Peti ais

Chibi Jun-Chan!

"Junnnn ohhh Junnnn!"

 

"Junnie!!" Pekik Jin yang sedang memberi menyapu halaman rumah.

 

"Apa jerit-jerit, orang ada dekat sebelah je pun!" Jun mennjeling Jin sambil membelai Momot dengan kasar.

 

"Laaa ingatkan dia tengah layan Dora." Jin memandang Jun sekilas lalu menyambung kembali aktivitinya.

 

"Eee kartun tu tak best! Tanya orang je kerja Dora tu, tak pandai buat sendiri!" 

 

"Haa iyelah, kalau bosan kau hadap jugak muka si Dora tu," Jun mencebik mendengar jawapan ibunya. Macam tau-tau je Jin ni. "Ni, mommy nak mintak tolong sikit. Boleh tak?"

 

"Iyee, boleh je. Tapi-"

 

"Takde main upah-upah macam dalam iklan tu." Potong Jin.

 

"Tak, nanti tolong cakap dekat Tae yang besok jangan lupa battle kita." Jun menarik ekor Momot yang kelihatan mahu melepaskan dirinya. Kesian kau kucing dapat tuan macam ni.

 

"Ok- eh? Kau jangan cekik anak orang, kecik-kecik dah pandai battle battle, cukuplah kau tengok WWE dekat tv tu Jun oi." 

 

"Bukan gusti, kami genglah! Besok nak lawan kumbang siapa paling kuat. Mommy doa-doa Jun menang ye? Hekhekhek.."

 

"Iyelah Jun. Tolong keluarkan telur dengan sayur sawi dari dalam peti ais, mommy nak pergi rumah Cik Ji sekejap, nak ambil bedak sejuk." Pinta Jin sebelum menyandarkan penyapu yang digunanya tadi ke dinding lalu melangkah keluar dari kawasan rumahnya.

 

"Tak boleh ke tak nak, ishh."

 

"Tak!!!" Jerit Jin dari jauh.

 

................... Jun masuk ke dalam rumah dengan senyap. Semua yang dia lakukan semua ibunya tahu, kecuali kes anak ayam tu. Mommy ni ada berapa mata eh?

 

Lol

 

Jun meluru ke arah peti ais yang berada di dapur. Peti ais keluarga Kim dihiasi dengan pelbagai sticker hasil kutipan dari Jun dan Jay melalui keropok 20 sen yang selalu mereka beli. Peti ais dibuka luas oleh Jun, berpusing-pusing otaknya mencari sayur sawi. Hanya telur dan makanan yang sedap ajalah yang dia kenal. 

 

"Mana sayur sawi?" Soalnya sendiri.

 

Terdapat banyak sayur-sayuran yang diletakkan dalam satu bekas besar. Jun dengan senang hatinya mengambil bekas tersebut dan mengeluarkannya disebabkan dia tidak tahu apa itu sawi dan bagaimana rupa sawi. Kemudian, perlahan-lahan dia menutup peti ais itu dan, disini lah benda tu jadi xD

 

Peti ais tersebut tertutup sepenuhnya. Jun tergerak hati mahu melihat peti ais tanpa lampu di dalamnya. Yes, itu adalah antara 1000001 matlamat hidupnya yang belum tercapai. Dia membuka kembali peti ais itu dan menutupnya perlahan-lahan tetapi tak jugak dapat-dapat. 

 

Buka tutup buka tutup buka tutup buka tutup.

 

Berkat kesabarannya yang jarang-jarang ditonjolkan itu, Jun akhirnya dapat melihat perut peti ais tanpa lampu. xD

 

Itu juga antara matlamat hidup saya yang sudah tercapai. xD

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
meeudon
Chapter 5 (hantu maggi) will be released tonight! Stay tuned!

Comments

You must be logged in to comment
starlight_miss
#1
Chapter 9: ujian dan exam? lol! XD
aquariusxpisces
#2
Chapter 6: HAHAhahaha XS
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Hahahahahh XD kelakar tahap gaban XD gila lah!!!
minlee123 #4
Chapter 8: Sampai sekarang x suka mkn sayur cuma mkn sayur kubis dgn carrot je
jiumin #5
Chapter 7: Lulz.. Teringt kecik2 dulu... Selalu sgt buat mcm tu..
minlee123 #6
Chapter 7: Gila punya org
jiumin #7
Chapter 6: Terserah lah kt awok nk subscriber-only ke ape ke.. Tpi subscriber-only pun bagus jgk! Dpt karma~~ lulz...
Apa2 pon update lah lagi~~ buat lah long chapter.. Huhu
UUUUUUUU #8
Chapter 6: hahaha
yang time racing titik air tu serius aktiviti saya dalam kereta daripada kecik sampai.... sekarang hahaha
author jjang!!
minlee123 #9
Chapter 5: jay dah tergila2 kat suraya tu ke mcm nama kawan sy je
minlee123 #10
Chapter 4: mark pun ade yeah tapi buat lah chapter dia sekali