01

Yakini Aku

 

Seperti yang dijanjikan semalam, Jimin dijemput kakaknya Yuri di stesen bas.

 

"Sorry la, noona terlambat." ucap Yuri sebaik sahaja menghampiri Jimin di stesen.

 

"Takper. Saya tau noona busy." balas Jimin dan mereka berdua mengangkat beg pakaian Jimin menuju ke kereta.

 

Selepas kematian ibu dan ayahnya, Jimin tinggal bersama neneknya di Busan. Namun kini, neneknya pula meninggal dunia baru-baru ini dan Jimin terpaksa berpindah ke rumah kakaknya dan abang iparnya memandangkan Jimin masih pelajar sekolah dan tidak mempunyai pendapatan sendiri.

 

***

 

Sebaik sahaja tiba di rumah, Jimin begitu terpegun melihat kawasan rumah yang agak mewah dan tenang itu. Dia tidak menyangka yang abang iparnya sekaya itu.

 

"Besarnya rumah." ucap Jimin dengan penuh kekaguman sebaik sahaja keluar dari kereta.

 

"Ala, biasa je la. Jom, masuk." pelawa Yuri dan mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah.

 

Rumah itu mampu memuatkan sebuah kolam renang yang menunjukkan betapa besarnya rumah itu.

 

"Kamu buatlah macam rumah sendiri. Noona ada banyak keje lagi kat office, so kamu pilih lah bilik yang mana kamu suka kat atas tu nanti. Ini, noona tinggalkan duit untuk kamu order makan kalau kamu lapar. Risalah makanan semua ada kat meja." jelas Yuri panjang lebar.

 

"Okay, noona." jawab Jimin sambil tersenyum.

 

"Noona pergi dulu, yer. Take care." kata Yuri lagi.

 

"Okay. Bye noona." ucap Jimin dan Yuri pun mula berjalan keluar.

 

"Besarnya!" jerit Jimin teruja lalu menuju ke tingkat atas sambil membawa beg pakaiannya masuk ke bilik.

 

Selesai berkemas semua,dia mula turun ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu lalu berbaring di atas sofa.

 

"Bosan la pula. Nak tengok tv pun tak ada cerita yang best-best lagi time ni. Nak buat apa yer?" bebel Jimin sehingga dia ternampak kolam renang yang agak mewah itu. Dia tersenyum, mengetahui perkara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan kebosanannya itu.

 

***

 

Jimin berendam di dalam kolam mandi yang agak luas itu sambil bersandar di tepi kolam.

 

"Wah, best giler! Macam anak dato pula aku rasa sekarang nie. Nyamannya." ngomel Jimin sendirian sambil menikmati ketenangan pada waktu itu.

 

"Memang nyaman pun kat sini." ucap seseorang dari belakang membuatkan Jimin terkejut. 

 

Jimin mendongakkan kepalanya itu untuk melihat orang yang menegurnya itu.

 

"Siwon hyung. Bila sampai? Maaflah saya tak perasan pun yang.."

 

"It's okay. Lagipun, hyung tak lama pun kat sini. Hyung tertinggal barang kat bilik, tu yang balik. Kamu baru sampai ker?" soal Siwon, abang iparnya.

 

"Ye, baru juga lah." jawab Jimin lalu naik ke permukaan. Siwon terpaku seketika apabila melihat Jimin yang hanya memakai seluar pendek paras lutut sahaja.

 

Jimin mencapai tuala yang tersidai di bangku berdekatan kolam itu, untuk mengelap badannya yang basah itu.

 

"Hyung okay ke?" soal Jimin yang menyedari Siwon seperti mengelamun, membuatkan Siwon tersedar dari lamunannya.

 

"Ha? Oh, hyung okay. Hyung naik atas dulu yer." balas Siwon lantas dia terus menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas.

 

Selesai mengelap badannya, Jimin ingin naik ke tingkat atas untuk menyalin pakaian. Tanpa disedari Jimin tersalah langkah dan hampir terdorong ke depan tetapi sempat disambut Siwon yang baru nak turun ke bawah.

 

"Kamu okay?" soal Siwon resah.

 

"Saya okay. Nasib hyung sempat sambut saya. Kalau tak, memang saya dah tercium tangga nie." gurau Jimin, dan mereka tertawa.

 

"Lain kali, naik tangga tu hati-hati. Nasib baik kali ni hyung ada."

 

"Baik, bos. Lain kali saya naik dengan lebih berhati-hati." kata Jimin sambil buat gaya tabik. Siwon masih terkaku melihat Jimin.

