Became Human

We are invisible

“ah??! Apa d-dah b-berlaku ni??”Hong ki melihat dirinya yang begitu gemuk lalu dia memegang perutnya yang buncit.

“a-aku pun t-tak tahu, err..Hong ki hyung.. kelihatan gemuk...pffft!!”Seunghyun menahan ketawanya sambil melihat badannya yang berotot. “tengok ni...aku ada otot! Panggil aku abang sado~”

“Seunghyun!!!!”marah Hongki yang masih lagi berada didalam badan lelaki yang gemuk itu.

“abang sado?? A-apa tu??” tanya Min hwan yang tidak memahami perkataan ‘sado’.

“err....lebih dikatakan orang yang banyak ototnya....”Jae jin menjelaskannya pada Min hwan.

“ohh~”Min hwan hanya mengangguk-ngangguk kepalanya dan dia kelihatan comel ketika berada dalam badan seorang budak perempuan itu.

“sudah-sudah!! Cuba korang semua tengok aku~”Jong hoon yang berada dalam badan perempuan menunjukkan gaya perempuan yang seksi.

“waahh!!!! Jong hoon hyung nampak macam perempuan yang menakutkan!!!”Min hwan yang berada dalam badan budak perempuan itu takut melihat Jong hoon terus berlari ke belakang Jae jin.

“Jae jin..botak~”ejek Hong ki.

“diamlah!!! Kau apa kurangnya!! Gemuk!!”ejek Jae jin semula.

“dah diam semua!!! Bila lif ni terbuka, kita semua keluar dari badan yang kita rasuk ni!! Faham!!”Min hwan akhirnya berkata dengan tegas pada hyungnya.

“err...ye~”empat orang hyung yang kebudak-budakkan hanya menganggukkan kepala mereka sahaja apabila mendengar arahan dari maknae yang lebih muda dari mereka.

Saat lif terbuka, mereka cepat-cepat keluar dari badan orang-orang yang berada didalam lif tersebut. Orang yang berada dalam lif tersebut seperti terpinga-pinga apabila keluar dari lif. Mereka tidak tahu apa yang berlaku sepanjang berada didalam lif tersebut, seperti ada seseorang yang merasuk badan mereka sebentar tadi. Manakala member FT yang lain hanya ketawa di tepi pintu lif apabila melihat gelagat orang-orang yang ada didalam lif tersebut.

“hmm...korang semua dengar apa yang aku dengar??”tanya Jong hoon.

“ahh!! Aku dengar!! Ada ramai orang menjerit di hadapan hospital!”jawab Hong ki dengan jelas.

“Jom pergi tengok!!”Jae jin terus pergi ke arah suara yang menjerit itu.

Member yang lain turut mengikuti Jae jin ke arah suara itu. Saat mereka sampai di tempat itu, mereka terkejut apabila melihat ramai Primadonna (nama fans ft island) berdiri di hadapan hospital dan memanggil nama mereka sambil membawa sepanduk yang bertulis ‘cepat sembuh’.

“h-hyung...primadonna..panggil nama kita..”Min hwan terkedu apabila melihat perkara seperti ini terjadi.

“primadonna suruh kita semua c-cepat sembuh..hyung, macam mana ni??”tanya Seunghyun dengan sedih pada leader Ft island, Jong hoon.

Jong hoon tidak mengatakan sesuatu, mereka berlima terus terdiam, tidak berkata apa-apa antara satu sama lain. Melihat primadonna yang berusaha memberi semangat pada mereka untuk cepat sembuh dan cepat sedar dari mimpi indah mereka. Apa patut mereka buat??

“sekarang ni, kita semua perlu bangun!!”kata Jong hoon dengan semangat lalu memandang member yang lain.

“ya!!!”member yang lain turut bersetuju.

“jom kita pergi!!!”kata Hong ki yang membuatkan member lain menjadi lebih bersemangat.

Bilik ICU

Tiba di bilik tersebut, mereka tak tahu macam mana nak buat diri mereka sedar semula. Mereka berfikir panjang cara untuk sedarkan diri.

“hmm....nak buat apa??”tanya Hong ki pada Jae jin.

“ehh?!! Asal kau tanya aku? Kau kan hyung paling tua kat FTIsland!!”kata Jae jin semula.

“apa salahnya aku tanya??!!”marah Hong ki pada Jae jin semula.

“jangan nak bergaduh lagi!! Kita fikir sama-sama!”ucap Jong hoon selaku leader yang bertanggungjawab untuk menjaga kesemua member FT yang lain.

Semasa berfikir, Min hwan mendapat idea tentang cara untuk membuatkan diri mereka sedar semula. Semua member FT menumpukan perhatian terhadap Min hawan, si maknae. Dia memberitahu bahawa ketika mereka berada didalam lif, mereka berlima telah termasuk ke dalam badan orang lain, jadi Min hwan mencadangkan mungkin mereka semua cuba melakukan perkara yang sama seperti berada didalam lif, mana tahu kalau pendapat Min hwan ini berhasil.

“betul juga kata Min hwan, jom kita cuba dulu...”kata Seunghyun lalu berjalan ke arah katil di mana badannya terbaring di atasnya.

