Aku trainer di SM

Aku Chen
Please Subscribe to read the full chapter

“Hari ini hari yang indah, hari yang sangat ceria untuk aku yang comel ini, okey mohon maaf pembaca, kadang kala aku nie jenis yang perasan sikit,” kata ku depan cermin. Hari ini aku akan pergi audition SM, mesti semua tertanya-tanya kan apa itu SM, ia bukannya Semoh Mamat tapi ianya Soo Man, di mana tempat ramai idol yang femes dilahirkan, bukan beranak tapi dijadikan sebagai bintang yang bersinar di atas pentas, aku harap korang tak bayangkan bintang yang besar gedabak dekat galaksi itu lah yer. Dan sekali lagi, aku minta maaf kerana aku ni spesis yang banyak cakap, well, siapa tak kenal aku kan, Kim Jongdae a.k.a Chen.

 

Sebenarnya aku dah lama nak gunakan nama Chen nanti debut sebabnya aku memang suka Chendol, okey maaf, tak ada kaitan langsung, sebenarnya aku suka bintang, so aku letaklah nama aku Chen, Chen maksudnya bintang. Wohoo, aku akan pastikan aku bersinar ibarat bintang yang terang. Oh, hiperbola giler ayat, kalah penyair Negara yang terkenal iaitu A.Samad Said.

 

Tapi masalahnya sekarang ini ialah aku tak tahu nak pakai baju apa untuk pergi audition, baju kebaya memang tak lah kan, itu emak aku punya. Takkan nak pakai kain batik,sah sah aku nampak macam betik, maka aku yang memang tak ada bakat berfesyen ini hanya mengenakan pakaian yang simple sahaja, baju t-shirt polo dengan seluar jeans. Okey, simple sahaja, tapi aku bimbanglah jika nanti ada peserta yang memakai tuxedo, hahaha, kalau ada nanti aku akan troll dia habis-habisan, over aje, kau ingat kau nak pergi kahwin ke? Pleaselah.

 

____________________________________________________________________________________________________

Okey, kita dah sampai ke bangunan SM, mak aii, besar bapak bangunan dia, dengan langkah yang yakin seperti ingin ke medan perang aku masuk ke bangunan tersebut. Harap dapat jumpa tempat yang aku nak pergi audition tu nanti. Dalam perjalanan aku menuju ke kaunter pertanyaan, aku ternampak dua orang makhluk yang pelik, seorang tengah minum bubble tea dan seorang lagi muka panda sedang berselfie, apakah mereka berdua itu trainer atau peserta audition. Malaslah aku nak ambil tahu, bukan penting pun.

 

“Tumpang tanya akak, audition kat mana yer?” tanya ku kepada penjaga kaunter yang cantik dan lawa, tapi malangnya make up dia, mak aiii, berkilo-kilo kalah kilo dalam gula.

 

“Pergi ke tingkat 5, dan di sana ada tempat audition,” kata Penjaga Kaunter itu.

 

“Nak pergi ke tingkat 5 macam mana? Kena panjat ke?” aku menanya kepada penjaga kaunter tadi sambil mengangkat kening.  Muka penjaga kaunter itu seperti ‘kau nak penampar aku ke? Dah sah tangga dan eskalator ada.’

 

Aku pantas berlari meninggalkan dia dengan terkebil-kebil, hahaha, mangsa pertama aku dekat SM sudah ada. Aku dengan hati gembira terus menuju ke eskelator dan menekan semua nombor butang yang ada, seronoknya, tanpa aku sedar ada seseorang di belakang aku menegur aku.

 

“Memang hobi kau eh tekan semua nombor yang dalam lif, I like it, my style,” kata lelaki yang tinggi lampai itu. Wah, mukanya tak ubah macam mat salleh pun ada. Aku dengan malu-malu hanya mengangguk sahaja walaupun itu bukan hobi aku, aku saja aje nak try butang lif dekat Sm ni, maklumlah ni first time aku. Tiba sahaja di tingkat 3 mamat perasan macho, okey mengarut sahaja, mamat yang tinggi lampai itu keluar, mungkin itu tingkat di mana trainer berada kot. Mungkin lelaki itu ialah trainer.

 

“Huh, sampai juga aku dekat tempat audiotion, agak-agaknya En Soo Man ada tak, boleh lah aku tengok muka dia dengan dekat, kot-kot dalam gambar aje tak hensem, depan-depan hensem, who knows right, kahkah,” aku membebel seorang diri lagi menyebabkan staff di sana pandang aku dengan pelik. Mungkin dia ingat aku gila kot, cakap seorang diri, pleaselah aku waras tahap tak terjun bangunan lagi, okey.

 

Ramainya peserta audition yang datang, macam mana aku akan terpilih ni, hmm, aku kena fikirkan satu cara yang cerdik dan bernas.

 

“Weh! Semua, korang kena tinggalkan bangunan ni, ada kebakaran,” laung aku dekat semua peserta yang ada dengan nada yang sangat panik, pandai juga aku berlakon, kekekeke. Semua peserta yang ada di situ terus menjerit ketakutan dan melarikan di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
check out the poster for Aku Chen !!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 5: Chenchen si unta kaki troll XD
Aigooo chen chen. You re so meannn. Sakai ahh.
Saya suka story awk. You re my fav author♡
Thanks n keep writing!!!
AsyiA_MiZuki
#2
Chapter 5: waduh.hampir pecah perutku ini sebab banyak ketawa ^_^
misz_dina #3
Chapter 5: Hahaha xD lawak siot!!!
YeollieRancher
#4
Looks nice together, best of luck with your stories! ^^
Dragneel09 #5
Chapter 4: Chenchen....Kenapakah engkau begini? XD
Syazwaniroslee #6
Chapter 4: Sakit perut gelak. Sampai keluar air mata. Chen. Chen. Hahahahhaa. Troll kau tu. Hahahahha. Daebak cerita awk ni. ^^
Chocolate_Crush
#7
Chapter 4: Best fanfic ever! (Tapi versi troll punya la ye...)
nisakriseu #8
Chapter 4: Kris cool comel xD
happineseu
#9
Chapter 4: "Aku sayang kau lah Kris, tapi aku lagi
sayangkan kau kalau kau bagi aku
position leader Exo-M ini dekat aku."
ketamakan apakah ini Chen xD
jjongkeylover
#10
Chapter 4: hahahaXDD apa sudah jadi ngan Chen dan Chanyeol..mcm budak budak..
Kris,sayang sgt ke kat kasut tu sampai bau busuk?? -,-''