Tiga

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Selesai segalanya. Fuh! Ha Young mengelap peluh didahi dengan tangan. Dia menjeling kearah Junhong yang sedang tidur dengan lena diatas sofa dan Jungkook yang sibuk dengan Warcraft.

Harapkan mereka memang kerja tidak akan siap. Menyesal pula Ha Young membuang air liur selama setengah jam. Bilik sendiri pun belum masuk. 

'Terpaksalah aku jadi penjaga budak-budak ini,' Ha Young membebel lagi ketika menyimpan penyapu dan mop. Buat pengetahuan, Oh Ha Young jenis orang yang allergi dengan ruangan bersepah, habuk dan sampah-sarap. Kalau dia sapu, memang tiada habuk yang tinggal. Bila mengemop, kotoran degil semuanya tanggal. Maka tidak hairanlah dia sanggup mengorbankan masa tidurnya selama sejam untuk berkemas ruang tamu itu. Joy selalu komen yang Ha Young ada OCD.

Ah! Ha Young mahu mandi selepas ini. Baru dia merasakan ototnya sakit-sakit. Ha Young mengeliat. Gaya macam kucing ada juga.

'Choco! Choco!' Ha Young memanggil. 'Choco! Choco!' Ha Young mencari di setiap ceruk yang ada. Dapur, bilik tetamu, bilik makan, stor, dengan bilik-bilik tidur dia masuk sekali. Main room berkunci. Bilik Ha Young juga tiada tanda kehadiran Choco. Kemudian ada beberapa bilik yang lain.

'Alahai, mahu masuk atau tidak? Rasa macam invade privacy orang je. Ah lantaklah. Aish, kenapalah rumah ini besar sangat, letih aku nak cari,' Ada bilik yang mana katilnya tidak dikemaskan selepas digunakan. Ada bilik nampak kemas, tapi di atas katil terletak baju yang sudah digunakan, laptop dan juga snek. Kedua-dua bilik itu juga ada macam bau lelaki. Ha Young mencebik. Heh, lelaki. 

Bilik yang terakhir pula berkunci. Mungkin bilik Sehun. Oh, Ha Young teringat kembali betapa bencinya Sehun dengan kucing dan anjing suatu masa dahulu. Sebab itu berlaku insiden Hazel kena kurung dahulu. Tidak silap Ha Young, dahulu Sehun kena cakar satu badan dengan beberapa ekor kucing liar. Tidak cukup dengan itu, dia digigit anjing pula. Sampai menangis budak itu dibuatnya. Macam mana Ha Young tahu? Dia tahulah, sebab dia saksi. Masa itu dia baru empat tahun.

'Agak-agak macam mana rupa Hunnie sekarang ya? Adakah dia juga handsome macam Hongie dan Kookie?' Ha Young menggumam. Sejengkel-jengkel Ha Young dengan mereka berdua, dia tetap mengaku bahasa Junhong dengan Jungkook masuk kategori ada rupa. Yalah, berbanding kebanyakan lelaki. Tapi memang tak lah dia akan mengaku depan-depan. Buat malu je.

Lupakan Sehun. Ha Young kembali fokus kepada tujuan utama. Hmm.. peliknya. Kenapa kucing itu tidak muncul-muncul?

'Choco! Choco!!!! Baby Choco where are you?' Ha Young bimbang. Dia kembali semula ke ruang tamu.

Jungkook bertanya, tetapi mata tidak lari dari Warcraft. 'Kau kenapa? Aku pakai headphone pun boleh dengar,'

'Choco hilang,' kata Ha Young, suaranya lemah. Dia meramas-ramas tangan sendiri. Itu tandanya dia gelisah.

'Apa dia? Tak dengar,' 

'Choco hilang,' Ha Young melaung lebih kuat.

'Siapa Choco?' 

'Kucing aku,' Laung Ha Young lagi. Rupa Ha Young sudah macam mahu menangis.

'Oh,' itu sahaja jawapan Jungkook. Kemudian dia kembali fokus dengan game. Ha Young bengang. Ingatkan mahu tolong ke. Apa ke. Sekali tengok hampeh. Tidak gentleman langsung.

'Wei, aku keluar sekejap,' kata Ha Young, dia mencapai jaket yang tadinya diletakkan diatas sofa dan kunci rumah. 'Manalah tahu Choco ada di luar' fikirnya.

'Ok,'

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)