002

Kingka itu Suami aku?![HIATUS]

Aku mencari pejabat di dalam sekolah ini. Namun, aku tidak jumpa. besar sungguh sekolah ni. Aduh! macam macam mana aku nak cari ni. Aku menoleh kiri dan kanan. aku terlihat seorang pelajar lelaki yang datang menghampiri aku. Ada peluang untuk bertanya. Bak kata pepatah 'malu bertanya sesat jalan' memang aku tengah sesat nih.

"Annyeonghaseyo, nama saya Kim Yunji. saya pelajar baru disini. Hmm, boleh saya tanya." aku memperkenalkan diri aku. Arghh handsomenya dia ni. 

"Oh budak baru ye.." kata lelaki itu. "Aik? bukankah aku sudah bagitahu?" rungut aku dalam hati.. Tapi aku hanya menggangguk.

Dia terus mengerutkan mukanya. "Hah! Kenapa dia kerut muka dia pula? Muka aku ada apa-apa ke?" soalan itu aku hanya ajukan di dalam hati.

Tangannya diangkat dan jari menunjukkan sebuah papan tanda 'PEJABAT' yang lebih kurang jaraknya 5 meter dari kami. 

Malunya aku! aku melihat mukanya yang sedang menahan gelak. 'Amboi, bila nak meletus?' getus hati aku. Hanya sebuah senyuman aku tayangkan kepadanya.

"Oh, kalau ya pun tengok guna mata bukan guna lutut. Oh memandangkan awak budak baru baik saya temankan awak. Takut nanti awak tersesat pula." Eh! mamat ni perli aku ke apa? mentang-mentang aku tak perasa yang 'PEJABAT' tu betul-betul depan aku. Aku mengganggukkan kepala.

"Oh sebelum tu, nama awak tadi Kim Yunji kan?" lelaki itu bertanya.

"A'ah tadi nama saya Kim Yunji. Lepas ni saya tukar nama lain pula." aku sengaja ingin bergurau. Lelaki itu sedaya upaya menahan gelaknya. Tapi bila dilihat wajahnya, dia sangat comel.. mukanya persis seperti rakan rapat aku ketika aku berusia 7 tahun. Seingat-ingat aku nama budak itu ialah Soo.

"Oh, By the way nama saya Do Kyungsoo. Pelajar dekat sini panggil saya D.O. Oh, boleh saya tanya satu soalan?" D.O bertanya kepada aku. Apabila kami berdua sudah berdiri di depan pejabat.

"Tanyalah. Banyak-banyak pun tak apa." aku memberikan senyuman manis. 

"Dulu awak sekolah mana? Kenapa awak pindah?" Oh, itu soalan dia. 

"Dulu saya sekolah di Kirin Art School tapi saya pindah sebab ada sesuatu yang teruk yang berlaku ke atas diri saya." aku menjawab soalan D.O itu. Memang sesuatu yang teruk itu yang membuatkan omma dan appa memindahkan aku ke sekolah baru. kata mereka 'kami tidak mahu kamu sakit lagi.' 

"Kirin Art School? Eh, sekolah tu bagus kut. Sesuatu yang teruk? Maaf, saya takkan tanya. hehehe." Senyumannya membuat aku cair. oppss Yunji, please jangan jatuh cinta. D.O tiba-tiba menghulurkan tangannya kearah aku.

"Kawan?" katanya.

Aku apalagi laju sahaja tangan aku menyambut tangannya itu. "Kawan."

"Oklah, Yunji jumpa nanti. Saya ada hal. Annyeong.." katanya sebelum berlalu pergi. Sempat lagi dia melambai tangannya ke arah aku. Aku hanya membalas lambaian tersebut sebelum masuk ke dalam pejabat.

D.O Pov

Seperti rutin selalu, aku biasa datang awal. Seronok sebenarnya datang awal ke sekolah, bolehlah aku menikmati udara segar bugar yang tiada di pasar. Amboi ayat aku tu! Sebenarnya aku sedang sibuk menenangkan fikiran sebelum bersama group kesayangan aku iaitu EXO. Almaklumlah diaorang ini kaki buli, aku cuma tak berapa suka membuli. Sudah berapa kali hingga tidak cukup jari untuk dikira aku menasihati agar tidak membuli orang. Tapi! mereka degil! Geram aku dibuatnya!

Sedang aku sibuk menghirup udara yang segar ini, aku terlihat seorang budak eh bukan budak tapi pelajar yang menoleh kiri dan kanan. Macam budak baru saja. Aku mempercepatkan langkah aku dan menghampiri pelajar baru itu. 

Oh, Nama dia Kim Yunji, Kim Yunji? Macam kenal? Entahlah dalam dunia ramai Yunji. Dia pusing-pusing sebab nak cari pejabat dekat mana. Aku apalagi rasa nak gelak je. Tapi aku try control macho. Saja aku mengangkat tangan dan jari aku menunjuk sebuah papan tanda berwarna biru gelap. Apalah dia ni, pagi-pagi lagi sudah menunjukkan perangai comel.

Oh, rupa-rupanya dia dari sekolah Kirin Art School. Satu-satunya sekolah yang melakukan Audition. Memang aku pernah cuba pergi tapi aku tak berjaya, tapi nasib baik SME High School terima aku. 

Pandang je muka dia aku boleh tercair. Eh, D.O. jangan jatuh cinta. Aku menghulurkan tangan aku, aku rasa dia ni boleh dibuat kawan. Baik dan juga comel orangnya. Fuhh!! jadi dia bersetuju untuk berkawan dengan aku, heheh nasib baik. Sebelum aku pergi, aku sempat melambaikan tangan aku kearahnya. Sebelum pergi ke kantin di mana EXO sudah berjanji untuk berjumpa dan sebenarnya aku sudah terlambat. Habis aku, diaorang mana suka dengan orang yang tidak menepati masa ni. Aishh cepat fikir alasan apa yang sesuai? 

^_^

Author Note

Hi readers.. macam mana dengan Fic saya setakat ni? sebenarnya saya ada masukkan cerita ni dekat AFF tapi saya ubah sikit jalan cerita ni. kira updatelah tu. hehehehe. Jadi Komen juseyo~ 

-NurSuha0607-

-Babydyo-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Min_Arisu
20 streak #1
Hello, sorry for the random comment. But, it's supposed to be spelled as 'HIATUS', not 'HAITUS'. :)
MizzMimpi
#2
Chapter 6: chapter 6 : katak mati...eee gelinya.. btw update soon ok.
MizzMimpi
#3
deabakk... (^_^)
pikahbajet #4
Chapter 6: sweetnyaaaaaaa...........update soon......
LuckyLovely #5
Authornim update soon. Love this story so much♡♡♡♡♡
AiSyah98
#6
hmm,tajuk fanfic awak ni same dengan fanfic saya
sehunloversuho #7
Chapter 5: Chapter5:Prasannye Suho ny..Hahaha.Btw,BaekYeol ny jht la.Xsngka kaki buli cm Suho pon pemalu..'Cute is not my style,she is my style'ayt Kris xbley blah langsung..hahax
amani123
#8
author tu lah saya rasa pelik baca cerita author rupanya author dah ubah dulu saya ada baca cerita ni last saya ingat yujin tu tumbuk chanyeol heehheheehehehe