Meet 2

My Cute Little Cat

Author POV

“nama kau siapa??”tanya Luhan, dia sedikit segan. “aku Seulgi!”jawabnya. “err...aku nak tanya boleh??”tanya Luhan lagi. “kenapa??”Seulgi sedikit hairan dengannya. “tahun ni..tahun ke berapa?”tanya Luhan. Wajahnya sedikit cemas. “2015”Seulgi berterus-terang. “eeaaaahhh??!!! ma-maksudnya....aku..aku hidup selama tig-tiga ratus tahun??!”wajah Luhan menjadi pucat. Nampaknya Luhan berada di zaman hadapan. Apa yang nak dia buat sekarang ni? Di zaman hadapan yang begitu asing dengan dirinya. Dia hanyalah seorang manusia dan separuh kucing. Dia fikir mustahil dia boleh hidup di zaman ni. Dunia zaman ni sungguh berbahaya. Dia memerlukan seseorang yang boleh membimbingnya dalam menjalani hidup di dunia yang baru baginya. Hanya satu harapan yang perlu dia bergantung iaitu.....

“seulgi...boleh aku tinggal dengan kau..??”tanya Luhan. Dia tidak teragak-agak nak bertanya pada Seulgi. “eehh??! Asal pulak? Mana boleh!!”Seulgi tidak bersetuju. “bolehlah!! Aku janji, aku akan ikut semua arahan kau!!”Luhan membuat perjanjian dengan Seulgi. “tak boleh!”marah Seulgi. “bolehlah~”kata Luhan. “tak boleh! tak boleh!!” Seulgi tidak bersetuju. Nampaknya Luhan terpaksa menggunakan strategi untuk membuatkan Seulgi membenarkannya tinggal bersamanya. “Seulgi~ tolonglaaaaahhhh~”Luhan akhirnya menggunakan muka comelnya untuk serang Seulgi. Dan ia berjaya! Wajah Seulgi menjadi merah. Dia kaku tidak mengatakan apa-apa. Luhan pun buat strategi yang kedua, dia segera berguling diatas tanah dengan cara yang comel sekali seperti kucing bermain di atas tanah. “Seulgi~ Seulgi~ bolehlaaahh~”Luhan bangkit dari atas tanah dan dia segera memegang tangan Seulgi. Luhan berlutut dihadapan Seulgi macam nak proposal. “SEULGI~ aku janji akan melindungi kau!! Aku janji~ tolong benarkan aku tinggal dengan kau!”Luhan membuat muka teramat comel. Matanya bulat dan berkilat seperti puss in boot. Muka Seulgi semakin merah termasuklah bulu romanya meremang. “wwaaaaahhhh!!!! C-cukup!!”jerit Seulgi kerana segan. Dia melepaskan tangannya dari Luhan. “Seulgi~”kata Luhan dengan comel. “yelah!yelah!! Kau b-boleh tinggal dengan aku! Tapi satu syarat!!”tegas Seulgi. “satu syarat? Apa tu~”tanya Luhan dengan gembira. “jangan bagi tahu sesiapa yang kau ni separuh kucing!! Faham!!”tanya Seulgi. “ok~ ok~ aku janji!!”Luhan sepertinya dah dapat menyelesaikan masalah krisisnya tadi. “tapi...macam mana kau nak sorok telinga dan ekor kucing kau??”risau Seulgi. “hehehe..jangan risau~”kata Luhan.

Luhan menjilat kedua tapak tangannya seperti kucing lalu dia mengusap tapak tangannya di kedua-dua belah telinga kucingnya. “poof!!”asap kecil muncul. Telinga dan ekor kucingnya sudah tiada. “waaahh!! Telinga dan ekor kau dah tak de!!”Seulgi berasa takjub dengan Luhan. “ya..tapi aku tak boleh minum air teh nanti telinga dan ekor kucing aku akan muncul..”jelas Luhan. “owh~”Seulgi mengangguk kepalanya bertanda faham. “jadi..bila nak balik rumah kau?? Boleh kita main sama-sama!!”ceria Luhan. “yyaaahh!!! Tak boleh main!!”wajah Seulgi menjadi merah, dia sepertinya fikir yang bukan-bukan. “baik! Sebarang masalah akan aku selesaikan!”Luhan berdiri tegak disamping Seulgi seperti askar. “uuwaaahh! Asal kau berdiri macam tu!! Tak payah nak extreme sangat!! Nanti orang lain salah faham!!”terus-terang Seulgi. “ok! Tapi aku nak buat apa??”tanya Luhan kebingungan. “err..kau ikut cara aku jalan je...faham?”kata Seulgi. “ok!!”Luhan menunduk hormat macam butler menunduk hormat kepada cik muda. “yaahh!! Tak perlu nak buat macam tu sekali!!”segan Seulgi. Nampaknya percutian Seulgi tidak berjalan dengan lancar.

