01

Apabila Woo bertemu Gyu 2

 

"Hyun, awak buat apa tu?" soal Sunggyu sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Dia menghampiri Woohyun yang berdiri di balkoni sambil melihat bulan malam itu. "Apa yang awak fikirkan?"

 

"Takda apa la." balas Woohyun ringkas. Matanya masih memandang bulan di langit.

 

"Apa pula takda apa. Cakap la. Saya tau ada something yang mengganggu awak. Citer la." Sunggyu memeluk Woohyun dari belakang. Kepalanya disandarkan pada belakang Woohyun.

 

"Betul la, takda apa. Saya okay." balas Woohyun. Dia meleraikan pelukan Sunggyu, membawa Sunggyu berdiri di hadapannya, dan kini dia pula yang memaut pinggang Sunggyu dari belakang.

 

Mereka berdua sama-sama melihat bulan di langit. Suasana waktu itu sangat tenang dan nyaman dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mereka menikmati suasana itu. Tiada seorangpun yang bersuara, hanya kedengaran helaan nafas masing-masing. Sunggyu tersenyum memikirkan hidupnya yang lengkap bersama Woohyun dan tak lama lagi, hidup mereka juga akan lengkap dengan kehadiran si kecil.

 

"Hyun..." Sunggyu mula berbicara.

 

"Ya?"

 

"Thanks."

 

"Untuk apa?"

 

"Sebab melengkapi hidup saya."

 

Woohyun mengeratkan lagi pautannya di pinggang Sunggyu. "Sayapun berterima kasih kat awak sebab melengkapi hidup saya juga. Thanks, honey." dia mengucup pipi pasangannya itu.

 

"Awak tau, sebelum saya kenal awak, hidup saya membosankan. Takda kawan, selalu terkurung dalam rumah, memang membosankan." Sunggyu mula bercerita.

 

"Iya? Kenapa pula?"

 

"Saya kan anak ketua mafia. Ayah saya ramai musuh. Dan untuk memastikan keselamatan saya, saya dikurung. Awak percaya tak kalau saya cakap, saya tak pernah keluar dari rumah ni sehinggalah hari kita bertemu."

 

"Biar betul?"

 

"Betul la. Sepanjang hidup saya, itulah pertama kali saya menjejakkan kaki keluar dari rumah."

 

"Habis, awak tak pergi sekolah ke?"

 

Sunggyu menyiku Woohyun. "Saya ni nampak macam orang yang tak berpelajaran ke? Sampai hati awak..." Sunggyu mencebik.

 

"Eh, takda la macam tu. Come on, awak faham maksud saya, kan?"

 

"Hehe, okay saya faham. Saja je nak bergurau ngan awak. Jangan la marah."

 

"Saya tak marah la. Okay, continue please..."

 

"Ayah saya panggil cikgu mengajar di rumah."

 

"Oo, okay la tu. Sekurang-kurangnya awak belajar juga."

 

"Ya. Dan..." Sunggyu menguap.

 

"Awak dah ngantuk, ke? Jom la tido. Dah lewat malam ni."

 

"Saya tak ngantuk la."

 

"Jangan nak tipu. Dah berkali-kali menguap, tak ngantuk lagi? Dah, jom." Woohyun mendukung Sunggyu, lalu dia melangkah masuk ke ruangan bilik. Pintu balkoni ditutup dan dikunci setelah dia meletakkan Sunggyu di atas katil.

 

Woohyun menghampiri katil dan dia tersenyum melihat Sunggyu dah tidur. Dia menyelimutkan tubuh pasangannya itu, sebelum dia mengucup dahi Sunggyu sebagai goodnight kiss.

 

"Sweet dream, Gyu. Saranghae."

 

***

 

"Dia dah tidur?"

 

"Dah." Woohyun mengambil tempat duduk di sofa yang berhadapan dengan Tn. Kim. "So, apa yang tuan nak bincang dengan saya?" soal Woohyun.

 

"Kamu tau apa yang saya nak." balas Tn. Kim dengan angkuhnya.

 

"Kalau tuan nak kami berpisah, saya tak boleh. Saya cintakan dia, dan dia hak milik saya, jadi saya tak boleh tinggalkan dia." jelas Woohyun sekerasnya.

 

"Saya tak kata macam tu. Saya cuma minta kamu tinggalkan dia di sini. Dia tak boleh ikut kamu balik ke rumah kamu macam sebelum ni."

 

"Kenapa pula tak boleh? Saya suami dia, so ke mana saya pergi, dia berhak untuk ikut. Tuan tak boleh halang." ucap Woohyun setegasnya.

 

"Kamu mesti tahu yang saya ni ramai musuh, dan bahaya untuk dia kalau dia keluar dari rumah ni. Dan dalam keadaan dia sekarang, amat bahaya untuk dia berseorangan di rumah kamu lepas kamu keluar bekerja. Ada kamu terfikir pasal tu?"

 

"Itu..." Woohyun speechless. Ada benarnya kata-kata Tn. Kim itu. Bahaya untuk Sunggyu bersendirian di rumah selepas dia keluar untuk bekerja. Tetiba, Woohyun merasakan yang dia memang tak layak untuk Sunggyu.

