Final

First Meet

“Joshua Hong”. Namaku dipanggil seseorang. Lantas aku ke tempatnya. Terlihat orang itu sedang berbual dingin bersama seorang gadis.

 

“Ya,bos? Ada apa?”. Soalku.

 

“Nama dia Yoon Jihyun. Sila layan dia baik-baik”. Kata lelaki yang aku memanggilnya dengan gelaran ‘bos’ itu. Aku menatap wajah gadis tersebut. Pakaiannya boleh dikatakan cukup elegan dengan baju dan seluar yang dipakai mengikut trend zaman sekarang. Gincu merah yang dipakainya betul-betul membuatkan gadis itu menyerlah.

 

Lelaki itu meninggalkan aku bersama gadis tersebut. Suasana agak kekok pada masa itu. Sudah bertahun-tahun aku melakukan kerja ini tapi ini kali pertama aku merasai debaran yang kuat di hati.

 

“Cik Jihyun.. boleh awak masuk bilik dulu? Nanti saya datang”. Ujar aku. gadis itu mengangguk dan masuk ke bilik yang disewanya.

 

Aku memegang dadaku. Kenapa hati ini semakin laju degupannya? Aku tidak pernah rasa begini sebelum ini. Mengapakah?

 

Nama aku Joshua Hong. Aku sudah berumur 21 tahun dan aku memang penghuni tetap di sini. Di sebuah kelab malam yang terkenal dengan pengambilan pelanggan. Aku dipaksa menjadi pelacur oleh ayah tiri aku sebelum dia membunuh diri. Aku sudah tiada sesiapa melainkan tempat ini. Aku sudah tiada ibu bapa,keluarga, dan kawan. Hidup aku hanya sebatang kara.. Cuma tempat ini saja yang boleh buat aku hidup.

 

Aku menghela nafas panjang lalu masuk ke dalam bilik yang bernombor 48, dimana gadis yang bernama Yoon Jihyun itu berada. Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik tersebut. Serta merta kening aku bercantum. Kenapa dengan gadis ini? Dia..menangis?

 

“Cik..Jihyun shi? Kenapa?”. aku menutup pintu dan menghampirinya yang lagi menangis.

 

“Kau!”. gadis itu memeluk aku tiba-tiba. “Tolong aku..”. katanya lagi. aku mengusap-usap belakangnya.

 

“Cik ada masalah? Ceritalah dengan saya. Mungkin saya boleh tolong?”. Aku cuba menghulurkan bantuan. Mungkin gadis ini ada masalah.

 

Jihyun merenggangkan pelukan dan memandang aku. “Apa patut aku buat sekarang? Aku buntu”. Ujar Jihyun. Dia kelihatan sangat gelisah.

 

“Apa yang cik buntukan? Cubalah cerita”.

 

Gadis itu mengajak aku baring bersamanya di atas katil. Aku hanya menuruti. Itu sememangnya tugas aku.

 

“Omma..dengan appa aku nak bercerai. Apa patut aku buat? Aku tak ada sesiapa selain diorang. Apa akan jadi dengan aku kalau dua-dua buat haluan sendiri?”. Bersungguh-sungguh dia mengadu kepada aku. Aku mengusap kepalanya dengan lembut.

 

“Apa yang cik inginkan selama cik hidup? Cik kan kaya, tak kan cik tak boleh kecapi impian cik sendiri?”. Kata aku. Orang kaya selalunya dapat apa yang mereka inginkan.

 

“Kalau kaya tapi tak ada kebahagiaan buat apa? Untuk pengetahuan kau, tak semua orang kaya macam tu”. Balasnya dengan intonasi yang agak meninggi. Mungkin kata-kataku sedikit kedengaran menghina warga orang kaya yang lalai dengan kehidupan. Tetapi benda itu memang tidak dapat dinafikan.

 

“Cik… cuba cik bayangkan masa depan cik 20 tahun akan datang”. Aku menutup matanya. “Bayangkan cik sudah berjaya dengan kerjaya cik atau cik menjadi model antarabangsa atau apa-apa yang cik minati. Adakah cik akan rasa mereka ada disisi cik bila cik sibuk nanti?”.  Kening gadis itu bercantum mendengar kata-kata aku.

 

“Huh?”.

 

“Kalau ibu bapa cik meninggal nanti cik rasa, apa jadi apa akan jadi dengan cik?”. Jawapanku membuatkan dia berfikir panjang. Aku tersenyum sendiri melihatnya.

 

“Aku tak pernah ada cita-cita”. Ujarnya selamba. Air mata yang masih bersisa dilap dengan belakang tangan Memang dasar orang kaya..

