Became Ghost

We are invisible

Darah membasahi jalan, keadaan kereta mereka terbalik dan badan mereka semua berada diluar kereta. Kesemua member FTISLAND tidak sedarkan diri. 25 minit kemudian, terdapat bunyi ambulan.

Mereka berlima segera dihantar ke Hospital besar Seoul dalam masa 15 minit dari tempat kejadian. Badan mereka mengalami patah tulang, banyak luka-luka yang kecil begitu juga dengan luka-luka yang besar dan mereka kehilangan banyak darah. Setiba di Hospital besar Seoul, mereka berlima segera dihantar ke wad kecemasan. Keadaan di dalam bilik kecemasan semakin kelam kabut kerana terdapat lima orang pesakit yang perlu menerima rawatan dan menjalani pembedahan dengan segera. Selama 7 jam, mereka berlima berada didalam bilik kecemasan dan setelah semua pembedahan dan rawatan yang mereka terima, mereka terus di hantar ke bilik ICU.

Di bilik ICU

Terbaringnya 5 member FTISLAND di atas katil yang dipenuhi mesin, mereka memakai alat pernafasan kerana mereka tidak boleh bernafas dengan sendirinya. Hanya 40% sahaja harapan mereka untuk sedarkan diri, tetapi adakah mereka boleh tersedar dari mimpi indah yang membolehkan membawa maut untuk diri mereka sendiri, kalau tidak sedar dari mimpi itu, mungkin selamanya mereka akan terperangkap dalam mimpi indah.

Tiba-tiba mata Seunghyun terbuka dengan perlahan-lahan, dia cuba meregangkan badannya sebelum turun dari katil. Kemudian dia terlihat wajah Jong hoon dan Min hwan dengan pucat sekali. Mereka bersandar di dinding.

“Jong hoon hyung? Kenapa?” tanya Seunghyun

“..........”Jong hoon membatukan mulutnya.

“Min hwan? K-kenapa??” tanya Seunghyun lagi.

Min hwan menuding jarinya ke arah katil dimana Seung hyun baru sahaja turun sebentar tadi. Seunghyun menoleh kebelakangnya dan kaku sebentar. Dia melihat ‘tubuhnya’ terbaring di atas katil, lansung tidak bergerak.

“a-apa?!!” wajah Seunghyun berubah.

“ya....kita bertiga dah jadi roh...lebih tepat lagi, jadi Hantu..”ucap Jong hoon dengan serius.

“macam mana Hong ki hyung dan Jae jin hyung??” tanya Min hwan sambil mencangkung didepan katil dimana badan sebenarnya sedang terbaring diatas katil.

“e-entah....”fikir Jong hoon.

Tidak tahu macam mana, Hong ki dan Jaejin tiba-tiba melintasi dinding, dimana Min hwan sedang mencangkung badannya.

“waahhh!!!! Hantu!!!!” jerit Min hwan kerana terkejut.

“w-woooaahh!!!” Jae jin dan Hong ki yang turut terperanjat dengan jeritan Minhwan.

“hyung!!!!!!” Seunghyun memeluk Jae jin dan Hong ki

“ehh?!! Korang bertiga pun jadinya...er..err..h-hantu??” Jae jin pun terkejut melihat mereka pun turut menjadi hantu.

Jong hoon, Min hwan dan Seunghyun mengangguk kepala mereka.

“t-tadi korang berdua pergi mana??” tanya Jong hoon

“jalan-jalan dalam hospital~ lepas tu kitaorang pergi buat kacau dekat tandas lelaki...” jawab Hong ki sambil lewa.

“dekat tandas?? Buat apa??”tanya Seunghyun dengan teruja.

Hong ki dan Jae jin memandang antara satu sama lain. Mereka berdua tersenyum jahat.

“h-hyung....” Min hwan takut melihat senyuman jahat dari hyungnya lalu berlari ke arah Seunghyun dan berdiri dibelakangnya.

“hehehe~” mereka hanya ketawa kecil sahaja.

“hmm......tengok dari muka dah tahu!! Mesti pergi kenakan orang, betul tak??!!”marah si leader FTISLAND.

“waahh~ tepat sekali!!!”jawab Hong ki dengan riang, lalu berlari ke tempat lain bersama Jae jin dengan melintasi dinding yang menuju ke arah bilik pembedahan kerana takut dipukul oleh Jong hoon.

“yaaahhh!!!! Hong ki-ah!! Jae jin-ah!!!”jerit Jong hoon lalu mengikuti mereka berlari.

Seunghyun dan Min hwan turut mengikuti hyung mereka melintasi dinding ke bilik pembedahan.

Saat tiba di bilik pembedahan, Hong ki dan Jaejin berlari lalu melintasi badan doktor yang hendak membedah pesakitnya dengan skapelnya. Tiba-tiba badan doktor tu naik bulu roma. Dia berasa sejuk diseluruh badannya sehingga terlepas skapelnya. Jong hoon pun berlari masuk ke bilik pembedahan, masa itu Hong ki dan Jae jin sudah lama lesap. Dia mahu berlari semula lalu melihat doktor itu terlepas skapelnya, dia mengambil skapel itu lalu memberikan semula kepada doktor itu. Doktor itu melihat skapel itu sedang melayang-layang ke udara tanpa apa-apa wayar atau sesuatu memegangnya. Muka doktor itu terkejut dengan mulut berbentuk ‘O’. Pembantu doktor itu dan jururawat didalam bilik itu turut membuat mulut berbentuk ‘O’.  Mestilah semua orang menjerit, mereka lari secepat mungkin seperti Cheetah kerana ingin keluar dari bilik pembedahan.

