1 Minit

1 Minit
Please log in to read the full chapter

One Minute

Hari tu, cuaca sejuk sebab seharian bumi Seoul dihujani air jernih. Aku, Chanyeol, Lay dan beberapa budak kelas Jurusan Tourism Management di Kolej Taeyang menaiki bas untuk ke terminal feri. Kitorang naik dua bas yang berasingan. Aku , Chanyeol dan Lay menaiki bas pertama. Manakala bas kedua akan bertolak 30 minit selepas bas pertama bertolak. Esoknya kitorang kena hadiri seminar di Pulau Jeju, sambil menikmati permandangan dan belajar serba sedikit info tentang Pulau Jeju untuk di muatkan dalam assignment nanti. Excited. Tu je perkataan yang mampu diungkapkan time tu.

Chanyeol dari tadi hanya memandang ke luar cermin tingkap bas. Titisan hujan pada cermin tingkap deras meluncur ke bawah. Hujan waktu itu boleh dikatakan agak lebat. Dari pagi tadi sehinggalah waktu itu, hampir pukul 12 tengahari. Chanyeol tak macam kebiasaannya, hari ni dia agak pasif dan pendiam. Biasalah kalau ada trip melancong ke luar daerah, dia lah yang jadi mood-maker. Aku memandang dan membuat isyarat tangan 'kenapa dengan Chanyeol' kepada Lay yang duduk disebelah Chanyeol itu. Lay juga tidak tahu. Pelik.

" chanyeol-ah " dengan sekali panggilan saja Chanyeol menoleh kearah aku, dengan mata yang membulat dan lesung pipi terserlah hanya pada pipi kirinya. " ye? kau panggil aku? "

" kenapa diam je? tak excited ke? " soal aku dengan nada agak risau. Ye aku akui aku risau bila Chanyeol senyap macam tu. Chanyeol tersenyum, tapi nampak macam senyuman tu tak ikhlas. " aku save energy untuk berparty atas bot nanti.. " katanya dengan kening terangkat-angkat. " bukan kau selalu ada energy ke? even kau penat kau tetap nampak bertenaga " kataku, cuba mencungkil apa yang bermain di benak Chanyeol sehingga membuat dia jadi seperti itu.

Chanyeol memandang sekilas kearah aku dan Lay, sebelum hanya ketawa kecil " aku ok lah.. ni chanyeol lah. tak pernah dalam hidup chanyeol rasa sedih kekeke " guraunya. hm. Chanyeol ni memang. ada masalah ke takde masalah ke sama je ekspresi muka dia. senyum je memanjang. tapi hari ni dia nampak lain. lain dari Chanyeol yang aku kenal selama ni.

 

Keadaan dalam bas sangat sepi sebab pelajar semua dah terlelap. Aku pun ikut terlelap sekali. Sehingga lah bas berhenti di sebuah daerah. Pelajar pun berjalan turun dari bas untuk menjamu selera di medan selera di gerai tempat perhentian kami. Aku tengok Chanyeol bukan main nyenyak tidur, dengan earphone melekat dekat telinga dia. Ingat nak kejutkan dia, ajak dia turun makan sekali, yelah sejak pagi tadi dia ngadu tak sarapan lagi. Tapi dengan tengok cara dia tidur tu, nak kejutkan kesian lah pulak. Hm, tapawkan jelah bibimbap untuk dia. Bila dia bangun nanti baru suruh dia makan.

Aku dengan Lay pun turun dari bas, masuk kedalam gerai tu sambil tengok tengok makanan apa yang sedap. Hm ddeokbokki goreng cili. Walaupun makanan pedas tak sesuai dimakan apabila berjalan jauh, dengan perut yang lapar macam ni dah tak kesah dah. Makan jelah apa yang ada. Sambil makan, Lay bercerita tentang kampung halaman dia dekat Changsa, Hunan. Lupa nak cakap. Lay ni berasal dari China. dia bercerita dengan rancak sehingga kitorang tak sedar yang tinggal kitorang je kat gerai tu.

" pelajar semua dah gerak . jom lah " panggil Lay. Sebelum aku sempat berdiri, perut aku memulas. " aah " rungutku. Lay melihat aku dengan muka berkerut. " kenapa ni ?"

" perut aku sakit .. err aku nak pegi toilet kejap boleh? " Lay memandang kearah bas, enjin belum dihidupkan. Ahh lama lagi agaknya bas nak gerak, sempat kot. " hah pegilah , aku tunggu dekat luar "

Apa lagi, dengan perut yang sakit ni aku berlari kearah toilet.

 

Setelah selesai 'melakukan kerja', aku pun sedia untuk membuka pintu. Tetapi, baru aku sedar yang pintu tu takde tombol, ada lock je. Alamak! Macam mana aku nak bukak pintu ni! Nak panggil Lay kang, malu. Err tak panggil kang, sampai bila nak terperap kat sini? Terpaksa gagahkan diri jugak.

" Lay ! "

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Emylia #1
Chapter 1: Huhu cedihh nyee. Chanyeol mati :'( terbaikk laaa authornim
atikahbp #2
Chapter 1: huwaaa knapa chanyeol mati >.< angst sedih siakk .. lain kali jangan buat angst punya ff wkawka :v gurau je btw your ff daebakk~~
Eli_Shane
#3
Chapter 1: chanyeolku sobs u.u kenapa di hrus mati?/cekik author
btw bestlh walaupun oneshot je orzzzz
Eli_Shane
#4
Chapter 1: chanyeolku sobs u.u kenapa di hrus mati?/cekik author
btw bestlh walaupun oneshot je orzzzz