Chapter 1

Beijing = Hate+Love

   Seorang pelajar perempuan sedang duduk di hadapan 'bus stop' sekolah berseorangan. 

 

.....: Hish.. mana Mama ni. Takdi kata nak ambil awal..

 

   Dia ke hulu ke hilir menunggu kehadiran ibunya. Tanpa disedari, dia terlanggar seorang budak lelaki sebayanya yang sedang membawa air. Habis bukunya basah.

 

.....: Ah.. sorry.. awak tak apa-apa?

 

   Budak lelaki itu mengeluarkan sehelai kain berwarna biru lalu buku mangsanya dilap dengan cemas. Perilaku budak lelaki itu saling tak kena. 

 

....: Its okay. Salah saya.. saya tak tengok depan.

 

   Ketika budak lelaki itu sibuk mengelap bukunya. Matanya bagaikan digam dengan gam gajah melihat wajah kacak budak lelaki itu. 'Hensemnya budak ni, dah la tu gentleman pulak. Haish, melting aku macam ni. Dah la tengah panas ni'

 

   Melihatkan budak perempuan itu tidak berkelip melihatnya, dia terus menghulurkan tangan. Tujuannya mahu men'cover' rasa canggungnya.

 

....: "Saya...

 

   Budak lelaki itu mahu memperkenalkan diri tetapi dihalang oleh bunyi hon yang datang daripada kereta hitam. 

 

....: "Ah.. Nampak nya Mama saya dah datang.. Bye.. Ohh.. ni kain awak." 

 

Kain yang dihulur dibiarkan.

 

....: "Awak simpanlah.." 

 

   Budak lelaki itu memberi senyuman yang cukup menawan buat kawan barunya itu. Budak perempuan itu membalas senyumannya semanis mungkin. Senyumannya masih lagi tidak hilang walaupun kelibat budak lelaki itu sudah tidak kelihatan. 

 

Kecik-kecik lagi dah pandai angau. Haih. 

 

**********

 

"Hello Beijing!!!"

 

   Akhirnya aku tiba ke tempat lahirku. Terasa bahagia dapat kembali semula. Tangan dibuka seluasnya. Mata ditutup rapat. Cuba menghayati suasana di Beijing sebentar.

 

Ana: Woi! Apa yang kau melalak depan pintu airport ha? Kau nak security tarik kau masuk hospital? Haih.

 

   Nad menjeling maut. Minah ni tak leh tengok aku feeling sikit. Ada jer dia nak potong. Kesemuanya sudah berkumpul dengan bagasi masing-masing.

 

Fani: eeh eeh eeh ehh AOA~~~~

 

Nad: Fani, kita kat Beijing not Korea. Sedar la sikit.

 

Fani: Ulijimarajwo!!!

 

Irfan: *tonyoh kepala Fani* kau ni tak reti nak senyap ea. Dari Malaysia duk berkarokae. Dah la tu. Suara macam itik!

 

Fani: So kau nak cakap suara aku tak sedap la ni. Nah ambik ni. *tonyoh kepala Irfan*

 

Ana: Tak der keja lain ke tonyoh kepala. Meh nak tolong tonyoh kasi adil. *tonyoh kepala Fani & Irfan*

 

Fani & Irfan: Kau! *dua-dua tonyoh kepala Ana*

 

Ana: Aku la yang kena tonyoh. Dah la tu 'double tonyoh' pulak. 

 

Nad: Dah la. Duk tonyoh2 kepala. Korang ingat bagus sangat. Kita datang sini nak belajar. Tak pasal2 otak tu jadi lembap macam siput.

 

   Akhirnya upacara tonyoh-menonyoh sudah pun berhenti apabila Nad sudah mula dengan syarahannya. Siapa yang tidak kenal dengan Nad. Sekali bukak mulut belum tentu esok habis.

 

Haziq: Wei! Aku nak pergi tandas nih!

