Itchy
Ghost Town
Prompt 2 : Gatal- gatal yang dialami jangan pernah dianggap biasa kerana ia mungkin satu simptom penyakit aneh yang bakal kamu hidap.
Kring. Kring. Kring.
Sekali tepuk saja jam loceng kasihan milik Jungkook itu berhenti berdering. Mata bengkak Jungkook terbuka luas sebelum badannya diangkat sehingga terduduk tegak - kepala tertoleh ke kiri memandang anak jarum yang berada didalam jam locengnya itu sebelum dia tergesa-gesa turun dari katil dan merempuh bilik air.
Dengan hanya membasuh muka dan berkumur Jungkook berjaya menyiapkan dirinya dengan lengkap dalam masa 5 minit sebelum dia berlari keluar dari tempat tinggalnya. Jungkook berlari dan terus berlari sehingga kampus berada dihadapannya matanya - dalam diam dia bersyukur yang kampusnya tidak jauh mana dan dia masih boleh menjimatkan masa untuk tiba dikampus walaupun kenyatannya dia sudah lewat 15 minit daripada waktu kelas yang dijadualkan.
Setelah mengetuk pintu, meminta maaf kepada pensyarah yang sedang memberikan penjelasan kepada seluruh kelasnya - Jungkook berjaya megambil tempat duduk yang paling jauh sekali dengan rakan sekelasnya yang lain.
Nasib badanlah. Siapa suruh bangun lambat. Jungkook berkata kepada dirinya sendiri sebelum fikirannya melayang jauh tidak mengambil peduli dengan apa yang pensyarahnya sedang bualkan tentang topik yang Jungkook sendiri kurang jelas apa tajuknya. Suara pensyarah itu semakin menjauh daripada gegendang telinga Jungkook - matanya mula kuyu dan layu meminta untuk ditutup. Namun begitu Jungkook tahan.
Dia tidak mahu didenda hanya kerana tertidur didalam kelas. Dahinya terkerut sedikit memaksa dirinya untuk terus terjaga sebelum kepalanya hampir terhantuk diatas meja. Jungkook menegakkan posisi badannya sebelum membuka matanya seluas mungkin dan memandang ke arah projektor yang sedang mempamerkan beberapa jenis imej tentang penjelasan ringkas pensyarahnya.
Whoosh!
"Ah!" Jungkook menekup mata kirinya seraya mengerang - oleh kerana suaranya agak kuat semua mata kini teralih memandang Jungkook dengan pandangan hairan. "Jeon-ssi? Kamu ada apa-apa masalah?" Suara pensyarah itu kedengaran dan Jungkook cuba membuka matanya sambil memandang pensyarah itu. Dia mengangguk-angguk seraya mengucapkan kata maaf beberapa kali kepada mereka semua.
"Kenapa dengan mata kamu?" soal pensyarah itu - bimbang sedikit apabila melihat keadaan Jungkook yang menekup mata kirinya. "Ah. M-mata saya, masuk habuk agaknya." Pensyarah itu berdehem dan bersuara. "Baiklah mari kita teruskan-" Kali ini seratus-peratus Jungkook tidak menumpukan perhatian apabila dia membuka tekupan mata kirinya itu dan cuba mengedipkan matanya berkali-kali.
Angin takde. Ribut takde. Apa yang terbang masuk mata aku tadi? Lalat ke? Duga Jungkook dalam hati sebelum mengedipkan matanya beberapa kali dan mendongak - memandang ke arah projektor semula. Walaubagaimanapun Jungkook harus fokus. Semakin dia cuba fokus semakin matanya terasa gatal.
Dia merengus perlahan dan berharap kelasnya yang berbaki 5 minit lagi itu segera berakhir dan dia perlu pergi ketandas untuk memeriksa matanya yang mungkin, bulu matanya termasuk kedalam atau sesuatu? Jungkook hanya mampu mengeluh.
Jungkook hampir tersadung apabila dia berlari anak menuju ke bilik air berdekatan. Sebaik saja dia tiba dia berhenti dihadapan sebuah cermin dan memeriksa matanya - dahinya berkerut. Merah pun tidak. Tapi kenapa gatal? Jungkook mengeluh dan membasuh wajahnya sekaligus membasahkan matanya. Jungkook berpendapat mungkin matanya kering dan memerlukan ubat titisan mata.
Okay Guk, ingat. Balik nanti singgah farmasi. Jungkook memberi nota mental buat dirinya sendiri sebelum keluar dari bilik air tersebut. Memandang jam tangannya yang sedang menunjukkan tepat pukul 9 am. Ada 2 jam sebelum kelas seterusnya bermula. Perutnya berkeroncong kuat dan Jungkook tahu dimana tempat yang boleh buat perutnya diam untuk seketika.
Comments