 

“Jadi, cik nak hidup bawah ketiak keluarga cik? Bila? Selamanya?”. Kata aku. “Yang hidup pasti akan mati cik. Hidup macam roda. Kadangkala kita berada dekat atas dan kadangkala kita berada di bawah sekali”. 

 

“Apa tujuan cik datang sini sebenarnya?”. Soal ku. Mengapa dia mahu meluahkan perasaannya di tempat begini? Aku tak faham.

 

“Nak release tension?”. Sekali lagi..

 

“Dengan pengambilan pelanggan? Cik ni biar betul?”. Kataku dengan tidak percaya. Bukan zaman sekarang kalau nak release tension pergi clubbing dengan kawan-kawan. Ini tidak? Dia fikir kerja aku untuk melayan dia je ke?

 

“Kau tahu apa huh! Kerja kau ni pun bukannya halal mana pun!”. Aku tak dapat menafikan kata-katanya tersangatlah benar. Tapi aku tidak boleh terima. Kau tu pelanggan buatlah cara pelanggan! Kalau kau tak bayar buat beberapa jam, aku tak ingin pun nak dengan kau tahu!

 

“Cik bukannya tahu pasal saya? cik pun tak faham erti kehidupan. Saya bukan anak orang kaya. Jadi sila jangan hina orang miskin macam saya,” aku mula hilang sabar dengan perangai gadis itu. Elok-elok hati aku berdebar sebab kecantikan dia, sekarang hati aku bertukah arah menjadi marah.

 

“Jangan disebabkan cik orang kaya cik boleh menghina orang miskin”. Aku ingin keluar dari bilik itu tetapi tangan aku ditariknya.

 

“Tolong jangan pergi. Aku tak ada sesiapa selain kau seorang”.

 

Dup dap dup dap.. perasaan itu kembali lagi! aku tak mahu perasaan ini. Sila pergi jauh-jauh! Tolong!

 

‘Kenapa suara dia jadi ayu ni? hati aku.. degupannya makin laju. Macam mana ni?’. aku kaku. mata aku memandang tangannya yang masih memegang tangan aku.

 

“Kita cakap baik-baik”. Dia terus menarik aku ke katil untuk baring bersamanya semula. Nak tak nak aku terpaksa. Masa aku bersamanya belum habis. Entah berapa ribu dia bayar aku untuk bersamanya. Aku pun tidak tahu.

 

“Apa lagi yang cik nak luahkan dekat saya?”. soal aku dengan sedikit menyampah. Tetapi hati? mungkin sedang berdansa bersama penari-penari di luar bilik ini.

 

“Panggil aku Jihyun. Kau tak penat ke panggil aku ‘cik’?”. Ujarnya.

 

“Sebab saya tak kenal cik”. Kataku dengan selamba.

 

“Kenapa kau dekat sini? Kenapa kau tak cari kerja yang jauh lebih baik dari ini?”. Soalannya membuatkan aku terdiam.

 

“Dah nasib saya macam ni,Jihyun. Saya tak boleh lawan”. Aku menundukkan wajah aku. Siapa kata aku tak malu dengan ‘kerjaya’ aku sekarang?

 

“Awak beruntung kerana masih ada orang tua walaupun diorang dah nak bercerai. Jihyun masih ada orang yang nak jaga. Saya? Saya hidup sebatang kara”. Aku juga ingin meluahkan perasaan aku pada orang lain. Aku juga mahu hidup seperti orang lain. Tapi aku tak boleh..

 

“Mana orang tua kau?”. Tanya Jihyun.

 

“Mendiang mak saya sudah 12 tahun tiada. Ayah saya pula mati masa saya umur 16 tahun. Jadi, sudah 5 tahun saya di sini”.

 

“Kau sebaya aku? aku 21. Kau?”.

 

“Ya. Kita sebaya”. Aku tersenyum kelat. Apalah sama sangat dengan umur tu berbanding darjat. Semua orang akan melalui umur 21 kelak.

 

“Kau..tak berhasrat ke nak cari kerja lain?”.

 

“Nama saya memang di sini. Saya dah tak boleh pergi mana-mana. Melainkan ada orang yang nak beli saya dan bebaskan saya”. kenapa aku ceritakan kisah hidup aku dekat minah ni pula? Sah! Kau dah sicklove, Joshua.

 

Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya. Aku pelik. Tiada perasaankah gadis ini? Atau dia menganggap cerita aku ini adalah rekaan semata-mata?

 

“Pernah bercinta?”. Aku meneguk air liur. Soalan apakah itu?

 

“Tak? Jihyun pernah?”. Soalku kembali. Aku harap jawapannya tidak.

