Episode 1 Part 2

Exo, Ranking King!

“Maafkan saya semua, otak saya lembap macam siput babi, tapi lagi laju dari kura-kura, tapi tak sepantas harimau bintang berlari mengejar rusa dalam taman rama-rama,” MC Hajar sedang bercakap depan kamera.

“Apakah yang MC itu sedang bercakap?” tanya Baekhyun kepada Suho yang duduk di sebelahnya. Suho sedang mengira stok baju hujanya dalam buku catatan yang di bawak tadi.

“Hmm, angsa dah bagi baju hujan, itik pun dah ada, binatang apa lagi yang tak dapat bantuan baju hujan dari Suho the rich nie?” tangan dia masih lagi mencatat sesautu dalam buku itu.

 “Kita ke-ahli Exo seterusnya, iaitu Chen.” Kata MC Hajar. Chen kedepan kamera dengan membawak mikrophone yang dicurinya dekat pusat karaoke sebelah kedai Mak Jah.

“Hai semua, saya Chen dan saya peminat Dato’ Siti Nurhaliza, bila saya dapat tahu yang Siti Nurhaliza sudah kawin dengan Datuk Kemarut itu, saya amat sedih, hancur impian saya berkecai bagaikan rentak menanti belah,” kata Chen sambil menangis.

Baekhyun: Jiwanglah pulak mamat tu, kesian kat Datuk Karut.

MC Hajar: (Bagi tisu dekat Chen dan turut menangis bersama). Sedihnya kisah hidup awak macam cerita dongeng kancil dan perigi pulak.

Chen: Saya akan menyanyikan lagu Dato’ Siti Nurhaliza, ‘Tuhan, jagakan dia untukku, selamanya ku ada, kenapa Datuk K ambik siti aku’, huhuhuk,( sambung menangis)

Kris: Weh ChenChen, cuba kau tanya Datuk Kamsiah, ke Datuk apa lah, dia ke yang ambik aku punya sijil lahir dari galaxy tu?

Suho: Bunyi macam kaya aje? Datuk kot, Woi!! Siti Nurhaliza, aku yang patut kahwin dengan Datuk Karut tu lah, ( Suho sedang marah depan kamera)

Baekhyun: Tolonglah, aku lagi lawa dari Dato’ Siti Nurhaliza itu, at least aku ada kasut high heels warna pink yang lawa, kau ada?

Xiumin: Luhan, kau rasa Datuk Kemarut tu lagi muda dari kita ke?

Luhan: Aku rasa dia mesti dah tua, dah namanya atuk.

MC Hajar: Chen sila ke tempat duduk awak sekarang. Apa bendalah masyarakat orang utan ini sedang merepek, bagaikan kerepok pisang yang digoreng tepi jalan yang sudah tak panas.

Chen: MC Hajar, boleh tak saya nak menyanyikan satu buah lagi lagu Dato’ Siti Nurhaliza.

MC Hajar hanya mengangguk dan tunduk muka kerana malu. “ Mak aiii, Chen panggil nama aku, macam nak pengsan dah ni. Fufuhuhuhu,” kata MC Hajar dengan perlahan sambil mengipas mukannya dengan daun pisang yang dia jumpa tepi jalan tadi.

Chen: Cintaku bukan diatas perahu,Cintaku di atas tasik ,Tak perlu dipaksa, Tak perlu dicari, Kerna kuyakin ada jawabnya oh...( Chen menyanyi dengan sehigh notenya)

Baekhyun: WOI!!! Bisinglah, kau ingat kau seorang aje ke boleh high note. (Baekhyun turut menjerit sekuat hati)

Chen: (high note) Suka hati akulah!!

MC Hajar: Ini pertandingan menjerit terkuat antara satu sama lain ke?

Yang lain sedang menutup telinga.

MC Hajar: Okeylah, ahli Exo seterusnya, dipersilakan, Park Changkul datang ke hadapan. Jangan lupa bawak cangkul awak tu, nak berkebun sekejap lagi.

Chanyeol datang ke depan dengan memakai sut Superman.

Chanyeol: Hai semua, awak nampak tak yang saya superman Chanyeol. Awak semua nampak tak, betapa segaknya saya dengan sut ini, MC Hajar, apa pendapat awak tentang sut saya ini?