 

"Hyung!" panggil Jimin lagi membuatkan Siwon tersedar.

 

"Hyung pergi kerja dulu, ye. Duduk rumah elok-elok .Bye." pesan Siwon dan dengan kalutnya dia keluar dari rumah itu.

 

Jimin mula rasa tak sedap hati. Ini dah kali kedua abang iparnya memandangnya dengan pandangan yang agak aneh.

 

"Perasaan aku je, kot." ngomelnya dan mula masuk ke bilik.

 

***

 

Sementara itu, di kedai Hopie Hopie Chicken...

 

"Appa, Hoseok keluar dulu ye." jerit Hoseok lalu bergegas keluar dari kedai menuju ke motornya.

 

"Oit, nanti kejap!" jerit appanya lalu dia berlari ke arah Hoseok dengan membawa sesuatu.

 

"Ada apa?" soal Hoseok.

 

"Nie, appa nak kamu hantarkan ayam nie ke alamat nie kejap." jawab appanya sambil menghulurkan sekotak ayam bersertakan kertas yang tertulis alamat penerima.

 

"Ala appa nie. Hoseok bukannya lalu kat kawasan nie pun." bebel Hoseok lalu appanya menampar bahunya.

 

" Ish,kamu nie banyak cakap pula. Hantar je la bukannya susah pun. Lagipun kamu tu nak pergi lepak je pun bukan nak belajar." bebel appanya pula.

 

" Yela,yela." jawab Hoseok lalu meletakkan bungkusan itu di dalam raga motor dan mula memakai helmet.

 

Ibu Hoseok meninggal dunia sewaktu dia baru berumur 12 tahun, dan semenjak itu Hoseok dibesarkan oleh appanya dengan hasil pendapatan daripada kedai makan Hopie Hopie Chicken itu. Kedai tersebut merupakan rumah kedai dua tingkat yang menempatkan rumah di tingkat atas, manakala di tingkat bawahnya adalah kedai makan.

 

Hoseok mula menunggang motornya menuju ke alamat yang diberikan appanya tadi.

 

Setibanya di rumah itu,Hoseok agak terpegun melihat rumah yang agak besar dan mewah itu.

 

" Walaweh,besarnya rumah." kata Hoseok lalu mula menanggalkan helmet dan membetulkan rambutnya di side mirror.

 

" Pakai cermin mata hitam la, baru nampak cool." ngomel Hoseok lalu mengambil cermin mata hitam di bawah seat motornya.Hoseok memang selalu bawa cermin mata hitam tu ke mana-mana.

 

Setelah selesai menilik rupanya, dan puas hati dengan rupanya Hoseok terus menuju ke loceng rumah dan mula menekan.

 

"Siapa tu?" soal tuan rumah melalui koak suara yang terdapat di tembok rumah itu.

 

"Penghantaran dari Hopie Hopie Chicken." jawab Hoseok dengan penuh bergaya.

 

" Oh,kejap ye." kata tuan rumah itu.

 

Hoseok menunggu. Memandangkan petang itu agak panas terik membuatkan Hoseok berpeluh dan mula nak rasa marah sebab tuan rumah itu agak lambat bukakan pintu.

 

" Aish,pergi mana pula tuan rumah nie." bebel Hoseok sambil bercekak pinggang dan membelakangi pintu gate. Dia mula membuka cermin matanya itu sebab geram.

 

" Maaf saya terlambat.Cari kunci rumah tak jumpa pula tadi." ucap tuan rumah itu.

 

" Kalau yer pun, cari la sesiap kunci rumah sebelum saya..." kata-katanya terhenti apabila melihat tuan rumah itu.Siapa lagi kalau bukan Jimin.

 

'Mak aih! Adakah dia jodohku?' getus hati Hoseok yang terkaku seketika apabila melihat Jimin.

 

" Encik? Encik okay ke?" tegur Jimin membuatkan Hoseok berhenti mengelamun.

 

" I-ini ayamnya. Nikmatilah." jawab Hoseok lantas dia menunggang motornya dan memecut pergi.

 

" Encik duit! " jerit Jimin tetapi malangnya Hoseok dah pun menjauh.

 

" Ada something wrong ke kat muka aku sampai buat dia tenung aku macam tu?" bebel Jimin sehingga masuk ke dalam rumah.

 

Di taman permainan tempat geng-geng Hoseok melepak. Apalah melepak kat taman permainan budak-budak kecik. Ingatkan ada tempat rahsia tersendiri.

