Lapan

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Ha Young sampai awal ke sekolahnya. Dia mahu cop meja di bawah kipas sebenarnya. Lagipun lagi awal lagi bagus, tidaklah terkejar-kejar sangat. Selepas mendapat jadual yang baru dan meninggalkan Sehun, Junhong dan Jungkook kepada pihak pengurusan, dia terus ke kelas 2-B.

'Yah Oh Ha Young, mana Junhong?' Joy terus bertanya sebaik sahaja Ha Young masuk ke kelas. Ha Young menjeling ke belakang Joy, dia nampak Chanmi dan Yerin sudahpun mengambil tempat. Dua gadis itu melambai kepada mereka.

'Macam mana kau tahu mereka satu sekolah dengan kita?' Ha Young bertanya pelik.

'Sehun oppa yang beritahu,' jawab Joy. Tiba-tiba bulu roma Ha Young meremang. Sehun oppa? Ewww. Nampaknya Sehun dan Joy lagi rapat daripada Sehun dan Ha Young. Ah, pedulikanlah.

'Yalah, aku tinggalkan Junhong kesayangan kau itu dengan administration, sibuk dia aku tengok isi borang macam-macam,' kata Ha Young sambil dia menapak ke meja yang terletak dihadapan Chanmi dan Yerin. 'Hai Chanmi, Yerin, lama tidak jumpa,'

'Itulah, si Chanmi pergi Aussie tak beritahu pun,' Yerin mengusik. Chanmi tersengih.

'Mestilah. Nama lagi dating,' gadis cantik itu mengenyitkan mata.

'Dating konon. Kau ingat aku tidak tahu yang vacation itu family trip?' Joy mengangkat kening. Ha Young dan Yerin gelak. 

'Apa-apalah, asalkan aku dapat cuci mata tengok Gongchan oppa sepanjang masa,' Chanmi membalas. Ha Young, Joy dan Yerin memang tahu tentang betapa si Chanmi suka sangat pada abang saudaranya. Gongchan satu sekolah dengan mereka juga, dan dia antara senior yang popular sama dengan Lee Taemin, Kim Jongin, Im Jaebum dan adalah lagi beberapa orang senior. Mujurlah ada juga eye candy dalam kalangan para pelajar yang ramai. Bila sudah senior confirm makin ramai peminat.

'Ha Young kena sponsor pergi Jepun, Yerin pula pergi bercuti di Busan. Tinggal aku seorang diri di Seoul. Huhu,'

'Konsert Super Junior, album Big Bang dan  showcase 2PM apa cerita? Aku tahu yang kau mesti sorang-sorang tergelak depan Youtube tengok dorang,' Ha Young mengusik.

'Hehe, sampai aku jatuh cinta,' Joy ketawa gedik. Chanmi dan Yerin mengangkat bahu dengan senyuman biasalah-si-Joy-ini. Ha Young menggeleng. Nampaknya Chanmi dan Yerin juga tahu berkenaan sepupunya.

'Tapi aku nak tahu juga, sehebat mana kekacakan si Sehun, Junhong dan Jungkook yang Joy cerita itu,' Yerin memandang Ha Young dengan penuh minat.

'Aku yakin Gongchan oppa aku lagi handsome,' Chanmi berkata, matanya termenung berangan.

'Handsomelah juga. Ada rupa. Tapi tidak sekacak Jun Myeon sunbaenim,'

Siapa Jun Myeon? Buat pengetahuan, Kim Jun Myeon merupakan ketua pelajar tahun lepas, a.ka. crush Ha Young. Ha Young jenis susah sedikit hendak tertarik kepada lelaki (bukanlah bermakna dia lesbian), tetapi pada mata Ha Young, Kim Jun Myeon nampak serba sempurna. Anak peguam terkenal, ketua pelajar, ranking pertama dalam batch, baik hati, tambah lagi dengan senyumannya. Senyuman Jun Myeon sunbae yang membuatkan Ha Young terpaut. Amat manis. Ah, memang cair dibuatnya.

'Masih lagi ya kau minat pada Jun Myeon sunbaenim?' Chanmi bertanya, separuh mengusik. Ha Young jadi tersenyum simpul. Dari senyumannya itu, mereka bertiga tahu jawapannya. Mestilah masih minat.

'Apa cerita pula Jun Myeon sunbae kau itu?' Joy bertanya. Pertanyaan Joy menyebabkan Ha Young mengeluh.

'Entahlah. Jun Myeon sunbae bukannya ada Facebook, Instagram ataupun Twitter. Susah betul mahu stalk. Aku tahu perkembangan pun daripada kak Chorong je,' Park Chorong yang dimaksudkan juga merupakan President kelab yang disertai Ha Young pada tahun lepas. Dia antara orang yang mengetahui perasaan Ha Young terhadap Jun Myeon. Mujurlah Chorong merupakan penolong ketua pelajar yang cool dan sporting, senang Ha Young mahu korek gosip. Hehe.

'Bukan dia sambung pelajaran dalam bidang Law dekat Yale ke? Kalau tak silap akulah, daripada apa yang budak-budak lelaki cakap,' Yerin mencelah.

'Oh ya?' Ha Young mengangkat kepala. Tetapi dalam fikiran pula dia sempat lagi terfikir-fikir. Bukan kak Chorong pun sambung law di Yale juga ke? Kenapa dia tidak beritahu pula tentang Jun Myeon sunbae?

'Kenapa kau tiba-tiba senyap?' Chanmi bertanya.

'Entahlah. Tak silap aku kak Chorong juga ambil law di Yale,' kata Ha Young perlahan.

'Kau janganlah fikir yang bukan-bukan. Bukankah kak Chorong ada teman lelaki? Luhan tak silap aku nama dia, dia ex-student sekolah ini juga. Lagipun yang aku dengar, semua lelaki yang kak Chorong date semuanya jenis sporty. Luhan tak silap kapten bola sepak. Ex dia yang bernama Kris pun pemain basketball. Even Minho sunbaenim yang orang pernah kaitkan dengan dia pun atlet field and track. Tidak macam crush kau itu. Lembik semacam,' Joy mencelah. Tapi dia mendapat jelingan daripada Ha Young kerana ayat yang terakhir. Tapi hendak buat macam mana, Kim Jun Myeon memang fail kalau bab sukan ini.

'Cikgu mahu datanglah,' ketua kelas mereka, Sungjae melaung. Semua pelajar cepat-cepat duduk di tempat masing-masing. Mulut semuanya terkunci tatkala Cikgu Sandara melangkah masuk ke kelas.

Orang selalu kata Cikgu Sandara ini merupakan vampire. Yalah, umur tiga puluhan tapi kalau dia menyamar menjadi budak sekolah pun boleh pass lagi. 

'Aku suka Cikgu Dara jadi homeroom teacher kita lagi, dia sporting,' Joy disebelah berbisik. Ha Young mengangguk setuju.

Selesai sesi bertanya khabar, Cikgu Sandara berdehem.

'Ehem, awak semua ada kawan baru,' 

Mendengar pengumuman itu, Joy sudah tersengih suka.

'Bukan satu, tapi dua. Choi Junhong, Park Jimin, sila masuk,'

Dua orang budak lelaki melangkah masuk. Bila sahaja mereka masuk, mata pelajar perempuan semuanya bersinar.

'Wei, mana satu Junhong?' Yerin berbisik dari belakang, tetapi matanya tidak lari memandang kedua pelajar baru itu.

'Yang tinggi itu,' Ha Young membalas. 

'Bertuah betul kita, bukan satu, tapi dua pelajar baru. Dua-dua handsome pula itu,' Chanmi mengomen.

'Junhong itu aku sudah cop ya. Lagipun bukankah kau ada Gongchan,' cepat-cepat Joy memberi amaran.

'Alah, tak dapat Gongchan aku sambarlah Junhong atau Jimin, senang cerita,' Chanmi mengusik.

Junhong dan Jimin disuruh memperkenalkan diri. Kemudian adalah budak perempuan dengan selamba dan beraninya bertanya 'Junhong dan Jimin sudah berpunya ke?'

Satu kelas gelak. Ada juga 'boo' daripada budak lelaki. Tetapi budak perempuan itu masih boleh buat muka selamba. Cikgu Sandara geleng kepala.

'Sudahlah. Junhong dan Jimin coleh ambil tempat duduk di belakang,'

Hmmm... jadi seatmatelah mereka berdua.

'Baiklah, keluarkan buku teks dan buka muka surat 14. Oh Ha Young, sila baca teks tersebut,'

Ha Young akur. Dia bangun dan membaca teks yang disuruh dengan Bahasa Inggeris yang fasih. Separuh jalan membaca,

'Park Soo Young, saya tahulah kedua pelajar baru kita itu kacak tapi tidak perlulah awak tenung mereka lama-lama,'

Joy memerahkan mukanya. Oops, dia tertangkap. Tapi yang tidak seronoknya satu kelas gelakkan dia. Budak-budak lelaki apatah lagi, siap mengeboo. Junhong dan Jimin juga ketawa besar. Lagilah malu.

Memandang kebelakang, Chanmi ketawa macam bukan anak dara. Yerin pula lebih sensitif tetapi dia tetap tidak mampu menahan senyuman geli hati.

Ha Young masih berdiri dan menyorokkan ketawa disebalik buku teksnya. Ish, macam ini kawan. Joy mencubit pinggang Ha Young memandangkan dia yang paling dekat.

'Aku tarik balik apa yang aku cakap pasal Cikgu Sandara,' bisik Joy, monyok.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)