The Secret Of The 12 Princes

Please Subscribe to read further chapters

Description

Jiyeon merupakan anak kepada seorang usahawan yang sangat kaya yang bernama Kim Hyunsik. Tetapi setelah ayahnya ditipu oleh salah seorang daripada rakan perniagaan ayahnya, mereka menjadi miskin. Jiyeon dan keluarganya terpaksa berpindah ke kawasan luar bandar. Jiyeon hanya mempunyai ayahnya sebagai ahli keluarga kerana dia tidak mempunyai adik-beradik dan ibunya sudah meninggal dunia 3 tahun yang lepas. Oleh kerana mereka terpaksa berpindah rumah, Jiyeon juga terpaksa pindah sekolah. Dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencari kerja bagi membantu ayahnya. Di sekolah baru itu juga dia berkenalan dengan 12 orang pelajar lelaki yang sangat kacak dan baik hati. Mereka sangat popular di sekolah sehinggakan pelajar-pelajar perempuan di sekolah tersebut memanggil mereka ‘THE TWELVE PRINCE’. Mereka terdiri daripada Xiumin, Luhan, Kris, Suho, Lay (17 tahun), Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O(16 tahun), Tao, Kai dan Sehun(15 tahun). Mereka layan Jiyeon dengan sangat baik sejak daripada hari pertama Jiyeon di sekolah itu. Hari demi hari, mereka semakin rapat dengan Jiyeon dan tanpa disedari dua orang daripada mereka telah jatuh hati kepada Jiyeon. Jiyeon juga telah jatuh hati kepada salah seorang daripada mereka. Tetapi, mereka juga telah menyembunyikan satu rahsia yang sangat besar. Bukan sahaja daripada Jiyeon, tetapi daripada semua orang. Rahsia itu juga menyebabkan Jiyeon berada dalam bahaya. Dapatkah mereka menjaga rahsia mereka daripada diketahui oleh semua orang dan menyelamatkan Jiyeon daripada bahaya tersebut? Siapakah yang menjadi pilihan Jiyeon di akhir cerita?

Comments

You must be logged in to comment
airanana
#1
Chapter 4: Daebakk ! suka sangat cita ni . Gyuri dengan hara tu tampoo tahu la buruk betul prangai . Kan best kalau ade sequel hee btw best cerita ni author nim