MC Hajar: Huh! Kasut awak? Kasut awak nampak cantik sangat, warna merah berkilau macam Datuk Mat Kilau.

Chanyeol: Aigoo~ pemalunya MC nie, tapi comel macam penguin,,hahahahahaha.

Baekhyun: Weh Yoda, cepatlah sikit, datang kat tempat duduk kau nie.

Luhan: /melaung/ Apa yang awak nak tunjuk dengan sut superman tu?

“Saya nak tunjukkan kat semua orang yang saya boleh terbang,” kata Chanyeol lalu posing macam superman nak terbang, dia lompat dan terus terjatuh atas rumput disitu. Chanyeol yang muka tembok itu terus buat-buat berenang atas rumput, macam orang gila pun ada berenang atas rumput.

MC Hajar: Encik changkul, sila ke tempaat duduk awak.

Chanyeol: Jap, saya berenang ke sana yer/berenang menuju ke meja/

Chen: Pagi esok belum tentu sampai kat meja ini.

Kris: Ingatkan boleh terbang betul, baru nak mintak tolong pergi ke galaxy cari surat beranak aku.

Chanyeol:/bertukar jadi singa laut depan Kris/ Kau nak join kan?

Kris: Gila!

MC Hajar: Seterusnya ialah mata ikan emas kita, sila ke depan, D.oraemon.

D.o datang dengan membawa lesung batu dari rumah.

D.O: hai semua, saya D.O dan selepas ini saya akan tunjukkan kepada penonton cara nak buat sambal ikan bilis dan jugak sambal belacan.

Chanyeol: hahahaha, ada ke patut dia nak buat sambal belalang.

Luhan: Aku harap D.O ketuk kepala dia dengan lesung itu, biar waras sikit.

Xiumin: Lu-ge jom temankan Umin-hyung ke tandas, takutlah nak pergi sorang-sorang. Maka Luhan dan Xiumin pun meninggalkan set pengambaran.

MC Hajar: Astagfirullah, kenapa perangai diorang ini, ish,ish,ish. /geleng kepala dan letak tangan kat dahi/. Baiklah, kita seterusnya kita ke magnet line, eh maaf magnae line, persilakan magnae Exo-M iaitu Tao panda kungfu wushu hustle Bruce Lee tak ada kaitan dengan kau.

Tao datang dengan memakai kostum panda yang dibeli dari china, dan jugak membawak buluh panda yang dia ambik dari zoo dekat China.

“Hai semua, anda sihat? Saya Tao magnae Exo-M dan saya..,” belum sempat Tao nak bercakap, si Baekhyun, Chen dan Chanyeol sudah memotong.

Baekhyun: Hahahaha, panda sesat dari Zoo.

Chen: Ni mesti panda paling hodoh sekali dalam dunia, sebab tulah penjaga zoo dah buangkan dia.

Chanyeol: /masih lagi berenang di atas rumput/ Panda pandai berenang tak?

Tao sudah pun membuka langkah Wushu dia, “korang nak tengok aku wushhukan korang sorang-sorang ke?”

MC Hajar: Tao, sila ke tempat duduk awak.

Tao: MC, awak ada beli tak beg jenama Gucci, kalau ada sedekahlah kat saya satu. (kata Tao sebelum pergi ke tempat duduk dia)

MC Hajar: Dia sangat dikenali ramai kerana tarian dia yang begitu mengkagumkan, dipersilakan, Encik Kai ke hadapan,

Kai ke hadapan, lagu Hindustan dimainkan, Bole chudiyan, bole kangna
Haai main ho gayi teri saajna,Tere bin jiyo naiyo lag da main te margaiya
(Le jaa le jaa, dil le jaa le jaa)

Kai pun datang dengan menari tarian bolywood, semua yang lihat macam tak percaya aje.

Kris: Betul kata Taemin timun dalam Shinee Showtime, dia memang suka tarian bollywood, ish.

Kai masih lagi menari walaupun tidak ada lagu. MC Hajar hanya buat bodoh sahaja.

MC Hajar: Baiklah, orang seterusnya, dipersilakan, maknae kita yang paling gedik eh, eh, apa yang saya merepek ini. Malunya/tutup muka/. Maksud saya maknae kita yang paling hot sekali, bagaikan ayam KFC Hot and Spicy. Laparlah pulak.

