002

Just Marry Me!

"No!! Omma Jihye tak nak kahwin dengan dia. Jihye mohon. Please, omma. Jihye baru je 18 tahun." Pujuk Jihye sambil memegang tangan ommanya.

Ommanya, Lee JunAh mengelengkan kepala tanda tidak setuju dan dia tak akan sesekali termakan dengan pujuk rayu anak bongsunya itu.

"Jihye kene kahwin dengan dia. Dia tu  orang yang baik. Dia mampu buat Jihye hidup bahagia" ujar Puan JunAh Dia memandang suami, Song Jihyo dan Song Joongki yang daripada tadi memerhati agenda mereka berdua di ruang tamu itu.

"Jihye, tolonglah. Appa dan omma tak pernah minta apa-apa dekat kamu sayang. Tapi kali ini, tolong ikut cakap kami berdua sayang." Pujuk Encik Song Seunghyun. 

"Appa dengan omma tak sayangkan Jihye! Jihye tak nak kahwin." teriak Jihye. Dia terus menuju ke dalam biliknya.

"Jihye.." panggil Puan JunAh, tetapi di tahan oleh suaminya. 

"Biar dia bertenang dulu. Nanti kita bincang lagi dengan dia." kata Encik Seunghyun.

Song Jihyo dan Song Joongki membuntuti Jihye ke biliknya. Mereka masuk ke dalam bilik Jihye dan duduk di katil adik mereka.

"Jihye, ikut jelah permintaan appa dengan omma tu. Lagipun unnie kenal sangat dengan Do Kyungsoo tu." Pujuk Jihyo. Dia memegang bahu Jihye agar Jihye tenang.

"Kalau unnie kenal dia, kenapa kakak tak kahwin dengan dia? Kenapa Jihye yang kene kahwin?" bentak Jihye. Air matanya mengalir laju,  Jihyo terdiam dengan kata-kata Jihye itu.

"Jihye, Jihyo noona kan dah ada Gary hyung. Tak kanlah Jihyo noona nak putus dengan dia pula. Jihye kene faham. Keluarga Do tu suka dengan Jihye." pujuk Song Joongki pula. 

"Jihyo unnie dengan Joongki oppa ni bukan nak tolong Jihye. Tapi korang berdua macam omma dengan appa, suka paksa orang!" Tengking Jihye. Dia betul-betul tidak mahu berkahwin Do Kyunsoo aka lelaki ketul ais beku itu. 

Song Jihyo memandang Song Joongki memberikan jejaka itu suatu pandangan tersirat. Song Joongki seolah-olah faham, dia bangun untuk menutup pintu bilik Jihye, malah dia juga turut mengunci pintu bilik Jihye.

Jihyo mengenggam tangan Jihye. Jihye memandang sayu kearah unnienya itu.

"Jihye, nak tahu kenapa omma dengan appa kahwinkan Jihye." kata Jihyo. Joongki juga menghampiri mereka dia duduk disebelah kakaknya.

"Sebab syarikat AVE appa dah nak muflis. Sebenarnya keluarga Do yang bagi appa kontrak untuk appa teruskan kerjaya appa. Tapi dengan satu perjanjian, appa kene kahwinkah Jihye dengan anak dia, Do Kyungsoo." Jelas Jihyo. Terbeliak mata Jihye dibuatnya. 

"Jihye, mesti nak marah appa lepas ni, kan? Jihye tak tahu yang appa  sekarang ni tengah sakit jantung. Oppa dapat tahu pun masa abang temankan appa dekat hospital." Kata Joongki pula. 

Jihye terus berhenti menangis. adakah benar appanya sedang sakit jantung? Tak sangka selama ini appanya berahsia dengan dirinya.

"So, Jihye macam mana?" soal Jihyo.

"Tengoklah dulu." Balas Jihye lemah. 


 

Macam mana dengan Fanfic saya setakat ni? Hehehhee. Komen Juseyo. Saya harap readers semua suka^^ jangan lupa komen tau..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Beat best best !
lydiakardinal
#2
Chapter 3: update soon author..
best la cite ni , daebak
xoxogirl2 #3
Chapter 3: Update soon... i still waiting
SyiqaYeollie
#4
Chapter 2: Update soon