 

Memandangkan tiada respon daripada sesiapa, Haziq berlalu pergi dengan rasa tidak tahan lagi mahu melepaskan hajatnya.

 

Fani: Weh, aku rasa baik kita gi makan dulu. Perut aku dah lapar.

 

Nad: Elok jugak tu. Kita makan dalam airport jer lah.

 

Irfan: Asal aku tak lapar ek?

 

Nad: Dah tu kau asyik makan coklat aku jer. Nampak ni? Tinggal plastik jer. Lain kali mintak dengan kembar kau. Tak kuasa dah aku nak share makanan aku.

 

Ana: Aku lagi tak ingin. Aku sebagai kembar dia asyik kelaparan sebab semua makanan aku kena ambik. Dah jom aku dah kebulur ni.

 

***

 

Irfan: Ahh! Kenyang aku.

 

Ana: Aku pun!

 

Fani: Me too

 

Nad: Yer la. Memang kenyang. Duit aku yang lapar ni. Lepas ni korang pulak ea belanja.

 

Mereka menghabiskan sisa sisa makanan yang ada. Tiba-tiba...

 

Fani: eh! Mane adik aku!

 

Fani panik. Badan Ana digoyang-goyangkan meminta jawapan.

 

Ana: Mana la aku tahu. Eh, kembar aku mane?

 

Sekali lagi kepala Ana ditonyoh dari tepi.

 

Irfan: Ni kat sebelah kau. Kembar kau sendiri pon tak nampak. 

 

   Ana berasa lega walaupun ditonyoh oleh Irfan. Kembar sememangnya tak akan berpisah.

 

Nad: Dah tu macam mana ni?

 

   Muka Fani berkerut cemas. Makanannya ditinggalkan tanpa selera. Kini dalam kepalanya ingin mencari adiknya yang menghilang. Haih! Mana la adik aku ni.

 

Ana: Eh! Kenapa budak tu? Mesti dia kena tinggal tu. Kesiannya.

 

   Kami semua mendekati budak lelaki yang tidak berhenti menangis. Fani masih lagi sibuk mencari adiknya.

 

Nad: Fani! Ni bukan adik kau ke?

 

   Nad menunjuk ke arah budak yang menangis tadi. Budak itu berpaling ke arah kakaknya lalu berlari bersama tangisan yang semakin lebat. Fani turut berlari ke arah adiknya dengan mata yang berair.

 

Haziq: Kakak!

 

Fani: Adik!

 

Haziq: Kakak!

 

Fani: Adik!! Siap kau aku kerjakan.

 

Haziq yang ingin berpelukan dengan kakaknya kini berlari ke arah lain apabila suara Fani berubah menjadi garang.

 

Haziq: Kakak aku gila!! Arghh tolong!!! 

 

Kami tidak berhenti ketawa melihat aksi kejar mengejar itu.

 

Nad: Mati-mati aku ingat diorang nak peluk. Feeling kejap. Tiba-tiba Fani, siap kau aku kerjakan!!

 

   Makin kami sakit perut menahan tawa apabila Nad melakonkan kembali. Haih. Kes adik hilang pun dah boleh jadi movie. Rasa macam tengok Madagascar pon ada.

 

***

Nad: Dah sampai! Home sweet home

 

   Kami turun dari taxi dengan mulut yang melopong. Di hadapan kini adalah sebuah banglo dua tingkat yang amat indah.

 

Fani: Betul ke ni rumah mak sedara kau? Besarnya.

 

Nad: Betul lah. Eh Ana! Kau pergi ambik kunci ngan jiran sebelah. Kita orang turunkan barang.

 

Ana:Ye laa...

 

15 minit kemudian....

 

Nad: Ana ni... aku suh ambik kunci.. dia pergi ambik kunci ke buat kunci? Fani! Pergi tengok Ana tu.

 

Fani:Aku pulak... 

 

meanwhile that..

 

Ana berada di hadapan pintu rumah sebelah.

 

Ana:*knock knock *

 

Pintu dibuka dan membuatkan Ana melopong.

