Jigguk High School Club Application (Dream Catcher) | Dumb Dumb | Hong Chandoo

HONG CHANDOO

xkisum

 
 
app

⟪ NICKNAMES ⟫

→ Alien ⋮ Perangainya yang pelik
→ Hongchan ⋮ Nama manja

⟪ BIRTHDAY ⟫ 29 Ogos 1998
⟪ AGE ⟫ 17
⟪ BIRTHPLACE ⟫ Seoul, South Korea
⟪ HOMETOWN ⟫ Gwangju, South Korea

⟪ ETHNICITY ⟫ Korean
⟪ NATIONALITY ⟫ Korean

⟪ LANGUAGE(S) SPOKEN ⟫

→ Korea ⋮ Orang Korea

⟪ AMBITION ⟫ Idol
 

⟪ FACE-CLAIM ⟫ Kim Taehyung
⟪ BACK UP ⟫ Byun Baekhyun
⟪ WEIGHT, HEIGHT ⟫ 57kg, 179cm

⟪ FASHION STYLE ⟫ Kalau dia terkenal dengan sikapnya yang pelik dan bodoh, maka cita rasa dia dalam fesyen juga begitu. Dia suka kasual dan klasik. Dia suka memakai pakaian berwarna hitam dan seluar jeans.

⟪ APPEARANCE ⟫ Penampilannya bukanlah sesuatu masalah yang serius tetapi dia membesar sebagai seorang remaja yang tampan dan kacak. Dia mempunyai senyuman yang bernilai sejuta dolar, bermakna senyumannya sangatlah mahal. Apabila dia tersenyum, matanya menjadi seperti bulan sabit. Tapi dia dan peliknya memang tidak boleh dipisah.

Bak kata rakan kelasnya, "muka je handsome tapi lurus bendul."

 
 

⟪ PERSONALITY ⟫ Baik hati, Naif, Jujur, Penakut, Tiada keyakinan diri, Pelik 

Chandoo adalah seorang remaja yang baik hati. Ini dapat dilihat melalui tatasusilanya ketika bercakap dengan orang di sekelilingnya tidak kiralah tua ataupun muda. Chandoo seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti hati sesiapa. Dia suka menolong orang dan tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka. Chandoo tidak suka berburuk sangka terhadap orang lain kerana bagi dia itu satu perbuatan keji yang sepatutnya dia jauhkan diri daripada. Dia juga seorang yang naif. Naif pada pandangan Chandoo adalah bermaksud "bodoh", "keanak-anakkan" dan "tidak masuk akal". Dua perkataan itu sahaja sudah berjaya untuk menerangkan tentang Chandoo dengan terperinci. Perangai Chandoo sememangnya lain daripada yang lain. Lain yang orang suruh, lain yang dibuatnya. Dia juga mempunyai sifat keanak-anakkan dalam dirinya walaupun usianya sudah meningkat 17 tahun. Walaupun wajahnya kelihatan matang tetapi perangainya memang berlainan dengan wajah dia. Chandoo juga terperangkap dalam kategori budak-budak yang tidak masuk akal. Segala benda yang dia cadangkan mesti benda yang mustahil terjadi dan terlampau pelik. Hanya diri dia sahaja yang mengerti. Selain itu, Hong Chandoo ini sememangnya seorang yang teramatlah jujur. Tapi kata orang, kalau jujur sangat pun tak boleh juga. Chandoo ni, kalau dia nampak sahaja orang yang berwajah hodoh, depan-depan orang itu juga dia akan cakap yang dia tu hodoh. Chandoo tidak suka berselindung dan menyembunyikan pendapat dia.

