Once upon A time

Snow White Snow Dark

Di sebuah kerajaan yang terletak beribu kilometer jauhnya dari bumi yang dinamakan Kerajaan Agung Alam Semesta The Lost Planet. Kerajaan The Lost Planet diperintah oleh seorang raja yang sangat berkuasa pengaruhnya iaitu Tuanku Chen Chendol Si Troll. Baginda telah berkahwin dengan seorang puteri yang sangat bijak membuat kopi iaitu , Permaisuri Xiumin Sohee Si Mata Sepet. Setelah sekian lama mendirikan mahligai cinta , beginda berdua dikurniakan seorang putera laki laki yang sungguh indah rupanya iaitu Putera Nam Joon Rapmons Si Kepala Penyapu MDSA.

Namun setelah sekian bertahun lamanya memegang kuasa sebagai Raja Agung Pujaan Semesta , Tuanku Chen Chendol pun mentabalkan puteranya , Putera Nam Joon Rapmons Si Kepala Penyapu MDSA sempena hari keputeraan baginda.

Tuanku Chen Chendolyang sudah pun bergelar Maharaja sering bertanya kepada Tuanku Nam Joon bilakah kerajaan The Lost Planet akan mempunyai seorang permaisuri. Walaubagaimanapun , Tuanku Nam Joon masih belum berjumpa jodoh semesta akhiratnya.

xoxoxoxoxoxo

Terdapat sebuah kerajaan agung yang berjiran dengan Galaksi Andromenda. Kerajaan tersebut adalah Kerajaan Karpet Terbang. Kerajaan ini diperintah oleh keturunan kerabat yang sangat kaya iaitu Kelaurga Teh Lipton Teh Boh. Nama pemerintah kaya yang memerintah kerajaan ini adalah Yang Terkaya Tuanku Suhorlick Milo Nescfe Vico dan permaisuri baginda iaitu Permaisuri Huang Zi Taoni Ibni Panda-Ni Gunung QingDao. Namun tuah tidak menyebelahi tuanku apabila permaisuri baginda telah mangkat setelah melahirkan puteri baginda iaitu Tuan Puteri Jin Lampu Ajaib.

Ramai rakyat jelata mengatakan bahawa tuan puteri telah mewarisi kecantikan bondanya. Oleh kerana kecantikan yang dimiliki oleh nya , ramai putera raja masuk meminang tuan puteri untuk dijadikan suri hati. Namun pintu hati tuan puteri masih belum terbuka untuk menerima kekasih dunia akhirat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
prankster_07
#1
Chapter 4: the characters' names are so funny! hahahahah! update soon~
Unicorn_Zhangyixing
#2
Hi fren... Update soon. Tapi x lmk gik mok PT3 x pyh dolok lah. Hahah...
#imasarawakian
EunHaeKyuRy
#3
Chapter 1: Eh. Chapter pendek sgt. Blh panjangkan lagi? Heheheh...
EunHaeKyuRy
#4
Chapter 1: Aisehh.... Update soon~~ huhuhu...