 

   "Woi! Hello... tak nak kunci ke?"

 

Ana: Aku ingat dah tamat kisah aku dan kau... 

 

  "????"

 

Ana:Ke aku mimpi ni? Kau ke ni?

 

   "Ape?"

 

Ana: seriously.. kau ke ni?!?!

 

   "Ape!!! Fuuu.."

 

Ana:Dah dah.. betul lah tu..

 

Fani datang lalu mencubit ana...

 

Fani: Orang suh ambik kunci kau mengorat ye..

 

Ana:Mengorat kepala hotak kauu.. tak kuasa aku nak mengorat dia... urghhh

 

Kunci dilempar tepat kena pada kepala Fani.

 

Fani: Woi! Sakit kepala aku... Zarin?!?!?

 

Sementara tu... Nad dah berapi..

 

Nad: Takdi dah 15 minit. Tambah lagi sorang dah setengah jam.. jom ah kita pergi tengok.

 

Irfan:Zarin!!!!! Kita bertemu akhirnya.... kau jadi jiran akuuu*peluk zarin*

 

Haziq: omegod omegod.. ...

 

Nad:*sekeh kepala Haziq* bengong Haziq.

 

Zarin:Hanguslah ayam aku kat dapur...

 

   Kami semua masuk sambil mata melilau melihat setiap sudut rumah banglo itu setelah puas berada di rumah Zarin..

 

Nad: Okay, korang boleh choose bilik but master room aku punya okay.

 

   Kami naik ke tingkat atas. Ada tiga bilik. Satu master bedroom, satu lagi bilik yang sederhana dan satu lagi bilik paling kecik. Rasanya bilik yang kecil tu macam bilik stor memandangkan biliknya berhabuk.

 

Irfan: Okay aku nak bilik ni dulu!

 

Ana: Hei! Aku cop dulu!

 

Irfan: Aku punya ok!

 

Ana: Aku!

 

Fani: Okay, memandangkan korang berebut dengan bilik tu. Aku ambik bilik bawah jer.

 

   Fani turun ke bawah manakala Haziq sememangnya mahu tidur di ruang tamu.

 

Irfan: Tak! Aku punya!

 

Nad: Dah la! Korang duk jer sebilik. Adik beradik kan. Tak apa la.

 

Ana: Tapi..

 

Nad: Dah! Tak yah tapi2. Dua pipi lebam kang malam ni makan penampar aku.

 

   Kedua-dua kembar beralah lalu turun ke bawah mengambil bagasi masing-masing.

 

Nad: Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah sampai nak masuk U pun perangai sejibik macam budak 5 tahun. Haih. Nasiblah dapat kawan kembar macam ni.

 

Nad menuruni tangga rumahnya. 

 

Ana: Aku tidur atas!

 

Irfan: Aku ok!

 

Ana: Eh! Aku perempuan kau lelaki. Aku tidur atas kau tidur bawah.

 

Irfan: Dah tu asyik lelaki jer kena mengalah. Tak salah pun kalau perempuan tidur bawah. Keayuan tu tak hilang lah.

 

Nad: Dah la! Memekak jer. Dua2 tidur atas. Tak lama dah korang ni. Aku suruh Haziq gi gali kubur kang.

 

Haziq: Beres. Belakon jadi Tok Adi la aku hari ni. Yeay!

 

Fani: Tak payah berangan nak jadi Tok Adi sangatlah.. Jadi Chef Wan harini tolong aku kat dapur.

 

Haziq: Ala. Baru nak jadi Tok Adi. Takperlah, Chef Wan pun Chef Wan lah..

 

   Haziq berjalan ke dapur dengan senang hati tanpa mempedulikan dua kembar itu sedang menahan pedih mendengar syarahan Nad.

 

Malamnya....

 

   Duk! Seluruh badan terasa sakit dan kepala seperti terhantuk di atas sesuatu yang keras. 

 

Irfan: Arghh! Sakit badan aku.

