Target and Truth

11 Februari
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] Target and Truth [/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2] "Kau okay ke ni Baekhyun? Badan kau masih panas lah." Jackson menyentuh dahi Baekhyun dengan bahagian belakang tangannya.

 

"Takpelah, aku tinggal dekat sini. Lagipun aku ada syak yang abang dua orang tu ada kaitan dengan kes ni. " Baekhyun tersenyum. "Korang pun ada kerja yang nak dibuat. Kakak-kakak yang kita jumpa haritu, korang kena ekori dia. Aku ada rasa diorang sangat memainkan peranan dalam kes kali ini." Ketua Baekhyun mula berceramah.

 

"Okay, faham." Mereka mengangguk.

 

"Okay, kitorang pergi masuk kelas dulu. Jaga diri baik-baik." Joshua memegang bahu Baekhyun sebelum berlalu pergi.

 

Baekhyun mengeluh.

 

Dalam banyak-banyak kes yang pernah dia kendalikan, kes yang ini paling sukar buatnya. Tengoklah, banyak sahaja dugaan yang datang sampai cerita ni dah masuk bab ke-20.

 

Dia menyelak halaman buku catatannya. Ada beberapa kes yang dia catat di situ, sebagai sesuatu yang tidak akan dia lupakan.

 

Dia menutup buku itu lalu meletakkannya di dalam beg. Tiada sesiapa boleh tahu walaupun ahli Kelab Sherlock.

 

Dia bingkas bangun dan pergi ke meja belajar Kai.

 

Dia memerhatikan barang-barang di atas meja itu. Ada tempat pensel, buku nota dan gambar polaroid yang telah dikoyakkan.

 

"Huh? Gambar apa ni?" Baekhyun mengangkat kepingan gambar itu lalu cuba mencantumnya.

 

"Ji-jisoo?" Baekhyun terkejut. Kepingan gambar itu membentuk gambar Kai dan Jisoo, berserta topi hari lahir.

 

"Mungkin masa hari lahir Jisoo, kot." Baekhyun cuba membaca nota namun dia terdengar suara Kai dan Kyungsoo sedang menuju ke biliknya. Ponteng kelas, kot.

 

Baekhyun mengambil semua kepingan tadi lalu bersembunyi di bawah katilnya.

 

Pintu dikuak.

 

"Wah~ Semua dah pergi kelas, bagusnya." Kai tersenyum puas.

 

"Kai, tak apa ke?" Kedengaran suara dari se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
chapter target and truth ada editing sikit...sila baca balik!!

Comments

You must be logged in to comment
nurfurqan #1
Chapter 24: Nampaknya penyiasatan ni menimbulkan bibit bibit cinta. Kagum
nurfurqan #2
Chapter 17: Sungoh rasanya baik
nurfurqan #3
Chapter 7: Aww . Baekhyun. Sweetnya
Mila_xiumin #4
Chapter 1: Welcome author nim :)
sukianna #5
Chapter 23: Tahniah atas usaha anda ~~
Hanna27 #6
Chapter 20: Yehet! Author dah kembali!
Bila nak update lagi? Sy nk thu sebab kematian Yein dgn Jisoo!
Sy perlukn chap yg seterusnya!! Authornim!
sunshine_blue
#7
Chapter 1: haiii...memang hebat!!!did you mentioned my name di chapter lost?..hehehehe. ;-)
sunshine_blue
#8
Chapter 1: haiii...memang hebat!!!did you mentioned my name di chapter lost?..hehehehe. ;-)
Elricabin #9
Chapter 19: Tak sabar nak tengok chapter seterusnya