"Cheer Up, Jeon Jungkook!"

Description

Prolog


Puan Jeon memukul anaknya dengan batang penyapu. Hatinya menggelegak apabila mengetahui anaknya sering ponteng sekolah dan selalu berkelakuan tidak baik di sana. Tanpa mempedulikan orang sekeliling, batang penyapu itu dilibas-libas ke tubuh Jungkook.

“Ibu, dah lah tu.. kesian abang,” ujar Haneul sambil menggengam erat penyapu itu agar ibunya berhenti memukul Jungkook.

Puan Jeon sudah tidak peduli, dia menolak tubuh Haneul ke tanah. “Kau apa tahu! Aku penat-penat kerja supaya aku dapat besarkan dia dengan baik, tapi ini balasan yang aku dapat? Kau ada otak tak Jungkook?” dia terus memukul Jungkook yang terduduk kaku di jalan. Dia seakan tidak boleh bergerak.

“Ibu, ada banyak cara kita boleh mendidik anak. Pukul abang bukan jalan penyelesaian, ibu..” Haneul terus menerus memujuk ibunya. Air matanya sudah mencurah-curah namun dia tidak pedulikan itu. 

“Ibu penat, Kook.. Jungkook tak kesian ke tengok ibu bersusah payah cari duit untuk sara keluarga kita. Tak kan sikit pun tak ada rasa belas kasihan dalam diri tu?” puan Jeon akhirnya terduduk di hadapan Jungkook. Cecair jernih mengalir ke pipinya.

“Kita bukan orang senang, Jungkook. Ibu tak ada harta nak bagi kat kau bila kau besar nanti. Kenapa kau tak faham-faham?” dia memandang Jungkook yang dari tadi menunduk ke bawah. “Pandang ibu, Jungkook.” Jungkook masih tidak bergerak. Puan Jeon mengangkat dagu Jungkook agar Jungkook memandangnya. Mata mereka bertatapan.

“Cari impian kau.. Sebab itu je yang boleh ubah masa depan kau. Jadi anak yang baik,” pesan puan Jeon dengan lembut. Dia mengusap kepada Jungkook dengan penuh kasih sayang. “Jadi anak yang dengar kata, ye nak,”

“Ibu...” air mata yang ditahan-tahan terus mengalir laju. Jungkook memeluk tubuh ibunya dengan erat. “Maafkan Jungkook, ibu.” Gumamnya perlahan.

Jungkook mencari adiknya, Haneul. Sebelah tangannya lagi didepakan untuk Haneul memeluk bersama-sama mereka.
“Adik sayang ibu dengan abang.” Luah Haneul mengeratkan lagi pelukan mereka. 

Foreword

Another Angst Story :3 

 

Hashtag Jungkookie

Hashtag Sedih Namatey

Hashtag Hingus Meleleh

VampireLuxury
Double update^^

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 1: Alolo kesiannya Jungkook T^T that crying poster face broke my heart.. Btw, awak guna font apa ek? Cantiklah font tu xD
lyly_ameera #2
Chapter 3: ampunkan patik wahai tuanku kris, patik bersalah kerana telah memanggil tuanku banga*g dlm ep lepas. bukan niat patik mahu memaki, perkataan itu cuma terlepas dri mulut patik secara tk sengaja. T_T sekali lgi patik mohon ampunkan lah patik... huhuhu... ok, sketsa permohonan maaf sye dn kris tamat di sini. waduhh.... suka pulak sye tengok jungkook, jiyu dgn geng exo ni. nmpk ikatan friendship diorang. daebak. ;)
tyhah_nad #3
Chapter 3: Lol kesian sehun XD jungkook nak jd penyanyi? Woww
misz_dina #4
Chapter 3: Apela agak2nyA impian sebenar Jungkook?nk jd penyanyi ke...wow,kookie ku yg termanja dh jd ganaxzz..daebaklah! Btw,jgn lupa update for the next chap...hwaiting!!
SWOL_JI88 #5
Chapter 3: Yeyeye >.< Lawak la... xD Kris jahat?? Lahaiii...
xD
SWOL_JI88 #6
Chapter 2: Kyaaa.... bestnyaa!!! ::>_<:: sesuai dgn jiwa sye!!>< Jungkook jdi gengster... ̄ω ̄ omo~~
hahah..XD
SWOL_JI88 #7
Chapter 1: Huhu.. bestlahh..>_<
lyly_ameera #8
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni memang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
lyly_ameera #9
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni mrmang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
tyhah_nad #10
Chapter 2: Omgg...ape jd le ni ..adoi