 

   Irfan melihat keadaan sekelilingnya. Yang pasti kini, mata sakit memandang makhluk di hadapannya.

 

Irfan: Tak guna punya kembar. Mengigau sampai aku yang elok jer jadi sleeping beauty kat atas katil jadi sleeping ugly dah tidur atas lantai. Argghh.!

 

   Bantal di atas katil di ambil dan keluar daripada bilik monster of the world. Nampaknya malam ni dan seterusnya dia akan join Haziq tidur dekat ruang tamu. Sampai sakit-sakit badannya ditolak oleh monster tak guna tu. 

 

Irfan: Tak apa, Ana. Kau tunggu la esok.

 

***

   Keesokannya, mereka semua mendaftar kemasukan mereka di U.

 

Ketika Nad sedang kalut untuk berdaftar tiba-tiba bala datang....

 

Luhan: Woi! Tak nampak ke orang kat depan. Mata tu letak kat mane?! 

 

   Mata Nad membutang memandang mamat cina di hadapannya. Dah la langgar dia, baju pula basah dengan air kopi mamat tu.

 

Nad: Dasar mamat cina gila! Bla lah kau!

 

Nad menolak lelaki itu dengan tidak puas hati. 'Ah! Dasar mamat gila! Dia yang langgar aku, aku pulak dia maki.' 

 

Meanwhile that

 

   Ana dan Fani sedang beratur untuk mendaftar. Ana sibuk menyemak kembali fail2 nya. Apabila salah satu pelajar di hadapan habis mendaftar tiba masanya pula. Sebaik sahaja Ana mengangkat muka, terpampanglah satu wajah yang amat memukau. Ketika itu, wajah itu bagai bercahaya di dalam dewan yang dipenuhi oleh beribu orang mebuatkan tumpuan Ana tidak beralih. Ana terpaku dan ternganga seperti patung di shopping mall. 'Alahai, makhluk apa kat depan aku ni. Hensemnya. Aku rasa tak pernah lagi jumpa lelaki sehensem ni. Oh! Ni ke prince heart aku? Oh my prince, why you so handsome? Mata dia sekali tengok macam cermin. Bibir dia pulak, fuhh. Menggodanya.'

 

Prof: Err... Hello? 

 

   Fani di belakang Ana kehairanan apabila Prof melihat rakannya pelik. Fani melangkah ke hadapan. Fani bagai nak pitam. Ana ternganga sampaikan lalat yang lalu pun hampir sahaja terperangkap dalam mulutnya.

 

Fani: Haih, Ana kenapa kau buat hal nih? Err, prof saya tolong daftarkan kawan saya.

 

   Fail ditangan Ana diambil terus oleh Fani. Ana masih seperti tadi, patung shopping mall.

 

***

 

   Dalam perjalanan Fani dan Ana ke kelas, mereka perasan mata-mata di sekeliling mereka memandang di belakang mereka.

 

Ana: Apekehel pandang kat belakang kita ni? Haziq jer kut ada.

 

Fani: Pandang adik aku lah tu. Adik aku kan hensem. Ala-ala korea gituu...So aku isytiharkan ......yang aku bangga. Hahahahahah.

 

Ana: +_+....macam tu pun boleh kata hensem. Welk...

 

   Haziq di belakang berjalan dengan penuh cool. ' Selama ni aku kat Malaysia tak ada pon orang pandang aku. Kat sini aku jadi hot la pulak. Haziq stay steady.'

 

   Kelas telah pun bermula. Namun kelas pada hari pertama itu bagaikan racun buat Ana. Pensyarahnya merupakan Prof Kris. Lelaki yang menjaga bahagian pendaftaran yang juga membuatkan Ana menjadi patung shopping mall.

 

Ana: Hensemnya *angau*

 

Fani: Oh Ana please la! Dari tadi dah aku dengar. Hensem hensem. Menyampah pulak aku.

