Drama Terulung Di Abad Ini

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Adakah selama ini aku berada di pihak yang salah? Mengapa aku tidak bangkit, di saat aku diuji? Mengapa aku memilih untuk berdiam diri, di saat aku ditohmah sekalian manusia? Mengapa aku tidak menyatakan yang sebenarnya, ketika aku sendiri yang ditanya. Mengapa, mengapa dan mengapa? Pertayaan demi pertanyaan dilontarkan. Jawapan ku senang, "Mahu tahu cerita sebenar? Mari aku nak cerita..." 

Nyata sekali, di sebalik cerita sebenar yang ku ungkap, masih tersisip rahsia di balik untaian kata-kata. Butir bicara yang tenggelam timbul, bagai diselam ke dalam lautan penipuan. Tercungap- cungap seketika, dalam mana ia mencuba untuk menyedut sedikit udara walau cuma seketika. Akhirnya aku lemas. Aku tewas, kecundang di tangan manusia yang ku gelar; Kawan. 

Kawan.

Bagi ku, ia terlalu abstrak. Aku masih tidak mampu menghayati erti sebenar 'kawan'. Walau serapat mana hubungan yang ada, tidak sesekali aku, dengan mudah mengiktiraf seorang 'kawan'. Peristiwa pahit itu mengajar aku sesuatu. Sudah fitrah manusia untuk bermuka-muka. Di sebelah Utara lain bicaranya, di sebelah Barat bertukar pula untaian kata. Lalu, dua pihak menjadi mangsa. Keduanya berperang dingin hingga terputus silaturahim, yang dulu kononya, "Tidak akan terpisah. Hingga ke Jannah," terucap di bibir mereka dengan mudah.

'Kawan' itu terlalu murah. Boleh diperjudikan dengan mudah. Tanpa ada sekelumit rasa bersalah, pada jiwa-jiwa yang merana angkara fitnah. Aku menanti, bila mana di suatu saat, kau akhirnya mengerti; rasa sakit apabila ditipu rakan sendiri. Adakah pada detik itu, baru kau faham akan maksud penipuan? Penipuan yang selama ini kau lakonkan di hadapan aku. Yang selama ini aku tonton dengan penuh teruja. Teruja kerana setiap watak melakonkan karakter mereka dengan begitu hebat hingga aku sendiri akhirnya, terperangkap dalam layar mereka.

Aku berfantasi bahawa aku lah, gadis bertuah yang dikelilingi rakan yang hebat. Rakan yang memahami dan mampu menyelami segala suka dan duka bersama hingga ke akhirnya. Namun aku tersilap langkah dalam membuat percaturan di atas dunia ini. Terlalu naif kah aku, hingga dengan sesuka hatinya kau memperkotak-katikkan perasaan dan kepercayaan aku? Bodoh kah aku, kerana memberikan segala urat kepercayaan yang ada dalam diri demi beberapa kerat kawan? Salah kah aku, memperjudikan segala yang aku ada, atas nama kawan?

Di manakah silapnya? Apakah yang menjadi punca kepada permasalahan ini? Aku kah yang bersalah? Aku kah yang berdosa? Aku kah yang terlalu mudah mempercayai hingga menyakiti diri sendiri? Salahkah sifat naifku dalam mahu berkawan? Salahkah? Jawab, jawab wahai kalian yang menggelar diri mu sebagai 'kawan'. 

Bukan kawan pada aku, namun pada kawan-kawan mu yang lain, di luar sana. Tanya hati kalian, adakah tiket kawan yang kau gunakan, bakal membawa kawan-kawan mu ke pentas layar seterusnya? Mereka bakal dipersembahkan dengan lakonan terbaik abad ini kah? Apa kalian bakal turut sama berdiri di samping para pelakon setelah pementasan ini tamat kelak? Bagaimana rasanya untuk menjadi pelakon itu, dan apa reaksi yang bakal diperlihatkan oleh kawan kalian. Banyak mana hati mereka bakal dihancurkan dengan begitu mudah, oleh sebuah pementasan agung, bertajukkan; KAWAN.

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Lulunie64
#1
Nahh... Klau kite kwan sbb Allah, tentu persahabatan tu akn mnjdi lebih utuh :) Bile sy btulkn niat untk brkwan sbnrnye krana Allah, brulah sy jumpe bbrape sahabat yg sejati yg smpai hari ni masih ade untk brcerite kisah pahit dan manis. Nasihat sy, btulkn niat kite iaitu nk brkwan bkn untk ktika di ats dunia saje tpi nk bwk ke padang Mahsyar kelak... Insya Allah, jumpe lah kite dngn kwn yg Allah dh ttakn. Setiap org yg kite jumpe hari ni, ade hikmah kenape Allah bagi kite jumpe mereka. So, sy hrap awk akn hrgai kwn yg awk akn jmpe kelak. Be yourself and don't be fake so that people will appreciate you more in their life. Hwaiting, Kim-ah! ^_^