ask.fm III

Ask.fm/Kris_Fanfan@Galaxy611
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Kenapa awak rasa saya yang langgar lari hari itu, adakah muka saya yang hensem dengan orang langgar lari itu sama? Tak sama langsung kan? Ini kali pertama saya memandu kereta Myvi. Awak buta ke? Ke nak saya bagi awak pakai spek? Gila lah punya polis, aku cakap sorang-sorang, hahahah,” kesian engkau Kris, cakap seorang diri tanpa dilayan oleh semua pihak polis yang ada dalam kereta itu.

 

“Nak jugak aku sumbat budak ni kat Hospital Bahagia,” omel pemandu kereta polis itu dalam hati.

 

Kris masih lagi dengan bebelannya, tanpa mempedulikan muka-muka polis yang tegang itu, dia terus bercakap dan bercakap. Kris yang berasa bosan disebabkan polis itu tidak melayan dia, maka dia terus mengambil Ipadnya untuk menjawab soalan yang di ajukan oleh fan di ask.fm.

 

username : asdfghjklkreaseeee
Q: urm, adakah Encik Wu Yifan percaya bahawa alien itu wujud? Adakah Encik percaya bahawa unicorn yixing tu wujud? Pernahkah Encik Wu terkentut di khalayak ramai? hohoho jawab tau x'D

 

“Encik polis misai, boleh tak awak tolong jawab soalan dia ni? Betapa susahnya saya nak hadam soalan dia ini,” kata Kris menghulurkan Ipadnya pada Encik Polis misai itu, malangnya encik polis misai buat-buat tak tahu.

 

Kris perasan ada seorang lagi polis lelaki tetapi tidak bermisai duduk di sebelah kanan dia, maka dia.

 

“Encik polis, tolonglah jawab soalan dia ini, susah sangatlah soalan dia ni,” Kris menghulurkan Ipadnya kepada encik polis itu, encik polis yang bertag nama ‘Zainal Abidin’ buat-buat tak dengar dan hanya senyum seperti kerang busuk sahaja.

 

Kris mendengus dengan lembut sekali supaya tidak bunyi kasar. Dia mencebik dan berkata,” apa lah polis kat sini, semua tak mesra pelanggan, tahulah aku ni hensem, tak yahlah malu.”

 

Kris masih lagi memikirkan jawapan untuk di jawab, sudah-sudahlah tu Kris, tiada guna kau bazirkan sel otak kau untuk jawab soalan fan kau itu.

 

Kris yang sedang duduk di tengah-tengah itu menyandar di sofa kereta dengan gaya yang berlagak sekali, macam kau tu bos? Dia perasan polis di kerusi hadapan sedang syok bermain game, jadi dia terfikir untuk menyuruh polis itu menjawab soalan tadi.

 

“Encik Polis, boleh tak awak jawab soalan ini,” Kris menghulurkan Ipadnya kepada polis yang berbadan agak sedikit besar dan bertag nama ‘Micheal Ong’ malangnya, Ipad Kris di tepis oleh beliau dengan tepisan yang sangat dasyat tapi penuh kelembutan seperti sifat keibuan.

 

Disebabkan hal itu, Kris terpaksa meminta tolong polis yang sedang memandu kereta polis itu. Tanpa berfikir panjang, Kris terus menayangkan Ipadnya kepada polis itu menyebabkan polis itu tidak nampak jalan raya di hadapannya. Kereta terpaksa dibrekkan secara mengejut, menyebabkan semua penumpang terdorong ke hadapan, bak kata term fizik, ‘inertia’.

 

“Weh, kau gila ke, aku tengah memandu, yang kau tunjukkan aku Ipad kau tu buat apa,” pemandu polis yang bernama Ali terpaksa memarahi Kris atas kebodohannya yang melampau, Kris macam biasalah, dia akan menjawab dengan selamba.

 

“Alah, encik polis kan selalu lalu jalan ini, mesti encik dah ingat jalan ini,” jawab Kris memeluk tubuh.

 

Semua polis tidak mampu berkata apa-apa. Kris, sudah-sudah lah benggong itu, sedarkah kau sekarang yang kau tengah di tangkap oleh pihak berkuasa.

 

Kris yang berasa bosan itu terpaksa menjawab sendiri soalan yang di ajukan oleh fannya.

 

A: Tak, saya tak percaya yang alien itu wujud, kalau ada awaklah orangnya. Tadi kan, encik polis itu marah saya sebabnya dia hampir nak langgar kuda unicorn yang bernama Yixing, apa salah saya? T_T, saya sangat sedih saat ini, saya perlukan teh tarik kedai mamat untuk tenangkan hati saya yang gundah ini. Semua orang buat begitu.

 

Apalah Kris ni, lain yang fan tanya, lain yang di jawabnya, harap fan dia tak benci dia lah lepas ini.

 

Seusai menjawab soalan di ask.fm itu, Kris terus melihat pemandangan dari dalam kereta. Dia ternampak sesautu dan terus menjerit, “BERHENTIIIIIII.”

 

Polis yang bernama Ali terkejut dan terus membrekkan kereta di tengah jalan raya. Silalah buat begini depan JPJ, konfim anda akan cepat dapat lessen memandu lepas ini.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
pertanyaan soalan sudah ditutup.

Comments

You must be logged in to comment
Ayla_Qistina
#1
Chapter 3: hahahhaha.. seyes.. tergelak baca .. aduuii.. kris dlm ni.. cool babe..
Dragneel09 #2
Chapter 4: Hahahagahahaga.....apsal lah makhluk mcm nie wujud jugak dlm dunia ni?
BaeBacon__L #3
Chapter 4: keep the change. oppss! terikut ayat kris pulak. sebenarnya nk taip keep update untuk next fanfic. this fanfic is the best. kris kris.. silalah berubah menjadi orang yg normal. hwaiting authornim for next fanfic. do the best. btw tao kat amerika ea? (out of topic) get well soon tao.
RayhanAdni #4
Chapter 2: khkhalhalalajsjswjdeowpkj omg seriously i love ur writting sebab sempoi dan tak bermadah sastera semua tu hahahahahaa well done dengan myvi tu takleh blah kahkah
nisakriseu #5
Chapter 1: You totally made my day! Thanks for bringing me joy lol xD haha Kris sgt cute ^_^