Kekasih Abadi

Wahai kekasih abadiku,

 Namamu sentiasa bertakhta di dalam hatiku,

Panggilan namamu sentiasa ingin menitir di bibirku,

Wajahmu pula sentiasa menghiasi fikiran dan mataku.

 

Wahai kekasih abadiku,

Rindu ini tiada hentinya,

Mungkin sehingga akhir hayatku di atas dunia,

Doaku sentiasa dititipkan untukmu.

 

Wahai kekasih abadiku,

Jauhnya perjalanan engkaulah harapan,

Setiap kali aku jatuh engkaulah yang memberi sokongan,

Jalan berliku yang aku lalui engkaulah inspirasi itu.

 

Setiap kali mata ini tertutup, wajahmu menghiasi alam lenaku,

Setiap kali itu jugalah air mata jatuh ke pipi, 

Pabila mata terbuka, wajahmu hilang bagaikan dibawa angin.

Rindu yang dipendam tidak dapat diluahkan.

 

Aku hanya mampu bermimpi,

Aku hanya mampu memeluk angan,

Aku hanya mampu menitiskan air mata.

 

Wahai kekasih abadiku,

Halalkan segala makan minumku di dunia ini,

Ampunkan daku yang banyak dosa ini,

Aku hanya mampu mendoakanmu,

Aku akan berusaha menyatukan kita di syurga.

 

Sudah hampir lima tahun engkau pergi,

Aku menyediri tiada teman, tiada leteran, tiada bebelan, tiada gurauan, 

Engkau kini hanyalah sebuah kenangan,

Yang tak pernah akan luput dari ingatan.

 Rasa seperti baru semalam engkau pergi meninggalkan aku.

 

Wahai kekasihku,

Aku bukanlah anak yang baik untukmu,

Namun aku berusaha untuk perbaiki diriku ini,

Aku tahu engkau berada disisi,

Tetapi perbezaan alam menyebabkan segalanya terbatas,

Aku rindukan mu wahai kekasih

Aku bersyukur kerana engkau yang melahirkanku.

 

Wahai kekasih abadiku,

Hidup tanpamu adalah hidup yang penuh cabaran,

Walaupun sewaktu engkau masih ada, hidup sudah penuh dilingkari cabaran

Tetapi tanpamu, rasanya berbeza, perjuangannya berbeza,

Membuatkan aku kadang-kadang tersungkur tanpa arah tuju.

 

Wahai kekasih abadiku,

Aku akan selalu mengingatimu,

Tiada seorang pun boleh menggantikan tempatmu,

Ia kekal milikmu hingga hujung nyawaku,

Kiriman doaku untukmu.

 

Wahai kekasih abadiku,

Doaku agar kita dapat bersatu di syurga allah yang maha esa,

Agar aku dapat memelukmu dengan erat, 

Memberitahumu bahawa aku terlalu rindukan mu,

Segala berat yangku pikul dibahu mahuku luahkan melalui dakapan erat itu.

 

Wahai kekasih abadiku,

Damailah engkau di sana,

Jangan bersedih, aku akan menyusulmu suatu hari nanti,

Kita akan berjumpa, buat seketika kita berpisah, 

Aku yakin insya allah, allah mendengar doa-doaku,

Kita akan bersatu semula. 

 

Wahai kekasih abadiku,

Al-fatihah buat mu. :-)

Comments

You must be logged in to comment
Nakamoto_Yusuki #1
wahh.. pandainya awak buat sajak.. hebat! hebat! *kesat air mata*
aquariusxpisces
#2
ya allah!!! (ಥ_ಥ) sedih dan menusuk kalbu
olio_beesz
#3
Sedih arr... ╥﹏╥..best2! Thumbs up! Inspirasi dari mana klau blh nak tau? Hehe:)
NerdyKimchii
#4
Sedih... buat sendiri ke sajak ni? Memang terbaik =(