flxwers ✿ kang ryu ✿ main dancer, sub rapper (lupines)

TnmV6KC.gif
character
  kang ryu。
   zara  xkisum  8
NICKNAMES
— ryutamin / dia selalu menjadi pembakar semangat trainee-trainee yang lain
— kai female version / muka dia seiras dengan Kai daripada EXO

AGE  20
BIRTHDAY  19 September 1995

BIRTH PLACE Seoul, Korea Selatan
HOMETOWN  Gwangju, Korea Selatan

ETHNICITY  Korean
LANGUAGES
— Korea / Fasih / Orang Korea
— Inggeris / Kurang Fasih / Belajar di sekolah
 
You Are never too old for a disney movie 

 
  mirror, mirror on the wall。
   WHO IS THE FAIREST OF THEM ALL...
FACE CLAIM  Jo Eunhee
BACK UP FACE CLAIM Park Seul


APPEARANCE

Penampilan Ryu bukanlah sesuatu masalah yang serius tetapi dia membesar untuk menjadi seorang gadis yang cantik. Kulitnya putih seperti susu dan mempunyai mata yang cantik. Dia agak tinggi bagi seseorang yang berusia 20 tahun kerana dia bertinggian sebanyak 169cm dan beratnya adalah 58kg. Ryu mempunyai senyuman yang berharga sejuta dolar, bermakna senyumannya adalah kecantikkan utamanya. Apabila dia tersenyum, matanya menjadi seperti bulan sabit dan ramai lelaki menganggapnya comel, yang mana Ryu rasa ianya menjengkelkan. Ryu mempunyai rambut perang gelap dan mata berwarna coklat-kekuningan.

STYLE  

Ryu seorang yang suka berfesyen tetapi mempunyai cita rasa kepada jenis yang lebih khusus dari fesyen. Dia suka kasual, klasik, dan fesyen berciri bohemian. Ryu mempunyai keutamaan dalam apa yang dia memakai dan mahu kelihatan bergaya tetapi kelihatan rapi. Dia suka memakai pakaian yang selesa untuk dipakai tetapi kelihatan canggih, elegan, dan matang. Dia tidak kisah jika ia adalah comel atau seksi, selagi ia sesuai dengannya, dia terima sahaja.

  but looks aren't everything。
   YOU'RE ONLY AS PRETTY ON THE OUTSIDE AS YOU ARE ON THE INSIDE...
PERSONALITY
— Penyayang, Periang, Sopan-santun, Degil, Tidak adil dan saksama, Suka memberontak

Ryu merupakan seorang gadis yang periang sejak kecil sehinggalah kini. Ianya agak sukar untuk melihat Ryu bersedih dan bermuram kerana Ryu lebih banyak menunjukkan sikapnya yang tidak pernah ada masalah. Perkara ini telah membuatkan orang disekelilingnya kerap kali menyangka yang Ryu ini adalah seorang yang selalu gembira dan periang- tanpa ada masalah. Pada pandangan Ryu, dia tidak mahu membebankan orang lain; lebih baik dia simpan perasaan gundahnya sendiri. Selain periang, Ryu juga seorang yang penyayang lebih-lebih lagi terhadap kedua ibubapanya serta adik-beradiknya dan termasuk jugalah sahabat handainya. Dalam hidup Ryu, dia mengutamakan ibubapa dia daripada segala benda di dunia ini kerana dia sesungguhnya menghargai setiap pengorbanan yang telah disumbang oleh ibubapanya sedari dia kecil sehinggalahdia besar. Ryu tidak pernah membantah perintah kedua ibubapanya malah dia dengan rela hati melakukan apa yang disuruh. Ryu juga amat menyayangi adik-beradiknya. Walaupun mereka saban hari bertelingkahan sesama sendiri namun perasaan sayang itu masih tersemat di dalam hati mereka. Ryu menyayangi rakan-rakannya juga. Pada Ryu, hubungan persahabatan adalah satu perkara yang berharga yang pernah wujud di dalam hidup dia. Dia sanggup bersusah-susah demi kebaikkan rakannya dan akan sentiasa mementingkan rakan-rakannya daripada diri dia sendiri. Ryu sekali-kalipun tidak pernah mahu mengguris hati dan perasaan rakan-rakannya. Kemudian, Ryu juga terkenal dengan sikapnya yang sopan-santun. Dia mementingkan percakapan yang baik apabila bercakap dengan rakan-rakan, ibubapa dan orang yang tidak dia kenali kerana sejak kecil lagi dia sudah dididik oleh ibubapanya untuk tidak menggunakan perkatan yang kesat dalam kehidupan sehariannya. Sikapnya yang sopan-santun itulah yang telah membuatkan ramai orang selesa berkawan dengannya dan dalam diam disukai ramai lelaki.

