Lima

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Ha Young menyentuh kepala sendiri. Dia masih mamai-mamai. Seingatnya, baru beberapa saat yang lalu dia melelapkan mata.Aduhai, ini semua disebabkan oleh pengacau yang entah siapa antara budak bertiga itu.

Makin lama, makin Ha Young menyembam wajah ke bantal. Ketika itu, kebengangan mencapai tahap paling tinggi.

Tidak mampu menghadapinya lagi, Ha Young mengalihkan bantal itu dari wajahnya dan menjerit

'Hoi! Diam tak boleh ke? Pagi-pagi buta memekak... bisinglah!!'

Tidak lama kemudian, jawapan balas dilaung kembali,

'Pagi apanya?! Sekarang sudah tengah hari sudah... teruk betul punya anak dara baru bangun tidur!'

Sudah sah lagi sahih. Sehun. Ha Young juga mendengar bahawa bunyi muzik yang kuat itu semakin dikuatkan. Dayum!

Sejujurnya, Ha Young masih mengantuk, tetapi dia tidak mampu tidur kerana gangguan daripada bilik sebelah. Haih, nasib... nasib...

'Memanglah aku bangun lambat, siapa suruh korang buat masalah malam tadi,' Ha Young membebel. Walhal dia pun salah juga sebenarnya sebab sebaik sahaja selepas membersihkan diri, dia terus online facebook, stalk instagram dan tweet status.Sampai pukul lima pagi. Dalam kemalasan itu, Ha Young bangun juga untuk ke tandas walaupun dia rasa malas untuk mandi. Haih, nasib baik dia ada tandas sendiri dalam bilik.

Setengah jam kemudian, barulah Ha Young benar-benar segar. Rambut dia masih basah, tapi itu yang dia suka.

'Lambat betul kau bangun,' Junhong menegur. Dia merupakan orang pertama yang Ha Young jumpa dalam perjalanan ke dapur. Ha Young menjeling. Dua kali lima macam Sehun.

'Ha Young, aku lapar. Masakkan!' Jungkook menjerit dari bilik TV. 

'Tak nak! Nak, masak sendiri!' Ha Young menjerit kembali.

'Kau tak kesian ke dengan kitorang? Dari semalam makan pizza je. Muak tahu,' kata Junhong. Ha Young menahan keinginannya untuk menggulungkan matanya ke atas. Fikir-fikir balik, dia pun lapar juga sebenarnya. 

'Yalah yalah. Tapi aku masak ramen je, ok?'

'Ok,' Junhong mengangkat bahu. Mujurlah Junhong bukan jenis yang picky dalam hal makanan ini.

'Ramen je?' Sehun bersuara sebaik sahaja dia duduk di meja makan. Junhong dan Jungkook sudah mencapai chopstick.

Ha Young menjeling. Tahulah dia hanya pandai masak ramen sahaja. 'Kalau kau tak nak...' Ha Young mengugut.

Terus Sehun diam. Macam adik-adiknya, dia juga terus makan ramen buatan Ha Young itu. Hmmm... bolehlah. Daripada tiada apa-apa. Dihirupnya kuah ramen yang panas itu.

Ha Young memang masak ramen lagi banyak daripada biasa. Ini semua kerana Jungkook yang mengatakan bahawa apa yang dia masak itu tidak cukup untuk mereka. Terpaksalah Ha Young habiskan semua paket ramen yang ada. Nasib baik budak bertiga itu semuanya diam dihadapan rezeki.

Sepuluh minit kemudian, Ha Young menjadi orang pertama yang menghabiskan makanannya. Tatkala mendengar kerusi ditarik, Sehun bertanya, 'Sikit tu je yang kau makan?' dengan dahi yang berkerut.

'Haah. Aku bukannya makan banyak macam korang,' balas Ha Young selamba. Jawapnnya itu menyebabkan Sehun tergelak, Junhong menyeringai dan Jungkook tersengih. 'Sudahlah, habis makan, basuh pinggan masing-masing,' kata Ha Young sebelum berlalu ke dapur.

'Ok makcik,' kata Jungkook bersemangat. Maklumlah, tenaga sudah dicas dengan ramen. Badan sahaja kurus, tetapi nafsu makan punyalah besar.

'Aku dengar ya,' Ha Young membalas dari dapur.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)