ask.fm IV

Ask.fm/Kris_Fanfan@Galaxy611
Please Subscribe to read the full chapter

Kris bersalam-salaman dengan semua polis yang ada di Ibu Pejabat Polis itu termasuklah mak cik –mak cik cleaner, naik gila mak cik-mak cik cleaner itu apabila dapat bersalam dengan Kris yang hensem itu, mak cik –mak cik itu tidak tahu pun yang Kris itu ialah ahli Exo yang melarikan diri ke Malaysia.

 

“Nak, jemputlah makan nasi lemak yang mak cik bawak tadi, tak salah kan, makan dulu sebelum pergi,” pelawa mak cik cleaner yang sudah tidak ada dua batang gigi di depan.

 

Kris rasa bersalah jika tidak menerima pelawaan itu, mamanya ajar untuk hormat orang yang lagi tua, lebih-lebih lagi warga emas, walaupun tafsiran Kris itu sangat salah, kerana mak cik ini belum lagi dalam golongan warga emas, tapi dalam golongan berusia. Moga ada yang memberi penerangan yang betul pada Kris tentang maksud warge emas sebenar.

 

“Mu ni Mah, dok payoh pakso gak budok tu,” tiba-tiba datang mak cik berloghat Kelantan menegur mak cik yang pelawa Kris makan nasi lemak tadi.

 

Kris mengerutkan dahinya kerana tidak berapa nak faham apa yang disampaikan oleh Mak Cik cleaner tadi.

 

“Jomlah, kita makan dekat kerusi bangku sana,” Mak cik Mah mengajak Kris ke bangku yang terletak di Balai Polis Damansara itu.

 

 

Bekas Tupperware di buka, bersinar mata Kris melihat kesedapan nasi lemak di depan matanya itu, tanpa segan dan silu dia terus mengambil nasi tersebut dan memakannya dengan gelojoh sekali, terkejut mak cik Fatimah.

 

“Make molek gak, ish anok ni, mok cik dok sir wak nantu lah gini,” kata Mak Cik Fatimah tiba-tiba sambil mengelengkan kepalanya.

 

Terus ketawa Mak Cik Mah apabila dia mendengar yang Mak Cik Fatimah itu cakap.

 

“Kelakar lah kau ni Fatimah, kau tahu tak, kau tu ada anak lelaki saja, macam mana kau nak jadikan budak mat salleh yang hensem ini sebagai menantu mu?” tanya Mak Cik Mah.

 

Kris langsung tidak menghiraukan perbualan dua orang mak cik itu kerana dia terlalu leka makan nasi lemak yang sedap itu, ceh, balik nanti aku mesti cari gerai nasi lemak dulu, omel Kris dalam hati.

 

 

“Terima kasih atas nasi lemak yang sedap itu yer mak cik,” kata Kris sebelum beredar pergi dari Balai Polis itu. Mak cik-mak cik itu hanya mengangguk dan memberi senyuman kepada Kris.

 

_____________________________________________________________

“Okey, macam mana aku nak beli barang dapur? Sedangkan kereta tak ada dan aku pun tak tahu aku dekat mana?”Kris mengaru-garukan kepalanya apabila dia sudah pun berada di tengah-tengah Bandar yang tidak di kenali nya itu.

 

Dengan selambanya dia membuka Ipadnya dan tujuan asalnya patut lah membuka GPS mencari lokasi  tempat yang dia berada sekarang, malangnya mamat Kanada ini terus membuka akaun ask.fm apabila ada notification fan menanyakan dia soalan.

 

 

username:: alien_planetMercury

$oalan-- kapal angkasa version berapa yang sesua terbang ke galaxy?

$oalan-- kalau mahkluk asing menyerang bumi..apa yang encik akan buat.

 

 

“Fuh, soalan tahap professor mana boleh jawab ni?” kata Kris mengelengkan kepalanya. Dia yang sedang memgang Ipad itu terus melintas jalan tanpa menoleh kiri kanan menyebabkan dua buah kereta dari arah bertentangan terpaksa membrek memberikan dia laluan, What the hell lah Kris, kau ni memang tak peka dengan keadaan sekeliling.

 

Kris yang berjalan hampir separuh laluan zebra untuk pelintas jalan kaki itu tiba-tiba berasa penat, mungkin sebab makan banyak sangat, mana taknya, bubble tea, roti canai, keropok lekor dan nasi lemak. Dia tanpa perasaan tidak bersalah terus duduk bersila di atas laluan pelintas jalan itu.

 

Mengambil topi yang dipakai nya itu di mengibas-mengibas mukanya supaya sejuk sedikit,fuh, panasnya cuaca di Malaysia ini.

 

Kris menyambung balik melihat Ipadnya setelah meletakkan kembali topinya di atas kepala. Dia menekan Ipad itu untuk menjawab soalan tadi.

 

A:  Kapal layar pun boleh sampai ke galaxy cik adik.
Kalau makhluk asing menyerang, saya akan beli banyak-banyak roti canai, lepas tu saya  akan ajak semua makhluk asing itu lepak dekat kedai Nasi Kandar sambil minum teh tarik dan makan roti canai, saya pun akan berbincang dengan mereka elok-elok sambil menyanyi lagu cerita kedai kopi dan aku tanya apa khabar makhluk asing.

 

 

Selesai menjawab soalan Kris tersedar daripada lamunannya apabila terdengar bunyi hon kereta kuat sekali, mana taknya, dia yang duduk di tengah jalan raya itu menyebabkan kereta tidak dapat bergerak dari kedua-dua arah.

 

“Woi budak, kalu nak lepak pergilah kedai Mamak, ayo, yo~~,” marah Pak Cik yang dalam kereta itu sambil mengelengkan kepala.

 

“Apa macai ni

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
pertanyaan soalan sudah ditutup.

Comments

You must be logged in to comment
Ayla_Qistina
#1
Chapter 3: hahahhaha.. seyes.. tergelak baca .. aduuii.. kris dlm ni.. cool babe..
Dragneel09 #2
Chapter 4: Hahahagahahaga.....apsal lah makhluk mcm nie wujud jugak dlm dunia ni?
BaeBacon__L #3
Chapter 4: keep the change. oppss! terikut ayat kris pulak. sebenarnya nk taip keep update untuk next fanfic. this fanfic is the best. kris kris.. silalah berubah menjadi orang yg normal. hwaiting authornim for next fanfic. do the best. btw tao kat amerika ea? (out of topic) get well soon tao.
RayhanAdni #4
Chapter 2: khkhalhalalajsjswjdeowpkj omg seriously i love ur writting sebab sempoi dan tak bermadah sastera semua tu hahahahahaa well done dengan myvi tu takleh blah kahkah
nisakriseu #5
Chapter 1: You totally made my day! Thanks for bringing me joy lol xD haha Kris sgt cute ^_^