Dia penakut. Sejak kecil lagi dia memang penakut. Chandoo takut dengan haiwan yang berbulu kerana dia anggap bulu-bulu yang melekat pada badan mereka itu adalah raksasa lembut yang menyamar jadi baik dengan menggunakan haiwan sebagai pelindungnya. Dia juga takut kena marah dengan guru, apatah lagi di denda. Semua orang tahu yang Hong Chandoo memang tiada keyakinan diri. Apabila disuruh untuk berdiri dan membaca apa yang tertulis di buku teks, Chandoo pasti akan mula panik dan resah kerana dia takut untuk mengeluarkan suaranya. Chandoo mempunyai bakat dalam tarian dan nyanyian tetapi apabila disuruh menyanyi dan menari di khalayak ramai, dia akan melarikan dirinya. Dan seperti yang kita semua juga tahu, Chandoo sangat-sangat pelik. Contohnya adalah, dia akan menjadi orang pertama yang sampai di kelas lalu memukul kepala semua orang yang tak bersalah itu tanpa ada sebab. Sikapnya yang pelik itu tidak seorang pun pernah dapat jangkakan berapa pelik lagi dia boleh jadi. Setiap hari ada sahaja benda pelik dan gila yang dia akan lakukan. Walaupun maklum akan terjadinya bahaya dan risiko yang bakal terkena pada diri, dia tetap bertegas untuk melakukannya juga.

⟪ BACKGROUND ⟫

Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, South Korea pada 29 Ogos 1998. Dia merupakan anak kedua diantara tiga beradiknya dan dia tidak mempunyai adik perempuan atau kakak. Bapanya merupakan bekas tentera laut, beliau telah pencen beberapa tahun yang lepas. Ibunya pula kini bekerja sebagai penjahit baju yang seringkali menerima banyak tempahan orang ramai. Chandoo dibesarkan dengan penuh limpahan kasih sayang daripada kedua ibubapanya dan abangnya, Chansung. Sejak kecil lagi Chandoo mengagumi bakat besar abangnya dalam nyanyian. Chandoo mula cuba untuk menyanyi sebaik sahaja dia menonton persembahan abangnya di sekolah sempena sambutan hari guru dan Chandoo mula menyimpan hasrat untuk menjadi seperti abangnya- seorang penyanyi. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya dengan cara memasuki asrama untuk berdikari dan belajar berjauhan daripada keluarganya.

⟪ TRIVIA ⟫

Likes;- (max 5)
→ Doughnut
→ Pizza
→ Kentang goreng
→ Semua makanan
 

Dislikes;- (max 5)
→ Pembuli
→ Orang makan makanan dia
→ Orang yang membazir makanan
 

Habits;- (max 5)
→ Menguap bila dia lapar
→ Makan walaupun dah kenyang
→ Garu lutut bila dia rasa takut
 

Hobbies;- (min 3)
→ Makan dan makan
→ Menyanyi dan menari
→ Melihat orang makan

Good at- (min 2)
→ Menyanyi
→ Menari
→ Main skateboard

⟪ YOUR FACTS ⟫ (min 5)

→ Selalu kena buli tapi ahli Dream Catcher selalu datang on time untuk selamatkan dia
→ Dicop sebagai pelajar paling bodoh dan tak berguna disekolah kerana keputusannya yang teruk dan selalu mendapat tempat yang terakhir dalam kalangan semua pelajar
→ Tak pernah tahu macam mana rasa malu. Apa benda dia buat semuanya dia tidak hiraukan walaupun orang sudah gelakkan dia
→ Walaupun dia bengap, dia menyandang jawatan manager di kelab Dream Catcher
→ Selalu keluar masuk bilik disiplin oleh kerana kelakuannya yang pelik itu telah mengganggu ketenteraman murid-murid lain
→ Chandoo sememangnya pelik tetapi wajahnya adalah idaman jejaka-jejaka diluar sana. Chandoo diminati oleh beberapa pelajar perempuan oleh kerana rupanya tetapi bukan sikapnya yang pelik

 

⟪ FAMILY ⟫

Father, Hong Chanhun ⋮ 49 ⋮ Bekas tentera laut ⋮ Garang dan tegas
Mother, Kang Sura⋮ 47 ⋮ Penjahit baju ⋮ Penyayang, baik hati dan lemah lembut
Brother, Hong Chansung ⋮ 20 ⋮ Mahasiswa ⋮ Memahami tetapi menyakitkan hati
Younger brother, Hong Chanhee ⋮ 13 ⋮ Pelajar ⋮ Pendiam, dengar kata

