah rakan subahat. Tidak jauh dari pintu juga, Jin dan Irene yang terbaring tidak sedarkan diri.

Taehyung tersenyum tawar. Nafasnya lelah, kepenatan. Rambutnya lembut bergoyang ditiup angin. “Hentikannya. Lepaskan Joy”

                                                            …

“Taehyung, aku nak kau tembak J”

Pegawai Choi terkejut. Baekhyun kelihatan tekad.

“Tzzt. Tembak? Kau nak aku tembak J? Tzzzt”

Baekhyun mengangguk, dan memandang pegawai polis di hadapannya.

“Saya perlukan bantuan. Tolong maklumkan kepada Ketua Shin yang salah seorang pelajar dalam sekolah tu dah jumpa anti-virus tu. Saya tak tahu di mana dia berada tapi pasti dia berada dekat dengan J. Saya akan pastikan dia berjaya alih perhatian J dan Ketua Shin harus cepat untuk ambil penawar tu” tutur Baekhyun satu persatu mengenai idea yang muncul dalam fikirannya. Pegawai Choi pana seketika sebelum menekan sesuatu alat di telingannya.

“Tzzzt. Bangang! Kau nak aku tembak kawan aku sendiri?! Tzzzt”

Baekhyun memandang walkie talkie yang mengeluarkan isyarat balas daripada Taehyung. Jelas kedengaran lunak marah anak muda itu. Jauh dalam sudut hati Baekhyun, dia harap pelajar itu dapat bertahan.

“Pegawai Choi. Tolong. Kita harus cepat” Baekhyun mendesak.

Pandangan Inspektor Choi beralih antara Baekhyun dan walkie talkie yang dipegang detektif itu. Hatinya juga berbolak-balik.

“Kim Heechul. Aku rasa semua detektif bawah kau dah jadi tak betul. Aku tak dapat pastikan apa yang keluar dari mulut dia ni betul atau tak” ujar pegawai Choi, bersuara menggunakan alat komunikasi yang dipasang di telinga. Di hujung talian yang disambung, Ketua Shin, Yang Hyo Seung juga Kim Heechul dapat mendengar jelas apa yang dikatakan pegawai polis yang bernama Choi Siwon itu.

“Pegawai Choi. Saya cakap perkara yang betul” Baekhyun agak terasa dengan kata-kata pegawai atasan itu. Bengang dengan tindakan pegawai yang tidak peduli desakannya, Baekhyun beralih kepada Taehyung.

“Taehyung, aku nak kau sasarkan kepada bahagian yang tak merbahaya seperti kaki atau lengan. Aku tahu kau tak pernah pegang pistol sebelum ni, tapi aku percayakan kau. Jauhkan sasaran daripada bahagian dada. Aku nak kau buat J bertambah beban dengan lukanya, alihkan perhatiannya, supaya…”

Buk!

Satu tumbukan mengenai tepat wajah Baekhyun. Walkie talkie yang dipegang tercampak jatuh ke bawah tangga.

“Pegawai Choi!” Baekhyun berpaling sambil menyentuh rasa bibirnya yang berdarah.

“Jangan buat keputusan ikut suka hati kau!” tegas pegawai itu. “Kim Heechul ada di atas helicopter, dia tahu apa yang kau buat. Sekarang kau di bawah aku, jadi kau kena ikut arahan aku. Kita harus lindungi tuan presiden”

“Inspektor Choi, apa yang berlaku di sana?” kedengaran isyarat balas daripada Shin Dong, yang dapat didengari oleh Siwon melalui alat komunikasi pada telinga.

“Tiada apa-apa tuan. Hanya masalah kecil. Nampak gayanya Kim Heechul gagal didik anak buahnya tentang disiplin dan hormat” nada Siwon memerli tajam.

“Saya cakap perkara yang benar” celah Baekhyun dengan pandangan marah. Dadanya berombak turun naik. Sempat dia mengerling walkie talkie yang sudah jatuh bergolek atas tangga dan berkecai dua. Baekhyun melepaskan satu keluhan berat apabila memikirkan dia tidak dapat lagi berkomunikasi dengan Taehyung malah Baekhyun pasti mesejnya yang terakhir tidak sampai kepada pelajar itu.

Choi Siwon dan Byun Baekhyun saling berpandangan dengan sifat marah dan sakit hati. Mengalah, Baekhyun menunduk.

“Maafkan saya” gumamnya tidak bersemangat.

                                                                        …

Kim Jun Myeon membawa Shin Dong masuk ke dalam salah sebua

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD