I Lomite U

I Lomite U

Note to my love: 

   Awak bagai kan bintang yang menerangi hati saya selepas kekosongan yang menghuni sebelum ini. Cinta saya kepada awak tak pernah beralih walau seinci pun dekat orang lain. Jadi tak payahlah awak nak merajuk kalau ada perempuan secantik atau seseksi mana pun lalu. Sebab awak dah curi hati saya lama dulu dan ikat saya sampaikan saya lemas dalam cinta awak. Selamat bekerja sayangku. Jadikan hari awak bahagia dengan ingat saya selalu ok? Muah...

- KAI<3

         

   Tersengih-sengih aku membaca nota yang terlekat pada cawan kopi di atas mejanya. Hmmm..siapa lagi kalau bukan kerja Kekasih hati aku. Kai, kenapa lah kau buat rama-rama dalam perut aku gila kerana cinta kau. Tiba-tiba datang photographer sesat yang merosakkan mood pagi aku. 

   "Nak apa datang office orang pagi-pagi ni? Tak kerja ke?" Aku bertanya pada dia.

 

   " Aku kerja bukan macam kau. Aku ada orang call aku pergi la. Yang kau tersengih- sengih depan cawan dah kenapa? Kepala dah mereng eh? Kesiannya kat kau" Kris membuat muka kasihan lalu menepuk-nepuk belakang badan aku.

 

   Geramnya aku ngan mamat ni. Suka hati je cakap aku tak betul. Dia tu? Macamlah betul sangat? Menyampah!

 

   "Suka hati akulah nak sengih depan apa pun. Tak ada kena mengena dengan kau." Panas di dalam hati aku tahan sahaja.

 

   "Aku bukan apa. Aku sebagai lelaki sejati taknakla biarkan kau masuk hospital mental. Habislah syarikat ni kalau kau masuk hospital." Balas kris bersahaja.

 

   " Aku tak faham lah kenapa eomma dan appa suka dan berkenan sangat ngan kau. Apa yang aku tahu kau dah serabutkan hidup aku yang memang dah kusut ni." Kata aku dengan penuh emosi.

 

   "Bila masa pulak aku serabut serabaikan hidup kau. Aku datang ni nak lawat isteri aku. Eh dah lewatlah. Babai darling~ abang pergi dulu..muah! hahaha" balas Kris sambil ketawa.

 

   "Nak termuntah aku. Welk!" Aku membuat gaya mahu muntah hijau. Kris menuju keluar dengan ketawa yang tak dapat ditahan lagi.

 

   Itulah rutin harian aku setelah bergelar isteri kepada Wu Yifan a.k.a Kris. Permintaan terakhir eomma dan appa sebelum mereka pergi meninggalkan aku terpaksa aku turuti.

 

••••

 

    Pagi yang indah dengan kicauan burung yang sedang menyanyi dirosakkan dengan pergaduhan pasangan suami isteri yang urghh...

 

   "Mana kunci kereta aku?!?!" Tanya kris yang kelam kabut mencari kuncinya.

 

   "Mana aku tahu. Aku tak pernah sentuh kunci kau la." Suho membalas sambil menyuap secubit roti kedalam mulutnya.

 

    "Dah tu siapa lagi nak ambik? Mana ada orang lain lagi dalam rumah ni!!" Kris sudah separuh menjerit.

 

    "Ihhh. Aku cakap tak tahuuuuu!!!" Balas Suho. 

 

     Tiba tiba sesuatu jatuh dari kerusi Suho.

 

   "Dah tu? Apa? Kau memang sajakan cari pasal dengan aku." Kata Kris sambil merenung tajam Suho.

 

   "Mana aku tahu ada atas kerusi tu. Tak perasan pulak. Kau jangan nak tuduh-tuduh aku. Dah pergi berambus kata dah lewat." Jelingan maut diberi kepada Kris.

 

    " Aku dah lambat. Ni kau punya pasal. Siap kau. Kau tunggu aku balik nanti. Kau tunggu. Aku tahulah aku nak buat apa nanti. " mulut Kris masih lagi tidak berhenti dengan blackmail yang diberikan kepada Suho.

 

   "I don'care~~ " balas Suho sambil menyanyi.

 

      Kris telah pergi dari rumah dan tiba-tiba kedengaran telefon bimbit Suho berdering dan terpampang nama Kai di skrin.

 

    "Hai baby! Buat apa tu. Rindu laa" sapa Kai dari dalam telefon.

 

    "Hai awak. Saya tengah cakap dengan baby saya la ni " balas Suho.

 

    "Hish, nakal betul awak ni. Awak, saya kena pergi Australia esok. Saya kena stay kat sana 6 bulan. Rindu lah saya dekat awak nanti. Awak sejak kebelakangan ni busy sangat. Ke awak ada orang lain? " tanya Kai. 

 

    "Eh, apa awak mengarut ni. Mana ada. Saya busy dengan kerja la. Saya sayang awak sorang jer. Sampai hati awak tuduh saya macam tu." Suho membuat suara merajuk. 'Kai, sumpah saya cinta awak sorang. Tapi maafkan saya. Saya dah kahwin.'

 

      "Ala-ala baby kita merajuk pulak. Okey2. Saya percaya awak. Tapi masa saya tak ada kat sini nanti, awak jangan nakal sangat tau. Jaga mata tu. Jangan asyik pandang mamat hensem jer. Ingat tu!!"

 

    " Ya saya ingat. Saya tak terpikatnya dengan orang lain. Awak pun sama tau."balas Suho.

 

   "Ya lah baby.. byebye. Miss you. Muah!"

 

    Suho membalas flying kiss Kai lalu menutup panggilan telefon.

 

    Dia dah curiga. Aku tak ada perasaan apa-apa pun pada Kris tu. Tapi apa boleh buat. Tak apa bila Kai dah balik aku akan pastikan aku dengan mamat tu tak ada apa-apa hubungan'. Suho bermonolog.

 

••••

 

    Kris sampai ke lokasi shooting. Untuk sesi photoshoot pengantin. 

 

   "Lambatnya kau! Berjanggut aku tunggu. Kesian pengantin" kata Baekhyun yang merupakan rakan setugas Kris.

 

   "Maaflah. Kunci kereta tak jumpa. Dekat setengah jam aku cari. Drive dah mengalahkan pelumba F1 tadi." Kris cepat-cepat mengeluarkan kamera Canon nya.

 

   "Macam-macamlah encik phographer ni. Kahwinlah cepat-cepat macam kami ni. Kan sayang? " kata si pengantin lelaki.

 

   "Ye betul tu. Nanti kalau dah ada isteri kan senang. Rumah tak bersepah senang lah nak cari barang. Diri sendiri pon terjaga. Ni tak, selekeh jer" Baekhyun melarikan diri apabila Kris cuba mencubitnya. Dasar kawan tak kenang budi.

 

   "Ye lah tu. Makin haru biru aku adalah. Kunci tadi pun dia punya pasal la. Isteri lah sangat~" Kata Kris tanpa sedar.

 

   Akhirnya semua mata tertumpu padanya. Krik krik~ 

 

   "Kau dah kahwin ke Kris?" Tanya Baekhyun memecahkan keheningan.

 

   'Aduhai. Apa aku cakap tadi. '

 

   "Ha? Tak adalah. Apa kau mengarut ni. Dah dah. Sambung balik." kata Kris meneruskan kerja menghiraukan semua yang tertanya-tanya.  

 

    Tiba-tiba datang seorang gadis berambut panjang berbaju separas peha datang menggedik-gedik ke arah Kris.

 

   "Oppa.. oppa cakap nak jadi photographer saya. Penat saya tunggu oppa tau." Tangan gadis itu mula merayap pada badan Kris membuatkan Kris terasa rimas.

 

   "Ya ya. Tapi saya kena selesaikan ni dulu. Sabarlah." Kris menjawab acuh tak acuh saja. Kalau tak disebabkan bayaran yang tinggi, tak hingin juga dia melayan gadis gedik tu.

 

Meanwhile that.... 

 

    " Mana pulak dia ni. Jenuh aku mencari. Ha tu dia. Amboi amboi, aku susah susah datang sini dia menggatal pulak." Sakit pula matanya melihat gadis itu menyentuh-nyentuh badan sasa Kris. Ergh! Nak jer aku pergi serang perempuan tu.

 

   "Nanti kauuu"Suho menuju ke arah Kris dan memeluk Kris dari belakang membuatkan Kris terkejut.

 

   Perlahan-lahan Kris melihat siapakah gerangan yang memeluknya sesuka hati tu. Perlahan-lahan senyuman yang sememangnya tak ikhlas diukir.

 

    'Eh dia ni. Buang tebiat ke apa? Kan aku balas kan jadi benda lain pulak. Haish Kris. Behave Kris behave. Kris bermonolog di dalam hati.