Sehun datang dengan bergayanya memakai baju silat, dan membawa keris yang dijumpai dekat celah mana , cek tak tahu lah.

“Hai themua, saya Thehun, thethethe, thaya thomel kan, saya maknae, MC Hajar, thomel tak thaya?Tehet,” Sehun dengan pelat peliknya.

Tao: Thaya tasa nak tumbuk taja thawak.( dah terikut sekali bahasa pelik alien Sehun)

Sehun: Woih, thiamlah Panda, panas aje aku thengok baju kau tu.

Tao: Weh, berani kau mengthina panda tu ini. Panda tu yang tersangat thomel.

Sehun dah pun membuka langkah silat bersama dengan kerisnya itu. Tao pun tidak kurangnya jugak, sudah membuka langkah wushu. 

 Tao: Meh sini aku ajar kau cara nak berlawan dengan betul. ( Tao pun mengoyyangkan kedua-dua bahunya itu)

Sehun: Marilah, tunjukkan siapa yang manly sebenarnya (Terikut sama mengoyangkan kedua-dua bahunya)

Suho: Itu pertandingan silat ke? Pertandingan wushu ke? Atau pertandingan mengoyangkan bahu. /sambung mengira stok baju hujan dia/

 Sehun: thawak thuka thari pasal dengan thaya kan? Thaya benci thawak.

Tao: Thehun thila..thila (gila)

MC Hajar: err,, Taohun sila berhenti bergaduh sekarang. /terlihat D.O/ D.O apa yang anda sedang buat itu?

D.O: Kepada penonton di rumah, bagi menyedapkan lagi sambal belacan anda, anda haruslah tumbuk rumput dulu/cabut rumput yang ada kat tanah/. Lepas tu anda mestilah tumbuk rumput ini satu persatu, bagi menyedapkan lagi sambal itu, anda mestilah menyanyi depan dia, saya akan tunjukkan satu lagu untuk anda semua. D.O~~ Rae~~Mon/menyanyi lagu doraemon/.

MC Hajar: D.O tolonglah jangan meracunkan semua penonton di rumah.

D.O : /cabut daun-daun yang ada dekat batang Bunga di sebelah dia/, lepas tu anda gaulkan rumput tadi dengan daun bunga, bagi aroma dia naik sedikit, maru menyelerakan. Ini adalah resepi keenakan makanan saya khas buat penonton semua.

Kai: /menari/ Kabhi Kushi kabhi gham…aaaa….aaa…aaa../berputar-putar depan kamera dan MC/

Pening kepala MC Hajar tengok Kai yang dari tadi lagi duk berputar.

Chanyeol yang sudah penat berenang diatas rumput terus naik ke atas meja, terkejut Suho yang sedang mengira tadi,

Chanyeol: wowhoo, berenang dia atas meja pulak.

Kris: ARHH!! Mana surat beranak galaxy aku, nie mesti ada sesiapa yang ambik tanpa izin aku./ Baling beg dia ke arah MC, nasib baik MC hajar sempat mengelak.

MC Hajar: FUhh!! Selamat aku. Bahaya betul Laksamana laxy Hyung ini, haruskah beta buang dia dari show ini?

Chen: Huhuhuk /menangis/ kenapa, kenapa, semua orang yang aku minat dah kahwin? Tinggal aku aje lagi yang tak kahwin-kahwin, kenapa Ning Baizura kahwin pun tak bagitahu aku.

Chen pun menyanyikan lagu Ning Baizura pulak dengan high note sekali.

Suho: Oh, jadi stok baju hujan untuk rusa kat kandanglah yang tak cukup ini. Nanti nak kena belilah, kesian diorang nanti hujan.

Lay: Unicorn beranak ke bertelur? Dioarang tidur atas apa? Katil ke atau cadar yang buruk? Unicron ada pasaraya tak?

Xiumin dan Luhan kembali selepas mereka ke tandas.

Xiumin: Lu-ge kenapa keadaan disini huru hara? Kesian MC Hajar maroja.

Luhan: Hahaa, kita ajekan yang normal.

Xiumin: Betul tu, sebab kita yang paling awet muda kat sini.

Luhan: Aku lagi awet muda dari kau lah.

Xiumin: Aweks aku lagi ramai lah dari kau. Kau nak kata apa.

