Meet 1

My Cute Little Cat

Seulgi POV

aku melabuhkan punggung ku di atas bangku sambil melihat Luhan bermain gelongsor seorang diri. Dia ni dah kenapa?? Dah besar panjang nak main gelongsor. Dia ni buat aku peninglah, tapi nak buat macam mana?? Dah 7 hari aku jaga dia, tapi sampai bila?? Aku tak sampai hati nak halau dia...Luhan..dia seorang yang baik hati dan c-comel.

7 hari yang lepas 

Cuti sekolah akan bermula esok, semua kawan-kawan aku ada hal sepanjang cuti ini berlansung. Mak bapa aku pulak dekat luar negara, jadi apa aku nak buat masa cuti..?? Sepanjang 2 minggu cuti sekolah, takde benda nak buat. Kalaulah aku ada teman, mesti seronok!!

Sambil memikirkan bena yang patut aku buat masa cuti, aku menyelak satu persatu muka surat majalah yang baru aku beli. Aku melihat satu iklan yang mempromosikan satu tempat percutian. Aku membaca, sebuah kampung bernama SunHwa, merupakan sebuah perkampungan yang terpencil. Ia juga terkenal dengan persekitaran yang indah dan sumpahan separa kucing. “hmm? Sumpahan separa kucing? Hahaha! Mana ada sumpahan separa kucing dekat dunia ni~ kolot betullah!!”aku hanya tertawa sahaja saat membaca tentang kampung SunHwa. Aku sememangnya tidak mempercayai benda seperti sumpahan, hantu, monster, ahli sihir ataupun pari-pari!! Mereka tak wujud! Ia sekadar mitos atau lagenda yang dibuat-buat oleh orang zaman dulu. Aku tak percaya, kalau ia berlaku didepan mata aku, baru aku percaya sepenuh hati. “nanti kejap! Buat apa aku nak baca? Kalau macam nilah selama 2 minggu cuti sekolah? Mesti aku bosan gile!!!”rungut aku. Aku ingin menyelak muka surat sebelah, tapi aku mendapat satu idea yang bernas. “kampung SunHwa....aku patut pergi bercuti dekat sana..”fikirku.

Keesokkannya, aku sudah menyiapkan beg baju untuk dipakai sepanjang aku bercuti di Kampung SunHwa. Aku menaiki bas untuk pergi kesana, ia mengambil 5 jam tiba disana. Inilah perjalanan yang panjang bagiku. Kelelahan membuatkan aku tertidur didalam bas.

“cik..? Kami dah sampai di Perkampungan SunHwa”seorang pakcik mengejutkan aku. “hmmmm? Dah sampai ke..? Ngantuknya~”aku menguap. Aku bangun dari tempat duduk bas kemudian pergi mengambil beg milikku. Aku berjalan keluar dari bas sambil melihat papan tanda yang tertulis, Kampung SunHwa. “akhirnya aku sampai juga! Wooaahhh!! Cantiknya!!”aku menjerit kegembiraan. Indahnya! Aku tak pernah melihat permandangan sebegitu indah. Melihat daun gugur jatuh ke atas tanah, ditiup dengan angin sepoi. Udaranya sungguh segar, melihat penduduk kampung yang begitu mesra melayan aku termasuklah pelancong yang lain datang ke sini. “aku sememangnya datang kesini! Tak rugi lansung!!”bisikku. Seorang penduduk kampung mengajak ku tinggal di homestay, ia mengatakan homestaynya hanya ada 2 bilik, aku hanya menyetujuinya, lagi pun aku tak kisah sangat sebab aku seorang diri, aku tak nak berkonsi dengan orang lain.

Kini aku berada di homestay yang berdekatan dengan kolam air panas. Malam nanti aku nak pergi mandi dekat sana, mesti seronok! Tapi sekarang ni pukul 2.34petang, belum malam lagi, hmm..aku patut bersiar-siar diluar. Kemudian aku berjalan keluar dari homestay lalu mengunci pintu sebelum pergi dari situ.

Sepanjang hari aku bersiar-siar disana. Aku masih lagi terpegun dengan keindahan yang ada di Kampung SunHwa. Hampir 4 jam lebih aku berjalan-jalan di sini. Ada banyak tempat lagi aku ingin kunjungi tapi hari semakin gelap. Aku perlu balik ke homestay sebelum malam. Ketika aku turun dari bukit Goong, aku terlihat sebuah pondok kecil dibawah pokok yang rendang. Melihat putik bunga bertebangan di sekeliling tempat. Aku berjalan sendiri tanpa aku sedar. “cantiknya~”kata ku. Aku ingin duduk di pondok tersebut tapi ia berhabuk. “Uhuk-uhuk! Berhabuknya!!”aku terbatuk saat membersihkan habuk di atasnya. Tanpa aku sedari aku terlihat batu yang kecil berada di tepi pokok yang rendang itu. “hmm? Batu apa tu?”automatik aku berjalan kerah batu tersebut. “apa benda ni? Kalau tengok betul-betul, bentuknya macam kucing! Comel pulak aku tengok..”fikirku. “tapi...kenapa pula ada kertas buruk dekat belakang patung ni? Nampak tak comellah!! lebih baik aku tanggal kertas ni! Tak de fungsi lansung, kesian patung ni..”fikirku lagi. Aku pun menannggalkan kertas itu daripada patung kucing tersebut. “poof!”asap putih tiba-tiba keluar dari patung tersebut. “waahh!”aku menjerit. Aku segera melepaskan patung kucing itu. Aku ingin melarikan diri tapi aku terjatuh ke tanah pula.