⟪ FRIENDS ⟫

Best friend, Goo Jiwon ⋮ 17 ⋮ Pelajar ⋮ Periang dan sentiasa ceria ⋮ Roommate
Friend, Heo Yonghwa ⋮ 18 ⋮ Pelajar ⋮ Tegas dan bertanggungjawab ⋮ Senior yang selalu membantu Chand

 

⟪ CHOSEN PLOTLINE ⟫ Dumb Dumb

⟪ DARI MANA DIA TAHU KELAB 'DREAM CATCHER' ⟫

Sebaik sahaja pengumuman pembukaan kelab baru diumumkan oleh guru kelasnya, Chandoo sahaja yang mengangkat tangan untuk mengisi borang permohonan menyertai kelab itu kerana dia tertarik dengan nama kelab itu, "Dream Catcher". Lagu kegemaran Chandoo bertajuk Dream Catcher; lagu itulah yang selalu membakar semangat Chandoo sekiranya dia berasa sedih dan susah hati.

⟪ KENAPA MENYERTAI KELAB 'DREAM CATCHER'? ⟫

Mula-mula adalah kerana nama kelab itu dinamakan sama dengan judul lagu kegemarannya. Tetapi kemudian dia semakin berminat hendak menyertai kelab itu kerana motif utama kelab itu ditubuhkan adalah kerana kesombongan kelab Wonderful Harmony yang popular di sekolah itu. Memandangkan musuhnya merupakan ahli Wonderful Harmony, semakin teruja dia ingin menyertai kelab ini.

RIVAL
(Jung Daehyun)

⟪ AMBITION ⟫ Penyanyi ⟪ AGE ⟫ 18 ⟪ BIRTHDAY ⟫ June 28 1997 ⟪ CLUB ⟫ Wonderful Harmony
⟪ BACK UP RIVAL ⟫ Yoo Youngjae ⟪ BACK UP RIVAL ⟫ Oh Sehun

 
loveint

⟪ PERSONALITY ⟫ Jung Daehyun, budak yang selalu berebut cheesecake dengan Chandoo di kantin sekolah. Daehyun seorang yang tidak boleh terima kekalahan dan dia tak akan pernah menyerah kalah walau apapun yang terjadi. Orang yang tak kenal dia akan anggap dia ni seorang yang pendiam dan tak banyak cakap tapi sebenarnya dialah yang paling kecoh dan heboh dekat sekolah ini.

⟪ FACTS ABOUT HIM ⟫

→ Banyak cakap
→ Peminat fanatik cheesecake
→ Ramai fangirl
→ Suka merendahkan diri orang lain
→ Berlagak

 

 

 
 

⟪ RELATIONSHIP ⟫

Mereka selalu berjumpa apabila kedua-dua pihak sedang kebulur dan menginginkan cheesecake sebagai santapan mereka. Memang. Harus. Sentiasa kerana cheesecake yang tak tahu apa-apa dan tidak bersalah itu. Mereka akan bertengkar sehinggalah salah seorang daripada mereka mengalah demi cheesecake je pun; lainlah kalau awek ke-

⟪ HISTORY ⟫

Sejak pertama kali Chandoo mengenali Daehyun, Chandoo tidak sukakan Daehyun kerana Daehyun sombong dengannya. Menjadi seorang yang selalu berfikiran terbuka, Chandoo semestinya menegur semua orang dan orang lain akan membalas tegurannya- tetapi tidak kepada Daehyun. Daehyun langsung tidak mengendahkan kehadiran Chandoo malah dia anggap Chandoo seperti tidak wujud.

"Kau ni pekak ke, bisu?" Selamba badak sahaja Chandoo menyoal Daehyun yang sibuk membaca buku. Kerana Daehyun berasa rimas dan terganggu, dia pergi meninggalkan Chandoo sendirian.

