Talian Hayat

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Sepasang stokin koyak dan nipis tidak mampu menghilangkan kesejukan kaki pada musim salji. Beberapa kotak ditarik rapat, cuba menutup kakinya namun kedinginan tidak menghilang. Tangannya diusap-usap, cuba menghasilkan kehangatan sendiri. Asap putih terhembus keluar dalam setiap pernafasannya. Eunhyuk mengigil kesejukan.

“Ambil ni nak. Kentang bakar yang masih panas”

Eunhyuk mendongak, memandang seorang lelaki yang meletakkan makanan di hadapannya. Pantas kentang bakar itu disambar.

“Auh auh auh” melompat-lompat kentang bakar yang cuba dipegang itu. Terlalu panas. Kanak-kanak berumur 10 tahun itu tetap mengigit makan kentang panas itu. Perutnya sudah terlalu lapar.

“Kesian dia kan?” lelaki dewasa itu mengusap kepala Eunhyuk. Anak kecil dalam lingkungan lima tahun di sebelah lelaki itu hanya menggangguk. Eunhyuk tidak mempedulikan mereka, menyuap makan kentang bakar itu dengan lahapnya.

“Boleh saya ambil sedikit?” seorang budak perempuan 10 tahun, mengesot ke arah Eunhyuk. Terliur melihat makanan yang dinikmati Eunhyuk itu.

“Kau pun mesti lapar juga?” lelaki dewasa itu turut menghulur kentang bakar kepada budak perempuan malang itu. Rambutnya yang panjang tidak disikat menutupi separuh wajahnya.

“Terima kasih!” ucap Sandara, mengambil sentuh makanan itu dengan jarinya yang kotor tidak berbasuh. Sama seperti Eunhyuk, walaupun panas, makanan itu laju disumbat ke dalam mulut.

“Kenapa ayah bagi dia? Nanti kita nak makan apa?” petah anak kecil di sebelah lelaki itu bertanya, memandang geli akan kedua-dua Sandara dan Eunhyuk.

“Tak mengapa nak. Nanti ayah akan beli lagi masa kita nak balik nanti” lelaki dewasa itu memujuk anaknya.

“Boleh saya nak lagi?” Eunhyuk mencapai pegang lengan baju lelaki itu. Kentang bakar dalam beg kertas tadi sudah dihabiskan.

“Maaf nak. Dah habis. Nanti bila ada masa pakcik dan anak pakcik akan datang sini lagi, beri kamu berdua makanan” lembut tutur kata lelaki itu memujuk, memandang kasihan akan dua anak kecil yang kebuluran itu.

“Mari pergi” lelaki itu bangkit bangun dan menarik lengan kecil anaknya di sebelah.

“Pak cik. Tolong saya. Bawa saya sekali. Saya janji akan buat apa sahaja. Boleh tak pakcik bawa saya sekali” Eunhyuk melutut di depan lelaki itu, merayu. “Saya boleh jadi pekerja pakcik. Saya janji akan buat apa sahaja. Tolong bawa saya pergi dari sini” mengalir air mata Eunhyuk, merayu kepada lelaki itu.

“Saya pun. Tolong saya. Di sini sejuk dan kami lapar” Sandara mengikuti sama apa yang dilakukan Eunhyuk. Kedua-dua anak malang itu melutut merayu di depan Jung Ryu Won sambil menangis.

“Ayah~” anak kecil di sebelah Jung Ryu Won itu mula mahu merengek, tidak selesa. Jijik melihat dua orang kanak-kanak yang melutut di hadapan ayahnya.

“Nanti pakcik akan selalu datang sini, bawakan makanan dan pakaian untuk kamu” Jung Ryu Won menabur janji, memberi senyuman ikhlas.

“Tolong pakcik” Eunhyuk dan Sandara tunduk memegang tahan kaki Jung Ryu Won. “Saya akan buat apa sahaja. Apa pun kerja” rayu Eunhyuk tidak henti-henti. Sandara pula menangis dan terus menangis.

Jung Ryu Won menjadi serba salah lalu memandang anak lelakinya. Berbeza dengan dua anak malang yang merempat di dalam lorong jalanan itu, anak kecil di sebelahnya itu memakai pakaian selesa berjenama.

“Kamu rasa apa patut kita buat? Kamu nak tolong mereka?”

                                                                        …

Jari jemari Seungri tidak kekal diam. Bergerak-gerak mencakar besi pada pemegang tempat duduknya. Seorang lelaki duduk berhadapannya kelihatan tenang. Anak mata Seungri tidak keruan. Adakala dia menjeling polis depannya, adakalanya dia tunduk memandang lantai, ketakutan.

“Dr Choi, awak tinggalkan hospital ketika baru setahun jadi doktor” Chanyeol memulakan penyiasatan. Pergerakan mereka dalam bilik kecil itu dirakam kamera kawalan. Kim Minseok di luar bilik kawalan, memerhatikan mereka berdua di dalam melalui tingkap gentian kaca yang kalis bunyi.

“Kenapa?” soal Chanyeol, tidak mendesak. Pegawai polis itu dapat menduga keadaan Seungri yang tidak perlu dipaksa. Dia yakin doktor itu akan meluahkan semuanya, cuma perlu dipujuk.

“Dr Choi, bagaimana awak dan Sandara Park boleh berkenalan?”

“Sandara Park” nama itu keluar dari mulut Seungri.

“Ya. Sandara Park. Dia, Lee Eunhyuk dan..” Chanyeol memancing umpan.

“Sandara Park, Lee Eunhyuk dan Jung Ryu Won” Seungri termakan umpan.

“Siapa mereka? Awak buat virus untuk mereka?”