 

   Ana tidak menghiraukan apa yang dibebelkan Fani. Apa dalam otaknya sekarang hanyalah Prof Kris.

 

Tiba-tiba pintu dewan dibuka. Nad dengan muka cemas berlari lalu duduk disebelah Fani.

 

Prof Kris: Stand up!

 

   Nad yang baru sahaja mahu duduk, berdiri dengan keadaan terkejut apabila mendengar suara petir profnya. Huh! Garang la pulak prof nih.

 

Prof Kris: Why you're late?!

 

Nad: Err..err..

 

   Nad terpandang pada satu wajah yang menyakitkan. Ya! Mamat cina gila tuh! Dia satu kelas dengan aku?!

 

Nad: Sorry prof, I...

 

Prof Kris: You know you shouldn't late in our class, right?!

 

Nad: Yes but...

 

Prof Kris: This is your first warning ok! Now sit down!

 

   Nad duduk sambil mencapakkan begnya atas kerusi. Nampak sangat tak puas hati.

 

Prof Kris: Anything else you want from me, Nadhira?

 

Soalan cepumas diberikan kepada Nad. 

 

Nad: Err, no prof

 

   Nad duduk sebaik dan selembut mungkin. Keluhan Nad aku dengar dari jauh.

 

Ana: Kenapa kau datang lambat? 

 

Nad: Ada mamat cina gila langgar aku. Lepastu air kopi jatuh atas baju aku. Habis baju aku. Nasib ada baju spare.

 

Fani: Mamat cina mana?

 

Nad: Tu ha kat depan tu. Yang tengok kita tuh

 

   Ana dan Fani berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Nad. Lelaki itu berpaling semula ke hadapan apabila perasan yang dirinya diperhatikan. Malu lah kut.

 

   Nad sedang mengeluarkan buku tulis dan rujukannya tiba- tiba kepalanya terasa sesuatu. Di atas meja kini adalah satu gumpalan kertas. Mata Nad memandang kepada mamat cina tu lagi. Apa lagi dia tak puas hati dengan aku! Gumpalan kertas itu dibuka. 

 

 'Sorry~ Luhan'

 

Nad: Sorry? Satu tu jer? Memang tak ah aku nak maafkan. Dah la kena kepala aku. 

 

   Nad mengangkat gumpalan kertas itu dan menunjukkan pada mamat cina itu tadi. Dengan senang hatinya Nad mengoyak kertas itu menjadi cebisan-cebisan yang bertaburan. Kemudian Nad kembali kepada pembelajarannya tanpa mempedulikan ketidakpuasan mamat cina itu.

 

Ketika semua pelajar sedang fokus ke arah Prof Kris kecuali...

 

Ana: Omg.. Kenapa dia hensem sangat... Cara dia speaking. Oh look at the marker he's holding... I'm dying..

 

Fani: Oh Ana! Mema

ng fail lah aku dalam exam kalau hari-hari kau menggila tepi aku macam ni...*cubit pinggang ana*.

 

Ana:*tepis tangan fani* Rasa sakitku telah dibutakan oleh cinta...

 

Fani: *lempang ana*dah buta ke belum? 

 

Ana: Hanya prof yang dapat butakan aku...

 

Fani: *stress dah ngan Ana* Aku tak kenal kau. Kau bukan kawan aku. 

 

Ana: Eh? Aku yang buta kau pulak hilang ingatan?

 

 At the same time...

 

Irfan terbangun dari tidurnya. Dengan rambut yang serabai dia melihat jamnya. 

 

Irfan: Pukul 10.....

 

Irfan masih dalam keadaan 'blur'.

 

Irfan: 10! Aku ada kelas! 

 

Irfan berlari-lari ke hulur ke hilir tanpa arah tujuan. Dia kembali duduk pada bangku. Dah la tertidur, kelas pulak tak tahu kat mana. Ni lah nasib malang namanya. Otaknya diguna sehabis baik.

 

Irfan: Hah! Kelas kembar aku!

