04

Apabila Woo bertemu Gyu 2

 

Sebulan telah berlalu sejak kejadian yang memilukan itu berlaku. Namun, Sunggyu masih juga tak dapat move on. Dia sering meluangkan masa di bilik bakal anaknya yang dihias sendiri. Woohyun dan Tn. Kim begitu hiba setiap kali melihat Sunggyu begitu. Tambah-tambah Tn. Kim. Baginya, dialah penyebab semua itu berlaku dan sekarang dia sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anak kesayangannya itu gembira semula.

 

"Saya rasa, kamu patut bawa dia balik ke rumah korang." cadang Tn. Kim sewaktu dia mengajak Woohyun berbincang di bilik bacaannya.

 

Woohyun seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Sebelum ini, bukan main lagi Tn. Kim berkeras supaya Sunggyu stay dengan dia. Tapi sekarang, dia sendiri yang mencadangkan agar Sunggyu pulang bersama Woohyun. Hairan, tapi jauh di sudut hatinya, Woohyun gembira kerana akhirnya mereka dapat keluar dari rumah itu.

 

"Kenapa?" soal Woohyun yang masih tidak mengerti puncanya Tn. Kim memberi cadangan begitu.

 

"Biar dia jauh dari segala kenangan tentang baby korang yang dah takda tu. Selagi dia kat sini, dia takleh move on bila tengok bilik baby tu." jelas Tn. Kim.

 

Woohyun mengangguk tanda faham.

 

"Tuan serius pasal ni? Macam mana dengan keselamatan dia?" soal Woohyun.

 

"Saya yakin kamu boleh jaga dia."

 

Woohyun berasa seperti dia bermimpi. Akhirnya Tn. Kim percayakannya untuk menjaga anaknya itu.

 

"Memang saya boleh jaga dia. Saya suami dia. Saya sayangkan dia. Jadi, tuan tak perlu la risau." Woohyun memberi jaminan dengan penuh yakin.

 

"Bagus la. Saya harap kamu tak sia-siakan kepercayaan saya ni."

 

"Itu, tuan tak perlu risau. Saya takkan sia-siakan kepercayaan tuan. Thanks sebab percayakan saya."

 

Malam itu, Woohyun terjaga apabila dia mendapati Sunggyu tiada di sisinya. Dia segera bangun dan mula mencari pasangannya itu.

 

"Mesti kat bilik baby." Woohyun bergumam sebelum dia bergegas ke sana, dan sangkaannya tepat apabila dia mendapati Sunggyu sedang berdiri di sebelah katil bayi sambil menatap katil yang kosong itu.

 

"Gyu?" Woohyun memanggil, seraya menghampiri pasangannya itu.

 

Tiada jawapan, ataupun reaksi dari Sunggyu.

 

"Gyu, kenapa awak tak tidur?" soal Woohyun.

 

Sunggyu masih berdiam.

 

"Gyu, tolong la jangan macam ni. Benda dah jadi, bukan kita boleh ulang semula. Sudah la, ya?" Woohyun cuba memujuk.

 

Masih lagi tiada reaksi dari Sunggyu.

 

"Gyu?" Woohyun memanggil, dan dia tersentuh melihat air mata yang berlinangan di pipi pasangannya itu. "Gyu, please...don't be like this..." tubuh pasangannya itu dirangkul dalam pelukannya.

 

Kedengaran suara tangisan Sunggyu yang ditahan sedari tadi.

 

"Saya rindu 'dia', Hyun..." ucap Sunggyu di antara tangisannya.

 

"Shh...sayapun sama, Gyu...saya pun..." Woohyun memujuk. "We should move on, Gyu. Mesti 'dia' pun taknak kita bersedih macam ni."

 

"I hate my dad! I hate him!"

 

"Gyu, ia bukan salah ayah awak...ia..."

 

Sunggyu menolak Woohyun menjauhinya.

 

"Memang salah dia! Dia yang tolak saya jatuh dari tangga tu!" marah Sunggyu. Dia seperti bukan dirinya.

 

"Gyu, ia kemalangan. Ayah awak dah ceritakan semuanya."

 

"But still, he's the reason my baby is gone! Dan saya takkan maafkan dia sampai bila-bila!" teriak Sunggyu lantas dia keluar dari bilik itu dalam keadaan marah.

 

"Gyu!" Woohyun segera mengekori Sunggyu.

 

Sunggyu selisih dengan ayahnya, namun sedikitpun tidak diendahkannya.

 

"Gyu..." Tn. Kim memanggil anaknya itu.

 

Sunggyu berpura-pura tidak mendengarnya. Dia menuruni tangga tanpa berpaling. Tn. Kim hanya mampu mengeluh. Sejak kejadian itu, hubungan dia dan anaknya tidaklah begitu baik, malah semakin teruk dari sehari ke sehari. Sunggyu benar-benar menyalahkan dirinya di atas kehilangan anaknya.

 

"Tuan jangan la risau. Saya akan cuba pujuk dia." Woohyun yang selisih dengan Tn. Kim memberi jaminan.

 

Sebenci-benci dia terhadap Tn. Kim, dia tak lupa bahawa Tn. Kim itu ialah bapa mertuanya, ayah kepada pasangannya. Dia juga sedih melihat hubungan anak dan ayah yang renggang begitu.

 

"Takper la, Hyun. Memang patut saya dilayan macam ni. Memang salah saya, dia..." Tn. Kim mengeluh. "Pergi la kamu cari dia. Saya takut dia buat sesuatu yang bodoh. Sekarang saya hanya boleh berharap pada awak, Hyun. Jaga dia untuk saya." seraya Tn. Kim menepuk bahu Woohyun sebelum beredar dengan senyuman pahit.

 

"Saya akan jaga dia." Woohyun bergumam sebelum dia menuruni tangga dan mengikut jejak Sunggyu.

 

Sunggyu tiba di sebuah taman permainan yang berdekatan. Dia duduk di salah sebuang bangku yang ada sambil melihat kana-kanak bermain. Sayu hatinya memikirkan anaknya yang dah tiada. Air matanya mengalir tanpa dipinta.

 

"Gyu, kat sini pun awak!" Woohyun segera menghampiri Sunggyu dan duduk di sebelahnya. "Gyu..."

 

"Jom kita balik rumah awak, Hyun. Saya taknak tinggal kat rumah yang penuh dengan memori luka." pinta Sunggyu dengan berlinangan air mata.

 

"Baiklah, Gyu. Asal awak gembira, sayapun gembira." Woohyun menarik Sunggyu ke dalam pelukannya.

 


 

New chapter here!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
can you translate it 🥲
my woogyu blood is down 😅
sammywinchester #2
Chapter 5: What seriously orz. Sedey nye ?
Umin92 #3
Chapter 5: I was reading tho..l tapi xpe la, ikut senang awk je... Fighting dear
springjasmine91
#4
Chapter 4: Kesian Gyu. Tapi membenci bapanya....hmm...hwaiting utk bab seterusnya
springjasmine91
#5
Chapter 3: No no no jgn kata ianya berita buruk. Tidak!!!!

*tarik nafas lepas*

Fighting utk bab seterusnya
hjkyung #6
Update update update!!!
akitou
#7
Chapter 2: mr kim masih tak suka woohyun...,???? kasian lah gyu.,..
Cute_gurlz #8
Chapter 2: Woohyun, kau kena tabah nak jaga Sunggyu. Tn. Kim ni risau kat cucu dia je.