Walaupun di luar bilik, Kim Minseok dapat mendengar perbualan Chanyeol dan Seungri dengan jelas. Telinganya fokus mendengar butiran perbualan itu. Chanyeol dan Minseok yakin pasti ada sesuatu yang Seungri mampu bantu mereka untuk selesaikan masalah virus itu.

Seungri tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dahinya berpeluh ketakutan. Anak matanya menggigil.

“Dia.. Dia.. tolong aku”

“Dia? Siapa? Apa dia buat?” Chanyeol bertanya dengan penuh sabar. Jari jemarinya dilekapkan bersama, ditongkatkan di bawah dagu. Sepenuh perhatian diberikan kepada doktor di hadapannya.

“Aku… Aku buat kesalahan dalam bilik bedah. Hospital pecat aku. Jung Ryu Won tolong aku. Dia baik hati, dia beri aku tempat tinggal. Dia selamatkan hidup aku.” Seungri menceritakan, mengimbas kembali saat pahit dalam hidupnya di mana dia mendapat beribu cacian dan makian di atas kesalahan kecil yang tidak disengajakan.

Seungri kemudian menggeleng sebelum menambah. “Aku tak mampu balas jasa dia. Eunhyuk cadangkan untuk tolong Jung Ryu Won dapatkan jawatan presiden kembali.”

“Jadi kau tolong dia, dan buat virus tu?”

Seungri mengangguk. Sejurus itu dia tersenyum.

“Jangan risau. Aku ada buat anti-virus” kata-kata Seungri membuatkan Minseok pantas bangkit berdiri dari tempat duduknya. Badannya didekatkan kepada kaca yang memisahkan dia dan ruang bilik itu.

Chanyeol cuba menyembunyikan perasaannya. Saat kritikal itu perlu dikawal.

“D mana? Anti virus tu?”

“Aku takkan beritahu dengan mudah” balas Seungri masih tersenyum. Kemudian doktor itu memandang Chanyeol tepat pada anak matanya. “Anti-virus tu disembunyikan oleh ‘emosi’”

                                                                        …

Doktor Cho mengikut langkah ketua unit kecemasan itu. Badannya berasa panas berada dalam baju sut perlindungan itu.

“Ketua Shin” Dr Cho memanggil, penat mengikut langkah kaki Shin Dong yang mundar mandir di hadapan khemah unit kesihatan.

“Sila buat keputusan” desaknya.

Shin Dong menghentikan langkah. Fail keras di tangan digenggam kuat. Di sebalik baju sut pelindung itu, wajahnya berkerut, nafasnya berat. Fikirannya buntu.

“Ketua Shin. Keputusan dah keluar dan ia positif, semua tahanan kuarantin di sini positif bebas dari sebarang virus” jelas Dr Cho buat kali kedua. Setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atas pelajar, guru dan kakitangan yang terselamat, berjaya menyelamatkan diri dari bangunan kuarantin itu, mereka semua disahkan bebas dari jangkitan virus.

Shin Dong menhembus nafas berat. Fail di tangannya diserahkan semula kepada Dr Cho Kyuhyun. Lalu dia mencapai walkie talkie yang tersangkut pada sebuah beg di atas kereta. Shindong menekan nombor empat, memilih saluran.

“Kod kecemasan Kyeonggi. Kod Kecemasan Kyeonggi. Over”

Selang beberapa saat, kedengaran suara menjawab melalui walkie talkie itu. “Tzzt.Yang Hyoseung menjawab. Sila beri arahan lanjut. Tzzzt”

Shindong menekan butang lalu mendekatkan semula walkie talkie kepada mulutnya. “Sediakan prosedur. Kita akan lepaskan tahanan kecemasan kuarantin kawasan”

“Persiapan akan dilakukan”

Dr Cho menghela nafas lega sebaik mendengar kata putus ketua unit kecemasan itu. Dia tahu betapa beratnya tanggungjawab lelaki itu. “Jangan sebarkan kepada media dahulu. Kita kena utamakan keselamatan mereka”

Shin Dong menggangguk. Walkie talkie lalu dicampak ke dalam kereta. Alat itu terpelanting atas kerusi tempat duduk belakang.

                                                                        …

Ruang dalam perpustakaan yang luas itu senyap seperti biasa. Kali ini kesunyian dalamnya dipenuhi ketakutan, perasaan risau dan tidak tenteram. Joy acap kali mengeluarkan telefon pintarnya, melihat sekiranya terdapat capaian telefon yang dapat disambungkan. Jawapannya tetap sama juga berulang kali. Kawasan itu tidak mempunyai capaian talian komunikasi.

Yeri menghembus nafas berat. “Tak boleh ke kita minta bantuan pegawai polis yang berkawal di luar sana?”

Jimin dan Sungjae serentak memandang ke bawah melalui tingkap. Di luar bangunan, kelihatan beberapa pegawai polis lengkap berperisai dan bertopeng, membina pagar manusia, mengelilingi bangunan itu. Mereka tetap berdiri teguh, setia menunggu keputusan ketua mereka. Setiap keputusan akan dipatuhi tanpa dipersoalkan.

Tiada siapa menjawab soalan Yeri. Mereka turut mengeluh nasib masing-masing.

“Buka pintu ni! Aku tahu korang ada di dalam!”

Pandangan masing-masing langsung terarah pada pintu utama. Pintu itu bergegar kecil, diketuk kuat oleh seseorang dari luar.

“Cepat buka pintu ni” suara dari luar itu menggesa.

Yeri dan Joy mencapai batang pencuci yang digunakan sebagai senjata awal tadi. Masing-masing bersiap sedia. Jimin berdiri di atas meja, matanya melirik sekeliling, mencari arah tuju u

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD