We are invisible

Description

5 orang sahabat baik bercadang untuk pergi bercuti ke sebuah tempat percutian yang indah tetapi malangnya, mereka terjebak dalam kemalangan kereta. Oleh kerana mereka mengalami kecederaan yang teruk, mereka telah dimasukkan ke wad ICU kerana mereka berada dalam keadaan koma. Walaupun mereka dalam keadaan koma, bagaimana roh mereka berkeliaran dimerata-rata tempat? Roh...lebih dikatakan hantu?

Foreword

Sebuah kereta berwarna biru gelap sedang menuju ke sebuah tempat percutian yang amat menyeronokkan iaitu Busan. Jong hoon sedang memandu kereta manakala member yang lain sedang menyanyi lagu I Wish.

“Baby neoramyeon jokesso geureomyeon jokesso love me love me oh~ neol saranghae!!” mereka menyanyi dengan gembira dan mood yang happy.

“wahahaha!! Hong ki hyung!! Jom nyanyi lagu Let it go?!”maknae member FTISLAND bertanya, Min hwan.

“ok! ok! Jom kita nyanyi lagi!!!”Hong ki pun mula menjerit keseronokan.

Mereka pun bernyanyi sama-sama, ketawa dan melompat-lompat didalam kereta sehingga kereta bergerak secara terhuyung hayang. Lalu mereka mendengar persembahan lawak dari Seunghyun. Lawaknya memang menjadi, membernya yang lain ketawa terbahak-bahak apabila mendengarnya.

“pffftt! Pffftt! Bwahahahaha!!” Jong hoon ketawa terbahak-bahak apabila mendengar lawak Seung hyun sambil memandu kereta.

Lalu mereka berlima terus sambung bernyanyi tanpa mengenal erti penat. Semasa memandu, Jong hoon melihat ada sesuatu tidak kena di jalan kerana terdapat sebuah lori bergerak ke kiri lalu ke kanan, dia mula menekan hon kereta beberapa kali pada pemandu lori itu.

“Tin!! Tin!! Tin!!” bunyi hon kereta Jong hoon.

Member yang lain terberhenti menyanyi apabila terdengar Jong hoon menekan hon kereta beberapa kali lalu melihat dicermin kereta dihadapan.

“J-Jong hoon....l-lori..lori tu..”muka Hong ki mula pucat saat mendengar Jong hoon menekan hon kereta beberapa kali.

“hyung!!! Tekan brekk!!!”jerit Jae jin sambil menunding jarinya ke arah lori yang hampir melanggar kereta mereka.

Jong hoon menekan brek secara tiba-tiba tetapi malangnya nasib tidak menyebelahi mereka.

“aaahhhhhhh!!!!!” mereka berlima menjerit dengan kuat.

“boooommhh!!!”bunyi berlanggarnya sebuah kereta dengan sebuah lori.


 

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Daebak! Srsly daebak!
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: Ahahahah xD daebak!!
JiiHan #3
Chapter 2: saya suka watak Min hwan dalam cerita ni XD
Daebak!!!! ^_^
kai_cutie99 #4
Chapter 2: Serius best cita nie...daebak!!
exo_baekhyun99 #5
Chapter 1: Daebak..!!..keep update..!
JiiHan #6
update soon!!!