 

   "Oppa. Siapa dia ni?" Tanya gadis itu.

 

   Belum sempat Kris menjawab, Suho melepaskan pelukan dan berdiri disebelah Kris dan memeluk tangannya sambil menyandarkan kepalanya pada Kris.

 

   'Kau kenapa Suho.. buat aku seram sejuk.'

 

    "Awak... siapa ni?" Tanya Suho dengan nada menggoda.

 

   'Suho kau jangan macam-macam.'

 

   Tiba-tiba datang Baekhyun yang muncul entah dari mana. 

 

   "Pandai kau sekarang.. sejak bila ni?" Baekhyun mengangkat keningnya sebelah memandang Suho.

 

   "Hai. Saya Baekhyun kawan Kris."sapa Baekhyun kepada Suho. 

 

'Operasi mengorat dah mula la tu. Tak boleh tengok orang lawa muka flawless sikit. Mulalah miang tu.' Kris menjeling Baekhyun tajam. 

 

   "Hai. Saya Suho." Balas Suho sambil tersenyum manis.

   

   "Lawa lah awak. Saya ni single lagi." Kata Baekhyun menggatal.

 

   "Eh kau agak-agak ah." Cepat-cepat dia potong. Nanti melarat pulak. Yang Suho tu pulak melayan jer.

 

   "Lawa lah kawan kau. Single lagi ke?" Tanya Baekhyun.

 

   Suho tersengih-sengih menerima pujian.'ada orang cakap aku lawa~~ ish rimas pulak duk pegang mamat ni.' Cepat-cepat Suho melepaskan pelukannya pada Kris.

 

   "Kawan kau kawan. Isteri aku ni." Balas Kris tanpa sedar 'sekali lagi'.

 

    Pengakuan Kris menyebabkan pasangan pengantin itu memandang kepadanya. Mulut Baekhyun pula sudah ternganga luas menunggu masa lalat masuk sahaja.

 

   'Aduhai terlepas cakap lagi..' 

 

   Suho menyiku Kris dan membisikkan sesuatu.

 

    "Kau kenapa? Jealous eh? Jatuh saham aku. Yang pergi mengaku kenapa? Hilang dah status single aku"

 

   "Aku dah berapa kali terlepas cakap. Kau punya pasal lah. Yang kau datang ni kenapa?" Balas Kris.

 

   "Aku pun tak ingin nak jumpa kau. Ni kira kau patut bersyukur aku datang. Kau pergi tinggal handphone dengan dompet kau pehal. Nah barang kauu." Kata Suho sambil menghulurkan barang Kris.

 

   "Bye. Balik dulu."kata Suho sambil berjalan pergi.

 

   'Ni peluang ni. Mengelakkan minah tu daripada terus ganggu aku.' 

 

   "Bye darling! Terima kasih tolong hantar. Bawak kereta elok-elok ya! Muah!*flying kiss*." Ayat-ayat bunga Kris dibalas dengan jelingan maut oleh Suho.

 

   Bahagia pula dapat mengenakan Suho. Hati mahu menyambung kerja tapi...

 

   "Kris kau dah kahwin!!!! Sampai hati kauu." Kata Baekhyun sambil meluru ke arah Kris. 

 

    "Tak sangka Kris rupanya dah kahwin." 

 

     "Lawa lah isteri dia."

     

     "Kenapa oppa dah kawin!!!."

 

    Macam-macam yang didengar oleh Kris. Ada yang gembira ada juga yang marah. Orang hot lain.... dan dia terpaksa menjawab bermacam-macam soalan daripada Baekhyun yang mengalahkan pembantu peribadi kepada CEO nya.

 

   'Apa lah nasib aku...'

 

••••

 

 Kris pulang ke rumah setelah selesai segala photoshoot. Ketika ingin ke biliknya Kris terlihat Suho sedang membaca majalah sambil berbaring di atas katil biliknya. Idea jahatnya tiba-tiba keluar.

 

   'Jaga kau Suho... hehehe...'

 

    "Ahh! Apa pulak ni!! Blackout tak tentu pasal. Ish!." Suho berleter sambil turun dari katil untuk pergi ke plug.

 

    "Mana plug aku?. Eh... siapa ni?" Tangan Suho badan seseorang di hadapannya. Takkan la...

 

Plup...

 

    Lampu terbuka dan jelas kelihatan Kris berada dihadapan suho dengan jarak hanya beberapa inci sahaja.