Tetapi kita manusia tiada yang sempurna. Walaupun Ryu kelihatan baik dan tidak membawa masalah, dia adalah seorang yang degil. Keras kepalanya hanya sahabat baiknya sahaja yang dapat tahan. Kedegilannya mengalahkan kedegilan kanak-kanak kecil. Apabila dia disuruh untuk melakukan sesuatu yang tidak dia suka, dia pasti akan menunjukkan sikap kedegilannya terutamanya dihadapan rakan-rakannya. Kang Ryu juga dalam diam seorang yang tidak adil dan saksama. Memandangkan dia seorang yang hebat menari, dia pasti akan meminta untuk mendapat banyak bahagian tarian dan akan sentiasa duduk di barisan hadapan; dia tidak mahu memberi peluang kepada orang lain. Sikapnya yang sebegini telah mengundang perasaan marah dan tidak puas hati di antara beberapa trainee di syarikat Star Entertainment. Selain itu, siapa yang sangka yang Ryu ini sebenarnya kuat memberontak? Apabila dia tidak dapat apa yang dia mahukan, pasti sahaja dia akan mula memberontak. Selagi tidak dapat, selagi itu dia tid

  dig a little deeper。
   THERE'S MORE TO YOU THAN MEETS THE EYE...
BACKGROUND
Ryu dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, South Korea pada 19 September 1995. Dia merupakan anak kedua diantara tiga beradiknya dan merupakan seorang sahaja anak perempuan di dalam keluarga itu. Bapanya merupakan bekas tentera laut; beliau telah pencen manakala ibunya pula kini bekerja sebagai penjahit baju yang seringkali menerima banyak tempahan orang ramai. Kang Ryu dibearkan dengan penuh limpahan kasih sayang daripada keda ibubapanya dan abangnya, Kangjun. Dia juga dididik dengan cara yang betul; membuatkan dia menjado seorang gadis yang berguna. Memandangkan umur ibubapanya semakin uzur, Ryu dan Kangjun memegang peranan yang besar dalam menyara keluarga mereka itu demi kepentingan mereka sekeluarga, terutamanya adik mereka - Kangjoo, yang masih lagi bersekolah dan memerlukan wang yang banyak untuk pembelajarannya.
Sejak kecil lagi, Ryu mengagumi bakat besar abangnya, Kangjun, dalam nyanyian. Dia mula menyanyi sebaik sahaja dia nampak abangnya membuat persembahan bersama rakan-rakannya di sekolah sempena sambutan Hari Guru dan Ryu mula menyimpan hasrat untuk jadi seperti abangnya. Namun minatnya terhadap bidang nyanyian semakin memudar apabila dia bertemu dengan seorang gadis cilik bernama Goo Hana yang muda 4 tahun daripadanya. Hana sangat berbakat dalam menari dan Hana telah menarik perhatian Ryu untuk cuba menari. Hana kemudiannya menjadi sahabat karib Ryu sehingga ke hari ini walaupun mereka tidak ditakdirkan untuk debut di dalam satu kumpulan yang sama.
Pada awal perjalanannya dalam memasuki dunia hiburan, Ryu ditawarkan untuk menjadi trainee di bawah syarikat ternama di Korea, YG, kerana dia telah menarik perhatian CEO syarikat itu dengan kemerduan suaranya dan bakatnya dalam tarian melalui video-video yang tersebar di laman sosial. Tetapi Ryu menolak tawaran yang merupakan peluang keemasannya itu sebaliknya dia memilih untuk membuat ujibakat di Star Entertainment kerana dia mahu bersama dengan Hana. Nasib mungkin menyebelahinya; dia diterima masuk ke syarikat itu.
 