 

Hoseok duduk di atas papan jongkang-jongket dengan tangkai cermin mata hitamnya dikepit di antara bibirnya seperti memikirkan sesuatu. Keadaannya membuatkan membernya Jb mula menegurnya.

 

" Woi, kau duk ingat bini kat rumah ker?" perli Jb.

 

" Yah! Agak-agak la nak teringatkan bini pula Bila masa aku kahwin? Aku muda lagi okay nak berumah tangga." kata Hoseok.

 

" Abis tu? Fikir pasal masa depan ke?" teka Jr pula.

 

" Yang tu lain citer.Wei,hampa tau tak jantung aku sekarang nie rasa berdebar-debar je la. Hampa rasa kenapa yer?" soal Hoseok.

 

" Amboi kau Hoseok. Sejak bila berhampa-hampa dengan kitorang nie ha?" soal Jr.

 

" Ala,saja syok-syok." jawab Hoseok selamba.

 

"Untuk jawapan kepada soalan kau tadi tu kan, aku rasa kau nak mati dah kot." jawab Jr selamba dan Hoseok terus mengetuk kepala kawannya itu yang berada tak jauh darinya.

 

" Sakitlah,pandai! " ngadu Jr sambil mengurut kepalanya itu.

 

" Padan muka.Tu,la sapa suruh mulut tu celupar sangat." perli Namjoon.

 

" Wei,aku rasakan aku dah jatuh cinta kat seseorang la sebab sekarang nie aku duk nampak muka dia jer." kata Hoseok.

 

Dengar saja Hoseok cakap jatuh cinta terus membernya yang lain ketawa terbahak-bahak.

 

" Kuaqjaq hampa gelak kat aku,nuh! Ingat aku takleh nak jatuh cinta ker?" marah Hoseok sampai terkeluar dialek utaranya.

 

" Taklah cuma kitorang terkejut sikit ja." jawab Jb tapi masih dalam mood ketawa.

 

" Malas lah nak cakap dengan hampa semua. Aku chow dulu." kata Hoseok dan mula menuju ke motornya.

 

" Wei Hoseok! Takkan nak balik dah?!" jerit Namjoon tapi Hoseok terus beredar dari situ.

 

" Alahai,merajuk pula member kita sorang nie." kata Jr.

 

" Biar la kat dia.Esok-esok la kita pujuk dia. Jom,kita gi lepak kat tempat lain pula." ajak Jb dan mereka semua mula beredar dari situ dengan menaiki motor.

 

Di kedai Hopie Hopie Chicken.

 

" Awal balik." tegur appanya di kaunter pembayaran.

 

" Nak study." jawab Hoseok dan baru sahaja nak naik tangga ke tingkat atas appanya memanggilnya.

 

" Study la sangat kamu,tu.Mana duit ayam tadi? Jangan nak buat harta pula." kata appanya membuatkan Hoseok terkejut seketika.

 

" Apsal nie?" soal appanya pelik.

 

" Saya terlupa nak ambil duit tadi." jawab Hoseok dan tersengih.

 

" Bertuah punya budak. " appanya baru saja nak kejar,Hoseok trelebih dahulu memecut naik ke atas.

 

" Siap kamu nanti.." kata appanya dan kembali ke kaunter.

 

bersambung....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Hopehope94 #1
Chapter 3: please update soon! *puppy eyes*
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: ARGHGHHHHH SIWON TAK GUNA kesian Jiminie..kakak sendiri pun tak percaya dia..tuan jung yang budiman,please jaga jimin!
hwaiting authornim!
Umin92 #4
Chapter 3: Awwww tqqqq... Tuan jung, plis bela jimin, bela sbgai bakal menantu.... Eiii siwon ni geram betullll
1004ngel #5
Chapter 3: rasa gembira!
fanfic ni dah update
saya akan menantikan chapter seterusnya
daebakQ93 #6
Chapter 3: Tak berhati perut punya abg ipar..yang si noona tu pun satu..kesian kat jimin.. Nasib baik ada hoseok.. Update soon :)
1004ngel #7
Chapter 2: Chapter ni pun agak pendek
Tapi best
Hyung dia dah tunjuk belang
Tak sbr nak tahu apa akan jadi lepas ni
1004ngel #8
Chapter 1: Chapter agak pendek
Tak puas baca
Tapi memang best la
Bnyk part yang telah buat saya ketawa
Ada masa,authornim update la fanfic ni