6DAYDREAM || J-DA || THE BADDEST LEADER || LEADER, MAIN RAPPER, VOCALIST

 

jo dahee

username: xkisum | nickname: zara | Activeness: 7

 

 

Character Name: Jo Dahee

Stage Name: J-Da

Other Names: n/a

Nicknames:

Jojo ; gelaran manjanya di sekolah, diberi oleh kawan baik dia
Heeda ; diterbalikkan namanya kerana perangainya yang tunggang terbalik, diberi oleh insan teristimewa
Badass leader - diberi oleh fan selepas mereka debut

Birthday: 23 Januari 1995

Age: 20

Birthplace: Gwangju, South Korea

Hometown: Gwangju, South Korea

Ethnicity: Korean

Languages:

Korean | Fasih | Dia orang Korea
English | Fasih | Belajar dari sekolah dan kawan-kawan

Height: 167cm

Weight: 54kg

Blood type: O

Style:

Biasa : 1 2
Keluar Berjalan-jalan : 1 2

 

 

 

(Replace first picture with your face claim’s and the second one with your back-up)

Face claim: Hong Yookyung

Back-up Face claim: Lee Geumhee

 

 

Personality:

Jo Dahee sememangnya seorang pemimpin yang memiliki etika dan tanggungjawab yang mampu membawa kumpulan yang dipimpinnya sampai ke puncak keberhasilan dengan memanfaatkan semua potensi yang ada pada semua anggota kumpulan yang dipimpin. Dia seorang pemimpin beretika yang membantu semua impian ahli-ahli kumpulannya menjadi kenyataan dalam kebahagiaan. Dahee juga bijak menyuarakan hak dan keinginan dia. Perkara ini telah membuatkan ramai orang amat selesa dengan kehadirannya di sisi mereka. Sikapnya yang sedemikian selalu meningkatkan interaksi antara dirinya dengan semua orang yang terlibat bersamanya dalam sebuah tugas.

Namun begitu, Dahee seorang yang panas baran. Dia mudah naik angin walaupun kesalahan yang seseorang itu lakukan hanyalah sekecil zarah sahaja. Dahee bukanlah seorang yang bijak bertolak ansur dan penyabar. Dahee juga tidak suka diarah oleh orang lain untuk melakukan sesuatu kerja kerana dia lebih gemar melakukan sesuatu kerja yang dia nak sahaja.

Likes:
- Disiplin yang baik

- Orang yang tepat pada masa
- Kucing
- Rumah yang kemas
- Makanan yang manis
- HipHop
- FT Island
- Buku novel yang tebal
- Fesyen
- Bermain catur

Dislikes:
- Orang yang tak dengar cakap
- Orang yang tak tepat pada masa
- Kasut tumit tinggi
- Orang yang suka menunjuk
- Warna pink
- Kacang
- Tempat yang penuh habuk
- Air soya
- Suasana yang bising
- Makeup yang tebal

Hobbies: (minimum 5, bullet points)
- Menulis lirik
- Memancing
- Tidur tengah hari
- Mengemas
- Bersukan

Habits: (minimum 8, bullet points)
- Selubung diri dengan selimut waktu tidur sebab takut hantu kacau-
- Kalau naik tangga, selang 2 anak tangga (faham tak? huhu)
- Pura-pura menguap bila rasa janggal dengan orang
- Bercakap dengan haiwan
- Suka menghidu bau minyak wangi dekat badan orang
- Tidur berjalan
- Menyanyi masa tidur
- Makan sambil mendengar lagu

Trivia:
- Merupakan underground rapper pada suatu masa dahulu
- Sebelum jadi trainee, dia model baju
- Peminat tegar FT Island
- Pernah join Show Me The Money Season 3 tetapi tersingkir di round ketiga
- Alergik kepada benda yang mengandungi kacang
- Ada account Youtube (JayDaHee) dimana dia upload beberapa cover lagu k-pop dan mixtape dia sendiri
- Pernah menjadi ketua dalam sebuah band yang ditubuhkan disekolahnya sebagai drummer
- Dia tak pandai memasak
- Dia boleh beatbox (tapi tidak lebih daripada 15 saat)

 

 

Background: (make sure you include how she got into music, how she auditioned into whatever company before SM and how she ended up in SM in the end)

Jo Dahee dilahirkan pada 23 Januari 1995 di Gwangju, South Korea. Dia merupakan anak tersulung diantara tiga beradik. Ibunya merupakan seorang pereka fesyen yang tersohor di Seoul. Dengan bakat ibunya, bapanya pula CEO sebuah syarikat pakaian yang mengeluarkan pakaian yang direka oleh ibunya. Dengan kejelitaan Dahee, bapanya seringkali mengambil anaknya sebagai model untuk baju-baju yang dikeluarkan oleh syarikatnya. Membesarkan di Seoul, South Korea, dia sememangnya tahu apa bakal berlaku sekiranya dia tersilap bergaul dengan golongan yang bermasalah. Menjadi seorang yang bijak dan sering berhati-hati dalam segala perkara yang dia lakukan, dia berjaya mengelakkan dirinya terjebak dengan remaja-remaja yang bermasalah. Tetapi dia tidak berjaya mengelakkan dirinya daripada terjebak dengan satu kumpulan remaja yang telah menarik perhatiannya sewaktu kali pertama dia menyaksikan persembahan mereka di persisiran pantai pada waktu malam. Dahee pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan dia juga kurang tahu menahu tentang muzik.

