Jisoo x Jungkook

11 Februari
Please Subscribe to read the full chapter

 

[CONTENTID1] Jisoo x Jungkook [/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2] "Hmm..Kai. Aku laparlah. Jom turun kafeteria." Chen mengajak Kai dan Chanyeol turun. Baekhyun menarik nafas lega. 

 

"Hah, yalah. Aku pun tengah lapar." Ajaib. Mood Kai terus elok lepas Chen mengajaknya makan. "Ayam goreng, okay?" 

 

"Okay." Chen dan Chanyeol hanya mampu tersenyum kelat. Ah, setiap hari ayam goreng. Tak ada makanan lain ke?

 

Baekhyun tergamam. Jungkook...dia ada kaitan?

 

Baekhyun keluar dari bawah katil itu lalu mengemaskan rambutnya yang sudah serabai. Dia melihat skrin telefonnya sebelum memandang sekeliling.

 

"Sekarang, aku kena aturkan pertemuan dengan ahli yang lain, kecuali Jungkook." Baekhyun segera mendail nombor Jackson.

 

"Hello, Jackson!"

 

"Hah, Baek. Asal? Dah sihat ke?"

 

"Kau sekarang dekat mana?" 

 

"Dekat kafeteria dengan member lain lah. Asal?"

 

"Sekarang, aku nak korang semua berkumpul dekat tempat kelab, tapi jangan bawa Jungkook." 

 

Jackson sedikit terkejut.

 

"Hah, okay. Lagipun dia tak ada kat sini. Katanya nak pergi ambil angin sekejap."

 

"Okay." Talian diputuskan.

 

Baekhyun memandang buku notanya.

 

"Kes ini akan selesai."

 

 

 

Bilik kelab Sherlock Clue+Note

 

"Hah, kenapa panggil kitorang?" Youngji mengeluh. Baru sahaja dia nak berdating dengan sandwich tuna kegemarannya, Jackson sudah mengganggunya.

 

"Taknak panggil Jungkook ke?" Ujar Joshua. Baekhyun menggeleng. "Tak perlu."

 

"Eh, kenapa pulak?" Seolhyun tertanya-tanya. "Bukan dia pun ahli kelab ni?" 

 

Baekhyun hanya mendiamkan diri sebelum mengeluarkan telefonnya lalu dibuka perbualan yang dirakam tadi. Perbualan itu ada yang dilangkau namun masih tidak mengubah langsung misi mereka.

 

"Kuro...Kuro tu Jungkook?" Jackson terkejut. Tak sangka, saksi yang selama ini dicari, rupanya di hadapan mata. 

 

"Tapi, apa kaitan Jungkook dengan Jisoo?" Tanya Joshua.

 

"Hey, Kuro tu teman lelaki Jisoo. Jadi, Jungkook tu teman lelaki Jisoo lah." Baekhyun mendengus. 

 

"Sekarang, kita cuma perlukan Jungkook sebagai saksi. Eh, salah...Kuro." 

 

 

Mata Jungkook tertacap pada papan kenyataan. Gambar Jisoo ditatapnya. "Jisoo, aku rindukan kau." Hatinya merintih. Dia sengaja duduk di hadapan papan kenyataan itu, kerana dia tahu, rahsia tentangnya dah terbongkar. Hubungan dia dengan Jisoo, berjaya dirungkai ahli-ahli Kelab Sherlock Clue+Note. Dia kagum akan mereka. Selama ini, dia hanya mendengar berita tentang kelab itu di majalah sekolah. Sekarang dia bangga, kerana dia telah menjadi ahli kelab itu.

 

"Jungkook." Dia menoleh. Kelihatan ahli-ahli yang lain mendekatinya. "Hai korang, aku dah lama tunggu korang." Jungkook tersenyum.

 

"Kuro, boleh jadi saksi? Jom berkumpul dekat bilik kelab." ujar Baekhyun. Terasa aura kepimpinan yang selama ini dikaburi dengan sikap keanak-anakannya. Jungkook hanya mengangguk sebelum mengikut mereka.

 

"Jadi...korang dah tahu." Jungkook tersenyum. Mereka semua mengangguk. "Tapi, kenapa kau join kelab kitorang?" Tanya Jackson.

 

"Sebenarnya, aku tak tahu kenapa Jisoo langsung tak mesej aku masa hari jadi dia. Beberapa hari lepastu, aku dapat tahu dia dengan Yein dah mati. Aku pernah cuba siasat kes itu seorang diri sebab tak puas hati, tapi pihak polis tak bagi sebab diorang anggap aku cuma mengganggu kes diorang Lepastu, aku dapat info kelab ni boleh siasat kes dan kes yang terpilih masa tu, kes Jisoo. Aku ambil keputusan join kelab ni. Aku jumpa Baekhyun dan beritahu dia yang aku nak join. Dia mula-mula tak percaya aku, tapi lepas dia tengok bakat aku, dia pil

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
chapter target and truth ada editing sikit...sila baca balik!!

Comments

You must be logged in to comment
nurfurqan #1
Chapter 24: Nampaknya penyiasatan ni menimbulkan bibit bibit cinta. Kagum
nurfurqan #2
Chapter 17: Sungoh rasanya baik
nurfurqan #3
Chapter 7: Aww . Baekhyun. Sweetnya
Mila_xiumin #4
Chapter 1: Welcome author nim :)
sukianna #5
Chapter 23: Tahniah atas usaha anda ~~
Hanna27 #6
Chapter 20: Yehet! Author dah kembali!
Bila nak update lagi? Sy nk thu sebab kematian Yein dgn Jisoo!
Sy perlukn chap yg seterusnya!! Authornim!
sunshine_blue
#7
Chapter 1: haiii...memang hebat!!!did you mentioned my name di chapter lost?..hehehehe. ;-)
sunshine_blue
#8
Chapter 1: haiii...memang hebat!!!did you mentioned my name di chapter lost?..hehehehe. ;-)
Elricabin #9
Chapter 19: Tak sabar nak tengok chapter seterusnya