Mereka semua berdiri di tepi katil masing-masing dimana badan mereka terbaring. Lalu mereka menaiki di atas katil dan cuba memasuki badan mereka masing-masing. Akhirnya, berhasil. Beberapa minit kemudian..

“waaahhhh!!!!!”Jae jin menjerit di katilnya, kini dia betul-betul berada di dalam badannya.

Member yang lain juga turut menjerit saat mereka baru sedar dari koma. Jururawat yang terdengar jeritan kelima-lima member FT, diaterus bergegas ke bilik mereka dan mendapati bahawa mereka telah sedar dari koma.

“doktor!!! Mereka semua dah sedar!!!”jerit jururawat kegirangan.

Selepas mereka sedar dari koma, mereka terus dipindahkan ke wad biasa. Kecederaan mereka semakin pulih, tetapi ia mengambil masa 2 bulan untuk sembuh kecederaan tersebut. Ramai sahabat dan keluarga mereka datang melawat mereka. Mereka teramat gembira kerana ramai orang tidak lagi merisaukan keadaan mereka sekarang. Saat dimana waktu melawat telah habis, hanya tinggal mereka berlima yang berada di wad tersebut.

“hyung...err...masa aku koma, aku terminpi kita semua jadi h-hantu...”ucap Min hwan dengan malu.

“ehh?! Aku pun mimpi kita semua jadi hantu jugak!!”kata Jae jin yang merasakan seperti tidak kena.

“pelik...aku pun mimpi yang sama...”fikir Jong hoon kebingungan.

“a-aku pun sama...”kata Seunghyun sambil menggaru kepalanya sendiri.

“aku pun mimpi yang sama macam korang semua, hmm...kalau difikirkan balik..memang kita semua mimpi jadi hantu...maksudnya..”Hong ki memandang kesemua member FTISLAND.

“kita semua jadi hantu sepanjang kita berada dalam keadaan koma...”ucap Seung hyun dengan tepat.

Mereka semua terdiam sambil memandang antara satu sama lain lalu ketawa terbahak-bahak kerana mereka fikir tak mungkin mereka menjadi hantu semasa mereka koma dan mereka fikir mimpi yang sama mungkin terjadi secara kebetulan.

Saat mereka berbual topik perbualan yang lain, Min hwan ingin mengambil telefonnya di atas meja lalu dia cuba mengambilnya tetapi tak dapat.

Min hwan berkata dalam hati. “kalaulah aku boleh ambil telefon aku tu seperti dalam mimpi aku ketika aku koma, dimana aku boleh buat botol pil tu melayang ke udara...” Min hwan sengaja membuat jarinya berpusing-pusing ke arah telefon bimbitnya. “ itu tak mungkin terjadi!” dia merungut seorang diri.

Tiba-tiba telefon bimbit Min hwan melayang, Min hwan terkejut lalu telefonnya terjatuh semula ke atas meja.

“Hyung! Hyung! Hyung! Hyung! Nampak tak tadi??”kata Min hwan dengan teruja saat menunjukkan telefon bimbitnya di atas meja, tidak bergerak.

“apa yang kau merepek ni, Min hwan??”tanya Jong hoon dengan hairan.

“t-tadi telefon bimbit aku melayang!!!”Min hwan berkata dengan jujur.

“haish!! Kau ni kuat imaginasi kot!!”Jae jin terus memberikan Min hwan pil tidur kerana dia fikir Min hwan mungkin tidak cukup tidur.

“t-tapi hyung!!”Min hwan ingin berkata tetapi Seunghyun terus memberikan air putih kepada Min hwan.

“ambil ubat tu dan minum!! Lepas tu pergi tidur sebab esok kita semua akan diperiksa oleh doktor lagi...”ujar Seung hyun pada Min hwan.

“ggrrr.....!!! yelah!!!”Min hwan agak kecewa dengan hyungnya kerana tidak mempercayainya.

Min hwan mengambil pil tidurnya tersebut lalu meminum air putih tersebut kemudian dia terus berbaring di atas katilnya. Hong ki datang menghampiri Min hwan yang berpura-pura tidur. Dia tersenyum melihat Min hwan yang sedang berpura-pura tidur.

Lalu Hong ki terus membisikkan sesuatu di telinga Min hwan. “ tadi hyung pun nampak telefon Min hwan melayang ke udara..hyung percaya pada Min hwan...”

Hong ki terus pergi meninggalkan Min hwan yang masih lagi berpura-pura tidur di atas katil. Tidak berapa lama kemudian, Min hwan membuka matanya dan tersenyum seorang diri kerana Hong ki hyung mempercayainya. Rasa mengantuk akhirnya telah menguasai diri Min hwan lalu akhirnya dia dapat melelapkan matanya dengan tenang.


A/N: yeay! akhirnya cerita ini dah sampai ke penghujungnya....!! Harap korang semua enjoy cerita saya!! Terima kasih atas sokongan anda! ^_^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Daebak! Srsly daebak!
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: Ahahahah xD daebak!!
JiiHan #3
Chapter 2: saya suka watak Min hwan dalam cerita ni XD
Daebak!!!! ^_^
kai_cutie99 #4
Chapter 2: Serius best cita nie...daebak!!
exo_baekhyun99 #5
Chapter 1: Daebak..!!..keep update..!
JiiHan #6
update soon!!!