Kisah hidup Mark

Chibi Jun-Chan!

 

Untuk chapter ini, mari kita lihat dan hayati kisah Mark Tuan walaupun dia hanyalah watak sampingan. Watak sampingan juga perlu dihargai lalu saya pun menghargai dia dengan membuat satu chapter bagi setiap watak di dalam kisah dongeng ini. Yelah, nanti dia nangis siapa yang susah? xD

 

 

Pada tahun XOXO, lahirlah seorang bayi sebesar bantal busuk Jun yang diberi nama Mark Tuan. Hidupnya sama seperti kanak-kanak biasa, namun suatu hari, dia terjumpa sebuah telefon bimbit jenama Nokia 3310 iaitu telefon paling legend di dunia. Habis semua punat ditekan tetapi telefon tersebut tetap tabah menghadapi Mark yang berperangai seperti Hulk. Sehinggalah, dia terjumpa satu game ular. Dan dari situlah dia ketagih kepada game.

 

 

Bermula dari sekolah rendah, dia sudah mula bermain game Winx Club yang penuh dengan cabaran. Lebih mengejutkan lagi jantung para pemain game itu, Mark berjaya mengharungi perjalanan pari-pari yang gedik-gedik (saya akui, game tu memang susah gila nak mati). Dia mula rasa hebat dan mula bermain game yang penuh kelelakian seperti Naruto, Dragon Ball dan Dota.

 

 

Tetapi, semakin meningkat dewasa, dia juga mula berjinak-jinak dengan media sosial. Disebabkan dia hensem dan berkarisma, dia menjadi budak panas di Facebook dan Twitter. Fangirlnya semakin hari semakin bertambah.

 

 

Dan suatu hari, Mark bertemu dengan Suraya di bawah pokok pisang semasa sedang mencari tempat untuk berteduh. Mark dengan susah-payahnya mencabut daun pokok pisang dan memberikannya kepada Suraya sebagai ganti payung. Cinta diantara mereka pun mula berputik. *hujan juga turut tersenyum lol*

 

 

Sejak daripada kejadian itu, Mark dan Suraya sering bertembung. Akhirnya, mereka menjadi sepasang kekasih. Tak lupa juga, Jay menangis apabila mendapat tahu mereka berdua sedang bercintan-cintun dan ber-oppa-sayang.


Terima kasih kepada subscribers dan upvoters sekalian ^^ muah cikeddd. Ni nak tanya, fanfic ni patut dibuat untuk subscriber-only atau nak open untuk semua orang? 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
meeudon
Chapter 5 (hantu maggi) will be released tonight! Stay tuned!

Comments

You must be logged in to comment
starlight_miss
#1
Chapter 9: ujian dan exam? lol! XD
aquariusxpisces
#2
Chapter 6: HAHAhahaha XS
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Hahahahahh XD kelakar tahap gaban XD gila lah!!!
minlee123 #4
Chapter 8: Sampai sekarang x suka mkn sayur cuma mkn sayur kubis dgn carrot je
jiumin #5
Chapter 7: Lulz.. Teringt kecik2 dulu... Selalu sgt buat mcm tu..
minlee123 #6
Chapter 7: Gila punya org
jiumin #7
Chapter 6: Terserah lah kt awok nk subscriber-only ke ape ke.. Tpi subscriber-only pun bagus jgk! Dpt karma~~ lulz...
Apa2 pon update lah lagi~~ buat lah long chapter.. Huhu
UUUUUUUU #8
Chapter 6: hahaha
yang time racing titik air tu serius aktiviti saya dalam kereta daripada kecik sampai.... sekarang hahaha
author jjang!!
minlee123 #9
Chapter 5: jay dah tergila2 kat suraya tu ke mcm nama kawan sy je
minlee123 #10
Chapter 4: mark pun ade yeah tapi buat lah chapter dia sekali