The Royal Marriage Part 2

Snow White Snow Dark

Di istana

Jeneral Kris Sombrero dan rombongan dari kerajaan Karpet Terbang telahpun tiba di perkarangan istana The Lost Planet. Kemudian , Jeneral Kris pun mempelawa Nujum Pak Baekhyun untuk menghadap Maharaja Chenchendol Si Troll dan permaisuri baginda.

Jeneral Kris Sombrero : Ampun Tuanku . Tujuan patik menghadap adalah untuk mempersembahkan utusan urgent dari Kerajaan Karpet Terbang.

Maharaja Chen Chendol : Apakah utusan itu wahai Jeneral agung ?

Jeneral Kris Sombrero : Sebenarnya patik sendiri belum tahu apakah utusan itu . Oleh itu , patik ingin mempersilakan wakil kerajaan Karpet Terbang iaitu Nujum Pak Baekhyun Mangkuk Hayun Si Kekasih Daehyun untuk menyampaikan utusan dari kerajaan mereka.

Sida sida istana pun menjemput Nujum Pak Baekhyun untuk menghadap tuanku

Dengan segak bergaya , Nujum Pak Baekhyun pun masuk ke istana dengan pakaian guni zaman paleolitik. Nujum Pak Baekhyun pun menghadap baginda tuanku dengan memberi sembah.

Nujum Pak Baekhyun : Ampun Tuanku , beribu ribu ampun mengelilingi alam semesta . Harap ampun Tuanku maafkan. Patik adalah nujum yang kurang bijak menilik namun paling bijak mengurat merupakan wakil utusan dari kerajaan Karpet Terbang. Patik membawa utusan berbahagia untuk dipersembahkan dan diperkenankan oleh Tuanku Chen Chendol.

Maharaja Chen Chendol : Apakah utusan yang ingin saudara pemerintah terkaya alam semesta , Saudara Tuanku Suhorlick Milo Nescafe Vico?

Nujum Pak Baekhyun : Begini Tuanku. Tuan Puteri bermulut tebal kerajaan kami iaitu Tuan Puteri Jin Lampu Ajaib telah menyatakan hasrat hatinya untuk mengahwini Raja kerajaan ini iaitu Tuanku Nam Joon Rap Mons sebagai suri hatinya. Oleh itu, patik telah diarah untuk merisik anakanda tunggal Tuanku berdua sebagai suami kepada tuan puteri kami. Bagaimana Tuanku?

Maharaja Chen Chendol : Sebenarnya Nujum Pak Baekhyun , bukan niat beta untuk menolak hasrat kalian namun anakanda Nam Joon masih belum bersedia untuk mengambil mana mana puteri sunti sebagai permaisurinya.

Tiba tiba , satu suara yang lantang telah memecah seisi istana.

Tuanku Nam Joon : Wahai Nujum kurang bijak menilik , usah kamu pulang dengan berita kesedihan namun pulanglah dengan berita kegembiraan .

Maharani Xiumin Sohee Si Mata Sepet : Apakah maksud tersirat dan tersurat anakandaku , intan payung jiwa ragaku?

Tuanku Nam Joon : Ayahanda , Bonda perkenankanlah hasrat tuan puteri kerajaan Karpet Terbang itu. Anakanda sudi untuk menjadikan Tuan Puteri Jin Lampu Ajaib sebagai Permaisuri Kerajaan The Lost Planet.

Maharani Xiumin Sohee : Benarkah begitu anakanda ?

Tuanku Nam Joon : Ya bonda.

Maharaja Chen Chendol : Baiklah kalau begitu katamu anakku , Aku perkenankan. Kalau begitu , pulanglah kau Nujum Pak Baekhyun dan sebarkan berita kegembiraan ini kepada seluruh kerajaan Karpet Terbang .

Nujum Pak Baekhyun : Terima kasih mengelilingi alam semesta Tuanku. DAULAT TUANKU!

 

Nujum Pak Baekhyun pun pulang ke Kerajaan Karpet Terbang dengan gembiranya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
prankster_07
#1
Chapter 4: the characters' names are so funny! hahahahah! update soon~
Unicorn_Zhangyixing
#2
Hi fren... Update soon. Tapi x lmk gik mok PT3 x pyh dolok lah. Hahah...
#imasarawakian
EunHaeKyuRy
#3
Chapter 1: Eh. Chapter pendek sgt. Blh panjangkan lagi? Heheheh...
EunHaeKyuRy
#4
Chapter 1: Aisehh.... Update soon~~ huhuhu...