 

    "Kau ni dah ke..kenapa?" Tanya Suho tergagap kerana gugup dengan keadaan mereka yang hampir sekali. Buat pertama kali, Suho dapat melihat Kris sedekat ini.

 

   Kris berjalan mendekat kearah Suho dan Suho mengundur ke belakang dan akhirnya terperangkap. Kris mendekat dan mengunci badan Suho mnyebabkan Suho menggigil ketakutan.

 

   "Kau dah gila ke Kris? Lepaskan aku!" Pinta Suho.

 

    Kris mendekatkan wajahnya pada Suho menyebabkan Suho memalingkan wajahnya ke kanan. Kris menggesek lembut hidungnya pada Suho lalu membisikkan sesuatu pada Suho. 

 

    "Ini balasan untuk pagi tadi. Hahaha" 

 

     Kris melepaskan Suho lalu ketawa. Tiba-tiba satu tamparan diberikan. 

 

   "Kau jangan nak suka-suka hati buat aku macam tu. Sekali lagi kau buat siap kau! Dah pergi keluar dari bilik aku. Aku taknak tengok muka kau!!" Suho menolak badan sasa Kris keluar daripada biliknya. Argh! Benci kau Kris!

 

   "Kau tampar aku? Ni dah lebih.... Woi!! Kau ingat aku nak sangat ke kiss kau!!! Tolong lah, aku pun tak ingin!! Kau tahu tak!! Bibir aku ni geli tau geli!!" Kris menjerit tidak puas hati. Sempat Kris menapak ke belakang sedikit apabila Suho menghempas pintu biliknya. Hampir saja hidungnya menjadi serong akibat hempasan pintu itu. Kris berjalan masuk ke biliknya dengan perasan tak puas hati yang masih berbaki.

 

••••

 

    Keesokkan harinya tiada pergaduhan pagi yang kebiasaannya berlaku kerana keduanya tidak memulakan percakapan. Akhirnya Kris mengalah dan meminta maaf pada Suho.

 

   "Aku nak minta maaf pasal semalam." 

 

    Tiada respon daripada Suho yang sedang menonton televisyen.

 

   "Suka hati kau lah. Aku nak keluar." Kris berlalu pergi keluar dari rumah. Masih lagi mengharao respon dari Suho.

 

   "Nak pergi mana?" Akhirnya Suho memberikan tindak balas.

 

   "Mall."jawab Kris didepan pintu.

 

    "Nak ikutttttt!!!!!!" Kata Suho lalu berlari masuk ke bilik untuk menukar baju.

 

   "Ish dia ni. Tadi merajuk. Emm..kuasa mall~." Bibir mengukir senyuman lega.

 

•••• 

 

    Mereka pergi ke mall dan Kris menjadi mangsa keadaan kerana diheret kesana kemari oleh Suho memasuki hampir semua kedai dan masih tidak tahu apa yang nak dibeli dan akhirnya Suho membuat keputusan membeli barang keperluan untuk membuat kek.

 

   "Dah tu duk masuk kedai kasut lah baju lah beg lah. Akhirnya beli tepung.... Aduhai Suho...."

 

    "Aku tak tahu nak beli apa. Lepastu aku tiba-tiba rasa nak buat kek aku belilah bahan bahan..." dengan selamba Suho menjawab.

 

   "Pening aku melayan kau. By the way, pandai ke kau buat kek?" Tanya Kris menyindir.

 

   "Eh apa kau ingat aku tak boleh? Nanti kau. Mesti tak cukup punya kau makan kek aku." Jawab Suho dengan bangga.

 

   "Ye lah tu." 

 

••••

 

   Kris terpaksa membiarkan Suho dan keknya didapur sendirian. Suho menghalaunya tadi kerana cubaan mengacau kerja Suho tadi. Kris mencuri-curi lihat Suho dan keknya didapur. 

 

   'Kek dia dah jadi. Pandai juga dia rupanya.'

 

    "Tak payah nak mengendap sangatlah. Macam aku tak nampak." Kata Suho yang perasan dengan kehadiran Kris.

 

   Kris hanya tersengih-sengih apabila tertangkap oleh Suho.

 

    "Jom makan!! Hihi." Suho menarik Kris duduk di meja makan.

 

    "Sedap tak kek aku?" Tiada respon.

    

      " Ish kau ni makan macam budak-budak." Suho mengambil tisu lalu mengelap pipi Kris yang terkena kek.

 

    "Sedap! Nak lagi!!" Tanpa segan silu Kris meminta lagi.

 

     "Hmm habislah kek aku..." balas Suho. 

  

     Ketika Suho sedang memotong kek, Kris mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya dan menunjukkannya pada Suho. Membuatkan Suho tercengang.

 

    'Mimpi apa dia bagi hadiah kat aku?'

 

    "Happy birthday Suho. Jaga elok-elok eh hadiah aku." 

 

........... 

 

   "Woi ambiklah. Ish dia ni lambat lah." Kris membuka kotak hadiah tersebut menyebabkan Suho terkejut melihat isinya.

 

    "Bak tangan kau" Kris menarik tangan Suho lalu menyarungkan cincin pemberiannya pada Suho dan ternyata muat dijari manis Suho.

 

    "Macam mana kau tahu? Aku tak bagitahu pun." Suho masih lagi asyik melihat cincin perak bertatahkan berlian.

 

     "Kau dah nyanyuk ea? Aku bukannya baru kenal kau semalam. Aku kenal kau dari kecil lagi. Kita selalu sambut birthday sama-sama" 

 

   "Ingat lagi kau ya. Hahaha. Terima kasih untuk hadiah ni. Cantik." Ucap Suho dengan ikhlas.

 

    "Sama-sama. Ini sebagai tanda persahabatan kita. Jaga elok-elok walaupun lepas ni kita berpisah nanti." Kris tersenyum walaupun ayat yang diberi tadi membuatkan hatinya terusik sedikit. 'Perasaan apakah ni?'

 

   Suho tak tahu apa yang dia rasa tetapi yang pasti dia seolah-olah tak rela menerima kenyataan yang dia akan berpisah dengan Kris. 

 

••••

 

     Bulan December telah tiba. Bulan terakhir mereka bersama. Sungguh cepat masa berlalu.

 

   Pagi yang indah seperti biasa....

 

   "Kau kenapa?!? Suka hati aku lah nak keluar dengan siapa punn!!" Marah yang ditahan akhirnya terluah.

 

    "Masalahnya lelaki tu miang duk pegang awak heret awak sana sini."

 

    "Eh awak jangan nak suka-suka hati kutuk kawan saya!! Apa kena mengena dengan awak kalau dia miang sekali pun?!?" Suho masih lagi tidak puas hati.

 

    "Mestilah ada kena mengena! Awak tu isteri saya. Memang lah saya kena ambik kisah!!" Balas Kris lantang.

 

    "Saya dengan awak tak lebih dari seorang kawan ok!. Kita tak mencintai antara satu sama lain. Perkahwinan kita hanya atas kertas! Awak jangan nak sebut pun hal yang saya ni isteri awak! Awak faham!!" 

 

   "Ok then. Fine. Aku tak nak ambik kisah dah pasal kau!!!" Balas Kris lalu pergi ke arah biliknya.

 

   "Aku tak suruh kau ambik kisah pun. Arghh!!" Kata Suho menuju ke biliknya lalu melempar cincin pemberian Kris. 

 

   Kedua-duanya masuk kedalam bilik dan... dum!! Menghempas pintu masing-masing.

 

••••

 

    Mereka makan bersama seperti biasa di dapur namun tiada siapa yang memulakan bicara sehingga lah....

 

   "Aku nak minta maaf dengan kau. Aku malas dah nak gaduh dengan kau. Lagipun hanya tinggal berapa hari je lagi." Suho memecahkan keheningan.

 

   "Baguslah tu. Aku pun nak minta maaf. Woi, mana cincin yang aku bagi hari tu?" Suho memandang jarinya yang kosong.

 

    "Aku lempar semalam lepas tu aku cari balik dah tak ada." Suho menjawab dengan selamba bagai tiada apa-apa.

 

    "Kau memang. Aku tak kuasa dah nak beli hadiah lagi dekat kau." Di dalam hati, Kris agak terasa hati. Suho lansung tidak menunjukkan rasa bersalah.

 

    "Aku pun tak nak." Balas Suho lalu menjelir lidah kepada Kris.

 

   Keadaan telah kembali normal. Sementara menanti hari perpisahan mereka tiba, mereka telah bersepakat untuk berhenti bergaduh dan cuba melayan satu sama lain seperti pasangan suami isteri yang sebenar.

 

   "Awak, tinggal lagi dua hari je lagi sebelum kita berpisah. Nak tak kita habiskan masa kita dengan mencipta kenangan yang indah antara kita." 

 

   "Okay kalau macam tu. Kita ke pantai hari ni." 

 

   "Okay. No problem. Kita picnic di pantai!!" Suho ke dapur bagi menyiapkan bekalan untuk berkelah.