 

   Nasib baiklah kembarnya tadi memberitahu di mana kelasnya supaya mereka boleh ke cafeteria bersama. Sebaik sahaja jumpa dengan kelas Ana, pintu dirempuh begitu sahaja. Ketika diri memasuki kelas itu, mata ternampak gadis yang amat cantik sedang asyik menyalin catatannya. Perlahan- lahan kaki melangkah ke arah gadis itu. ' Cantiknya! Comelnya! Oh my god! Perasaan apakah ni? Cinta? Oh! Please be my girl!'

 

Fani: Ana tengok kembar kau tu. 

 

Ana sudah meletakkan muka pada meja. Malu yang amat!

 

Ana ke arah Irfan lalu menariknya keluar. Ketika mereka menghampiri pintu kelas itu...

 

Ana: Sorry prof *wink*

 

Prof: .........

 

Ana berlalu pergi menarik Irfan yang masih berada dalam dunianya.

 

Prof: What's wrong with her?

 

Nad: That is her twin. Lost maybe..

 

Fani: Lost ape, siap boleh mengorat tu. Ape benda ah.

 

Di luar kelas...

 

Ana: Kau sajakan nak cari pasal dengan aku. Kalau nak Cari pasal pun kat rumah. Lepastu kau tak der adab ea...bla..bla..bla

 

Irfan menutup telinga serapat yang boleh. Apbila melihat mulut kembarnya tidak bergerak lagi dia membuka kembali telinganya.

 

Irfan: Dah habis cakap? Biar aku cakap pulak ea.. Sebenarnya aku tertidur tadi lepastu aku tak tahu mana kelas aku. Tolong lah.

 

Ana: Dah tu aku...

 

Tiba-tiba Haziq melintasi mereka dua beradik.

 

Irfan: Eh Haziq! Ok tak per lah. Aku gi dulu. Bye my beloved twin. Muah

 

Ana: Kembar aku ke tu? Mimpi apa? Siap dengan flying kiss bagai... 

 

Ana kembali masuk ke dalam kelasnya.

 

.***

 

   Mereka mengukir senyum gembira tetapi di hati pula serba salah. Ana dan Fani memandang kasihan kepada Nad.

 

Nad: Sampai hati korang. Bukan nak tunggu aku!

 

Fani: Dah nak buat macam mana. Cafe ni terima 4 orang pekerja jer.

 

Ana: Kau try lah pergi mintak kerja dekat Cafe depan tu. Mana tahu ada.

 

Nad berjalan keluar dengan rasa ketidakpuasan hati masih lagi tersisa.

 

   Sebaik sahaja Nad memasuki cafe itu, dia ternampak seseorang yang begitu familiar.

 

Nad: Engkau lagi!

 

Luhan: Kau buat apa kat sini?

 

Nad: Aku nak mintak kerja lah.

 

Luhan: Dah aku pun nak mintak kerja nih.

 

Mata mereka bertentangan. Tajam.

Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an berjalan keluar dari biliknya. Nad dan Luhan berlari ke arah lelaki itu.

 

Tuan punya cafe: Eh! Kenapa ni? 

 

Nad & Luhan: Saya nak mintak kerja kosong!

 

Kedua-duanya berpandangan lagi.

 

Nad: Aku dulu ea. So kau dipersilakan cari kerja lain.

 

Luhan: Amboi, banyak cantik kau. Aku sampai sini dulu ok!

 

Tuan punya cafe: Tak payah berebut. Kat sini ada dua kerja kosong. So awak berdua boleh ambik. Berseronok lah ye. Awak berdua boleh mula esok.

 

   Kedua-duanya mengerutkan muka. Sudah pastinya mereka tidak mahu berkeja bersama.

 

Nad: Alahai, aku kena kerja sekali ngan mamat cina ni pulak!

 

Luhan: Habislah aku. Hidup aku dipenuhi dengan minah perasan cantik ni. Stress lah aku macam ni.