Luhan:/tarik pipi gebu Xiumin/

Xiumin:/tarik pipi Luhan/. Maka terjadilah acara menarik pipi antara dua orang awet muda.

“MC sila kawal diorang,” laung PD yang sibuk duk main game PSP.

MC Hajar: Hmm..semua…silalah diam, nanti PD mengamuk /malu/

Tiada respons. Exo masih lagi gila antara satu sama lain.

MC Hajar: Astagfirullah, kenapalah ada makhluk tuhan yang macam ini? Kepada penonton di rumah, terima kasih kerana telah menonton episode 1 Exo, ranking king, seperti yang anda lihat, Episode 1 hanyalah introduction dengan age ranking, jadi untuk permainan silalah setia dengan episode seterusnya bersama dengan MC yang lain pulak. Saya MC hajar akan menutup variety show ini /tunduk 90 degree celcius/.

“CUT..” laung salah seorang staff.

[No camera]

“Huhuhuhuk, kenapalah diorang nie macam nie, habislah show aku, mesti tak ada ranting nie, sapalah nak tengok rancangan bersama ahli yang pelik sebegini.” PD menangis bersama dengan MC Hajar.

PD: Terima kasih kepada MC Hajar/peluk/ kerana sudi meluangkan masa bersama dengan kami di episode 1, nanti tunggulah MC seterusnya di episode akan datang.

Staff: Awak cakap dengan siapa tu PD? Kamera pun dah lama ditutup.

PD: Cakap sorang-sorang.

 ----------------------------

Saya pun pening tengok perangai diorang,.

Kepada MC Hajar, (Hajar_EXO)

sila bagi respon anda di ruangan komen. Episode seterusnya tidak akan berjalan sekiranya MC Hajar, masih lagi belum memberi respons.

Sila lah hati yang baik untuk menekan key-pad ke keyboard ke, atau touch-touch kat handphone tu di ruangan komen. Terima kasih, sila datang lagi.

[P/S: Comel giler OTP 10 EXO dalam MV baru diorang call me baby!! OH MYY >//< Saya teroverdose dorang-sorang.]

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
minta maaf sekali lagi diulangi, permohonan untk MC exo,ranking kin dah dtutup..

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 3: Setiap kali thehun ckp pelat dia tu,mesti saye ketawa..hahaha.betul2 power lah citer ni.*join mc ah,kai dgn thehun*
RayhanAdni #2
Chapter 3: baju silat omaigosh . /ketuk meja berulang kali/
shiyeol99 #3
Chapter 3: yeah.... update soon...
mpreggoland
#4
Chapter 3: bwahahahahaha lawak giler arr XDD *ketuk2 meja mcm org gila* sabar2...*urut2 dada*
Kris tak abis2 ngan surat branak dia, Sehun tak abis2 ngan pelat dia (dah mcm bdk 5 thn aq imagine dia) hahaha
nurfarrh49
#5
Chapter 3: Lol! Seriously! XDDD Sehun, APA kebende kau mesti pakai bhsa pelat kau tiap NASA XDD
Keep updating author-nim!
Hajar_EXO
#6
Chapter 2: Kelakar gila kot.Terima kasih sebab pilih saya watak tu memang sesuai dengan saya peace!
seungrin123 #7
Seungrin
Seungrin123
Sy ni kaki kenakan orang..sy pernah buatorng nangis waktu april fool hari tu..dahlah lelaki yg terkena tuu..wakkakak..agak byuntae sedikit..amat sedikit ahh..hrp maklum..dan sy jgak x boleh hdup tnpa ketawa..
Ok tu sahaja :)
teen_girl #8
Chapter 2: Bestnya ff ni!!!!nak join jugak...^-^

Amira
Teen_girl
Perangai agak gile-gile,periang,tak pandai duduk diam
afifah_hunnie #9
Chapter 2: nak jugak jadi mc boleh? /buat muka panda //kena tendng/
afifah
afifah_hunnie
bising, kaki kacau, x pandai duduk diam2, hanya diam bila lapar

best la ff ni
RayhanAdni #10
wahahahaaha nak join nk join hahahah xD

;Raihan
;RayhanAdni
;suka gelak dekat lawak sendiri dan terlampau merapu x'3

apapun ,fighting kak amy! xD