Lama kelamaan, Dahee mulai mendalami dunia muzik. Persembahan yang dia saksikan dipersisiran pantai itu adalah terdiri daripada kalangan rapper yang terhandal di kawasan itu. Sepanjang Dahee mulai mengenali dunia muzik, Dahee dapat temui bakatnya yang tersembunyi. Dahee boleh rap dan dia juga mempunyai suara yang nyaring dan merdu. Dahee mulai menjumpai keyakinan yang tinggi di dalam dirinya pada satu hari apabila dia tiba-tiba mengambil cabaran oleh rakan-rakannya untuk menubuhkan sebuah band muzik disekolah mereka. Permintaan Dahee untuk menubuhkan kumpulan muzik itu diterima oleh guru-gurunya dan bermula pada saat itulah Dahee mula menyemai sifat kepimpinannya. Walaupun banyak kali pentas mereka disabotaj, Dahee tidak pernah bertindak luar kawalan sebaliknya dia mencuba sesuatu yang baru untuk menyelamatkan keadaan.

Dahee mulai menulis lirik dan menggubah lagu untuk kumpulannya. Dari situlah dia menjumpai bakat tersembunyinya lagi; siapa yang sangka dia juga berbakat besar dalam composing lagu dan menulis lirik yang membawa makna mendalam? Kumpulan Dahee itu seringkali dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis kecil dan tanpa dia sedar, ada seseorang yang memerhati dia dari jauh. Pada awal usia 17 tahun, Dahee telah mendapat tawaran oleh syarikat ternama di kota Seoul, iaitu SM Entertainment, untuk menjadi trainee di bawah syarikat mereka. Bagi Dahee, itu merupakan satu peluang keemasan yang jarang datang dalam hidup seseorang maka tanpa berfikir dengan rasional, dia pun menerima tawaran itu tanpa mengetahui apa yang bakal dia lalui. Kehidupannya sebagai seorang trainee di SM Entertainment tidak seteruk mana; cuma Dahee tidak suka cara trainee lain melayannya. Siapa yang tidak panas hati? Dahee dapat masuk SM Entertainment kerana dia dapat tawaran, manakala yang lain pula harus melalui ujibakat sebelum digelar trainee. Setelah puas diberi pandangan yang buruk oleh orang ramai, setelah hampir setahun dia menjadi trainee di SM, Dahee mengambil keputusan untuk berhenti.

Pada tahun 2014, Dahee hanya fokuskan dirinya dalam bidang pelajaran kerana dia juga bercita-cita untuk masuk universiti. Apabila masuk akhir tahun 2014, salah seorang kakitangan New Dream Entertainment datang bertemu dengannya secara personal dan menyuruhnya untuk menghadiri sesi ujibakat untuk mencari bakat-bakat baru di syarikat mereka yang baru sahaja ditubuhkan. Ujibakatnya diterima dan bermulalah hidupnya sebagai seorang trainee di bawah syarikat yang baru bersama-sama dengan rakan-rakan yang jauh lebih baik berbanding dahulu.

Family: (* means optional, add more siblings if needed)
Father | Jo Sangsoo | 48 | CEO | Kelakar tetapi tegas
Mother | Kang Minseo | 47 | Pereka fesyen (masih) | Penyayang dan selalu ambil berat
Younger Sister | Jo Dani | 18 | Student/Model | Keras kepala dan batu api

Younger Brother | Jo Segyul | 15 | Student | Degil tapi pandai dan bijak bestari

Best friends:
Kim Myungwoo | 20| Pemain bola | Tegas dan terlalu ganas
Na Jin-ah | 21 | Pelajar universiti | Baik hati, banyak cakap

Friends:
Sulli | bekas ahli f(x)

Do Minjoon | Rakan kelas
Nam Minkyung | Rakan kelas

 

 

Rival: Bae Irene

Personality:

Dia seorang yang periang, baik hati dan ceria sebenarnya tetapi dia ada masalah sikit dengan Dahee.

How you interact:

Dahee dan Irene masih waras. Mereka tahu mana satu buruk dan mana satu baik. Mereka akan saling hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun mereka tahu yang hubungan mereka tidaklah terjalin rapat sangat untuk saling menghormati sesama sendiri. Irene dan Dahee juga akan bertukar-tukar senyuman tetapi mereka tidak akan bercakap dengan sesama sendiri.

Reason for rivalry:

Irene tersangatlah sakit hati apabila dia harus menjalani ujibakat untuk menjadi trainee di bawah syarikat SM manakala Dahee pula dengan mudahnya mendapat tawaran untuk menjadi trainee di syarikat tersebut tanpa merempuhi sesi ujibakat.