Di Homestay

“nasib baik aku sewa homestay yang ada dua bilik, kalau tak aku kena tidur dengan mamat kucing ni..”fikir Seulgi. “hmm?? Siapa mamat kucing??”tanya Luhan. Dia berada tepat dibelakang Seulgi. “waahh!! Asal kau ada dekat belakang aku?? Dan ni bilik aku!! Kau tak boleh masuk!!”larang Seulgi. “kenapa tak boleh??!! Aku nak main dengan kau!!”rungut Luhan. “main?! Main apa?!!”tanya Seulgi, dia sedikit gementar bila Luhan berada dibiliknya berduaan dengannya. “aku..aku nak main bola benang~”ucap Luhan. “bola benang?? Kau kan manusia!! Asal kau nak main macam kucing pulak??!”tanya Seulgi tidak berpuas hati. “sebab itu perkara kebiasaan aku!! Kalau tak, nanti aku tak boleh tidur~”Luhan berguling-guling diatas lantai kerana tidak berpuas hati dengan Seulgi. “waaahhhh!!! Yelah!!Yelah!! Jom kita main tapi jangan main dekat bilik aku!!”kata Seulgi dengan tegas. “yeay!!”gembira Luhan. Mereka pun keluar dari bilik Seulgi menuju ke ruang tamu. Disebabkan takde bola benang, mereka pun bermain kerja mengejar didalam homestay.

Mereka berdua bermain diruang tamu sampai pukul 3 pagi. Akhirnya, Luhan dapat melelapkan matanya. Seulgi pula kelihatan penat kerana bermain kerja-mengejar dengan Luhan. Dia berjalan masuk ke dalam biliknya, dia berbaring di atas tilam lalu tidur.

Keesokan paginya, Seulgi bangun agak lewat. Dia pun segera mengemas tempat tidur sebelum keluar dari biliknya. “Luhan! Mana kau??”Seulgi memanggil Luhan. “siniiii~”kata Luhan. Dia sedang berdiri di halaman luar rumah. “Luhan kenapa kau dekat luar rumah??”tanya Seulgi. “t-tak ada apa-apa..saja nak ambil angin”Luhan tersenyum gembira. “ye ke? ermm..Luhan, bantu aku masak!”suruh Seulgi. “masak?? Kau nak aku masak??”hairan Luhan. “ya! Cepat masuk rumah dan memasak bersama aku dekat dapur!!”arah Seulgi. “baik!!!”jerit Luhan dengan ceria. Dia segera melompat masuk ke dalam rumah dengan cepat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
melryn05
chapter 7 update!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: apa yg terjadi. tidak!!!!!!!!!!!!!!! -_-!
pikahbajet #2
Chapter 3: lawak.......lawak......... lawak........
lugege_
#3
Chapter 6: 283847473 abad tunggu update xD haahahha. Lain kali update arr pnjang sikit T.T
lugege_
#4
Chapter 5: Siapa 'lelaki tu? Kris? Chanyeol? Sehun? Kai?
Melting_95 #5
Chapter 4: Sape 'bayangan' tu? o.O Anyway, please updte ;3
omega_ #6
Chapter 4: Caringnya luhannnnnn. Update soon (;
GdsGIRLZ
#7
Chapter 3: Best la cerita awak.... Ada jalan cerita yang sangat teratur. Bila awk nk sambung ?
lugege_
#8
Chapter 3: Knp lah luhan tersgtlah comel T.T hahaha. Update soon
Melting_95 #9
Chapter 2: Mesti Luhan comels sgt xD Update soon. Please.
lugege_
#10
Chapter 2: UPDATE SOON BAEEEEEEEEEEEE