 

“Bercinta tu tak lah.. tapi aku ada suka seseorang. Tak tahulah dia nak pandang aku ke tak”. jawab Jihyun acuh tak acuh. “Aku penatlah. Aku nak tidur”.

 

Lengan aku dijadikan bantalnya. Aku menepuk-nepuk perutnya agar gadis itu lebih lena tidur. Aku merenung wajah Jihyun lama. Gayanya tidak ubah seperti kanak-kanak yang comel. Baru aku sedar, betapa sayangnya dia terhadap orang tuanya. Cuma aku yang tidak bernasib baik.

 

“Comel dia ni”. tanpa sedar, kata-kata itu terungkap di bibir aku. “Sweet dream”.

 

 

 

Perkara itu sudah tiga tahun berlalu, namun aku tidak pernah melupakannya. Kerana apa? Kerana gadis yang bernama Yoon Jihyun sudah mencuri hati aku buat kali pertama. Kejadian malam itu membuatkan aku tersenyum sendiri.

 

“Joshua Hong”. Seseorang memanggil nama aku. Segera aku berpaling. Lelaki itu mencampakkan bagasi besar milik aku ke luar kelab.

 

“Kenapa bos campak beg saya? Apa salah saya, bos?”. Ujar aku. Aku mula berasa tidak sedap hati. lelaki itu menepuk-nepuk belakang aku sambil tersenyum.

 

“Kau dah terlalu banyak berkhidmat untuk kelab malam aku. Ada seorang perempuan datang untuk beli kau dengan harga yang tinggi. Jadi, mulai hari ini, kau bebas”. Aku terkejut besar aku setelah mendengar kata-kata lelaki itu. Aku bebas? Biar betul?

 

“Siapa yang bebaskan saya?”. soal aku lagi. Kali ini, kepala aku dijadikan sasaran lelaki itu. Habis rambut aku berserabut kerana tangannya.

 

“Kau nampak pintu?”. Aku mengangguk. “Kau jalan terus dan kau akan jumpa orang tu. Dia tengah tunggu kau”.

 

Aku berjalan keluar dari kelab tersebut. Terlihat sebuah kereta hitam diparkir di hadapan kelab itu. Pemandu kereta itu keluar dari kereta dan membuka pintu kereta bahagian belakang untuk seseorang. Seorang gadis berpakaian serba biasa keluar dari kereta itu. Aku..

 

“Hai Joshua Hong. Kita berjumpa kembali”. Gadis itu memberikan senyuman yang paling manis kepadaku. Itu sudah cukup untuk mengubat rasa rindu aku terhadapnnya.

 

“Yoon Jihyun? Jadi awa-

 

“Jangan cakap banyak. Jom pergi dating”. Tangan Jihyun melingkari tangan aku. Aku menjadi blur seketika.

 

“Huh?”.

 

“Aku suka kau. Tiada bantahan dan ini muktamad”. Ujar gadis itu. Aku kaku. Beberapa saat kemudian, aku tersenyum lebar. Nampaknya cinta aku tak bertepuk sebelah. Terima kasih kepada Yoon Jihyun kerana sudi bebaskan aku. Sebagai balasan, aku akan mencintai kau seumur hidup aku.

 

Tamat

 


 

Cerita ni saya buat dari tahun lepas, tapi yang betulnya, D.O yang memainkan watak sebagai Si pelayan. Tapi bila difikirkan balik, Joshua pun sesuai memandangkan dia bias pertama saya dalam Seventeen. Bagi jelah kat Joshua XD Terima kerana membaca^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
Final : Thanks sebab membaca =)

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Ya ampun...... cerita ni menyentuh hati walaupun...walaupun....byuntae sikit? Lmao xD
jongdae21 #2
Chapter 1: saya bini Joshua ! **angkat tangan** wkwkwkwk XD
AhSongyi #3
Chapter 1: OMG sweet giler ending xD
I likeyy~
nuluIzaty #4
Chapter 1: Author-nim!!!! Bias kita sama. Cerita ni sangat bagus tahniah saya suka sgt hehehe
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 2: waaa author nim. kita bermadu. Bias sama. Joshua sangat innocent lol dlm citer ni walaupun pekerjaan dia tak innocent. Good job author nim!
-nahyun
#6
Chapter 1: uwahhh good! sebab skrng ni ai tengah craving hard joshua punya ff uuu buat aah lagi buat aah lagi ><
yaril02
#7
Chapter 1: Daebak! Sama la bias kita hahah
army_taekookie #8
Chapter 1: hakhak. best! buatlah sequel. nk tau ap jadi dengan dorg xD saya minat hoshi , joshua dengan wonwoo