 

   Kedua-dua mereka ke pintu cafe. Sempat lagi mereka bergaduh di pintu cafe. Selepas kedua-dua musuh itu keluar mereka berjalan melalui jalan yang berlawanan.

 

Tuan punya cafe: Pintu kedai aku punyalah besar. Boleh pulak berebut kat situ. Haih. Budak-budak. Tak lama lagi jadi lah tu. Teringat pulak time aku muda-muda dulu. Haih

 

***

 

   Semua orang sekadar menahan rasa yang pedih mendengar bebelan Nad. Luahan perasaan

Nad masih lagi tidak habis walaupun sudah tiba di rumah. Nad meluru masuk lalu

masuk ke biliknya. Dum! Pintu biliknya dihempas pula.

 

Irfan: Dia nak rumah ni runtuh ke apa?

 

Fani merebahkan dirinya pada sofa di ruang tamu. Satu keluhan dilepaskan.

 

Fani: Biar lah dia. Dah tak boleh buat apa pun. 

 

Semua orang sudah masuk ke bilik masing-masing. Tinggal lah Fani di ruang tamu. 

 

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Terteralah nama si pemanggil.

 

Fani: Wei! Mira call!

 

   Irfan dan Haziq berlari-lari dari tingkat atas. Ana di dalam dapur turut ke ruang tamu. Nad yang merajuk pun keluar. Rajuk Nad tak der lah teruk sangat. Sampai sahaja Nad di ruang tamu semua memandangnya. 

 

Nad: Apa? Cepat lah jawab

 

Fani: Ok2

 

Fani menarik butang hijau pada skrinnya. Semua menunggu suara si pemanggil. Butang loudspeaker ditekan.

 

Amira: Fani!!!

 

 Fani: Oh mak kau! *telefon tercampak*

 

Amira ketawa di hujung sana. Rasa rindu sungguh mendengar suara itu.

 

Fani: Kau ni tak reti nak panggil baik-baik ke? Kalau jadi apa-apa kat hp kesayanganku ni siapa nak ganti?

 

Amira: Hahaha, suruhlah adik kau.

 

Haziq: Erhhh, aku bawak lari dulu duit aku. 

 

Haziq memegang poketnya bagai duitnya ada di dalam. Kami semua ketawa.

 

Nad: Macam mana kau kat New York?

 

Amira: Ok jer. Best lah kat sini. Akhirnya, impian aku tercapai. Tak sangka rasanya. Korang macam mana kat Beijing? Ana dah jumpa mamat cina hensem2 kat sana?

 

Ana: Dah..*teringat pada Prof Kris*

 

Fani: Di jatuh cinta dengan prof. Hahaha. Dah la psycho.

 

Ana: Hei! Psycho pon, dia hensem. Arghhh.

 

Amira: Ala, dia memang tak leh tengok siket mamat hensem. Time tu la dia cakap dia lah putera dari kayangan lah, first love lah. Berapa kali entah first love.

 

Sedang mereka bergalak ketawa tiba-tiba satu lagi suara asing menyapa mereka dari telefon.

 

Ikmal: Hallu

 

Haziq: Arghh! Kembarku!

 

Fani: Adik aku ke tuh?

 

Amira: Yer la. Suara adik kau pun kau tak kenal dah?

 

Ikmal: Kakak aku dah tua...

 

Fani: Aku dengar Ikmal...

 

Ikmal: Bye

 

Amira: Woi! Ikmal kau tak nak cakap dengan kakak kau?

 

Ikmal: Merajuk

 

Nad: Tak heran dah Mira. Haritu baru sampai sini boleh pulak terlupa adik dia kat mana.

 

Amira: Waduh! Fani! Teruk lah kau ni

 

Haziq: Memang pun. Dah la tu. Masa tu orang baru nak peluk dia tiba-tiba berubah jadi Hulk.

