Hantu maggi

Chibi Jun-Chan!

Jun menatap siling yang amat membosankan. Tiada apa-apa lagi yang dia boleh tatap melainkan siling. Siling hodoh. Apa salah siling. Sudah 30 minit dia tidak dapat melelapkan mata. Banyak kali dia cuba tapi tetap tak dapat. Dia mula terfikir, 'macam mana nak tidur eh?' dan dia rasa dia dah lupa cara untuk tidur. Lahai bengongnye budak ni.

 

 

Itulah bahananya tidur petang. Orang tengah sembahyang Asar dia tidur terkangkang, meleleh pulak tu air liur dia. Disebabkan cerita kartun Dora The Explore sangat bosan dan menyakitkan hati, mata Jun menjadi berat dan terus masuk ke alam mimpi. Jun rasa, Dora dan monyetnya yang bogel dan memakai boot memang bodoh. Suka tanya orang padahal dah tahu jawapan. Ha samalah tu dengan sepupu si Dora, Diego rambut durian.

 

 

Jun mengeluh panjang. Haih panjang benar ye Jun? Ala, besok kan hari Sabtu, toksah la susah hati. Dia memandang Jay yang sedang berdengkur, "Suraya....anak Cik Su.........takda rambut....." Jay mengigau sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

 

"Eeee, gila," ujar Jun keseorangan. Bulu romanya mula naik. 'Hyung punya pasal lah ni, Suraya Suraya, aku buang Suraya tu dekat zoo baru tau!' Bebel Jun dalam hati.

 

 

Tiba-tiba, hatinya terlintas untuk melihat pintu bilik yang terkuak. 

 

 

*gasp* 

 

 

*gasp*

 

 

*gasp*

 

 

Jun ternampak sekujur tubuh yang berambut maggi. Kembang-kempis dibuat hidungnya sebab terlampau terkejut. Takkan la....hantu! Uish, dah la rambut macam maggi, "aaa....aa...hyung! Hyung! Ada momok! A-aku takut!!" Bisik Jun. "Aahhh engkau tu, kecik kecik dah pandai mengarut..." Jawab Jay yang dalam keadaan mamai sebelum menyambung semula tidurnya.

 

 

"Tapi hyung- ish, sama je perangai macam bawang merah!" Bentak Jun lalu menarik rambut Jay. Namun apakan daya, Jay menarik semula rambut Jun dan menukar posisi tidurnya.

 

 

Jun kembali menjeling momok tersebut. Eh, baju tu macam kain lap yang Mommy Jin selalu pakai untuk lap punggung kucing peliharaan mereka, Lekor. Eee, kenapa dia pakai baju tu, takde style ke? Kritik Jun di dalam hati. Tiba-tiba beberapa rambut maggi momok itu ditampar angin. Rasa takut Jun kembali semula. Haa kau, padan muka.

 

 

Jun dah tak tahan.

 

 

Kuasa Super Saiyannya tidak sabar-sabat lagi untuk meletup.

 

 

Dan akhirnya, Jun berlari ke bilik ibu dan bapanya sekuat hati sambil membawa bantal busuknya.

 

 

Pada keesokan hatinya, Jun mengadukan kejadian tersebut kepada Jin. Sebenarnya, baju/kain lap itu disidai di ampaian yang Rapmon pasang dalam bilik yang berhadapan dengan bilik Jay dan Jun kelmarin. Dan sebatang mop disandarkan pada ampaian itu. Anda tak faham? Buat-buat faham je lah. xD

 


saya terhide chapter ni malam semalam xP

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
meeudon
Chapter 5 (hantu maggi) will be released tonight! Stay tuned!

Comments

You must be logged in to comment
starlight_miss
#1
Chapter 9: ujian dan exam? lol! XD
aquariusxpisces
#2
Chapter 6: HAHAhahaha XS
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Hahahahahh XD kelakar tahap gaban XD gila lah!!!
minlee123 #4
Chapter 8: Sampai sekarang x suka mkn sayur cuma mkn sayur kubis dgn carrot je
jiumin #5
Chapter 7: Lulz.. Teringt kecik2 dulu... Selalu sgt buat mcm tu..
minlee123 #6
Chapter 7: Gila punya org
jiumin #7
Chapter 6: Terserah lah kt awok nk subscriber-only ke ape ke.. Tpi subscriber-only pun bagus jgk! Dpt karma~~ lulz...
Apa2 pon update lah lagi~~ buat lah long chapter.. Huhu
UUUUUUUU #8
Chapter 6: hahaha
yang time racing titik air tu serius aktiviti saya dalam kereta daripada kecik sampai.... sekarang hahaha
author jjang!!
minlee123 #9
Chapter 5: jay dah tergila2 kat suraya tu ke mcm nama kawan sy je
minlee123 #10
Chapter 4: mark pun ade yeah tapi buat lah chapter dia sekali