 

   Kris memandang Suho yang begitu ceria memasak di dapur.

     

     'Suho, adakah ini kali terakhir aku akan tengok senyuman kau tu? Kenapa aku rasa yang aku tak mampu hidup tanpa kau lepas ni?'

  

      'Kris, adakah kau sanggup ke nak lepaskan aku sebab aku rasa macam tak sanggup tinggalkan kau'

 

   Sebaik sahaja tiba di pantai. Mereka menghabiskan masa bagai pasangan suami isteri yang bahagia. Apabila Kris bersusah payah membuat istana pasir sudah pasti Suho datang sebagai jentera pemusnah. Bekalan yang dibawa pula dimakan bersuap sesama mereka sehinggakan Kris boleh tercekik akibat suapan Suho yang terlalu banyak. Ketika itu, dunia menjadi saksi kepada kebahagiaan mereka tanpa memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini.

 

••••

 

   Sungguh cepat masa berlalu. Malam ini merupakan malam terakhir mereka bersama. Mereka bercandle light dinner dibawah cahaya bulan yang menerangi malam mereka. Bintang pula bagaikan lampu-lampu yang berkelip indah menambah lagi seri pada malam itu.

 

   "Suho, terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya selama ni. Saya minta maaf sebab dah banyak susahkan awak. Bergaduh dengan awak tiap-tiap pagi." Kris memandang Suho dengan senyuman yang cuba diukir seikhlasnya. 

 

   "Saya pun nak minta maaf sebab banyak buat awak marah dan terima kasih sebab sudi menjadi suami saya walaupun hanya beberapa bulan." Suho membalas pahit.

 

   Mereka makan dengan tenang. Mereka mengeluh tanpa sedar memikirkan perpisahan mereka. Selepas selesai, Kris menarik Suho untuk pergi ke suatu tempat.

 

   "Awak nak bawak saya pergi mana ni?" Tanya Suho yang kebingungan.

 

   "Ikut jelah." Balas Kris. 

 

   Kris membawa Suho naik ke atas bukit dibelakang rumah mereka yang ternyata sangat indah permandangannya. Mereka duduk di bangku yang terletak di bawah pokok.

 

   "Wow.. cantiknya. Saya tak tahu pulak pemandangan dari sini cantik." Suho menikmati pemandangan di hadapannya dengan teruja.

 

   "Tempat ni memang cantik. Saya memang bercadang untuk bawak awak kesini. Awak ok tak? Sejuk ke?" Kris bertanya apabila Suho mula berpeluk tubuh.

 

   Kris membuka kotnya dan menyarungkannya pada Suho. Perbuatannya itu membuatkan Suho terkedu dengan sifat romantik yang ditunjukkan oleh Kris.

 

   "Minta maaf lah pasal saya awak menggigil. "

 

   "Tak adalah. Saya ok."  

 

   Untuk seketika suasana di sekeliling mereka begitu sepi. Kris memandang Suho lama. Ketika itu mata mereka bertentangan buat seketika. Semakin lama wajah mereka semakin mendekat sehinggalah bibir mereka bersatu. Tanpa disedari air mata turut meluncuri di pipi mereka bersama empingan salji yang mula turun menambah kenangan.

 

••••

 

   Semuanya telah berakhir. Mereka pulang ke rumah mereka masing-masing meninggalkan rumah yang menyimpan beribu kenangan kosong tanpa penghuni. Kini Kai sudah pun pulang ke Korea dan terus melamar Suho. Semuanya seperti terlalu cepat dan Suho menerima lamaran Kai tanpa berfikir lagi. Mereka akan berkahwin pada minggu depan dan kini berada di sesi photoshoot dengan memakai baju pengantin.

 

   "Awak, siapa phographer kita?" Tanya Suho kepada Kai. 

 

   "Saya pun tak kenal. Kawan saya recommend kan. Katanya bagus." Jawab Kai.

 

   "Maaf saya terlambat. Jalan sesak." Satu suara garau menyapa dari belakang.

 

   Phographer mereka telah sampai. Suho berpaling ke belakang. Mata Suho membuntang luas. Sungguh tidak sangka.

 

   "Tak apa. Kami pun baru sampai." Kata Kai pada Kris.

 

    "Tahniah encik. Bakal isteri encik cantik." Kris memandang Suho sambil tersenyum. 

 

    "Terima kasih. Suho are you alright? "

 

   "Saya ok. Minta maaf sebab mengelamun." Kata Suho.

