Episode 1 Part 4

SHINEE SHOWTIME

“Soalan seterusnya,anda boleh mintak tolong dengan SNSD pulak. Jongkeynew, korang bertiga berhenti bergaduh. Soalan ini paling senang, apakah pekerjaan sebenar Mak Shin Chan dan Hagemaru?”

“Alah, PD, tak tengoklah rancangan ini, busy sangat, si Kain copang tu asyik ajak teman dia menari Hindustan aje,”rungut Taemin yang sudah buat muka sedih.

“Tak payah lah buat muka macam tu, menyampah hyung tengok, rasa nak humban dalam gulai kawah aje,”ujar Minhoo.

“Ala, setakat gulai kawah, titew tak takut…” ujar Taemin dengan mengoyangkan kedua-dua tangannya seperti perempuan kegedikan tahap overdose.

“Titew letak dalam tolam pilanalah,,” kata Minhoo sambil buat muncung mulut itik dan sudah terikut gedik sama dengan si Taemin mentimun.

“Tolonglah korang berdua, geli aku, dah nak muntah,” kata Key sambil buat gaya orang dah nak muntah.

“You pregnant eh?” Soal Jonghyun pada Key.

“OH MAI GHOST!!! I tak sangka u ada hubungan sulit Key, teruknya. Siapakah bapak anak itu?” kata Jonghyun lagi dengan nada yang kuat.

 “Tolong diam boleh tak korang semua, aku tengah fikir nak jawab soalan ni,”marah Onew. Onew mengambil telefonnya untuk mendialkan seseorang.

“Mu tepon sapa tu, Onew,” tanya Key.

“Telefon salah seorang kekasih terang aku, SNSD, sudahlah terang lagi bersuluh, kenapa semua wartawan tak nak skandalkan aku dengan Yoona SNSD. Nape?” marah Onew kat depan kamera.

“Weh, kau nak kena tumbuk dengan BF yoona ke?” balas Jonghyun.

“Hello, saya nak cakap dengan Hyoyeon dari Sonah Semah Sungguh Deh(SNSD).” Onew sedang bercakap di telefon.

“Hyung, kot yer pun kekasih terang itu, buatlah loud speaker, penonton pun nak dengar jugak perbualan hyung,” ujar Taemin. Dia pun membuat loud speaker.

“Hello, ini saya Hyoyeon dari Sonah Semah Sungguh Deh. Ini Onew kan? Ada apa telefon?”

“Kumpulan Shinee tengah merakamkan variety show yang baru, tajuknya ialah Shinee Showtime, jadi nak tanya satu soalan.”

“Nak tanya 5 pun boleh,” ujar Hyoyeon dari talian dengan suara sedikit comel.

“Kenapa dia gedik dengan Onew, macam tak sesuai langsung dengan imej dia. Dia memang macam tu ke Timun, kau kan selalu berlatih menari bersama,” tanya Key pada Taemin.

“Yang aku tahu, Hyoyeon selalu tarik rambut Kai kalau buat salah, Lay pulak kena paksa buat tarian tango pakai high heels, dan nasib baiklah saya nie terselamat. Mungkin dia tak nak saya cerita kot yang dia selalu buli junior dekat kekasih matahari dia, Onew.” Jawab Taemin.

“Apakah Sebenarnya pekerjaan Mak Shin Chan dan Hagemaru?”

“Macam pelik aje soalan, rasanya, Mak Shin Chan selalu kayuh basikal hantar Shin Chan ke sekolah, mungkin mak Shin Chan kerja sebagai pengayuh basikal kot, mak Hagemaru pulak selalu kemas rumah, mungkin orang gaji. Ada apa lagi, si Kai dan Lay tu dah bising suruh ajar joget lambat. K. Bye-bye, See you kat balai polis, muah.” Talian dimatikan.

“Oh, tidak, habislah hyung, esok keluar paper yang ONEW dari Shinee dating dengan Hyoyeon SNSD. Apa nak buat?” ujar Minhoo.

“Bila masa pulak aku dating dengan kumpulan Semah itunya, aku cuma cakap dengan dia aje, biasalah, Hyoyeon ada crush dekat aku, aku nie pun layan ajelah, walaupun aku ada crush dekat Tiffany.” Kata Onew seperti orang yang perasan femes.

“Hyung tolonglah,, tadi kata Yoona, lepas tu Tiffany, aigooo~~ tamaknya hyung, macam lembu kena tambak dekat hutan,”kata Minhoo tersenyum.

“Kenapa pepatah dia tak kena langsung  dengan situasi sekarang, Minhoo kau pergilah belajar balik kat sekolah rendah,”Ujar Key.

“PD, jawapannya ialah, mak Shin Chan kerja sebagai atlet, pengayuh basikal manakala, mak Hagemaru pulak bekerja sebagai Orang gaji,” kata Onew yang mengangkat botol kicap, botol budu sudah hilang.

“SALAH.”

“Saya,Key nak jawab, mak diorang kerja sebagai housewives.”

“BETUL, satu markah untuk Key. Staff, bagi Key botol mineral kosong. Woah, Key dah ada 1 markah, Taemin-1 dan Onew-1, tinggal dua aje lagi soalan yang tinggal, siapakah agaknya jejaka yang bakal menjadi pembayar bil di kedai ini?” PD yang sudah buat senyum sinis.

“Macam mana kau tahu, Key?” tanya Jonghyun.

“Itu show feveret aku.”

“Soalan seterusnya, 3 kuasa 3 tambah 9, [(33) + 9], berapakah jawapannya?” soal PD sambil menjukkan soalan itu menggunakan sketch pad.

“HUH! Apa jenis soalan tu, kenapa mesti 3 ada 3 kali kuasa, mati jugak nombor 9 dibuatnya, jiwang punya soalan,”jerit Jonghyun.

Onew sedang sibuk mengira menggunakan kakinya. “Arhh, kaki aku tak cukuplah weh, pinjam kau punya kaki mihun goreng siam.” Onew pun gunakan kaki Minhoo jugak untuk buat kira mengira.

“Tak faham betul aku Onew nie, tangan ada, sibuk jugak nak guna kaki dia yang sebayang itu, bagaikan nenek kebayan yang memakai baju kebaya di malam rabun,”ujar Minhoo.

“Kenapa, pepatah dia dari tadi lagi tak pernah nak kena dengan situasi ini eh?”omel Key sorang-sorang.

“Cepat-cepat jawab, senduk masih panas lagi ni,”ujar PD sambil megetuk-getuk senduk yang diambil dari dapur Kedai itu untuk dibaling pada orang yang salah jawab.

“Gila punya soalan, sampaikan aku jugak naik killer,” ujar Taemin sambil membetulkan crown di rambutnya.

“Maksud dia mungkin, killer punya soalan, sampaikan aku jugak naik gila.” Key membetulkan ayat Taemin untuk penonton.

“Panaslah weh, dengan soalan yang panas, dengan baju perisai besi ini, aku rasa dah macam nak baling aje kawah Mihun nie dekat PD,” kata Junghyun sambil mengipaskan mukanya dengan kertas.

“Saya, Minho, jawapannya ialah, 3^3 bersamaan dengan 9, jadi tambah lagi 9, sama dengan 18.”

“Betul, tahniah, nampaknya awak bijak matematik walaupun bahasa ibunda awak sangat kureng.”

“Ini ialah soalan terakhir, sudah nak sampai penghujung nampaknya Showtime episode 1 ini. Tapi tak apa minggu depan ada lagi. Soalan kali ini bordering macam ini, Goofy dalam cerita Mickey Mouse itu, sebenarnya binatang apa?”

“Woah, mencabar minda soalan ini,” kata Taemin.

“Saya, Minho,Penguin.” Kebetulan PD sudah habis makan mee mamaknya itu, maka dia pun membalingkan pinggan tadi tu ke muka Minhoo.

“Saya Taemin, bunga Lily.”

“Weh, bintanglah, bukan bunga,”marah Onew. PD membaling garfu yang dia makan mee mamak tadi. Tapi malangnya garfu tadi tak kena Taemin.

“Saya, Onew tak berani dah nak jawab,” kata Onew.

“Yang awak angkat tangan tu kenapa?” marah PD.

“Saya Key, Goofy sebenarnya lembu kan? Macam Jonghyun,” ujar Key sambil menunjuk ke arah Jonghyun.

“Saya dah tak ada benda nak baling, senduk panas tadi sudah hilang entah ke mana?”

“Saya Jonghyun, Goofy itu ialah anjing.”

“BETUL, tahniah anda semua memperolehi satu markah setiap orang.” PD dan staff yang lain sudah tepuk tangan.

“Jadi, siapa yang kena bayar?” soal Onew

 “Jadi, ianya dikira awak semua kalah, maka berpakat lah untuk membayarnya.” Kata PD dan Staff yang sudah bersiap untuk mengemaskan barang-barang.

“ARHH!!” Jonghyun menjerit, dia yang sudah pegang lembu mainan tadi membalingkan dekat PD. Pengsan terus PD itu.

“Jadi, seperti yang anda semua tengok, kami Shinee didenda untuk membayar nya kerana kami semua seri. Jadi kita semua jumpa lagi minggu depan, bye-bye,” ujar Shinee serentak.

“Jangan lupa singgah makan di Kedai Mak Joyah,” laung Taemin sambil melambai menggunakan tongkat sakti.

“SHinee Showtime, It times to shine.” Diorang semua buat slogan yang diorang cipta.

“CUT,” jerit staff.

[No camera]

“Tahniah Shinee, anda sudah berjaya tamatkan episode 1 Showtime. Kita jumpa lagi minggu depan,”puji Puan Mayonis kepada diorang semua.

“Weh, jom blah cepat-cepat dari sini, PD tu tengah tak sedar diri,” kata Jonghyun yang takut dipersalahkan. Diorang semua mengangguk, dan terus melarikan diri ke dorm diorang.

Sementara staff yang lain buat-buat tak tahu aje dekat PD yang pengsan, kerana diorang fikir PD tertidur. Ini lah padahnya mengambil pekerja yang tak lulus Tadika. 

-------------------------------------

WOAH!! Akhirnya tamat jugak episode 1 Shinee Showtime

(Jangan lupa komen yer >_<)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jjongkeylover
#1
Chapter 9: jgn la delete..kelakar dan best la citer ni..jgn la delete~~~
GDScremer #2
Please dont delete
IreneXiuMinNie
#3
Chapter 9: Jgn delete citer ni double zzang tau....
SuperShannon
#4
Chapter 9: Nooooo don't delete this story!!!
IreneXiuMinNie
#5
Chapter 8: update soon...
SuperShannon
#6
Please upload this story in English please?!!
IreneXiuMinNie
#7
Chapter 5: lawak lah...update soon...