 

"See, kamu tak pernah terfikir pun pasal tu. Suami jenis apa kamu ni? Keselamatan pasangan sendiripun kamu abaikan. Nasib baik saya tak benarkan kamu bawa dia balik lagi. Kalau tak, entah apa dah jadi sekarang ni."

 

"Tuan pandang rendah pada saya, ke?"

 

"Takda la sampai macam tu. Saya cuma fikirkan keselamatan anak saya dan bakal cucu saya je. Tapi kalau kamu nak anggap macam tu pun boleh."

 

Woohyun mengetap giginya menahan geram. Sejak dia tinggal di rumah itu seminggu yang lalu, Tn. Kim tak habis-habis mencabar kesabarannya. Dan demi Sunggyu dia sanggup bersabar sehingga sekarang.

 

"Baiklah, kalau takda apa-apa lagi, saya nak tidur. Gyu tak boleh tidur tanpa saya." Woohyun berdiri dan memberi tunduk hormat sebelum dia segera beredar ke biliknya di tingkat atas.

 

"Dasar anak muda, degil."

 

***

 

"Hyun, tolong saya! Hyun!" teriak Sunggyu yang berada dalam genggaman musuh-musuh ayahnya.

 

"Gyu!" Woohyun meronta-ronta, cuba untuk lepaskan dirinya dari ikatan. "Yah! Lepaskan dia! Korang berdendam dengan ayah dia, bukan dia. Lepaskan dia!" teriak Woohyun yang tidak berdaya lagi setelah dibelasah secukupnya.

 

"Hyun!" Sunggyu ditikam. Darah memancut keluar daripada tubuhnya sebelum dia rebah ke tanah.

 

"Gyu!"

 

"Gyu! Gyu, jangan tinggalkan saya! Gyu!" Woohyun meracau dalam tidur, membangunkan Sunggyu dari tidurnya.

 

Sunggyu panik melihat keadaan Woohyun yang berpeluh-peluh, dan meracau-racau seperti itu. Dia mula menggerakkan Woohyun untuk menyedarkannya. Berkali-kali juga Sunggyu cuba menyedarkan Woohyun dan akhirnya berjaya apabila Woohyun mula membuka matanya.

 

"Hyun, awak okay?" soal Sunggyu dengan risaunya.

 

"Gyu? Gyu, awak okay!" Woohyun segera mendakap Sunggyu seeratnya.

 

"Hyun, kenapa ni? Awak takutkan saya, tau."

 

"Gyu..." tak dapat dijelaskan betapa Woohyun bersyukur yang itu semua hanyalah nightmare dan bukan realiti. 'Thank god, you're fine. Saya takkan maafkan diri saya kalau sesuatu yang buruk jadi kat awak.'

 

"Hyun, kenapa dengan awak ni?"

 

Woohyun meleraikan pelukan. Dia memandang Sunggyu dengan penuh rasa bersyukur. Kemudian dia tersenyum melihat Sunggyu tak da apa-apa.

 

"Awak ni dah kenapa? Tadi meracau-racau, sekarang tersenyum plak? Awak kenapa, Hyun? Please, tell me, eoh? Jangan buat saya risau." Sunggyu seperti merayu. Dia betul-betul risau.

 

"Takda apa. Saya..." Woohyun mengucup bibir pasangannya itu, membuatkan Sunggyu clueless. "Saya sayang awak."

 

"Huh?"

 

"Jom sambung tidur balik. Maaf sebab bangunkan awak." Woohyun merebahkan tubuh Sunggyu dengan perlahan sebelum dia berbaring mengiring menghadap Sunggyu. Kemudian, baby bump pasangannya itu diusap perlahan. "Sorry papa kejutkan kamu. Papa janji untuk lindungi kamu dan mama kamu dari segala bahaya. Ya?"

 

Sunggyu hanya memandang kelakuan Woohyun dengan kehairanan. Mahu ditanya sebabnya, dia tahu Woohyun takkan cerita, so dia terpaksa lupakan niatnya itu.

 

'Kenapa dengan awak, Hyun?'

 


Sweet tak diorang? Sorry la kalau tak berapa sweet hehe

So, first chapter, macam mana? Okay?

Jangan lupa tinggalkan pendapat korang di bahagian komen...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
can you translate it 🥲
my woogyu blood is down 😅
sammywinchester #2
Chapter 5: What seriously orz. Sedey nye ?
Umin92 #3
Chapter 5: I was reading tho..l tapi xpe la, ikut senang awk je... Fighting dear
springjasmine91
#4
Chapter 4: Kesian Gyu. Tapi membenci bapanya....hmm...hwaiting utk bab seterusnya
springjasmine91
#5
Chapter 3: No no no jgn kata ianya berita buruk. Tidak!!!!

*tarik nafas lepas*

Fighting utk bab seterusnya
hjkyung #6
Update update update!!!
akitou
#7
Chapter 2: mr kim masih tak suka woohyun...,???? kasian lah gyu.,..
Cute_gurlz #8
Chapter 2: Woohyun, kau kena tabah nak jaga Sunggyu. Tn. Kim ni risau kat cucu dia je.