Envious
Ghost TownPrompt : Seokjin yang sangat obses dengan pujian. Yang sangat obses dengan kecantikan dan Yoongi yang menghidap trypophobia.
“Jin!”
Seokjin memalingkan kepalanya. Kening terangkat satu apabila melihat Yoongi laju meluru ke arahnya dengan senyuman terlebar yang dia pernah ada.
“Lama tak jumpa!” Yoongi tersengih apabila mereka berdua – berdiri berhadapan antara satu sama lain. Seokjin menjulingkan matanya ke atas.
“Pleaselah, 2 hari je okay? Aku ajak kau keluar hari Sabtu kau pulak sibuk bercuti dengan sepupu kau.” Yoongi tersengih lagi tetapi kali ini lebih extreme.
“Kau nak dengar cerita aku tak?” Seokjin mengangkat kedua keningnya. “Okay?” Yoongi pun mula bercerita apabila mereka duduk di sebuah meja yang berada dekat dengan pintu keluar kafeteria kampus mereka.
Ketika Yoongi mula bercerita. Seokjin memerhati wajah Yoongi.
Kenapa muka Yoongi makin halus ni?
Dahi Seokjin berkerut sedikit. Kali ini dia langsung tidak fokus dengan apa yang Yoongi katakan.
Tak boleh jadi ni. Semua orang ada mata pada Yoongi sekarang!
Mata Seokjin melilau dan perasan ada beberapa orang perempuan memerhatikan Yoongi – sambil berbisik penuh dengan minat!
“Oii kau dengar tak aku cakap apa?” Yoongi berkata menyebabkan Seokjin tersedar daripada lamunan entah apa-apa dia itu.
Seokjin tersenyum sinis. “Dengarlah! Cuma.. Aku sakit perut sekarang ni. Kelas kau pun dah nak mula kan? Apa kata kita gerak je sekarang?” Yoongi tersenyum lebar dan menganggukkan kepalanya.
“Okay.”
Maka dengan itu Seokjin menghantar Yoongi pergi dengan lirikan mata tertajamnya. Penuh dengan makna tersirat. Penuh dengan…..
Dengkikah aku?
Seokjin mahu bangun tapi niatnya terbantut apabila dua orang perempuan mendekatinya.
“Sunbae! Sunbae tau tak apa rahsia Yoongi? Kenapa kulit dia halus sangat? Putih pulak tu!”
Seokjin mengedipkan matanya beberapa kali sebelum menggelengkan kepalanya.
“Tak tahu?”
Aku harap aku pun tahu kenapa.
“Alaaa seriouslah? Bukan sunbae kawan baik dia ke?”
Seokjin geram. Perhatian yang dulunya milik dia kini di curi oleh Yoongi. Seokjin menggenggam penumbuknya dan bersuara keras.
“Kalau nak tahu sangat. Kenapa kau tak tanya dia terus?”
Melemparkan senyuman sinisnya kepada dua orang perempuan itu. Seokjin berlalu pergi dengan hati yang sarat dengan hasad dengki.
Pada hari itu, Seokjin hanya mampu meneruskan harinya dengan membuta tuli apabila orang di sekelilingnya memberikan perhatian kepada Yoongi dan bukan kepada dirinya!
🍂🍂🍂
You’re loser, Seokjin. Freaking loser to your own bestfriend. Heh
Seokjin menarik rambutnya kuat ketika berhadapan dengan cermin besar yang berada dalam biliknya.
Kau buruk. Buruk! Semua orang dah tak pandang kau sebab kau buruk!
Kau tak pandai jaga diri!
Kalau kau tak malas jaga diri. Kau takkan jadi macam ni!
“D
Comments