⟪ CONCLUSION ⟫

Daehyun dan Chandoo akhirnya akan berbaik sesama sendiri dan akan selalu kongsi cheesecake bersama-sama tanpa bergaduh lagi dah kerana sharing is caring~

love interest
(OH SEUNGHEE)

⟪ AMBITION ⟫ Penyanyi ⟪ AGE ⟫ 18 ⟪ BIRTHDAY ⟫ 10 Oktober 1997 ⟪ CLUB ⟫ Wonderful Harmony
⟪ BACK UP LOVE INTEREST ⟫ Park Chorong ⟪ BACK UP LOVE INTEREST ⟫ Kwon Sohyun

 
loveint

⟪ PERSONALITY ⟫ Seunghee adalah seorang gadis yang lemah lembut dan baik hati. Dia tergolong dalam kalangan Queenka di sekolah itu kerana wajahnya yang ayu dan jelita, tambah pula dengan kepintarannya di sekolah. Seunghee sentiasa mencapai markah yang cemerlang dan menjadi pelajar contoh di sekolah ini. Dia mementingkan percakapan yang baik apabila bercakap dengan rakan-rakan, ibubapa dan orang yang tidak dia kenali kerana sejak kecil lagi dia sudah dididik oleh ibubapanya untuk tidak menggunakan perkatan yang kesat dalam kehidupan sehariannya. Sikapnya yang sopan-santun itulah yang telah membuatkan ramai orang selesa berkawan dengannya dan dalam diam disukai ramai lelaki. Pada pendapat Chandoo, dia rasa Seunghee yang paling baik di antara semua ahli Wonderful Harmony.

⟪ ANY LAST COMMENT ⟫ Saya tahu ada banyak typo, banyak mengarut dan merapu, tapi inilah hasilnya.. harap awak suka! Good luck~~~~

⟪ SCENE REQUESTS ⟫ Pergaduhan teruk antara ahli-ahli lelaki Dream Catcher dan Wonderful Harmony sehingga bertumbuk dan dipanggil oleh pengetua

⟪ PASSWORD ⟫ Aktiviti yang mengeluarkan peluh macam bermain badminton, tennis, bola keranjang, bola sepak, bowling!

 
 

⟪ RELATIONSHIP ⟫

Seunghee suka melihat Chandoo berkelakuan pelik kerana bagi Seunghee, itulah charm yang ada dalam diri Chandoo. Walaupun Seunghee tahu Chandoo merupakan pelajar yang tercorot, dia tidak peduli tentang semua itu kerana perasaan sukanya terhadap Chandoo semakin meninggi hari demi hari. Seunghee sedar yang dia tua setahun daripada Chandoo tetapi itu langsung tidak mengganggu perasaan sukanya terhadap Chandoo.

⟪ HISTORY ⟫

Mereka mula mengenali antara satu sama lain sebaik sahaja Chandoo diterima sebagai ahli Dream Catcher. Seunghee merupakan orang pertama yang menegur Chandoo kerana pada hari pertama mereka bertentangan mata, hari itu jugalah Seunghee mula merasakan sesuatu yang ganjil terhadap Chandoo. Chandoo yang tidak pandai berbual dengan perempuan hanya mendiamkan diri dan hanya mendengar sahaja cerita yang diceritakan oleh Seunghee.

⟪ CONCLUSION ⟫

Kerana Chandooo si dungu yang tidak perasan akan perasaan Seunghee, akhirnya Seunghee mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Chandoo tentang perasaan sebenarnya, betapa dia suka akan Chandoo dan bagaimana risaunya dia apabila Chandoo sedih bersedih atau sakit. Beberapa bulan kemudian, Chandoo melamar Seunghee untuk menjadi teman wanitanya di hadapan orang ramai.

⟪ FACTS ABOUT YOU AND LOVE INTEREST ⟫

→ Seunghee rela membuat perkara pelik bersama dengan Chandoo walaupun dia seorang Queenka yang lebih suka belajar daripada bersuka ria
→ Walaupun mereka sudah sah menjadi pasangan kekasih, Chandoo akan layan dia seperti kawan; tidak lebih daripada itu
→ Seunghee selalu cium pipi Chandoo dan muka Chandoo akan menjadi merah padam kerana malu
→ Mereka selalu menyanyi bersama-sama. Chandoo bermain gitar manakala Seunghee bermain piano.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet