Episode 2 Part 1

SHINEE SHOWTIME

[S.M building]

[no camera]

“Weh, lah, weh, bosannya aku duduk kat studio ni, kenapa kita tak buat-buat lagi comeback,”jerit Jonghyun dengan begitu kuat sekali.

“Kenapa mesti jerit-jerit,” tanya Key yang terikut menjerit sekali. Sah semua orang di S.M dapat dengar.

“Biar kekasih gelap Onew dapat dengar,”ujar Minhoo yang sedang mewarna muka Onew bersama dengan Taemin.

“Aku rasa nak reka satu lagulah, yang bertajuk kekasih gelap pujaan hatiku, kenapa muka engkau gelap seperti juniorku yang bernama Jongin si jonggang,” kata Jonghyun.

“Kai, gigi jonggang ke?” soal Taemin,

“Entah, tak perasan pulak yang dia ada gigi ke tak,” selamba aje Key berkata-kata. Kesian kau Kai, kena jadi bahan mengumpat.

“Manalah Onew hyung nie menghilangkan diri? Dari tadi lagi tak sampai-sampai, mesti tengah jumpa dengan kekasih terang takpun yang gelap punya,” kata Taemin.

  Kedengaran pintu bilik studio dibuka.

“Weh, Onew ada kat sini, semua pura-pura mati, tapi kalau nak terus mati betul pun, tak apa jugak,”ujar Jonghyun. Dan mereka berempat baring di atas lantai bilik studio itu serentak.

“Hai, kawan-kawan, saya ada bawak habuk biskut nie, kebetulan masa nak datang sini, terjumpa dengan kumpulan Sonah Semah Sungguh Deh(SNSD), lepas tu my crush si Sunny in the morning tu pun bagi kat saya habuk biskut nie, jom lah melahap bersama-sama,”bebel Onew sorang-sorang.

“Oiii, kenapakah anda semua sudah pengsa di disitu,” ujar Onew yang datang dekat dengan mereka. “nie mesti sebab makan sarapan basi pagi tadi.”

Jonghyun yang dekat situ bangun, terus mencekik leher Onew,”Weh, apa punya leaderlah, kau memang berniat nak bunuh kitaorang semua kan?”

“Hahaha, masih hidup lagi,” kata Onew sambil ketawa macam orang siuman.

“3 orang tu dah betul-betul mati ke?” Soal Onew.

“Ya kot, jom weh, angkut diorang letak kat tepi, senang sikit nak kapankan diorang,”ujar Jonghyun. Diorang pun angkat Minho, Onew di kaki, Jonghyun di kepala. Onew mengeletek kaki Minhoo.

“Hahahaha, gelilah weh,”ujar Minhoo yang dah ketawa terbatuk-batuk macam ikan yang lemas di tepi lautan antartika, apakah itu?

“Hidup lagi,”kata Onew.

Kekasih gelapku pujaan hatiku, mengapa engkau gelap seperti

Telefon Minhoo berdering nada mesej dah masuk. “PD showtime kata hari nie dia nak buat rakaman, dia dan staff yang tak lulus darjah 1 dah sampai depan bangunan SM tapi pak guard yang tak lulus Add Math masa darjah 6 itu tak bagi masuk.” Minhoo sedang membaca mesej.

“Tak pernah aku dengar cerita rakyat sepanjang cerita PD-nim tadi. Tapi bestlah weh kau punya ringtone, dari mana dapat?” tanya Onew.

“Weh, bukan tu lagu aku reka tadi ke? Sejak bila pulak kau yang hati mulia bak ikan goreng bawang putih ini merakamkan suara aku yang semerdu madu itu?” Jonghyun sedang merapu.

“Apa yang hyung merepek nie? Saya baru saja letak tadi.”

“Jomlah, kita pergi depan bangunan, tak pasal-pasal nanti PD yang tak ada otak tu pergi baling kamera dia,”kata Onew.

“Weh, jap aku nak buat Timun golek lah,”kata Jonghyun yang sudah tersenyum kejam.

Diorang pun angkat Taemin dan bawa dia dekat dengan tangga. Diorang biarkan Taemin bergolek dengan gaya yang seksi di atas tangga bangunan SM itu, kebetulan kumpulan Super Junior ada dekat situ terus tergelak macam orang gila.

“Agak-agaklah weh, aku nie manusia, bukannya sardin roll,”kata Taemin.

“What everlah, maknae,, jom gi check Key-Pad pulak,entah bernafas entah tidak tu,” bebel Jonghyun. Banyak merepek betullah si Jonghyun ini.

“ARHHHH,” jerit Onew yang ternampak Kunci ada kat belakang dia.

“Weh, kau nak cakap aku hantulah tu, aku hidup lagilah,” kata key.

“Jom gi depan bangunan, SI PD TD tu dah tunggu dari tadi lagi,” kata Onew.

“Apa maksud TD?” soal Jonghyun. Diorang hanya mengankat bahu sahaja.

 

“Aku nie PD showtimelah, datang nak buat rakaman bukannya nak hantar buah kurma.”

“Bagi dia dan staff lain masuk, dia memang PD-showtime, dan dia jugak memang jual buah kurma,” kata Jonghyun sambil tergelak.

“Nie, mesti Kyuhyun yang order buah kurma,”ujar Taemin.

“PD, nape tadi PD cakap Staff yang tak lulus darjah 1, minggu lepas PD cakap staf yang tak lulus tadika?” tanya Minhoo.

“Oh, sebab saya baru suruh diorang masuk darjah 1, tak sampai 5 hari sekolah, dah kena tendang,” kata PD.”Hari ini nak buat rakaman dekat studio korang.”

 

“Okey semua dah get ready, duduk depan kamera,” laung PD.

 

[ Depan camera]

“Action..”

“Shinee Showtime, It times to shine,”ujar kumpulan Shinee serentak. Dan kali ini diorang tak ada bedak nak baling, so diorang guna habuk biskut yang Onew ambil dari crushnya.

“Woah, tak sangka berjumpa sekali lagi kita semua, walaupun saya tak nak jumpa dengan PD,” kata Onew. PD buat pandangan maut, ada api dalam mata PD.

“Apakah tema kita hari ini?” tanya Key.

Staff mengangkat sketch pad. “Apakah yang Shinee buat di dalam Studio mereka?” Key yang membaca soalan.

“Kepada penonton yang dihormati,perhimpunan agung sudah bermula, sidang bual bicara Dun ini..” Belum sempat Taemin nak merapu Onew dah ketuk kepala dia.

“Kepada penonton setia yang menonton rancangan Showtime kami, seperti yang anda nampak di sini, kami berada di Studio kami, di mana kami berlatih menari, menyanyi dan ..” belum sempat Onew nak tamatkan ayat dia, Key sudah menyampuk “ dan memasak.”

“Apa yang awak merepek nie, bagaikan nasi lemak yang digoreng bersama kerepek pisang panas,”ujar Minhoo.

“Kenapa pepatah dia dari dulu lagi tak pernah nak betul,” omel Jonghyun.

“Seperti soalan itu kata, apa yang kami buat dalam studio, ada banyak benda yang kami semua buat. Studio ini bagaikan rumah kami yang kedua,”kata Jonghyun. Yang lain hanya mengannguk.

“Jadi, pertama sekali mari kami tunjukkan kepada anda di sekeliling studio kami, jika anda mahu kami jugak boleh tunjukkan di sekeliling bangunan SM ini,” kata Onew.

“Seperti anda nampak, memang ini studio kami kerana dipenuhi dengan poster-poster kami yang ditampalkan di dinding, “ kata Key yang menjukkan poster di dinding.

“Saya pernah mintak dengan Encik Soo Man supaya tampalkan poster kita kat lantai, lepas tu dia buat tak tahu aje,”kata Taemin.

“Di sini, seperti anda lihat, ini koleksi album perkahwinan Taemin dengan Eunji,” kata Key sambil menujukkan semua gambar-gambar Taemin dengan A-Pink.

“Apa yang awak mengarut nie Key, bukan ke dia kawin dengan Naeun kan?” soal Jonghyun.

“Taemin ada 4 bini lah weh, mu jangan bising boleh dok?” kata Onew dengan pelat Kelantan.

“Selepas kita semua balik dari Kelantan hari itu, Onew asyik cakap Kelantan aje,” kata Key.

“SHINEE…cut…” Laung PD.

[No camera]

“Kenapa pengambaran dihentikan tiba-tiba nie PD-nim?” tanya Minhoo.

“Yang sebenranya, staf nie tadi kata dia lupa nak bukak kamera, so korang kena rakam semula. Nie lah padahnya ambik staf yang tak lulus darjah 1,” kata PD sambil mengeling kepalanya.

 “ARRHHH!!” Jonghyun menjerit, diikuti dengan Onew dan Taemin. Minhoo dan Key hanya mampu tutup telinga aje. Memang line vocalist betul.

----------------------------------------------------

Hai semua, jika awak memang minat cerita nie,eh silap, variety show ini komenlah, 

Dan jugak, cerita ini sebenarnya sambungan dari diorang di kelate,

http://www.asianfanfics.com/story/view/924697

Shinee Di Kelate.....

Enjoy reading....hope u guys like it!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jjongkeylover
#1
Chapter 9: jgn la delete..kelakar dan best la citer ni..jgn la delete~~~
GDScremer #2
Please dont delete
IreneXiuMinNie
#3
Chapter 9: Jgn delete citer ni double zzang tau....
SuperShannon
#4
Chapter 9: Nooooo don't delete this story!!!
IreneXiuMinNie
#5
Chapter 8: update soon...
SuperShannon
#6
Please upload this story in English please?!!
IreneXiuMinNie
#7
Chapter 5: lawak lah...update soon...