 

   Mereka memulakan sesi bergambar mereka. Dan itu sungguh tidak menyenangkan bagi Suho mahupun Kris. Namun segalanya telah berlalu. Kini Suho adalah milik Kai.

 

••••

 

   'Suho bahagia bersama Kai. Keputusan aku melepaskan dia adalah keputusan terbaik. Berbahagialah Suho.'

 

   Kris membuat keputusan untuk pulang ke Kanada untuk memulakan hidup baru. Suho dan Kai hidup bersama-sama dan sangat bahagia. Namun takdir berkata lain...

 

••••

 

 2 tahun kemudian....

 

    "Ish kau ni. Aku baru sampai kat airport. Aku suruh ikut tak nak. Aku tahu kau rindu aku.. hahaha"

 

   "Perasan lah kau. Aku risaukan kau je. Mana tahu kapal terbang jatuh ke apa."

 

    "Kawan tak kenang budi. Nak kita mati dalam kapal terbang pulak. Tak apa tak apa. "

 

   "Suka hati kaulah. Byebye."

 

    'Apalah dia ni. Handphone aku macam kena rasuk dibuatnya. Ada ke takut kapal terbang jatuh pulak. Baekhyun Baekhyun. Tidak dinafikan kau memang kawan baik aku. Oh Seoul I'm back!!! Hahaha'

 

    Setelah dua tahun Kris di Kanada, dia pulang kembali ke Korea. 

 

    'Apa yang terjadi? Kenapa aku masih dipertemukan dengan dia. Aku pergi selama 2 tahun dan kembali ke sini tak sampai satu hari aku telah dipertemukan dengan dia. Kenapa? Kenapa?'

 

    Dalam perjalanan pulang ke rumah. Kris menaiki teksi dan tiba-tiba berlaku kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesakkan lalu lintas. Sungguh tidak disangka, Suho dan Kai terlibat dalam kemalangan itu. Kris mengiringi ambulance yang membawa mereka ke hospital. 

 

   "Doktor macam mana dengan mereka?" Tanya Kris pada Doktor. 

 

   "Penumpang kereta tersebut cuma mengalami cedera ringan dan telah pun sedar. Tapi pemandunya cedera teruk dan sudah tiada harapan lagi. Encik boleh masuk. Saya pergi dulu ya." Kata Doktor lalu berlalu pergi.

 

   Kris masuk ke bilik rawatan dan mendapati Suho berada di sisi Kai. 

 

   "Suho. Bawak bersabar. Aku tahu kau kuat. "

 

   "Kenapa semua orang tinggalkan aku. Dulu eomma dan appa. Sekarang ni suami aku pula yang nak tinggalkan aku" Kata Suho sambil memandang ke arah Kris dengan ekspresi muka yang hampir menangis.

 

   "Ini adalah takdir. Kau kena rela." Kata Kris lalu menggosok belakang Suho untuk menenangkannya.

 

    "Aku keluar dulu ya. Aku tunggu kat luar." Kata Kris lalu berlalu pergi meninggalkan Suho sendirian bersama Kai.

 

   "Awak.. jangan tinggalkan saya. Saya dah tak ada orang lain selain awak." Suho berkata sambil menangis. 

 

   Tiba-tiba tangan Suho digenggam. Kai telah sedar.

 

    "Awak.. awak dah sedar? " 

 

    "Awak, saya minta maaf. Terima kasih sebab dah bahagiakan hidup saya selama ni. Saya tahu walaupun awak bahagia bersama saya. Tapi awak seolah olah kehilangan sesuatu. Saya tahu hati awak dekat dia. Dulu saya jeleous tapi sekarang saya dah tak kisah. Saya lepaskan awak. Cari kebahagian hidup awak. Terima kasih sekali lagi... Suho..."

 

Beep... beep... beeepppppppppp.....

 

  "Awak!!! Awak!!!! Bangun awak!!" Suho menjerit sambil menggocang badan Kai yang telah terkulai lemah.

 

    Kris masuk kedalam bilik setelah mendengar jeritan Suho. Dan terus memanggil doktor setelah melihat keadaan Kai.

 

••••

 

   Setelah majlis pengebumian Kai selesai. Kris mengajak Suho pulang ke rumahnya tetapi Suho menolak.

 

   "Jomlah balik rumah aku. Kau tu belum makan lagi." 

 

   "Taknak lah. Kalau kau nak suruh aku makan, bawak aku balik rumah kita dulu."