 

Fani: Apa? Hulk? Kau meh sini hulk ni nak bagi belaian manja kat kau....*lengan baju dilipat*

 

Telefon dipas kepada Ana. Haziq sudah melarikan diri apabila kakaknya bertindak sekali lagi menjadi Hulk. Petang itu dipenuhi dengan gelak ketawa yang tidak berhenti.

 

Malamnya...

 

Ana: Irfan! Poster apa ni kat dalam bilik aku?!

 

Irfan datang masuk ke bilik Ana. Dia tersenyum melihat hasil kerjanya.

 

Irfan: Seulgi ku sayang... Cantik kan?

 

Ana bagai mahu mencekik kembarnya di sebelah. Sakitnya hati!

Fani datang lalu masuk ke dalam bilik Ana.

 

Fani: Ana sejak bila kau suka dekat Seulgi ni. Setiap sudut poster Seulgi.

 

Fani masih lagi meneliti setiap sudut bilik Ana.

 

Ana: Tak minatlah aku dengan ape tu? Sugi?.Ni hah Irfan! Habis bilik aku. Penuh dengan sugi.

 

Irfan: Seulgi la!

 

Ana: Kesah apa aku!

 

Fani: Sabar jer la Ana. Kau tengok bilik aku ni.

 

Fani menarik tangan Ana ke biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka...

 

Ana: Siapa yang tampal poster EXO ni? dah jadi macam bilik aku jer ni.

 

Fani: Siapa lagi. Adik aku la.

 

Haziq lalu di belakang dengan selamba. Ana dan Fani memandang ke arah nya.

 

Haziq: E .X .O! Listen! Baby baby...

 

Haziq berlalu pergi ke dapur sambil meneruskan rapnya..

 

Ana: Boleh tahan rap. Dengan muka blur dia tu. Rosak part Chanyeol...

 

Fani: Hei! Blur kau blur. Adik aku yang hensem lagi kacak lagi digilai orang tu kau kata blur? Bakal idol tu.. kau tahu ape...

 

Ana:Err.. idol sangat...

 

Fani: Eh! Jom tengok Nad kat dalam bilik. Dari tadi kita kat luar, dia tak keluar2 pon.

 

Ana: Hmm... Jom lah

 

   Ana fan Fani pergi ke bilik Nad. Sampai di hadapan bilik nad semuanya melopong melihat poster Taeyang di hadapan pintu....

 

Fani: OMG... Nad ni biar betul...

 

Ana: Nad dah tak betul..

 

Pintu dibuka dari dalam.

 

Nad: Apa yang tak betul? Betul lah ni. Hensem tak pakwe I? Oh abe Taeyang.. Neoui nun ko ip nal manjideon ne songil jageun sontopkkaji da~~

 

Ana: Stop it Nad... lagi teruk suara kau dari Fani. Kalau Irfan kata suara Fani itik. Aku rasa kau lah ibu itiknya.

 

Nad: eh suka hati aku lah. Yang kau duduk depan bilik aku kenapa? 

 

Ana: kitaorang risau sebab kau tak turun-turun

 

Nad: Aku nak selesaikan poster abe Taeyang kuuu... dah pergi bla!!*tutup pintu*

 

Fani: Eh dia hempas pintu depan aku... Dah ah.. nak pergi tolong Haziq kat dapur.

 

    Mereka pergi kedapur untuk menolong Haziq.

 

Ana: Tak sia-sia Haziq ada.. sedap gila kut dia masak. Dahlah rajin... bukan macam kau! Menghabiskan makanan..*menjeling Irfan*

 

Irfan:Whatever Ana... bersyukurlah yang aku ada kat sini. Kang kalau aku takda kang tak ada siapa nak gaduh dengan kau.. 

 

Ana: Sedih pulak aku dengar kau cakap macam tu. Maafkan daku wahai kembarku.. *bangun lalu memeluk Irfan*

 

Semua orang be like: .......

 

Nad: First time diorang macam ni.

 

Haziq: Kakak, nak peluk jugak...*merengek manja*

 

Fani: Kau dah kenapa Haziq? Buang tebiat?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet