Seungkwan

V A M PLAYER

Hari malam. Lelaki misteri itu sibuk mengheret bungkusan plastik hitam itu. Aku mengikutinya perlahan-lahan. Lelaki misteri itu mempunyai kulit yang sangat pucat, susuk tubuh yang segak dan rambut yang kuning keemasan. Aku memerhatinya mengheret bungkusan hitam itu ke satu lorong sunyi. Cuaca yang rintik-rintik itu menyukarkan aku untuk melihat wajahnya dengan jelas. Aku hanya mengecilkan mataku untuk melihat apa yang ada dalam bungkusan hitam itu namun aku tak dapat mengagak apa-apa. Lelaki itu melepaskan bungkusan itu di satu sudut di lorong sunyi itu. Aku berjalan ke arahnya untuk memerhatikan dengan lebih dekat. Namun langkahku harus berjaga-jaga agar dia tak sedar kehadiranku.

 

Lelaki itu membuka bungkusan hitam itu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat mayat Seungcheol di dalam bungkusan hitam itu. Hatiku berkecai aku tak dapat menahan perasaan aku dan aku hanya mampu menekup mulutku agar lelaki itu tidak perasan kehadiranku. Lelaki itu terus meratah mayat Seungcheol di hadapan aku. Aku tak dapat menahan perasaan aku dan aku menangis namun aku cuba mengawal supaya tak didengari. Malangnya lelaki itu perasan bunyi tangisan aku lalu melihat ke arah aku. Aku menjadi sangat takut sehingga badanku kaku. Lelaki itu bergerak ke arahku dengan pantas sekali. Aku menjadi sangat terkejut. “Mari aku bunuh kau budak”

Aku tercungap cungap. Jam loceng bising di sisiku. Fuishh nasib baik mimpi je. Badan aku berpeluh dan degupan jantungku pantas. KRINGG KRINGG!! AISHH!! JAM LOCENG NI! Aku mematikan Jam loceng dan bersiap untuk ke kuliah.

 

Dalam LRT, aku masih terfikirkan mimpi aku semalam. Rintik rintik. Lelaki itu. Darah. Seungcheol. Air mataku bertakung kembali.

“Yah! Ahn Solbin!” tegur Eunji.

“ Eoh? Knp?” tanyaku sambil mata berkelip2 baru sedar dari lamunanku.

“Adoi, kau ni berangan je, dah..turun nnti kau terlepas kuliah pulak,” kata Eunji.

“Oh! Thanks!” Aku segera keluar dari LRT dan berjalan ke universiti. Nasib baik aku sempat keluar kalau tak leceh aku kena patah balik. Humm.

 

Aku meletakkan beg di kelas dan duduk di atas kerusi. Pensyarah masih tak datang jadi aku membelek phone aku. Aku membalas mesej Seungcheol. Oh apa ni? Aku membuka mesej dari pengirim yang aku tak kenal pasti nombor siapa. Mataku bundar terkejut. Aku menutup telefon bimbitku kembali bila aku ternampak Seungcheol datang ke arahku. Seungcheol meletakkan susu pisang di atas mejaku.

“Minumlah” katanya sambil tersenyum.

“…gomowo” kataku namun air susu itu tidak ku sentuh.

“Kenapa ni?” tanya Seungcheol.

“Oppa pergi mana lepas kita pergi dating semalam?” tanyaku membuatkan Seungcheol gelabah sedikit.

“Er.. tak ke mana.. kenapa?” tanyanya kembali.

“Oppa tipu!” kataku sambil menunjukkan telefon bimbitku ke arahnya.

 

Telefon bimbitku memaparkan gambar Seungcheol di sebuah kelab malam sedang mengigit tengkuk seorang gadis.

 

“Itu.. oppa terpaksa.. err.. tak.. itu bukan oppa” katanya membuatkan aku cukup marah.

 

Satu benda yang aku kenal pasal Seungcheol. Dia tak reti berbohong.Aku segera bangun dari kerusiku dan keluar dari kelas. Aku nak menangis di tandas. Seungcheol segera mengejar aku dan memegang pergelangan tanganku. Aku melihat Seungcheol sambil mengetap bibirku geram. Siapa yang tak geram kalau teman lelaki sendiri buat macam tu kat perempuan lain? Urghh!

 

“Ok, oppa minta maaf kalau oppa sakitkan hati Solbin, tapi oppa perlu Solbin percaya yang itu bukan oppa dan ..dan oppa takkan buat macam tu kat perempuan yang oppa sayang.. please,” katanya kepadaku.

“Oppa..tak guna!” kataku sambil menumbuk perlahan dada Seungcheol.

Seungcheol segera memeluk aku erat.

“Oppa ada masalah sekarang, maafkan oppa.. percayalah yang lelaki itu bukan oppa.. oppa nak ada future dengan Solbin.. Oppa nak kahwin dengan Solbin,” kata Seungcheol.

Mukaku berona merah.

K-Kahwin??! Omo!

 

“Perghh.. hot topic! Kahwin bro! Selamat pengantin baru!” kacau Seungkwan, kawan sekelasku.

Pipiku menjadi merah semerah delima.

Seungcheol sempat menjelirkan lidah ke arah Seungkwan membuatku tergelak sedikit.

Baiklah aku percayakan dia.

 

Kelas hari ini sungguh membosankan. Semua orang tak dapat memberikan idea untuk projek kelas. Aku hanya mengembungkan pipiku. Tiba-tiba aku terasa seperti bibir Seungcheol hinggap di pipiku. Seungcheol duduk di sebelahku sambil tersenyum. Dia memegang tanganku.

 

“Lama tunggu? Jom balik” katanya.

 

Aku mengangguk sambil tersenyum. Aku ternampak seorang gadis tertidur di koridor bangunan. Pelik. Sekarang waktu balik, kalau ye pun penat balik lah tak perlu kot tidur kat sini. Atau.. Seungcheol buat benda yang sama dia buat di kafe semalam dengan perempuan ini? That stare thingy..Hmm..

Continue..

Author Comments

 Ola ola korang! :D

Chapter 3 end ^^

So commentlah apa yg terlintas kat kepala korg psl cerita ni :3 

Jangan malu2 Authornim akan balas ^^ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 4: Haih,, bestlaa ff niXD tapi Seungcheol ni misteri, and I think her dream is a dejavú?
NurRahSyaXD #2
Authornim, update please. Budak upsr nih nk baca kno
NurRahSyaXD #3
Chapter 4: Hermmm.... solbin kahwin je la ngn joshua. Sungcheol saia ambikkk..xD
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 4: Chpter ni ok...baik² saja...
Arghh...klau Solbin kawen ngan Joshua, Seungcheol nk letak mna?
Btw..good job author-nim
NurRahSyaXD #5
Chapter 3: Ouh.. authornim balas ye?.
Saya syg Seungcheol.
EunJi nnti dgn sape ending dye.
Authornim laki ke pempuan?
Asal Seungcheol misteri bebenor?
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 3: Nasib baiklah semua tu mimpi..ingatkan Seungcheol dh xdeT.T
Seungcheol ni penuh dgn misteri la..
Daebak author! Fighting!!^^
NurRahSyaXD #7
Chapter 2: Sawettt... boleh kencing manis weyhhh..
nanadjiyongie_01
#8
Chapter 2: Chapter 2 : Wahhh...sweetnye Seungcheol ngan Solbin..update soon author - nim! :)
NurRahSyaXD #9
Kureng la a/n ni..
zelomine
#10
Chapter 1: Ohhh myyyyy ... seungcheol... please update... and more seventeen member... i will support you