 

   "Buat apa? Bukan boleh buat apa kat situ."

 

   "Tak kira. Kalau tak aku taknak makan."

 

   "Emm ya laaa.."

 

   Kris dan Suho menuju ke rumah mereka.

 

   "Rindunya rumah ni... Rindu aku gaduh dengan kau setiap pagi. Hahaha." Kata Suho.

 

   "Hadoi. Mengimbau kenangan nampak? Aku pun rindu gaduh dengan kau sebenarnya. " balas Kris. 

 

   "Ingat tak yang kes kunci dulu? Sebenarnya memang aku ambik sebab nak kasi kau naik teksi pergi kerja. Hahaha... boleh pula jatuh kunci tu." 

 

   "Jadi betullah kau yang ambik. Aku drive macam pelumba F1 masa tu."

 

   "Kau macam mana? Dah kahwin? Ke bujang lagi?"soal Suho.

 

   "Siapa lah yang nak kat aku.. " jawab Kris dengan nada sedih.

 

   "Amboi. Ke tengah tunggu someone? Hahaha" usik Suho.

 

   "Haah. Tengah tunggu someone. Hahaha" 

 

   "Kan dah cakap... Baekhyun macam mana? Lama dah tak jumpa."

 

   "Dia ikut aku ke Kanada haritu. Dah kahwin dah pun.."

 

   "Dah kahwin? Hahaha.. bujang tua lah kau Kris. Hahaha" kata Suho dengan ketawa yang tak dapat ditahan lagi.

 

   "Sampai hati kau. Huhu aku tahu tak laku." 

 

   Tiba tiba Kris terlihat sesuatu.

 

   "Suho, kenapa kau tak terus terang dengan aku?

 

   "Maksud kau?"

 

   Kris menarik tangan Suho dan kelihatan sebentuk cincin di jari manisnya. Cincin yang sangat dikenali Kris. Cincin pemberiannya. 

 

    "Kenapa kau tak terus terang? Kenapa? Jawab Suho. Jawab."

 

    "Ya cincin ni masih ada. Tak hilang. Sebab aku sayangkan cincin ni. Sebab aku sayangkan kau. Tapi semuanya dah terlambat." Kata Suho lalu berpaling membelakangkan Kris.

 

    Kris menarik Suho dan berhadapan dengannya.

 

   "Kau patut beritahu tu dulu sebelum aku lepaskan kau. Aku lepaskan kau sebab aku ingat kau tak suka aku. Aku lepaskan kau sebab aku nak kau bahagia dengan Kai. "

 

   "Sudah lah Kris. Ia dah berlalu. Dah terlambat semuanya."

 

   "Tidak ada yang terlambat atau cepat. Kau dah kunci hati aku. Hanya kau yang dapat membukanya. " kata Kris lalu menarik Suho dan menyatukan bibir mereka.

 

••••

 

    Mereka telah selesai makan malam dan Suho mengheret Kris pergi ke bukit belakang rumah mereka.

 

   "Jom laa.. nak pergi.."

 

   "Ye laa ye laa.."

 

   Mereka pergi dan duduk di bangku lama yang nampak agak berdebu.

 

   "I miss this place. Kris, awak curi first kiss saya kat sini."

 

   "It's my first kiss too ok.."

 

   "I really don't know why.. everything that happen to me.. at last it's bring me to you."

 

   "It's happen to me too.. Ia adalah takdir Suho. Kita telah ditakdirkan bersama. I lomite you Suho.." kata Kris lalu mengucup dahi Suho.

 

   "Okay... apa maksudnya tu?" 

 

   "Hahaha. I love miss hate you. I lomite you. Eh hujan lah.. "

 

   "Eh.. jom laa balik."

 

    "Before that.." Kris bangun dan melutut dihadapan Suho.

 

    "Will you marry me?" Serentak itu hujan turun dengan lebat mebasahi mereka.

 

    Suho menarik Kris bangun lalu menyatukan bibir mereka. 

 

    "Suho, its mean yes?"

 

    "Of course. You pabbo.... hahahaha"

 

    'Ini adalah hari paling bahagia untuk aku. Terima kasih tuhan.'

 

******** the end********

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KrisHo_12
#1
Chapter 1: So sweet and cute. Saya hampir menangis mase dorang nk berpisah tu and lastly dorang bersama.. how sweet..
keyqa98 #2
Chapter 1: Awww sweet gilaaaa!! Keraii
GreenDecember #3
Chapter 1: Finally, happy ending...