Back-up: n/a

 

 

 

(Replace left picture with your love interest and the right with your love rival)

Love Interest: Choi Seungcheol (S.Coups)

Age: 20

Personality:

S.Coups seorang yang tegas dan terperinci. Dia mempunyai daya kepimpinan yang tinggi memandangkan dia sekarang ini sedang memimpin 12 orang ahli Seventeen. S.Coups mempunyai sifat yang tidak mudah menyerah kalah; apa yang dia lakukan mestilah mencapai kejayaan dan harus berjaya! Dia tidak suka akan kekalahan, dia kena menang juga; walaupun dengan kekasih sendiri.

How you met:

Tidak romantik Romeo dan Juliet, tidak semanis Jackson dan Youngji (eh). S.Coups dan Dahee adalah rakan sekelas dan pada hari pertama persekolahan mereka di sekolah menengah, S.Coups dengan tidak sengajanya terlanggar Dahee; menyebabkan air mineralnya tertumpah di atas baju Dahee. S.Coups tidak henti-henti meminta maaf kepadanya dan dia juga memberikan bajunya kepada Dahee sebagai salinan. Sejak itu, mereka mula berkawan.

How you interact:

S.Coups suka menghabiskan masanya dengan Dahee daripada terperangkap di studio dan praktis tanpa henti bersama ahli-ahli kumpulannya yang lain. S.Coups akan selalu menjaga batasan percakapannya apabila dia dengan Dahee kerana dia takut dia tanpa sengaja akan terguris hati Dahee. Dahee pula sedaya upaya akan kawal sikapnya yang hanya-ahli-6DD-yang-tahu itu agar S.Coups tidak akan memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang dia.

Back-up: Changjo (TeenTop)

 

Love Rival: Choi Junhong (Zelo)

Age: 19

Personality:

Zelo adalah seorang remaja lelaki pemalu yang berbakat besar. Dia boleh menyanyi, menari dan juga rapRap merupakan bakatnya yang paling terhebat dan itulah yang membuatkan Dahee kagum dengannya. Zelo suka bermain skateboard dan dia gemar memakan cherry tomato apabila perut dia kosong. Zelo juga seorang yang penyabar dan baik hati- dia tidak kisah pun kalau orang tipu dia. Bagi dia, biarlah orang buat jahat, jangan dia yang buat jahat.

How you met:

Pertemuan pertama mereka adalah sebagai sunbae-hoobae disekolah. Mereka bertemu sewaktu hari graduasi Dahee dan mungkin kebetulan. Jongup pula seusia dengan Dahee dan dia juga graduate pada hari yang sama dengan Dahee. Sedang Dahee sibuk mencari jalan keluar daripada kawasan yang sesak itu, Dahee tanpa sengajanya tertolak Zelo (yang berada dihadapannya) sehingga dia terjatuh tersembam ke tanah. Dahee terkejut lalu menolong Zelo untuk bangun dan memohon maaf berkali-kali.

How you interact:

Seperti adik dan kakak. Setiap hari, Dahee akan menghantar mesej kepada Zelo untuk bertanyakan tentang kesihatan dia. Dahee tahu yang Zelo suka praktis sehingga tidak ingat dunia, tetapi itu selalu menjejaskan kesihatannya. Sebagai seorang yang bergelar kakak, Dahee memainkan peranan yang besar dalam menjaga Zelo. Mereka tidak pernah janggal dengan masing-masing dan mereka akan selalu bergurau-senda bersama-sama.

Why is he your love rival?: 

Dia tahu yang dia ada menyimpan perasaan terhadap Dahee. Dia tahu yang Dahee pula dalam diam mempunyai perasaan terhadap rakan kelasnya yang tidak dia kenali. Dan dia seakan-akan tidak boleh terima kenyataan bahawa Dahee hanya menganggap dia sebagai adik.

Back up: Goo Junhoe (iKon)

 

 

 

 

Persona: The Baddest Leader

Fanclub Name: SUNDAY

Fanclub Colour: #EBF4FA

Position: Leader, Main Rapper, Vocalist

Back-up Position: Lead Dancer, Face of the Group

Training years: 4 tahun.

SM ; 2012 - 2013 | ND ; 2014

Singing Twin: Park Chorong

Dancing Twin: Chachi Gonzales

Rapping Twin: Kisum

Speaking Twin: Kim Chanmi

 

 

Comments/Suggestions:

Hai! Lol ini first time saya join applyfic (dengan berkat sokongan kawan baik saya!) jadi saya haraplah... tak ada apa-apa yang mengganggu hati perasan dan jiwa awak xD Kalau ada apa-apa yang tak kena, bagitau ye? 6DD fighting!!

Scene Requests: 

Password:

credit 

Comments

You must be logged in to comment
zerofxrconduct
#1
wuuuu "dengan berkat sokongan kawan baik saya" wuuuuu terharu