03

Apabila Woo bertemu Gyu 2

 

Keesokannya, selepas Woohyun berangkat ke tempat kerjanya, Sunggyu membuat keputusan untuk berbincang dengan ayahnya tentang keinginan dia untuk berpindah. Dia agak berdebar kerana dia tahu yang ayahnya itu seorang yang tegas dan tetap pendiriannya.

 

Namun, demi kebahagiaan Woohyun, dia sanggup. Dia tahu Woohyun tidak gembira tinggal di situ, dan melihat orang yang dicintainya sedih, Sunggyu turut bersedih. Jadi, dia sanggup menghadapi semua ini.

 

"Ayah..." Sunggyu mula menghampiri Tn. Kim yang sedang menonton televisyen.

 

"Gyu! Mari la tengok tv dengan ayah." Tn. Kim menepuk ruang kosong di sebelahnya sebagai isyarat supaya Sunggyu duduk di situ.

 

Sunggyu menurut.

 

"Ayah, saya nak cakap sesuatu dengan ayah." Sunggyu mula bicara dengan gugupnya.

 

"Tentang apa?" soal Tn. Kim yang matanya masih tertumpu pada skrin tv itu.

 

"Saya nak pindah ke rumah Hyun."

 

"Apa?!" Tn. Kim meninggikan suara. Tv ditutup menggunakan remote sebelum dia menghadap anaknya itu. "Cuba kamu cakap sekali lagi." keras nada suaranya itu, membuatkan Sunggyu sedikit gugup.

 

"Tak perlu saya ulang, saya tau ayah dah dengar." Sunggyu cuba bertegas.

 

"Kita dah pernah bincang sebelum ni. Dan jawapan ayah masih tetap sama. Faham!" Tn. Kim bangun dari sofa dengan niat untuk beredar.

 

"Ayah, please...saya merayu. Hyun tak gembira tinggal kat sini, dan bila saya tengok dia macam tu, saya jadi susah hati. Tolong la ayah..." Sunggyu yang berdiri di hadapan Tn. Kim, mula merayu.

 

"Ayah dah agak. Mesti dia yang hasut kamu untuk bincang tentang ni. Siap la dia bila dia balik nanti." ucap Tn. Kim dengan penuh geram.

 

"Tak, ayah! Dia tak hasut saya. Ini keputusan saya sendiri. Tolong la, ayah..."

 

"Sudah! Ayah takmau cakap pasal hal ni lagi! Kamu akan stay kat rumah ni sampai bila-bila. Faham!" Tn. Kim beredar dengan marahnya.

 

"Ayah!" teriak Sunggyu, namun tidak diendahkan.

 

Dengan tidak berpuas hati, Sunggyu mendapatkan ayahnya semula. Belum sempat Tn. Kim tiba di tingkat atas, Sunggyu memanggilnya dan mereka berhenti di pertengahan anak tangga.

 

"Kamu nak apa lagi?" soal Tn. Kim dengan annoyednya. "Kan ayah dah jelaskan. Keputusan ayah muktamad. Kamu takkan pindah ke mana-mana. Ayah tak benarkan. Faham?!" tegas Tn. Kim.

 

"Ayah, tolong la...saya merayu. Hyun boleh jaga saya. Saya takkan apa-apa. Percaya la..." Sunggyu merayu sambil memegang tangan ayahnya.

 

"Ayah tak percayakan dia. Sudah. Ayah takmau cakap pasal ni lagi." Tn. Kim ingin beredar, namun pegangan tangan Sunggyu kuat. "Lepas, Gyu! Ayah takmau bincang pasal ni lagi."

 

"Ayah, tolong la..."

 

"Ayah kata tidak! Means tidak!!" jerit Tn. Kim dengan bengangnya seraya tangannya yang dipegang Sunggyu ditarik kasar menyebabkan Sunggyu hilang keseimbangan lalu dia jatuh dari tangga itu.

 

"Gyu!" teriak Tn. Kim lantas dia mendapatkan anaknya yang terbaring di lantai dengan tidak sedarkan diri. "Gyu, bangun!"

 

Mata Tn. Kim terbeliak tatkala dia terlihat darah yang mengalir di antara kaki anaknya itu.

 

"No..." ucapnya dengan penuh penyesalan.

 

***

 

Woohyun yang berada di pejabat, tidak senang duduk. Hatinya berdebar tanpa sebab. Dokumen yang disemaknya, di letakkan di tepi. Dia takda mood untuk menyemaknya lagi.

 

"Kau kenapa? Monyok je." Howon yang baru melangkah masuk ke dalam pejabat itu, menegur.

 

"Ntah la, Won. Hati aku berdebar je. Rasa gelisah semacam je ni. Macam ada something buruk yang jadi." balas Woohyun yang membelek handphonenya.

 

"Pasal Gyu, ke?" Howon duduk di hadapan Woohyun.

 

"Ntah la."

 

Tiba-tiba telefon Woohyun berdering. ID pemanggil dilihat.

 

"Evil mertuaku? Kenapa dia ni call aku?" Woohyun mengomel sendirian sebelum dia menjawab panggilan tersebut. "Hello?"

 

"Aku kat hospital besar. Gyu masuk wad."

 

"Apa?!"

 

Dengan kelam kabutnya, Woohyun segera beredar meninggalkan Howon yang terpinga-pinga.

 

***

 

"Apa yang dah jadi?" soal Woohyun kepada Tn. Kim sebaik sahaja dia tiba di hospital.

 

"Gyu jatuh tangga." balas Tn. Kim yang bersandar duduk di bangku di ruang menunggu.

 

"What?!" Woohyun mulai takut. Takut kehilangan Sunggyu, dan juga bakal anak mereka. Dia meramas kasar rambutnya dengan penuh gelisah.

 

Beberapa lama kemudian, doktor yang merawat Sunggyu melangkah keluar dari bilik kecemasan.

 

"Macam mana dengan anak saya, doc?" soal Tn. Kim.

 

"Ya, doc. Wife saya macam mana?" soal Woohyun pula.

 

"Saya minta maaf..."

 


 

So, macam mana updatenyer?

Harap2 korang berpuas hati yer wpun ada cliffhanger hehe

Akan ada sambungannya nanti...

Stay tuned ^^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
can you translate it 🥲
my woogyu blood is down 😅
sammywinchester #2
Chapter 5: What seriously orz. Sedey nye ?
Umin92 #3
Chapter 5: I was reading tho..l tapi xpe la, ikut senang awk je... Fighting dear
springjasmine91
#4
Chapter 4: Kesian Gyu. Tapi membenci bapanya....hmm...hwaiting utk bab seterusnya
springjasmine91
#5
Chapter 3: No no no jgn kata ianya berita buruk. Tidak!!!!

*tarik nafas lepas*

Fighting utk bab seterusnya
hjkyung #6
Update update update!!!
akitou
#7
Chapter 2: mr kim masih tak suka woohyun...,???? kasian lah gyu.,..
Cute_gurlz #8
Chapter 2: Woohyun, kau kena tabah nak jaga Sunggyu. Tn. Kim ni risau kat cucu dia je.