TRAINEE LIFE 
Tipulah sekiranya Ryu kata bahawa dia tidak melalui saat-saat yang sulit dan menyusahkan sepanjang dia menjadi trainee. Dengan jadualnya yang padat seringkali membuatkan Ryu tidak dapat tidur yang cukup dan telah membuatkan Ryu sentiasa tidur di dalam kelas sewktu pembelajaran sedang dijalankan. Pada kebiasaannya, Ryu akan pergi ke sekolah, kemudian dia akan membuat kerja sambilan dan barulah dia pergi untuk training bersama trainee-trainee yang lain.
Walaupun penat dan keletihan, Ryu masih lagi mampu menunjukkan sikapnya yang ceria dan sentiasa tersenyum itu supaya dia tidak berputus asa untuk berusaha dengan lebih gigih supaya dia dapat debut seperti sahabat karibnya, Hana. Memandangkan mereka satu syarikat, Hana kadang-kadang akan datang untuk menziarahi Ryu dan menyokongnya dari jauh. Ada juga sesekali Hana akan membawa Minjung untuk berlatih menari dengan Ryu supaya Ryu dapat belajar perkara yang baru. Hana selalu mahukan yang terbaik untuk Ryu.
Ryu juga popular dikalangan trainee daripada syarikat lain kerana sehari selepas Ryu membuka account instagram dan post sebuah selfie, dia telah dicop sebagai "adik Kai" kerana wajahnya yang sangat-sangat iras dengan Kai. Menjadi seorang yang pelik, dia meng-post satu lagi selfie dengan caption "Saya bukan adik Kai, saya adik Kangjun daripada C-Clown!", dan sejak itu Ryu sudah mula mengumpul ramai peminat walaupun belum debut.

TRIVIA
 
LIKES
— Doughnut
— HipHop
— Game
 
DISLIKES
— Lipas
— Pakai make up
— Tempat yang panas
 
HOBBIES
— Menari
— Makan doughnut
— Main game
 
HABITS
— Menguap bila dia lapar
— Garu dagu apabila dia gementar
— Gigit kuku apabila dia rasa malu
 
OTHERS
— Instagram ; r2yu
— Tak pandai memasak
— Bekas ahli kumpulan menari "1Million"
— Belajar di Kyunghee University
  never forget。
   YOU'RE NEVER ALONE...
FAMILY boleh letak family korang kat sini. copy dan paste bawah ni untuk tambah lagi.
ayah / hyojeong, kang / 49 / tegas tetapi memahami
— mak / eunha, yang / 49 / penyayang dan selalu membakar semangat ryu untuk maju kehadapan
— abang / jun, kang / 21 / suka cari gaduh dengan ryu dan suka menyanyi
— adik / joo, kang / 17 / nakal dan tidak reti duduk diam

FRIENDS macam atas, ni untuk kawan korang je. seperti biasa, copy dan paste bawah ni untuk tambah lagi.
kawan baik / hana, goo / 16 / baik hati dan lemah lembut
— rakan kuliah / hajoon, seo / 20/ aktif bersukan dan selalu menolong ryu ketika susah atau senang