“a-aku b-buat salah ke?”fikir Jong hoon, seorang diri di dalam bilik pembedahan.

“bukanlah!! Itu sebab mereka fikir skapel tu melayang-layang seperti dikawal oleh hantu!! Jangan buat lagi!!” terus-terang Min hwan dengan tegas.

Min hwan dan Seunghyun baru sahaja memasuki bilik tersebut.

“betul tu!! err? M-mana Hong ki hyung dan Jae jin hyung???” tanya Seunghyun sambil melihat disekeliling bilik pembedahan itu.

“rasanya..diorang dah lari ke tempat lain...”Jong hoon mengeluh berpanjangan sambil mencucuk jarinya pada bahu pesakit yang belum dibedah lagi. “dia hidup lagi ke??” fikir Jong hoon.

“hyung, jangan kacaulah!!” Seunghyun memarahi hyungnya, dia menarik lengan Jong hoon untuk menjauhi pesakit tersebut.

“kyaaaaaaa!!!!” jerit seorang perempuan dalam ketakutan, mungkin suara itu datang dari wad sebelah bilik pembedahan ini.

Min hwan menghela nafas yang kurang senang, dan itu bermaksud hyungnya telah membuat masalah disana pula. Nampaknya mereka perlu melintasi dinding itu untuk pergi ke wad sebelah buat kali kedua. Mereka terus berlari sambil memejamkan mata mereka menuju ke wad sebelah, dinding itu telah pun mereka lintasi seperti melintasi angin dan melihat Hong ki dan Jae jin melompat kegembiraan sambil mencuba membuat botol itu melayang tanpa mereka pegang atau sentuh.

“Jong hoon!! Tengok ni!!” Jae jin menggerakkan botol pil itu dengan menggerakkan jari telunjuknya sahaja, tanpa menyentuh botol itu.

“waaaahhh~” Seunghyun kagum melihat Jae jin boleh menggerakkan botol itu seperti ahli silap mata.

“nak cubalah!!!”Jong hoon menyahut cabaran untuk mencuba melayangkan botol itu dengan hanya membuat gerakan jarinya sahaja.

Mereka berlima pun cuba untuk melayangkan botol itu. Pada mulanya, amat sukar bagi Min hwan untuk menggerakkan botol itu, lalu Hong ki membimbing dan mengajar Min hwan untuk menggerakkan botol itu dengan cara yang betul. Hong ki menyuruh Min hwan untuk menarik nafas dan cuba untuk fokus menggerakkan botol itu. Beberapa minit kemudian, Min hwan berjaya menggerakkan botol tersebut tetapi dia tidak dapat mengawalnya dengan baik sehingga botol itu pecah berkecai dan pil-pil didalam botol itu bertaburan ke atas lantai.

“woah!! Hati-hati Min hwan..!” tegur Jae jin yang berada di belakang Min hwan.

“m-mianei..”Min hwan menundukkan kepalanya sahaja.

“tak apalah...cuba kau kawal botol ni perlahan-lahan..” Hong ki membimbing Min hwan sekali lagi.

“emm!!”Min hwan mengangguk kepalanya lalu cuba praktis melayangkan botol.

Lama-kelamaan, mereka berlima berjaya membuatkan botol itu melayang ke sini dan ke sana. Suasana menjadi meriah didalam wad tersebut.

“seronoknya!!!!!”Seunghyun telah melayangkan beberapa botol pil.

Lalu mereka terus keluar dari bilik tersebut menuju ke lobi. Semasa mereka berjalan keluar dari bilik tersebut, mereka berhasrat untuk menaiki lif. Mereka pun menunggu sehingga pintu lif itu terbuka.

“Jong hoon, lif dah penuhlah...”kata Hong ki pada Jong hoon.

“kita semua kan hantu...”Jong hoon tersenyum sinis.

“ahh....aku faham sekarang..jom masuk!!”Hong ki meluru masuk ke lif dan diikuti oleh member yang lain.

Akibat terlalu sempit didalam lif tersebut, secara automatik, mereka berlima termasuk ke dalam badan orang didalam lif.
Hong ki termasuk ke dalam badan seorang lelaki yang gemuk, Jong hoon termasuk ke dalam badan seorang perempuan yang seksi, Min hwan termasuk ke dalam badan budak perempuan yang comel, Seunghyun termasuk ke dalam badan seorang lelaki yang badannya berotot manakala Jae jin termasuk ke dalam badan seorang lelaki yang botak.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Daebak! Srsly daebak!
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: Ahahahah xD daebak!!
JiiHan #3
Chapter 2: saya suka watak Min hwan dalam cerita ni XD
Daebak!!!! ^_^
kai_cutie99 #4
Chapter 2: Serius best cita nie...daebak!!
exo_baekhyun99 #5
Chapter 1: Daebak..!!..keep update..!
JiiHan #6
update soon!!!