Semakin lama asap semakin menebal. Aku tak dapat melihat apa-apa disekelilingku. Tidak lama kemudian, ada satu bayangan orang, aku tak pasti. Apa yang aku nampak, bayangan tu ada 2 benda tercacak atas kepalanya, macam teling kucing je. “kau ok??”tanya bayangan itu. Suaranya seakan-akan lelaki. “siapa kau?”tanya ku. “aku..aku Luhan..selamat berkenalan~”jawab lelaki itu. Asap mula hilang. Aku telah dapat melihat persekitaran ku dan apa yang aku nampak dihadapan ku, seorang lelaki bertelinga kucing dan mempunyai ekor di punggungnya. “k-kau ni..patung batu tadi ke?”menggigil aku bertanya. “ya..aku separuh kucing! Cuba tengok ni! Aku ada telinga dan ekor kucing!!! Nak sentuh ekor aku?”tanya Luhan. “s-separuh kucing?? Sentuh ekor kau?? Uuwwuaaahhh!!!ja-jangan kau dekati aku!! ”aku menjerit. Aku segera bangun dari atas tanah dan berlari dengan pantas, meninggalkan Luhan disitu.

Jadi..lagenda tentang separa kucing tu betul! Habislah aku!! Pasti dia nak makan aku sebab kelaparan. Aku patut cari bantuan!! Sesiapa tolong aku. Aku berlari sehinggalah aku terjatuh semula ke atas tanah sebab terpijak lopak air. “ergghh...sakitnya..”rungut ku sekali lagi. Kedua-dua belah lutut ku terluka, aku tak dapat nak bangun semula. Macam mana ni??tak lama lagi monster tu nak makan aku. Cepatlah!! Aku patut bangun sekarang. “hey!!!! Kau disana rupanya!!”Luhan menjerit, berlari ke arah aku. “takk!!! Jangan dekati aku!!”aku menjerit. Luhan terberhenti. Dia melihat aku dalam ketakutan. “jangan dekat!! Jangan makan aku!!”jeritku. “makan kau?”hairan Luhan. “kau! Kau makhluk yang makan orang!! Jangan dekati aku!!”jerit ku lagi. Luhan terdiam. Dia pun berjalan mendekati aku. Aku pun berkali-kali memberi arahan kepadanya. Luhan berada tepat dihadapan aku. “a-apa kau nak b-buat..?”aku mula menggigil ketakutan. “siapa kata....aku makan orang??”tiba-tiba suara Luhan menjadi keras, dia merenung ku. “hu-huh?”aku tak terkata apa-apa. “aku tak makan oranglah! Daging manusia tak sedap pun! Hanya rasa kejahatan diri terpahat didalam hati mereka..”ucap Luhan. Dia terus meletakkan kedua-dua tangannya di lutut aku yang luka dengan perlahan. Satu cahaya kecil keluar dari tapak tangan Luhan kemudian ia meresap kedalam luka di lutut aku. Aku rasa sedikit sejuk. “apa yang kau buat?” tanya ku. “rawat kau..sekarang ni lutut kau dah ok! Cuba kau bangun!”Luhan tersenyum manis. Aku tertunduk malu. Aku dah banyak cakap buruk dekat dia tapi dia masih nak berbaik dengan aku dan dia pun rawat luka aku. Aku patut minta maaf dekat dia. “nama kau luhan kan? A-aku minta maaf..”luah ku padanya. “aku tak apa-apa...”Luhan hanya memberikan aku senyuman yang tak pernah aku lihat sebelum ni.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
melryn05
chapter 7 update!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: apa yg terjadi. tidak!!!!!!!!!!!!!!! -_-!
pikahbajet #2
Chapter 3: lawak.......lawak......... lawak........
lugege_
#3
Chapter 6: 283847473 abad tunggu update xD haahahha. Lain kali update arr pnjang sikit T.T
lugege_
#4
Chapter 5: Siapa 'lelaki tu? Kris? Chanyeol? Sehun? Kai?
Melting_95 #5
Chapter 4: Sape 'bayangan' tu? o.O Anyway, please updte ;3
omega_ #6
Chapter 4: Caringnya luhannnnnn. Update soon (;
GdsGIRLZ
#7
Chapter 3: Best la cerita awak.... Ada jalan cerita yang sangat teratur. Bila awk nk sambung ?
lugege_
#8
Chapter 3: Knp lah luhan tersgtlah comel T.T hahaha. Update soon
Melting_95 #9
Chapter 2: Mesti Luhan comels sgt xD Update soon. Please.
lugege_
#10
Chapter 2: UPDATE SOON BAEEEEEEEEEEEE