OTHERS okay yang ni korang leh letak rival ke enemies ke whatever. be creative supaya otak kami kembang.
musuh sekolah rendah / baram, lee / 20/ mulut celupar
character
  nam joohyuk。
   kang seungyoon
NICKNAMES
— namjoo / untuk mengejek dia (APink Namjoo)

PERSONALITY

Siapa yang tidak kenal Nam Joohyuk? Daripada seorang model, tiba-tiba sahaja menyandang gelaran "pelakon" hanya dalam sekelip mata sahaja. Joohyuk mempunyai personaliti yang kelakar dan pemalu. Dia sememangnya berbakat besar dalam membawa senyuman kepada mana-mana orang diluar sahaja dengan jenakanya. Selain daripada itu, rupanya yang kacak tidak pernah dia jadikan sebagai alasan mengapa dia menjadi seorang model- sebaliknya dia menyatakan bahawa dia diterima menjadi model kerana nasibnya baik. Joohyuk tidak suka orang memuji dia kerana dia rasa diri dia itu tidak layak dipuji tetapi dia lebih terbuka untuk menerima pandangan orang ramai terhadap dia. Joohyuk suka merendah diri dan dia memang seorang yang baik hati.

 
The good things in life are better with you ♡

 
  soulmatearrow-10x10.pngsearching。
   SURELY YOU HAVE THAT SPECIAL SOMEONE...
FIRST MEETING  
Joohyuk nampak Ryu di majlis sambutan hari jadi kawannya, Hajoon yang kebetulannya adik kepada kawan baik Joohyuk maka dia juga dijemput untuk hadir ke majlis itu. Joohyuk pada mulanya sangat malu tetapi selepas beberapa minit dia mengumpul keberanian di dalam dirinya, dia mengajak Ryu untuk menari bersamanya. Selepas mereka habis berdansa, Joohyuk meminta izin kepada Ryu untuk membawa dia berjalan-jalan di kawasan luar rumah itu untuk berborak. Joohyuk tidak menafikan yang dia sememangnya malu pada saat itu. Dia memperkenalkan dirinya terlebih dahulu lalu menyuruh Ryu pula memperkenalkan dirinya. Ryu juga berasa gembira dan suka berborak dengannya. Lama-kelamaan, mereka saling bertukar-tukar soalan; mengenali antara satu sama lain. Sebelum mereka pulang ke rumah, mereka bertukar nombor dan menjadi kawan pada kemudian hari apabila Joohyuk mengajaknya untuk keluar makan tengah hari dengannya.

RELATIONSHIP  
Joohyuk sudah tidak malu lagi apabila dia berada berdekatan dengan Ryu seperti sebelum ini apabila dia akhirnya meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Ryu dan melamarnya untuk menjadi teman wanitanya. Joohyuk akan selalu menceritakan jenaka kepada Ryu untuk membuatkan dia tersenyum kerana bagi Joohyuk, Ryu paling cantik apabila dia tersenyum. Walaupun hubungan mereka nampak mesra, mereka sebenarnya selalu sahaja bertengkar tentang perkara remeh-temeh dan tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain sampailah salah seorang daripada mereka minta maaf.

CONCLUSION
Joohyuk dan Ryu pada akhirnya akan berpisah dan membawa diri ke haluan masing-masing tetapi masih mengekalkan status sebagai sahabat walaupun mereka tidak serapat dahulu kerana perasaan cemburu Ryu yang tidak dapat dikawal apabila melihat Joohyuk berlakon dengan perempuan lain di kaca televisyen.
  last call。
   THIS IS WHERE WE PART WAYS...
FAMOUS LAST WORDS  Nama fanclub group ini saya cadangkan sebagai "flow", cuma buangkan "er" daripada perkataan "flower" sebab.. well, flow. ^^

SCENE SUGGESTIONS  Ahli Flxwers pergi bercuti bersama dengan Destiny Violet!!

PASSWORD  BoA - No.1

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet